Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

1.

0) PENGENALAN

Persatuan didefinisikan sebagai anggota yang pakar atau mahir dan


mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang (Kamus Dewan Edisi
Keempat). Persatuan wujud dalam pelbagai komuniti di Malaysia. Ianya ada pada
peringkat sekolah, peringkat masyarakat, peringkat kebangsaan dan sebagainya.
Setiap persatuan akan menyediakan satu perancangan secara tahunan bagi
menjalankan aktiviti dan ianya pasti melibatkan duit. Oleh itu, pengumpulan dana
adalah perlu dan penting bagi memastikan pengumpulan dana itu berjalan dengan
lancar. Salah satu cara untuk mendapatkan sumber kewangn dalam sesuatu kelab
adalah melalui kutipan yuran tahunan melalui ahli di dalam persatuan tersebut. Cara ini
banyak digunapakai oleh pelbagai kelab bagi memastikan dana kelab dan persatun
sentiasa mencukupi bagi menjalankan aktiviti. Selain dari cara ini terdapat juga
beberapa cara lain yang boleh digunakan seperti kutipan derma, hasil jualan,
sumbangan dari pihak luar dan sebagainya.

2.0) LATAR BELAKANG KAJIAN

Tugasan ini dilaksanakan pada 19 Mac sehingga 22 Mac 2016 iaitu pada
tempoh cuti sekolah. Bagi tugasan ini, saya telah mencari senarai persatuan dan kelab
yang aktif di Terenganu dan telah memilih Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura –
kura dan Penyu bagi melaksanaakan kajian yang dikehendaki. Persatuan ini berpusat
di Kuala Terengganu yang memudahkan pengumpulan maklumat yang diperlukan iaitu
sejarah penubuhan, tujuan persatuan serta pengumpulan dana bagi segala aktiviti
yang dijalankan oleh persatuan tersebut. Persatuan ini antara yang paling aktif dalam
melaksanakan aktiviti pemuliharaan terutamanya pemuliharaan penyu yang
merupakan ikon di Terengganu. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam
melaksanakan kajian ini antaranya kaedah temu bual, pemerhatian dan dari sumber
internet.

3.0) OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah atas beberapa objektif iaitu :

a) Mengenalpasti sejarah penubuhan Persatuan Tuntung, Penyu dan Kura – Kura


di Terengganu
b) Mengenalpasti matlamat dan objektif utama Persatuan Tuntung, Penyu dan
Kura – Kura.
c) Mengetahui bagaimana persatuan ini mengumpul dana bagi menjalankan
aktiviti yang dirancang

1
4.0) PERSATUAN

Bagi tugasan kali ini, saya telah memilih Persatuan Pemuliharaan Tuntung,
Kura – Kura dan Penyu Malaysia yang berpusat di Kuala Terengganu, Terengganu.
Persatuan ini yang berdaftar melalui nombor rujukan PPM-001-11-10062011 merupakan
persatuan di peringkat Kebangsaan dan ianya telah diasaskan oleh beberapa orang
penting antaranya Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor, Dr. Chan Eng Heng, Chen Pelf Nyok,
Lim Puay Aun dan Wee Seng Whatt. Persatuan ini telah ditubuhkan pada Oktober
2011 dengan tujuan untuk membawa perubahan dan pemulihan kepada kepupusan
populasi liar penyu di Malaysia melalui kerjasama dari pelbagai organisasi, individu
dan komuniti tempatan serta melalui aktiviti dan programnya yang tersendiri.

5.0) OBJEKTIF PERSATUAN

Persatuan ini mempunyai pelbagai objektif bagi memastikan usaha memulihara penyu
ini Berjaya antaranya termasuklah:

1. Menjalankan penyelidikan mengenai biologi dan ekologi penyu di Malaysia dan


untuk menyebarkan hasil penyelidikan melalui penerbitan, seminar tempatan,
antarabangsa dan persidangan.
2. Untuk memastikan pemulihan populasi penyu dapat dijayakan di Malaysia
dengan memulakan dan meningkatkan usaha kearah pemuliharaan populasi
tersebut terutamanya yang spesies yang semakin terancam.
3. Untuk memupuk rasa kesedaran dan ambil berat terhadap hidupan liar di
kalangan orang ramai dengan mengetengahkan profil penyu di Malaysia
melalui pameran, kempen kesedaran awm, program pendidikan, pengeluaran
dan pengedaran bahan – bahan pendidikan.
4. Memberikan perkhidmatan professional / perunding dalam bidang
pemuliharaan penyu, pengurusan dan penyelidikan kepada agensi – agensi
tempatan, serantau dan antarabangsa.

