Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

HUITM PUNCAK ALAM

1.0 Pengenalan

Kerja Sistem Retulasi Air terdiri daripada semua reka bentuk dan pembinaan sistem

bekalan air luaran yang diperlukan untuk menyediakan bekalan air yang boleh dipercayai

dan mencukupi untuk projek yang dicadangkan. Sistem bekalan air luaran hendaklah

dirancang dan dilaksanakan selaras dengan utiliti dan persekitaran lain untuk memenuhi

keperluan Pemilik/ Klien dari segi kemudahan penyelenggaraan dan ketahanan.

Jumlah keperluan air untuk projek ini dianggarkan berdasarkan fungsi asas projek

yang dicadangkan. Kriteria untuk anggaran permintaan dan jumlah keperluan air

berdasarkan Kriteria Reka Bentuk dan ‘Standard for Water Supply System’ yang diterbitkan

oleh JKR Malaysia dan ‘The Malaysia Water Association’.

Laporan ini dilakukan untuk retikulasi bekalan air di Cadangan Merekabentuk,

Membina, Melengkap, Menyiapkan, Mentauliah dan Menyelenggarakan Kerja-Kerja

Infrastruktur dan Bangunan Untuk Hospital Pengajar Universiti Teknologi Mara (Zon 1 Fasa3)

Dengan Kaedah ‘Private Finance Initiative’ (PFI) di atas Sebahagian Lot PT 1567, PT 1658 Dan

Rezab Jalan (Row), Puncak Alam, Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul

Ehsan.

Projek yang dicadangkan merangkumi pembangunan berikut: -

a) Satu (1) Blok 10 Tingkat Bangunan Hospital Pengajar Beserta Pusat Akademik

Perubatan Dan Wad (400 Katil)

1
HUITM PUNCAK ALAM

b) Satu (1) Blok 8 Tingkat Bangunan Kuarters Jururawat Dan Houseman

c) Satu (1) Blok 1 Tingkat Surau

d) Satu (1) Blok 1 Tingkat Rumah Mayat

e) Satu (1) Blok 2 Tingkat Rumah Loji

f) Dua (2) Unit Pondok Pengawal & Bangunan Sokongan

2.0 Lokasi & Maklumat Tapak

Pembangunan yang dicadangkan terletak di bahagian Barat Laut keseluruhan

Kampus UiTM di Puncak Alam, sebahagian daripada lot PT 1567 & 1568 dan PT 7388 Mukim

Jeram, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Lokasi pembangunan ini boleh dirujuk

dalam Lampiran 2B.

3.0 Sumber Bekalan Air

3.1 Latar Belakang Sumber Bekalan Air

Sumber bekalan air untuk keseluruhan pembangunan UiTM Puncak Alam (selepas ini

dirujuk sebagai ‘Masterplan’) ini telah direka bentuk oleh Sepakat Setia Perunding Sdn. Bhd.

(SSP) dengan kelulusan oleh SYABAS (kini Pengurusan Air Selangor) dalam surat ruj: bil (62)

dlm. PUAS/16/4/5/25 vol.6 bertarikh 11 Februari 2003.

Sumber bekalan untuk ‘Masterplan’ ini adalah dari paip MS berdiameter 600 mm

(selepas ini dirujuk sebagai Paip Utama) yang berasal daripada Lam Bee Estate “Reservoir”.

2
HUITM PUNCAK ALAM

Sila rujuk pelan ‘As-Built – Location and Key Plan’ daripada perunding SSP dalam Lampiran

4A. Pelan Susunatur berwarna untuk ‘Masterplan’ yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa

Tempatan pada tahun 2004 juga ada dilampirkan untuk rujukan pihak tuan, pihak kami ada

menandakan lokasi Paip Utama ini di dalam salinan pelan berwarna tersebut di dalam

Lampiran 4B.

Merujuk kepada surat pihak Air Selangor ruj: SYA/NPD/DD/KSL/JRM/PT1567/

16(02083) bertarikh 9/3/2016 perkara 2.b (surat ini boleh dirujuk dalam Lampiran 1), adalah

dinyatakan bahawa pemaju perlu mengemukakan permohonan menaiktaraf bekalan air bagi

pembangunan Hospital ini. Menurut perbincangan antara pihak kami dengan pihak Air

Selangor sebelum ini, syarat yang dikenakan ini adalah kerana terdapatnya pertambahan

jumlah keperluan air bagi pembangunan Hospital yang dipohon ini. Kami juga dikehendaki

untuk melakukan analisis hidraulik yang terperinci untuk menyemak semula kapasiti Paip

Utama ini.

