Sulit : Arahan Kepada Calon: Jangan Buka Kertas Soalan Ini Sehingga Anda Dibenarkan Berbuat Demikian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SULIT*

944/2 STPM 2020

EKONOMI
KERTAS 2
(DUA JAM)

UJIAN PENGESANAN PRESTASI


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada borang jawapan Aneka
Pilihan yang dibekalkan.

Jawab empat daripada enam soalan dalam Bahagian B, anda boleh menjawab semua bahagian B,
tetapi hanya empat jawapan pertama dalam bahagian B yang diperiksa,

Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan dalam
Bahagian C, tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa.

Tulis jawapan anda pada helaian yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada halaman baharu
helaian jawapan.

Tunjukkkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua tempat perpuluhan.

__________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 11 halaman bercetak.
@Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan 2020

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2 [lihat halaman sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 2

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan.

1 Yang berikut menggambarkan peningkatan pencapaian ekonomi, kecuali


A peningkatan guna tenaga
B peningkatan pengangguran
C peningkatan pendapatan negara
D peningkatan lebihan dalam imbangan pembayar

2 Nilai keluaran firma Korea yang beroperasi di Malaysia dimasukkan dalam


penghitungan
A Keluaran Dalam Negeri Kasar Korea
B Keluaran Dalam Negeri Kasar Malaysia
C Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara Kasar Korea
D Keluaran Dalam Negeri Kasar dan Keluaran Negara Kasar Malaysia

3 Jadual di bawah menunujukkan data keluaran negara sebuah ekonomi.


Butiran RM juta

Penggunaan awam 2,572


Pelaburan awam 376
Pelaburan swasta 547
Eksport 50
Import 13
Subsidi 10
Keluaran Negara Kasar 3,100

Berapakah nilai pendapatan faktor bersih dari luar negara?


A -RM358
B RM358
C -RM432
D RM432

4 Data pendapatan negara dapat digunakan untuk tujuan yang berikut kecuali
A mengukur kadar pertumbuhan ekonomi
B menilai keluaran pelbagai sektor ekonomi
C menjadi petunjuk perubahan struktur ekonomi
D menilai kadar pertukaran asing bagi negara berkenaan

5 Gambar rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pendapatan negara bagi ekonomi


dua sektor.
Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2
*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 3

Jika Yf ialah tingkat pendapatan pada guna tenaga penuh, berapakah jurang Keluaran
Negara Kasar ekonomi tersebut?
A AB
B AD
C BC
D CD

6 Andaikan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi ialah RM5500


juta dan kerajaan membuat keputusan untuk menambahkan perbelanjaannya sebanyak
RM1500 juta. Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara yang baru jika kecekapan
menabung sut dalam ekonomi tersebut ialah 0.4?
A RM3750 juta
B RM5500 juta
C RM9250 juta
D RM9700 juta

7 Penyataan yang manakah tidak benar tentang Dasar Fiskal?


A Dasar Belanjawan kurangan dilaksanakan semasa kemelesetan ekonomi
B Dasar Belanjawan lebihan dilaksanakan semasa ekonomi menghadapi masalah
inflasi
C Dasar Belanjawan terimbang bermakna perbelanjaan kerajaan sama dengan
jumlah hasil cukai yang dipungut.
D Dasar Belanjawan kurangan bermakna perbelanjaan kerajaan adalah lebih
kecil berbanding jumlah cukai yang dipungut.
8 Yang berikut ialah maklumat sebuah ekonomi terbuka.
C = 400 + 0.9Yd
T = 200
I = 600
G = 400
X = 300
Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2
*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 4

M = 80 + 0.2Y
Berapakah defisit imbangan perdagangan pada tingkat keseimbangan?
A 600
B 740
C 860
D 920

9. Gambar rajah di bawah menunjukkan AD ialah keluk permintaan agregat dan AS ialah
keluk penawaran agregat sebuah ekonomi.

Harga
AS1

AS2

P1 E1

P2 E2

AD1

0 Pendapatan negara
Y1 Y2
Perubahan harga dari 0P1 ke 0P2 disebabkan berlakunya
A kemelesetan ekonomi
B perkembangan teknologi
C pengurangan pelaburan portfolio
D peningkatan cukai import bahan mentah

10 Dalam analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), jika bekalan wang


dikurangkan oleh bank pusat, maka tingkat keseimbangan baharu ialah
A tingkat harga umum dan pendapatan negara berkurang
B tingkat harga umum dan pendapatan negara bertambah
C tingkat harga umum berkurang dan pendapatan negara bertambah
D tingkat harga umum bertambah dan pendapatan negara berkurang