6.0) AKTIVITI YANG DILAKSANA

Sepanjang penubuhan persatuan ini sejak tahun 2011, pelbagai aktviti telah
diljankankan dalamusaha memulihara spesies penyu, tuntung dan kura – kura di
Malaysia. Kebanyakan kegiatan yang dijalankan banyak bertumpu di Terengganu
memandangkan mereka berpusat di Terengganu dan negeri tersebut yang
sememangnya terkenal dengan pelbagai spesies penyu.

2
Antara aktiviti tersebut termasuklah program kesedaran tentang penyu yang
dibahagikan kepadai 5 siri bagi kempen tersebut. Ianya dijalankan kepada pelajar
berusia 10 dan 11 tahun dengan harapan pendedahan awal ini dapat meningkatkan
kesedaran mereka pada masa akan datang. Selain itu, mereka turut menjalankan
aktiviti pemuliharaan tuntung dengan melibatkan orang tempatan bagi membantu
mereka dalam usaha memastikan bilangan tuntung tersebut tidak berkurangan. (Rujuk
lampiran 1) Program ini dijalankan di Sungai Setiu, Terengganu. Pihak persatuan ini
turut melepaskan tuntung di Sungai Setiu dan melihat perkembangan mereka membiak
di kawan liar. Setelah 5 tahun, usaha mereka membuahkan hasil apabila tuntung yang
dilepaskan berjaya membesar dan membiak di kawasan tersebut.

Pihak persatuan ini turut menyediakan poster bagi kempen kesedaran tentang
kepupusan haiwan – haiwan ini. (Rujuk lampiran 2). Poster ini dihasilkan bagi 5 siri
program kempen kesedaran yang diadakan di sekolah – sekolah yang terpilih di Kuala
Terengganu. Namun begitu, pihak sekolah atau mana – mana pihak yang inin
menggunakan poster ini boleh memohon penggunaan poster ini melalui laman web
persatuan ini. Poster yang dihasilkan termasuklah poster tentang cara – cara untuk
menyelamatkan tuntung dan penyu, bahaya yang dihadapi oleh haiwan ini dan
sebagainya.

7.0) DANA DAN PENGURUSAN KEWANGAN

Pengurusan kewangan adalah satu perkara pokok dan paling penting dalam
sesebuah kelab atau persatuan. Tanpa pengurusan kewangan yang baik dan
sempurna maka perjalanan persatuan atau kelab berkenaan akan pincang dan
akhirnya terus berkubur. Kewangan merupakan faktor utama dan pemangkin yang
dapat menggerakkan persatuan dengan lebih aktif dan lancar. Persatuan yang
ditubuhkan seharusnya mengendali menguruskan dan menjana kewangan dengan
cekap, teliti dan mengikut peraturan yang telah ditentukan oleh Perlembagaan
Persatuan. Sesebuah kelab memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti sepanjang
tahun. Ini membuatkan penjanaan kewangan dalam persatuan adalah sesuatu yang
amat penting bagi memastikan segala aktiviti yang telah dirancang itu berjalan dengan
lancar dan berjaya.

Tujuan pengkaji ditugaskan untuk mengkaji pengurusan kewangan sesebuah


persatuan adalah untuk mengetahui bagaimana sesebuah persatuan menjana
kewangan serta cara mereka menguruskan kewangan tersebut. Antara dapatan kajian
termasuklah sumber kewangan persatuan ini secara am dan pengurusan kewangan
mereka untuk salah satu projek yang dialankan serta sumber kewangan yang
diperolehi secara spesifik untuk projek ini.
3
Bagi memastikan objektif persatuan ini dapat dicapai, persatuan ini akan
melaksanakan pelbagai aktiviti dan rancangan dalam setahun bagi membolehkan
tujuan serta matlamat utama persatuan ini dtubuhkan dapat dilaksana. Setiap aktiviti
yang dirancang dan dijalankan pasti mempunyai peruntukan kewangan yang
diperlukan, oleh itu, persatuan ini hendaklah mempunyai sumber kewangan yang
kukuh.

Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura – Kura dan Penyu ini mendapatkan


sumber kewangannya melalui pelbagai sumber antaranya termasuklah derma yang
dijalankan melalui laman web rasmi persatuan ini. Menurut perlembagaan persatuan
ini dana yang dikumpul adalah melalui bayaran yuran tahunan, yuran pendaftaran.
Manakala melalui temubual yang dijalankan bersama ahli persatuan tersebut dana
juga dikumpul melalui sumbangan dari pihak luar, hasil jualan dari barang – barang
cenderahati yang dijual teutamanya melalui laman web rasmi mereka. (Rujuk
Lampiran 3). Mereka turut mendapatkan dana dari tajaan dari pihak yang
bekerjasama dengan pihak persatuan. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa projek
mereka yang telah dijalankan.

