Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

3.

3 Reaksi rakyat tempatan terhadap penyerahan Sabah dan Sarawak kepada


kerajaan British

1.0 Pengenalan

Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British berlaku atas beberapa sebab, sama
ada faktor dalaman atau luaran. Hal ini telah menimbulkan reaksi yang pelbagai dari
rakyat tempatan Sarawak dan Sabah sama ada baik atau sebaliknya.

2.0 Reaksi rakyat Sarawak

Pengisytiharan penyerahan Sarawak yang dilakukan oleh Charles Vyner Brooke


telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat tempatan di
Sarawak. Golongan yang menentang hebat penyerahan ini terdiri daripada orang
Melayu dan orang Iban. Gerakan penentangan ini dikenali sebagai Gerakan Anti-
Penyerahan (anti-cession movement). Gerakan anti-penyerahan ini dilakukan atas
dua sebab utama. Pertama, penyerahan Sarawak bertentangan dengan
Perlembagaan 1941; dan yang kedua, Charles Vyner Brooke tidak berunding
bersama pemimpin tempatan terlebih dahulu.

Raja Vyner Brooke telah mengumumkan penyerahan Sarawak menjadi tanah


jajahan pada 6 Februari 1946 dengan alasan untuk kebaikan negeri dan penduduk
sarawak. Vyner Brooke sekali membuat pengumuman pada bulan April 1946 dan
menjanjikan bahawa penyerahan negeri Sarawak tidak akan menganggu gugat adat
resam dan Perlembagaan Negeri 1941. Malah memberikan jaminan bahawa
Kerajaan British akan membawa pembangunan dan kestabilan politik ke atas negeri
Sarawak.

Vyner Brooke turut menghantar Setiausaha beliau iaitu Gerald MacBryan ke


Sarawak bagi memujuk penduduk Sarawak agar menerima proses penyerahan
Sarawak kepada Britain. Selain itu Kerajaan British turut menghantar wakil mereka
iaitu David Rees William (Parti Buruh) dan Kapten L. David Gammans (Parti
Konservatif) untuk membuat tinjau selidik penerimaan penduduk Sarawak.
Berdasarkan tinjauan mereka berdua di dapati majoriti penduduk Sarawak bersetuju
untuk diletakkan di bawah pentadbiran British.
Pada 15-17 Mei 1946 draf penyerahan Sarawak telah dibahaskan di Dewan
Negeri dan diluluskan pada 17 Mei 1946 dengan keputusan 19 menyokong dan 16
menentang. Corak pengundian tidak menampakkan transferensi disebabkan
pegawai Kerajaan turut dilibatkan bersama bagi memberikan sokongan kepada
British. Proses undian menunjukkan berlaku ugutan, penipuan, paksaan dan
pujukan.

2.1 Gerakan Anti-Penyerahan

Gerakan penentangan dikenali sebagai Gerakan Anti-Penyerahan (anti-cession


movement). Menurut Ruslan Zainuddin (2010), terdapat 2 sebab gerakan anti-
penyerahan ini dilakukan.

1. Pertama ialah penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan


1941 dan Perjanjian Atlantik 1941.
2. Kedua ialah kerana Charles Vyner Brooke tidak berunding bersama
pemimpin-pemimpin Bumiputera di Sarawak terlebih dahulu.

Menurut Sanib Said (2011), dalam Perlembagaan Sarawak 1941 (Nine Cardinal
Principles) Charles Vyner Brooke telah menjanjikan pemerintahan sendiri kepada
Sarawak menjelang Perang Dunia Kedua. Hal ini boleh dilihat dalam Perkara 8
dalam Perlembagaan Sarawak. Menurut Abdullah Zakaria, dalam Perkara 8
matlamat Sarawak untuk berkerajaan sendiri harus dikekalkan dan rakyat Sarawak
akan dipertanggungjawab terhadap pentadbiran mereka sendiri.

Selain itu, penyerahan Sarawak kepada British juga bertentangan dengan Perjanjian
Atlantik 1941. Pada prinsipnya bersetuju untuk mengembalikan pentadbiran tanah
jajahan kepada rakyatnya. Penjajahan tidak boleh diteruskan dan apa-apa
perubahan dalam sesebuah negara tidak boleh dilakukan tanpa mendapat
persetujuan daripada rakyat negara itu.