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 5

11 Pembelian sesuatu barang secara sewa beli dapat dilakukan kerana wang berfungsi
sebagai alat
A bayaran tertunda
B penyimpan nilai
C untuk urus niaga
D perantaraan pertukaran

12 Andaikan bahawa dalam sebuah ekonomi, penawaran wang ialah RM300 juta, halaju
pusingan wang ialah 5, dan jumlah urusniaga ialah 400 juta unit. Jika penawaran wang
bertambah sebanyak 20%, berapakah tingkat harga yang baru?
A RM0.75
B RM3.75
C RM4.50
D RM5.55

13 Jadual di bawah menunjukkan bekalan wang negara pada tahun 2015

Butiran RM juta

Mata wang dalam edaran 76 687


Deposit permintaan 282 943
Separa wang 891 919
Deposit mata wang asing 144 823
Deposit lain 207 566
(Sumber: Bank Negara Malaysia)
Hitung bekalan wang M2.
A RM359 630
B RM1 251 549
C RM1 396 372
D RM1 603 938

14 Tindakan Bank Pusat menjual surat jaminan kerajaan menyebabkan


A penawaran wang, kadar bunga, pelaburan dan pendapatan negara
keseimbangan meningkat
B penawaran wang, kadar bunga, pelaburan dan pendapatan negara
keseimbangan menurun
C penawaran wang berkurang, kadar bunga meningkat, pelaburan dan
pendapatan negara keseimbangan berkurang
D penawaran wang meningkat, kadar bunga menurun, pelaburan dan pendapatan
negara keseimbangan meningkat

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 6

15 Sebuah bank perdagangan menerima satu deposit semasa baru sebanyak RM800.00
dan nisbah rizab minimum ialah 20%. Berapakah pertambahan maksimum dalam penawaran
wang yang boleh dicipta oleh bank tersebut.
A RM 3200.00
B RM 3600.00
C RM 4000.00
D RM 4800.00

16 Perdagangan antarabangsa wujud disebabkan oleh faktor berikut kecuali


A perbezaan anugerah faktor
B perbezaan kemahiran buruh
C perbezaan mata wang asing
D perbezaan cita rasa penduduk

17 Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran getah dan beras di Indonesia dan


Thailand.

Negara Getah Beras

Indonesia 20 50

Thailand 18 36
Negara manakah mempunyai faedah berbanding untuk mengeluarkan beras?
A Thailand memiliki faedah dalam pengeluaran beras dengan kos lepas 1 beras =
2.5 getah
B Thailand memiliki faedah dalam pengeluaran beras dengan kos lepas1 beras =
2 getah
C Indonesia memiliki faedah dalam pengeluaran beras dengan kos lepas 1 beras =
0.4 getah
D Indonesia memiliki faedah dalam pengeluaran beras dengan kos lepas 1 beras =
0.5 getah

18 Sesebuah negara yang mengadakan sekatan terhadap perdagangan antarabangsa


adalah bertujuan untuk
A melindungi industri tempatan
B menambah hasil cukai kerajaan
C menggalakkan pengeluaran eksport
D meningkatkan permintaan terhadap mata wang asing

19 Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan dan keluk penawaran mata wang
Dolar Singapura (S$)

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 7

RM /
S$
S

3.00

2.80

2.00

0 Q1 Q0 Q2 Kuantiti S$

Jika kadar pertukaran ditetapkan pada S$1.00=RM3.00, maka


A imbangan pembayaran Malaysia bertambah buruk
B penawaran mata wang Dolar Singapura meningkat
C permintaan terhadap mata wang Ringgit Malaysia menurun
D nilai Ringgit Malaysia meningkat manakala nilai Dolar Singapura menurun

20 Jadual dibawah menunjukkan butiran utama dalam imbangan pembayaran Malaysia


pada tahun 2015.

Butiran RM Juta

Eksport 681 275

Import 572 051

Perkhidmatan -20 632

Pendapatan primer -32 112

Pendapatan Sekunder -21 325

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 8

Akaun Modal - 1136

Akaun Kewangan -55 350

Kesilapan dan Ketinggalan bersih 25 082


(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi Malaysia, 2017/2018)

Berapakah nilai imbangan akaun semasa?


A -RM21 331 juta
B RM3751 juta
C RM35 155 juta
D RM109 224 juta

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 9

Bahagian B
[40 markah]
Jawab empat soalan sahaja.