Salah satu dari projek tersebut termasuklah Projek Meningkatkan Bilangan


Tuntung sungai di Terengganu, Malaysia. Fasa pertama projek ini dijalankan pada
tahun 2010 bermula dari bulan Januari sehingga hujung Disember 2010. Fasa
seterusnya merupakan fasa pemerhatian dan pengumpulan data tuntung yang
dilepaskan di sungai berkenaan. Dana utama bagi projek ini datang daripada United
States Fish and Wildlife Service. Selain itu, Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-
Kura dan Penyu ini turut mendapat dana daripada Turtle Conservation Fund (TCF) dan
Turtle Survival Alliance (TSA). Pada tahun kedua dan ketiga projek ini dijalankan,
kebanyakan sumbangan diperoleh dari Mohamed bin Zayed Species Conservation
Fund dan Turtle Conservation Fund. Pada tahun keempat projek ini iaitu pada tahun
2014, dana dieroleh dari CIMB Foundation yang menaja keperluan projek sepanjang
tahun tersebut.

Dengan adanya bantuan daripada syarikat luar, persatuan dari luar dan
peruntukan yang diperolehi dari dana persatuan terbabit, aktiviti tersebut dapat
dijalankan dengan lancar sepanjang 7 tahun penyelidikan tersebut berjalan iaitu
bermula dari tahun 2010 sehinga 2016 serta membuahkan hasil yang
memberangsangkan. (Rujuk Lampiran 4)

4
Di dalam perlembagaan Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan
Penyu ini ada dinyatakan tentang penggunaan wang dana dari persatuan tersebut dan
dinyatakan bahawa penggunaan wang persatuan tidak boleh melebihi RM 10,000 –
RM 15,000 dalam jangka masa yang pendek. Menurut Cik Chan Pelf Nyok, dengan
adanya bantuan dari tajaan, dana dan sumbangan dari pihak luar, projek memulihara
tuntung ini dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang mengganggu
projek tersebut sepanjang tempoh 7 tahun pelaksanaannya. Tajaan yang diberikan
bukan sahaja dalam bentuk wang malah sumbangan mikrocip turut diperolehi oleh
pihak persatuan yang secara tidak langsung mengurangkan kos yang perlu ditanggung
oleh pihak persatuan sepanjang 7 tahun projek ini dilaksanakan.

Menurut Cik Chan Pelf Nyok, meskipun bagi aktiviti ini mereka mendapat
bantuan dana yang mencukupi namun terdapat juga beberapa kekangan bagi aktiviti
lain yang membuktikan bahawa pengurusan kewangan merupakan aspek yang paling
penting dalam usaha memastikan persatuan ini dapat meneruskan usaha
pemuliharaan haiwan – haiwan ini. Tambahan lagi, pada zaman kegawatan ekonomi
kini, persatuan ini tidak dapat melakukan aktiviti yang berkos tinggi sebaliknya mereka
hanya menumpukan kepada aktiviti dan program yang melibatkan kos yang tidak
terlampau membebankan seperti kempen kesedaran, seminar dan sebagainya. Namun
usaha berterusan masih dijalankan oleh persatuan ini dengan membantu serta
bekerjasama dengan pihak – pihak luar.

8.0) Analisis SWOT

Kekuatan

Kekuatan yang boleh dilihat dalam mengumpulkan dana untuk kegunaan


persatuan, di sebabkan persatuan ini adalah persatuan yang melibatkan kerajaan
negeri dan juga usaha-usaha yang di jalankan di dalam persatuan ini amat selari
dengan hasrat kerajaan negeri Terengganu. Contohnya seperti yang telah di
maklumkan sebelum ini, Dana utama bagi projek ini datang daripada United States
Fish and Wildlife Service. Selain itu, Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan
Penyu ini turut mendapat dana daripada Turtle Conservation Fund (TCF) dan Turtle
Survival Alliance (TSA). Pada tahun kedua dan ketiga projek ini dijalankan,
kebanyakan sumbangan diperoleh dari Mohamed bin Zayed Species Conservation
Fund dan Turtle Conservation Fund. Pada tahun keempat projek ini iaitu pada tahun
2014, dana dieroleh dari CIMB Foundation yang menaja keperluan projek sepanjang
tahun tersebut. Oleh itu ini adalah kekuatan utama mereka dalam menguruskan
kewangan persatuan.

5
Kelemahan

Kelemahan yang dkenalpasti bagi menguruskan penjanaan kewangan bagi


persatuan ini adalah walaupun mendapat penajaan yang banyak daripada pelbagai
pihak, dana yang di berikan tersebut perlulah di gunakan untuk jangka masa panjang.
Pihak persatuan perlu merancangan kewangan tersebut untuk sesuatu masa yang
panjang dan juga Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu ini ada
dinyatakan tentang penggunaan wang dana dari persatuan tersebut dan dinyatakan
bahawa penggunaan wang persatuan tidak boleh melebihi RM 10,000 – RM 15,000
dalam jangka masa yang pendek. Dengan kelemahan ini ia sedikit sebanyak
menggangu persatuan untuk menjana kewangan dengan lebih banyak terutamanya
bagi tenaga kerja. Dana juga tidak dapat di janakan sekiranya ada pihak yang masih
tidak mempunyai kesedaran akan haiwan-haiwan tersebut.

