Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

2019122340053 PKES3063

1. Dalam DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 4 terdapat satu tajuk pelajaran dari
aspek psikologi yang berkaitan emosi murid iaitu dalam modul 2 iaitu Kesihatan
Mental, Emosi dan Sosial iaitu bertajuk Pengurusan Mental Dan Emosi. Standard
kandungan pula adalah 2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan
cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan
seharian. Standard pembelajaran pula ialah 2.1.5 Memilih cara mengurus konflik
dan stres. Hal ini adalah sangat berkait rapat dengan psikologi murid-murid
kerana melibatkan emosi mereka.
Tajuk ini sangat penting dan perlu didedahkan kepada para murid kerana
hal ini boleh meningkatkan tahap emosi murid ke arah yang lebih positif. Seperti
yang dijelaskan pada tajuk dskp tersebut iaitu melibatkan kemahiran
menguruskan mental dan emosi iaitu lebih kepada menguruskan konflik dan
stres. Hal ini merupakan ketenangan adalah salah satu elemen yang penting
bagi setiap manusia yang mana konflik dan stres boleh menyebabkan mereka
serabut dan hilang ketenangan semasa PdP. Ini kerana kemahiran pengurusan
konflik dan stres yang rendah boleh menyebabkan murid-murid menjadi murung
dan berasa diri tidak berguna. Dengan adanya tajuk ini dalam DSKP yang
bermula dari sekolah rendah diharapkan dapat memberi impak yang baik kepada
murid setelah mereka membesar. Sebagai contoh jika seseorang murid tidak ada
kemahiran dalam menguruskan konflik, mereka akan takut untuk mencuba
sesuatu kemahiran baharu, mereka tidak akan tahu bakat mereka. Mereka juga
boleh disisihkan oleh masyarakat. Oleh itu tajuk ini amat berkesan bagi
perkembanan psikologi murid-murid.
2019122340053 PKES3063

2. Inovasi dalam pendidikan amat berkesan dalam meningkat kemahiran mengajar


dan juga kefahaman murid-murid terhadap sesebuah tajuk, khususnya inovasi
dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Bagi mata pelajaran Pendidikan
Kesihatan juga mempunyai tajuk yang boleh diguna menggunakan bahan bantu
mengajar bagi membantu memberi keseronokan serta kefahaman kepada para
murid di sekolah. Sebagai contoh, saya mengambil dari DSKP Pendidikan
Kesihatan tahun 4 iaitu dalam modul 3 iaitu Kesihatan Persekitaran Penyakit dan
Standard Kandungan pula adalah Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah
serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian.
Tajuk ini agak susah bagi seseorang murid sekolah rendah dalam
memahami tajuk ini jika guru hanya bercakap di hadapan tanpa bahan bantu
mengajar. Oleh itu guru-guru boleh membuat inovasi untuk dijadikan sebagai
bahan bantu mengajar. Antaranya adalah penggunaan fail ajaib iaitu permainan
yang menggunakan fail sebagai alat bahan bantu mengajar. Dalam fail ini jika
dibuka akan timbul bahan seperti dua kotak dan juga replika jantung, kaki dan
sebagainya yang menunjukkan anggota badan yang biasa dijangkiti penyakit.
Dalam fail ini juga terdapat sebuah ruang yang mempunyai pelbagai fakta dan
juga terdapat dua kotak yang mana tertulis jenis penyakit dan juga kesan. Murid-
murid akan memilih nota dalam ruang tersebut kemudian letakkan dalam kota
yang betul. Permainan ini dilakukan dalam kumpulan bagi meningkatkan
kerjasama antara kumpulan.
Kemudian bagi meningkatkan keseronokan dan semangat pelajar, mereka
akan diberi hadiah oleh guru bagi pemenang yang berjaya. Hal ini juga
memudahkan guru dalam memberi kefahaman murid-murid selain dapat
memberi keseronokan kepada mereka. Selain itu hal ini juga dapat memberi
kemahiran dan pengalaman baharu kepada guru dalam proses PdP
2019122340053 PKES3063

3. Sesuatu program yang baik dapat memberi hasil yang positif kepada masyarakat
dan murid-murid yang menyertai program tersebut. Terdapat satu program yang
boleh dilakukakan iaitu Program Keluarga Bahagia yang mana mengambil dari
DSKP Pendidikan Kesihatan tahun 4 iaitu modul 2 Kesihatan Mental, Emosi dan
Sosial iaitu bertajuk Kekeluargaan. Standard Kandungan pula adalah 2.2
mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi
kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga. Standard Pembelajaran pula
adalah, 2.2.3 menjelaskan kepentingan sokongan ahli keluarga dalam menagani
gejala sosial. Dengan adanya program ini yang akan disertai oleh polis, keluarga
dan masyarakat dapat meningkatkan hasil yang positif.
Program ini dapat merapatkan hubungan antara keluarga, masyarakat
dan pihak polis dalam membantu menangani masalah sosial yang melibatkan
pelajar sekolah. Hal ini dapat mengurangkan masalah seperti merokok, ponteng
sekolah, buli dan sebagainya. Dalam program ini juga akan diterangkan akibat
perbuatan yang salah disisi undang-undang oleh polis. Hal ini dapat memberi
kesedaran dan sedikit gusar untuk melakukan masalah sosial. Program ini juga
mengajar ibu bapa menguruskan anak-anak selain dapat merapatkan hubungan
kekeluargaan melalui aktiviti menarik seperti cabutan bertuah dan sebagainya.
Diharapkan program ini dapat diperluas dan dapat memberi manfaat kepada
masyarakat dan negara dalam menguruskan masalah sosial.

You might also like