21
KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka meningkat sederhana
pada 2020, dengan inflasi harga pengguna lebih tinggi secara purata dalam julat
antara 1.5 dan 2.0 peratus tahun depan berbanding 0.7 peratus diunjurkan bagi
2019, demikian menurut Kumpulan Bank Dunia.
(Sumber Berita Harian 10 Disember, 2019)

(a) Jelaskan mengapa isu makroekonomi di atas perlu ditangani. [4]


(b) Bagaimanakah dasar fiskal dapat mengatasi masalah di atas? [6]

22 (a) Takrifkan konsep yang berikut:


(i) Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) [1]
(ii) Keluaran Negara Kasar Benar (KNK Benar) [1]
(iii)Keluaran Negara Kasar Nominal (KNK Nominal) [1]
(b) Huraikan hubungan antara konsep pendapatan negara berikut:
(i) Keluaran Dalam Negara Kasar dengan Keluaran Negara Bersih [4]
(ii) Keluaran Negara Kasar benar dengan Keluaran Negara Kasar nominal [3]

23 Berbantukan gambar rajah suntikan-bocoran, terangkan bagaimana perubahan


perbelanjaan kerajaan boleh mengurangkan masalah pengangguran dalam sesebuah
ekonomi.
[10]

24 Berbantukan gambar rajah pasaran wang, terangkan kesan pembelian bon oleh kerajaan
terhadap keseimbangan kadar bunga dan kuantiti wang. [10]

25 (a) Apakah maksud perangkap kecairan? [2]


(b) Jelaskan dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai kesan pelaksanaan dasar
kewangan bagi sesebuah ekonomi yang menghadapi perangkap kecairan. [8]

26 Huraikan lima langkah bagaimana kerajaan mengatasi masalah defisit dalam akaun
semasa
[10]

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 10

Bahagian C
[20 markah]

27 Jadual di bawah menunjukkan guna tenaga mengikut sektor ekonomi di sebuah negara
pada tahun 2017 dan 2018.

Sektor Ekonomi Guna tenaga (ribu orang)

2017 2018

Pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan 1390.2 1388.6


Perlombongan dan kuari 42.2 41.0
Pembuatan 3387.7 3511.2
Pembinaan 766.3 769.2
Perkhidmatan 6372.1 6542.2

Jumlah 11958.5 12255.2

(a) Hitung kadar pertumbuhan guna tenaga dalam sektor pertama, kedua dan
ketiga pada tahun 2018.
[4]
(b) Berdasarkan jawapan dalam (a), apakah rumusan yang dapat dibuat mengenai
pertumbuhan guna tenaga bagi setiap sektor ekonomi dalam tempoh tersebut? [3]
(c ) Pada tahun 2018, jumlah tenaga buruh di negara tersebut adalah 12645.7 ribu
orang. Adakah negara ini mencapai tingkat guna tenaga penuh pada tahun tersebut?
Jelaskan. [3]

28 Diberi fungsi tabungan , S = -100 + 0.2Y dalam sebuah ekonomi 3 sektor dengan
tingkat pelaburan , I =RM50 juta dan perbelanjaan kerajaan , G = RM50 juta

(a) Hitung nilai pengganda dan tafsirkan nilainya [2]


(b) (i) Hitung keseimbangan pendapatan negara [1]
(ii) Dengan menggunakan konsep pengganda hitung keseimbangan
pendapatan negara baharu apabila pelaburan meningkat sebanyak
RM100 juta. [2]
(c) Berdasarkan jawapan b(ii), jika pendapatan potensi RM1,250 juta, hitung
(i) jurang KNK, [1]
(ii) lompang deflasi atau inflasi [2]
(iii) jumlah cukai yang diperlukan untuk mengatasi lompang tersebut. [2]

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat
SULIT* 11

29 Jadual di bawah menunjukkan perangkaan imbangan pembayaran Malaysia pada tahun


2016 dan 2017(semua nilai dalam RM juta)

Butiran 2016 2017

Eksport 786 964 934 927


Import 698 819 836 422
Perkhidmatan -18 917 -22 815
Pendapatan Primer -34 592 -36 354
Pendapatan Sekunder -18 629 -17 322
Akaun Modal 102 -27
Akaun Kewangan -249 -4730
Kesilapan dan Ketinggalan -23 899 -19 109
Sumber : Jabatan Perangkaan
Malaysia

(a) (i) Nyatakan butiran pendapatan primer. [2]


(ii) Nyatakan sebab nilainya negatif [1]
(b) Hitung imbangan pembayaran tahun 2016 dan 2017 dan terangkan arah aliran [4]
(c ) (i) Berapakah perubahan rizab asing pada tahun 2016 dan 2017? [2]
(ii) Apakah kesan terhadap Ringgit Malaysia [1]

Ujian Pengesanan Prestasi STPM 2020 - 944/2


*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat

You might also like