Gerakan anti-penyerahan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu telah diketuai oleh
Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah membuat
bantahan semasa Rang Undang-Undang Penyerahan dibahaskan. Penentangan ini
turut dilakukan disebabkan penyerahan yang bertentangan dengan Perlembagaan
1941 dan keputusan penyerahan yang dibuat tanpa berunding dengan ketua-ketua
bumiputera Sarawak. Begitu juga, penubuhan persatuan berkembangan secara
drastik di Sarawak rentetan daripada gerakan anti-penyerahan ini. Menjelang awal
tahun 1947, sebanyak 52 buah persatuan telah ditubuhkan di Sarawak dengan
hasrat mementang penyerahan Sarawak kepada British. Menurut Sabihah (1990),
antara persatuan yang ditubuhkan ialah Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
(PKMS), Angkatan Semangat Anak Sarawak (ASAS), Persatuan Bumiputera
Sarawak (PBS), Pergerakan Pemuda Melayu (PPM), Kesetiaan Melayu Matu,
Kesetiaan Melayu Simanggang dan Persatuan Dayak Sarawak (PDS).

Menurut Mohd. Hasbie(1989), antara cara penentangan gerakan anti-penyerahan


ialah menghantar surat, kawad dan telegram bantahan kepada kerajaan British,
tetapi tidak diendahkan oleh British. Contohnya, gerakan anti-penyerahan berkawad
menggunakan poster yang menyatakan “Long live H. H. the Rajah Muda” dalam
bahasa Inggris, bahasa Cina dan bahasa Melayu.

Rajah 2.1 menunjukkan gerakan anti-penyerahan berkawad.

Selain itu, poster dan sepanduk ditampal di setiap kampung dan juga kampus.
Contoh, poster yang ditampal adalah mengandungi ayat provokatif seperti “Sarawak
adalah hak kami, leburkan kolonial”. Gerakan anti-penyerahan juga menunjukkan
sikap pro-rajah menggunakan sepanduk yang mempunyai slogan “We want Rajah
Muda Anthony Brooke to enter Sarawak soon”. Menurut Ho Hui Ling (2017), beratus-
ratus pemuda Melayu dengan sepanduk-sepanduk dalam bahasa Inggeris berbunyi
“No cession”.
Rajah 2.2 menunjukkan poster dan sepanduk gerakan anti-penyerahan.

Seterusnya, gerakan anti-penyerahan telah menganjurkan tunjuk perasaan dan


bertindak memulaukan perlantikan Gabenor Sarawak. Menurut Mohd. Hasbie (1989),
tunjuk perasaan yang terbesar berlaku di Astana, Kuching pada Oktober 1946 yang
disertai oleh Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) dan Persatuan Dayak
Sarawak (PDS) bagi membantah perlantikan Charles Arden Clarke sebagai Gabenor
Sarawak yang pertama. Pada 1 Julai 1947, tunjuk perasaan juga dilakukan di
Kuching.

Rajah 2.3 menunjukkan tunjuk perasaan gerakan anti-penyerahan di Kuching.

Menurut Sabihah Osman (1990), pada 10 Disember 1946, British bertindak


mengeluarkan Pekeliling No. 9 yang melarang kakitangan kerajaan terlibat dengan
gerakan anti-penyerahan. Seramai 338 orang kakitangan kerajaan telah bertindak
meletakkan jawatan. Hal ini menyebabkan sebanyak satu pertiga buah sekolah
Melayu kerajaan di Sarawak terpaksa ditutup.

Menurut Mohd. Hasbie (1989), suatu perhimpunan secara besar-besaran telah


diadakan di kawasan rumah penaung Persatuan Melayu Sarawak (PMS), Datu
Patinggi Abang Hj. Abdillah yang dihadiri oleh semua kakitangan kerajaan yang telah
meletak jawatan. Kakitangan kerajaan tersebut bersusun membentuk abjad C dan N
serta nombor 9. Perhimpunan tersebut telah dipelopori oleh PMS.

Rajah 2.4 menunjukkan perhimpunan secara besar-besaran telah diadakan di


kawasan rumah penaung PMS.

Dengan adanya gerakan ini juga, penubuhan persatuan berkembang secara drastik
di Sarawak. Menurut Sanib Saib (2009), menjelang akhir tahun 1946 dan awal tahun
1947 sebanyak 52 buah persatuan telah ditubuhkan di Sarawak. Antaranya,
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Angkatan Semangat Anak
Sarawak (ASAS), Persatuan Bumiputera Sarawak (PBS), Pergerakan Pemuda
Melayu (PPM), Kesetiaan Melayu Matu, Kesetiaan Melayu Simanggang, dan
Persatuan Dayak Sarawak (PDS).