Walaubagaimanapun, pihak kami tidak dapat melakukan analisis hidraulik yang

terperinci bagi Paip Utama tersebut. Ini adalah kerana pihak pemaju iaitu TRIplc Medical Sdn

Bhd telah melantik Jurutera Perunding yang berlainan untuk setiap Fasa pembangunan di

dalam kampus UiTM Puncak Alam tersebut. Pihak Jurutera Perunding bagi permohonan

‘Masterplan’ dan pihak syarikat konsesi kedua-duanya telah kehilangan rekod dan data

seperti surat daripada pihak SYABAS/ Air Selangor berkenaan tekanan ‘tapping off’ yang

diperlukan untuk melakukan hidraulik analisis tersebut. Tambahan pula, pihak pemaju tiada

rekod maklumat untuk pembangunan bagi Fasa 1 dan Fasa 2 seperti maklumat ketinggian

3
HUITM PUNCAK ALAM

tangki air yang telah dibina oleh syarikat Jurutera Perunding untuk Fasa 1 dan Fasa 2

sebelum ini iaitu sekitar sepuluh tahun yang lepas.

3.2 Kapasiti Sumber Bekalan Air

Merujuk kepada petikan di dalam laporan pihak Jurutera Perunding SSP terdahulu

semasa membuat permohonan untuk ‘Masterplan’ (petikan laporan SSP boleh dirujuk

dalam Lampiran 2A), anggaran Jumlah Keperluan Air untuk keseluruhan pembangunan

UiTM adalah 2.0MG. Tiga (3) buah Kolam Air (‘Suction Tank’) telah pun dibina untuk

pembangunan ini. Lokasi dan kapasiti bagi setiap ‘Suction Tank’ ini dapat dilihat dalam pelan

no: WSH6/WS/WAT/0100/AB bertajuk ‘As-built – Water Supply: Layout Plan’ oleh SSP dalam

Lampiran 2B. Lokasi untuk pembangunan Hospital telah ditandakan di dalam pelan tersebut.

Manakala saiz paip di sekeliling lokasi pembangunan Hospital dapat dilihat dalam pelan no:

WSH6/WS/WAT/0300 bertajuk ‘As-built – Water Supply: Layout Plan’ oleh SSP juga dalam

Lampiran 2B. Perincian bagi setiap ‘Suction Tank’ ini adalah seperti berikut:

Nama Kolam Air Kapasiti


Suction Tank No.1 0.8 MG
Suction Tank No.2 cum Reservoir 2.0 MG
Service Reservoir 1.2 MG
Jumlah Keseluruhan 4.0 MG

Punca bekalan air untuk pembangunan Hospital ini adalah daripada ‘Suction Tank’

No.2.

3.3 Jadual Keperluan Air

4
HUITM PUNCAK ALAM

Jumlah Keperluan Air yang dipohon untuk ‘Masterplan’ pada asalnya adalah seperti

dalam Jadual 1 di bawah. Manakala Jumlah Keperluan Air untuk setiap Fasa pembangunan

sedia ada (yang telah dibina) seperti dalam Jadual 2. Sila rujuk Lampiran 3A untuk butiran

lengkap jadual Jumlah Keperluan Air bagi setiap Fasa ini.

Jadual 1

Jenis Pembangunan Jumlah Keperluan Air (gpd)

Permohonan untuk Keseluruhan Fasa 2,050,000


Pembangunan UiTM (“Masterplan”)

Jadual 2

Jenis Pembangunan Jumlah Keperluan Air (gpd)

Fasa 1 (Sedia ada) 594,047

Fasa 2 (Sedia ada) 242,389

Fasa 3 (Hospital) 286,000

Jumlah Keseluruhan 1,122,436

Merujuk kepada Jumlah Keperluan Air dalam kedua-dua jadual di atas, walaupun

terdapat beberapa perubahan dalam pembangunan bagi setiap Fasa berbanding dengan

permohonan bagi cadangan pembangunan pada asalnya (i.e ‘Masterplan’), Jumlah

Keperluan Air yang sedia ada ini masih lagi di dalam lingkungan Jumlah Keperluan Air bagi

keseluruhan pembangunan UiTM (i.e ‘Masterplan’).

