Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENGHAYATAN FALSAFAH DAN ISU SEMASA (BLHW 1762)

TUGASAN INDIVIDU

TAJUK :

PERANAN FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN ANDA

KURSUS :

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEPINTARAN BUATAN) DENGAN

KEPUJIAN

PENSYARAH :

DR. SHAHRULANUAR BIN MOHAMED

NAMA AHLI NO. MATRIK MARKAH

ABDULLAH HARITH BIN JAMADI B032010181


Falsafah merupakan suatu teori pemikiran tentang kejadian sesuatu kebenaran. Tujuan
utama falsafah adalah untuk membimbing masyarakat dan diri kearah melahirkan kehidupan
yang baik dan bahagia. Frasa ini disokong kuat oleh takrifan falsafah iaitu kecintaan terhadap
kearifan. Setiap individu mempunyai perbezaan daripada aspek pengalaman peribadi, taraf
pengetahuan, tahap kebolehupayaan dan pemahaman terhadap sesuatu situasi. Hal ini telah
mewujudkan pelbagai pendapat yang menjadi hujah oleh ahli- ahli falsafah. Walau
bagaimanapun, tiada istilah benar atau palsu dalam menyuarakan pendapat kerana ianya hanya
sekadar daripada sebahagian pemikiran dan sabitan rasional.

Masalah dalam falsafah bermula apabila ahli- ahli falsafah mendirikan teori falsafah yang
mempersoalkan sifat alam semula jadi, di mana wujudnya persoalan seperti kewujudan realiti
sebenar dan unsur bersifat material. Mereka juga telah mewujudkan konsep falsafah sebagai
kaedah menyelesaikan masalah, di mana hujah yang rasional dan bukti logikal menjadi
kepentingan bagi menyokong penyelesaian kepada suatu masalah. Teknik yang diaplikasikan
dalam menyelesaikan masalah falsafah adalah dengan mendalami sesuatu permasalahan tersebut.
Seterusnya, individu hendaklah bersikap terbuka di mana setiap pandangan daripada pelbagai
pihak perlu dipertimbangkan bagi mengelakkan perselisihan faham yang secara langsung akan
mengakibatkan kesan buruk dalam kehidupan bermasyarakat. Di samping itu, setiap individu
perlu memahami dan yakin terhadap keputusannya di mana idea yang jelas diperlukan bagi
memastikan keputusan yang betul dipilih. Setiap individu mempunyai variasi langkah dalam
membuat keputusan dan cara yang terbaik adalah dengan menyentuh aspek kehidupan itu
sendiri.

Falsafah boleh dikategorikan kepada dua persoalan iaitu teoritikal dan praktikal. Falsafah
teoritikal memerlukan usaha yang kuat untuk mendalami dan merungkai suatu jawapan. Isu yang
merumitkan keadaan ini adalah apabila setiap hasil diskusi daripada usaha mendalami masalah
tidak akan memberi kesan yang nyata. Walau bagaimanapun, usaha untuk merungkai jawapan
bagi masalah teoritikal secara langsung dapat menambah ilmu pengetahuan dan memenuhi
keinginan untuk mengetahui satu dasar. Selain itu, dalam menjawab persoalan teoritikal, individu
hendaklah menitikberatkan asas dan dasar seperti metafizik, epistemologi dan logik. Seterusnya,
falsafah praktikal merupakan hasil daripada diskusi falsafah yang boleh diguna pakai dalam
disiplin- disiplin tertentu. Sebagai contoh, falsafah ekonomi telah membantu kerajaan dalam
penggubalan polisi- polisi yang lebih adil dan lebih mudah diterima masyarakat. Tindakan ini
mempengaruhi keadaan ekonomi sesebuah negara di mana fokusnya adalah untuk perbaiki kadar
pengangguran, menstabilkan perniagaan dan mengawal inflasi yang secara tidak langsung
meningkatkan perkembangan ekonomi negara.

Dapat dilihat bahawa isu berkaitan hak kebebasan menjadi semakin hangat didalam
negara Malaysia. Apabila sesebuah negara telah mencapai status demokrasi, kebebasan dalam
mengeluarkan pendapat menjadi kepentingan dalam mengekalkan kesejahteraan manusia.
Falsafah politik membincangkan cara memperoleh pemerintahan yang baik dengan menekankan
kebahagiaan dan keadilan dalam pemerintahan. Suatu pemerintahan menjadi unggul apabila
pemerintahnya menitikberatkan pengalaman, agama, tamadun dan pemikiran dalam
melaksanakan pentadbirannya. Secara langsung, masyarakat akan mendapat manfaat hasil
daripada sistem politik yang berasaskan pemikiran falsafah yang secara langsung mewujudkan
masyarakat yang ideal dan negara yang aman.

Kesimpulannya, ilmu falsafah amatlah penting dalam kehidupan manusia yang ingin
mencari keberanaran. Falsafah memberi impak yang besar terhadap kehidupan itu sendiri kesan
daripada keputusan masyarakat atau individu tertentu. Seterusnya, pembelajaran falsafah dapat
mendidik fikiran manusia untuk berfikir dengan lebih sistematik. Dengan itu, kewajaran dalam
mempelajari ilmu falsafah adalah diperlukan.

You might also like