2.2 Penentangan masyarakat Iban

Persatuan paling kuat menentang adalah Sarawak Dayak Association (SDA). hal ini
boleh dilihat melalui penghantaran bantahan mengenai penyerahan ini melalui
telegram kepada pihak British. Menurut Ho Hui Ling (2012), Philip Jitam, pemimpin
SDA, pernah mengeluarkan satu pernyataan bahasa Iban yang menampakkan
ketidaksetujuannya dan orang Dayak Sarawak tentang perubahan taraf Sarawak
menjadi tanah jajahan British. Pernyataannya dalam bahasa Iban diterjemahkan
seperti berikut “Therefore on behalf of my colleagues and with honesty to myself l
oppose the Cession. Further l cannot compel myself to agree even in principle, since
in the first instance, this proposal of Cession does not appear to have mutually agree
upon; unless and until reconciliation has been effected and mutual consent has been
given, than l consider it inappropriate to bring this subject for discussion.”
Philip Jitam dan Edward Jerah juga telah menentang penyerahan tersebut dalam
sesi mengundi di Majlis Negeri pada 15 Mei 1946. Pergerakan Pemuda Melayu
(PPM) turut merekrut sebanyak 52 penghulu Iban, termasuk Temenggung Jugah dan
Temenggung Koh di Sibu.

2.3 Penentangan Kaum Wanita

Antara golongan wanita yang menentang hebat penyerahan Sarawak ialah Cikgu Lily
Eberwin (PKMS), Puan Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah dan Cikgu
Ajibah Abol. Menurut Sabihah Osman (1990), Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
menubuhkan bahagian Kaum ibu yang diketuai oleh Cikgu Lily Eberwin telah pergi
ke rumah-rumah panjang untuk mengadakan kempen kesedaran sama ada berjalan
kaki ataupun menaiki bot.

Selain itu, Datuk Ajibal Abol mengetuai kaum wanita untuk bergabung tenaga
dengan gerakan anti-penyerahan untuk memperjuangkan kemerdekaan Sarawak
dan bukannya menjadi koloni British. Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) turut
menubuhkan Kaum Ibu yang diketuai oleh Sharifah Sipah.

Rajah 2.5 menunjukkan Kaum Ibu membuatkan demonstrasi di Sibu dan Kuching.

2.4 Rukun Tiga Belas

Kemuncak gerakan anti-penyerahan di Sarawak adalah apabila Pergerakan Pemuda


Melayu (PPM), telah berhimpun secara sulit dan menubuhkan sebuah kumpulan
yang dinamakan Rukun Tiga Belas di Jalan Queensway, Sibu. Menurut Mohd.
Hasbie (1989), kumpulan ini diketuai oleh Awang Rambli dan mempunyai 13 orang
ahli. Kumpulan yang bersifat radikal ini telah bersumpah akan menghapuskan semua
pegawai Inggeris dan Dato-dato Melayu yang menyokong penyerahan Sarawak.

Pada 3 Disember 1949, Gabenor British Kedua Sarawak, Sir Duncan Stewart telah
mengadakan lawatan rasmi yang pertama ke Sibu. Menurut Saifuddin (2005),
semasa lawatan pada jam 9.30 pagi Rosli Dhobi telah menikam sampai mati Sir
Duncan Stewart menggunakan pisau “badik”. Rosli Dhobi merupakan ahli kumpulan
Rukun Tiga Belas.

Rosli Dhobi dan Morshidi Sidek ditangkap oleh anggota polis British pada waktu
kejadian manakala rakan-rakannya yang lain telah diburu oleh pihak polis besar-
besaran selepas kejadian tersebut. Menurut Haslina (2018), pada 2 Mac 1950, Rosli
Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong telah dikenakan hukuman
gantung sampai mati di Penjara Kuching, Jalan Tabuan, Kuching. 15 orang lagi yang
dipercayai bersuhabat dalam pembunuhan tersebut turut dipenjarakan.

Menurut Ho Hui Ling (2017), pada 6 Disember 1950, British telah mengharamkan
Pergerakan Pemuda Melayu (PPM). Sehingga tahun 1951, selama lima tahun,
gerakan anti-penyerahan ini tidak membuahkan hasil. Hal ini menyebabkan
kelumpuhan gerakan ini secara berperingkat-peringkat.

Rajah 2.6 menunjukkan Rosli diiringi oleh dua anggota polis iaitu Kikir Singh dan
Santok Singh sebaik sahaja menikam Sir Duncan Stewart pada 3 Disember 1949 di
Sibu.

3.0 Reaksi rakyat Sabah

3.1 Kesedaran rakyat Sabah


Penyerahan Sabah kepada British berlaku tanpa sebarang penentangan yang
berkesan. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh tahap kesedaran rakyat Sabah
yang rendah mengenai kemerdekaan. Rata-rata penduduk Sabah tidak memahami
tujuan perubahan pemerintahan daripada Syarikat Borneo Utara British kepada
pemerintahan British.

Sehingga tahun 1961, Sabah masih belum mengenal pilihan raya. Perkembangan
politik di Sabah telah jauh ketinggalan berbanding dengan Sarawak. Hal ini kerana
rakyat Sabah tidak mempunyai pengalaman dalam bidang pentadbiran. Selain itu,
pemerintahan Syarikat Borneo Utara British menggunakan Piagam 1881 yang tidak
memberi banyak peluang kepada orang-orang Sabah untuk campur tangan dalam
pentadbiran.