Peluang

Terdapat banyak peluang yang boleh di gunakan oleh persatuan ini untuk
memaksimakan penjanaan kewangan mereka. Mereka mungkin boleh mengadakan
bengkel berbayar tentang pemuliharaan tuntung, kura dan penyu. Dengan cara ini ia
sedikit sebanyak dapat memberikan nilai tambah untuk kewangan persatuan. Selain
itu, persatuan ini juga boleh mencipta koperasi yang menjual pelbagai keperluan,
cendermata yang berkaitan dengan persatuan dan di jual kepada orang ramai
mahupun pelancong yang datang. Dengan hasil penjualan cendermata itu, ia akan
memberikan keuntungan yang berterusan kepada persatuan tersebut. Cendermata
tersebut seperti contoh bag bertamakan kura-kura, baju bertemakan penyu, “kay-
chain” dan sebagainya. Dengan wujudnya koperasi ini, ia akan menarik ram ai pelabur
yang ingin berkongsi saham dengan koperasi pertubuhan tersebut, oleh itu, lama
kelamaan ia akan dapat menjana kewangan dengan skala yang besar.

Ancaman

Ancaman yang di terima apabila mereka menyatakan penggunaan wang


persatuan tidak boleh melebihi RM 10,000 – RM 15,000 dalam jangka masa yang
pendek, di sebabkan kelemahan ini ancaman persatuan untuk menjalankan seminar
dan aktiviti yang berskala besar dan menarik lebih ramai pengunjung untuk sesuatu
aktiviti tersebut akan berkurang. Mereka juga tidak sanggup membayar untuk
menyertai bengkel aktiviti yang di lihat seperti tidak bersifat eksklusif dan hanya
bersakal kecil. Apabila kekurangan dana untuk menjalankan program ataupun aktiviti,
persatuan ini juga akan sukar untuk mengumpul dana daripada pengunjung dan
perserta sesuatu bengkel yang diadakan tersebut.

6
Cadangan

Cadangan mempelbagaikan lagi cara jualan serta produk jualan bagi


persatuan. Dengan membuat kepelbagaian ini, pembeli akan lebih tertarik untuk
memberi kerana banyak piihan. Pihak persatuan juga boleh mengadakan kempen dan
juga seminar permulaan secara percuma, dan bengkel seterusnya peserta perlu
membayar untuk meneruskan sesuatu seminar tersebut. Dengan cara ini ia sedikit
sebanyak akan menarik minat murid dahulu dan seterusnya mereka akan berasa teruja
untuk menyertai bengkel seterusnya dan membayar yuran yang di kenakan. Cadangan
yang terakhir adalah menarik lebih ramai pelabur dan juga penajaan dari pelbagai
pihak termasuklah kerajaan negeri. Ini kerana persatuan ini mereka memulihara satu
ikon bagi negeri tersebut iaitu terengganu. Ini amat perlu bagi menarik perhatian
pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia untuk belajar cara memulihara
tuntung, penyu dan kura-kura.

9.0) KESIMPULAN

Pengumpulan dana serta pengurusan kewangan merupakan satu elemen yang penting
bagi memastikan kelancaran persatuan tersebut. Tanpa pengurusan kewangan yang
baik, persatuan tersebut tidak akan dapat melaksanakan sebarang aktiviti tahunan
yang telah dirancang dan secara tidak langsung membawa kepada kelumpuhan sistem
persatuan tersebut. Berdasarkan kajian, dapat dilihat bahawa persatuan tersebut
mempelbagaikan cara untuk menjana sumber kewangan. Dapat disimpulkan disini
bahawa setiap persatuan perlulah bertindak proaktif dan biak dalam mengukuhkan
sumber kewangan sesebuah kelab mengikut perlembagaan persatuan yang
ditetapkan.

7
10.0) RUJUKAN

Conserving the Nature of America, https://www.fws.gov/

20 Mac 2017

Sea Turtle Conservation, Research, Education, and Involvement,


http://www.juaraturtleproject.com/

20 Mac 2017

Turtle Conservation Fund, http://www.turtleconservationfund.org/

20 Mac 2017

Turtle Conservation Society, http://www.turtleconservationsociety.org.my/

20 Mac 2017

8
LAMPIRAN

9
LAMPIRAN 1

10
LAMPIRAN 2

11
12
13
LAMPIRAN 3

14
LAMPIRAN 4

15

You might also like