Kuiz - Nur Liyana BT Muhamad

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

NUR LIYANA BINTI MUHAMAD PISMP PK1 JUN 2018

PKUK3113 Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

1. Pentaksiran amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Huraikan apa yang anda faham tentang pentaksiran.

= Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat kemudian membuat


pertimbangan atau penghakiman mengenai sesuatu produk atau individu. Dari aspek
pendidikan, pentaksiran merujuk kepada satu proses pembelajaran yang terdiri daripada
mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi serta menghurai maklumat atau data
yang diperoleh bagi tujuan tertentu. Dari sudut Pendidikan Khas, pentaksiran bermaksud
memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran.
Antara kemahiran yang boleh ditaksir ialah kemahiran membaca, menulis, mengira, mengurus
diri dan sebagainya. Pentaksiran merupakan antara elemen yang penting dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran kerana guru akan mengetahui tahap keupayaan murid sekali gus
membuat penilaian mengenai keberkesanan strategi pengajaran yang diaplikasikan. Bagi murid
Pendidikan Khas, pentaksiran amat penting bagi membolehkan guru dan ibu bapa mengetahui
tahap serta proses perkembangan yang dilalui oleh murid. Selain itu, hasil pentaksiran yang
diperoleh juga akan membantu guru mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid serta
merancang dan merangka intervensi dan strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap
keupayaannya.

(5 Markah)

2. Bagi mentaksir murid-murid ianya bukan secara umum, ianya menjurus kepada
domain-domain tertentu.

Jelaskan domain-domain yang ditaksir terhadap murid-murid.

= Antara domain yang diaksir terhadap murid berkeperluan khas ialah kognitif, bahasa dan
komunikasi, tingkah laku, sosio-emosi dan fizikal yang terdiri daripada kemahiran motor kasar
dan motor halus.

Bagi domain kognitif, ianya merupakan satu kemahiran yang mempunyai kaitan dengan tahap
pemikiran murid. Kemahiran kognitif ialah satu proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan
memahami sesuatu. Oleh itu, antara cara yang boleh digunakan oleh guru bagi mentaksir
kognitif ialah melalui ujian, senarai semak dan lembaran kerja.

Kemudian, bagi domain bahasa dan komunikasi pula, ianya memberi perhatian kepada cara
kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi secara lisan dan bukan lisan. Guru boleh
mentaksir domain bahasa dan komunikasi dengan menggunakan pemerhatian dan senarai
semak. Antara komponen yang boleh ditaksir ialah cara murid berkomunikasi dengan rakan,
melakukan pengucapan tatasusila, memberi dan menerima pendapat.
NUR LIYANA BINTI MUHAMAD PISMP PK1 JUN 2018

Domain ketiga yang ditaksir ialah domain tingkah laku. Domain ini melibatkan perlakuan atau
pergerakan kanak-kanak termasuklah cara mereka menangani masalah, mendekati orang
sekeliling dan mengelak dari sesuatu. namun, terdpaat juga kanak-kanak tidak mobil
(immobility) dan ianya juga boleh dijadikan sebagai domain pentaksiran tingkah laku. Cara
mentaksir tingkah laku yang boleh digunakan oleh guru ialah dengan menggunakan borang
soal selidik, senarai semak serta pemerhatian.

Seterusnya, sosio-emosi pula merupakan satu domain yang melibatkan hubungan sosial murid
dengan individu sekeliling. Menerusi teori Erik Erikson, personaliti kanak-kanak dibentuk hasil
daripada perkembangan psikososial ini. Dalam domain ini, guru akan mentaksir hubungan
sosial murid dengan individu sekeliling bagi mengetahui perkembangan murid dalam kemahiran
berinteraksi dan mengadaptasi diri dengan guru, rakan-rakan serta masyarakat.

Akhir sekali ialah domain fizikal. Berbeza dengan domain kognitif, domain ini tertumpu kepada
fizikal kanak-kanak yang meliputi aspek motor kasar iaitu menggunakan otot-otot besar seperti
tangan dan kaki serta motor halus iaitu kemahiran menggunakan otot kecil seperti jari dan
mata. Domain ini boleh ditaksir menerusi aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal samada di
dalam atau luar kelas.

(5 Markah)

JUMLAH: 10 Markah

-SOALAN TAMAT-

You might also like