Kesedaran nasionalisme dilihat sebagai rendah. Contohnya, Persatuan Kebangsaan


Melayu Sabah dan Barisan Pemuda Sabah yang ditubuhkan pada tahun 1946,
kedua-dua persatuan ini tidak menjadi pendorong kesedaran nasionalisme dalam
kalangan rakyat tempatan di Sabah.

3.2 Penentangan oleh waris Kesultanan Sulu

Penyerahan Sabah kepada British telah ditentang oleh negara jiran Sabah, iaitu
Kesultanan Sulu. Penentangan ini dilakukan kerana Kesultanan Sulu mendakwa
bahawa Sabah merupakan milik mereka. Penentangan ini langsung tidak memberi
kesan kepada penyerahan Sabah kepada British. Secara keseluruhannya,
penyerahan Sabah kepada British pada 15 Julai 1946 tidak mendapat sebarang
penentangan yang berkesan daripada rakyat tempatan di Sabah.

4.0 Kesimpulan

Konklusinya, penyerahan Sarawak dan Sabah ini merupakan satu titik tolak kepada
kebangkitan kesedaran nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan.
Walaupun penentangan yang dilakukan tidak membuahkan hasil, namun, kesedaran
yang timbul semasa gerakan tersebut merupakan satu langkah yang diperlukan oleh
rakyat dalam proses mencapai kemerdekaan. Selepas penyerahan tersebut, British
telah menyediakan kedua-dua negeri tersebut ke arah berkerajaan sendiri. Pada 16
September 1963, kedua-dua negeri ini telah bergabung dengan Tanah Melayu dan
Singapura untuk membentuk sebuah entiti politik yang dikenali sebagai Malaysia
sehinggalah pada hari ini.

Rujukan

Abdullah Zakaria Ghazali. (2013). Dari Brooke ke Mahkota British: Abang dan Politik
Sarawak, 1941-1946. Dimuat turun pada 14 Februari 2019 daripada
http://repository.um.edu.my/36554/

Azmi Arifin, Abdul Rahman Haji Ismail. (2016). Di sebalik tabir’ sejarah politik
Malaysia 1945-1957. Penang: Penerbitan USM

Haslina Bujang. (2018 Mac 2). Rosli Dhobi dan Rukun 13. Dimuat turun pada 25
Januari 2018 daripada https://www.thepatriots.asia/rosli-dhobi-dan-rukun-13/

Ho Hui Ling. (2012). Kesedaran Politik di negeri Sarawak, 1930- 1963. dimuat turun
pada 14 February 2019 daripada
http://malcat.uum.edu.my/kip/Record/ukm.vtls003586762

Ho Hui Ling. (2017). Pergerakan politik di sarawak: isu penyerahan sarawak kepada
british. Dimuat turun pada 14 Februari 2019 daripada
http://eprints.um.edu.my/17849/1/DR_HO.pdf

Mohd. Hasbie Sulaiman. (1989). Perjuangan anti-cession Sarawak: peranan utama


Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak.

Ruslan Zainuddin. (2000). Sejarah Malaysia. Shah Alam: Fajar Bakti SDN. BHD

Ruslan Zainuddin. (2010). Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar.

Sabihah Osman. (1990). The Malay-Muslim Response to Cession of Sarawak to the


British Crown 1946-1951. Dimuat turun pada 14 Februari 2019 daripada
http://journalarticle.ukm.my/470/1/1.pdf

Saifuddin Abang Bohari. (2005). Rosli Dhoby: rukun berdarah. Shah Alam: PTS Sdn
Bhd
Sanib Said. (2009). Malay Politics in Sarawak 1946-1966. Dimuat turun pada 14
February 2019 daripada https://ir.unimas.my/12045/

Siti Aidah Hj. Lokin. (2007). Perubahan sosioekonomi dan pentadbiran masyarakat
peribumi Sabah, 1881-1963. Penang Penerbit UMS

Steven Runciman. (2011). The White Rajah: A History of Sarawak from 1841 to
1946. Cambridge: Cambridge University Press

Tom Williams. (2014).The White Rajah. Wale: Accent Press

LAMPIRAN

Lampiran 1 menunjukkan Cikgu Lily Eberwin

Lampiran 2 menunjukkan Kaum Ibu mengadakan demostrasi di Kuching Julai 1,


1947
Lampiran 3 menunjukkan Datuk Ajibah Abol

Lampiran 4 menunjukkan ahli Pergerakan Pemuda Melayu Sibu

Lampiran 5 menunjukkan Barisan Pejuang 338

You might also like