Tambahan pula, beberapa jenis pembangunan untuk Fasa 3 di dalam ‘Masterplan’

pada asalnya seperti Stadium Trek & Bola Sepak dan Stadium Sukan Tertutup tidak dibina

5
HUITM PUNCAK ALAM

dan ianya digantikan dengan pembangunan lain seperti Surau dan ‘Staff Accommodation’.

Maka, pertambahan Jumlah Keperluan Air disebabkan pertambahan pembangunan untuk

Fasa 3 ini sebenarnya digantikan dengan pembatalan beberapa jenis pembangunan asal di

dalam ‘Masterplan’.

Mengikut kiraan kami, Jumlah Keperluan Air untuk kegunaan terkini (mengikut bil air

terkini bagi keseluruhan UiTM dalam Lampiran 5) tambah Jumlah Keperluan Air untuk Fasa

3 yang dipohon ini jika sudah beroperasi kelak adalah sebanyak 1,110,845 gpd lebih kurang

sama dengan Jumlah Keperluan Air yang dikira dalam Jadual 2 di muka surat sebelum ini.

Sila rujuk kiraan Jumlah Keperluan Air terkini untuk setiap Fasa tersebut dalam Lampiran 3B.

Ini menunjukkan Jumlah Keperluan Air bagi pembangunan Hospital yang dipohon ini tidak

melebihi kapasiti ‘Masterplan’ yang dipohon dan telahpun diluluskan pada asalnya sekitar

tahun 2004 yang lalu. Kapasiti Kolam Air yang dibina masih boleh menampung Jumlah

Keperluan Air terkini beserta Jumlah Keperluan Air untuk Hospital jika beroperasi kelak.

4.0 Dokumen Berkaitan

Beberapa dokumen berkaitan lain yang diperlukan menurut perbincangan kami

dengan pihak Air Selangor adalah seperti berikut:-

a) Saiz ‘Bulk Meter’ sediada untuk keseluruhan pembangunan.

6
HUITM PUNCAK ALAM

- Saiz “bulk meter” ini telah pun dinaiktaraf daripada 150 mm kepada 200

mm semasa Fasa 2 pembangunan projek ini. Sila rujuk surat daripada

SYABAS no ruj: SYA/NPD/DD/KSL/JRM/PT1567/12(01194) dan gambar

dalam Lampiran 5.

b) Bil air tiga (3) bulan terkini bagi keseluruhan pembangunan.

- Bil air yang dikemukakan adalah untuk bulan Februari 2020, Januari 2020

dan Disember 2019. Ini adalah kerana pada bulan Mac, April, Mei dan Jun

2020 telah berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana bil air

ketika itu tidak menunjukkan kegunaan yang sebenar/ normal. Sila rujuk

Lampiran 6.

5.0 Reka Bentuk dan Analisis untuk Pembangunan Hospital

5.1 Kriteria Reka Bentuk

Sistem retikulasi yang direkabentuk adalah berdasarkan dengan panduan berikut: -

i. Kriteria dan standard reka bentuk sistem bekalan air oleh ‘Water Supplies

Branch’, ‘Public Works Department’.

ii. Garis Panduan Reka Bentuk MWA untuk Sistem Bekalan Air.

iii. Kod B.S. yang berkaitan.

iv. Spesifikasi Standard SYABAS.

Kriteria reka bentuk lain termasuk: -

7
HUITM PUNCAK ALAM

a) ‘Head loss’ di rangkaian paip dikira berdasarkan formula ‘Hazen Williams’ dengan

nilai ‘C’ diambil sebagai 100. Nilai ‘C’ yang lebih rendah diambil daripada C = 100

yang disarankan untuk mengabaikan ‘losses’ melalui injap dan ‘fittings’ dalam

pengiraan.

b) ‘Maximum Flow Velocity’ (v) tidak boleh melebihi 2.6 m/s.

c) ‘Peak Flow Factor’ untuk analisis retikulasi = 2.5

d) ‘Peak Flow Factor’ untuk saluran paip masuk = 1.2

e) Persamaan Hazen Williams menggunakan analisis Hardy-Cross digunakan untuk

pengiraan hidraulik dan dipermudahkan seperti berikut: -

HL = 10.7 q 1.85

C 1.85 x D 4.87

i.e HL = Head loss, meters

q = Design Flow, m3/s

C = Pipe Coefficient

= 100

D = Internal diameter of pipe, meter

f) Paip hendaklah menggunakan paip MS dan paip DI sesuai dengan spesifikasi

SYABAS/ Air Selangor.

g) Saiz paip minimum = 150 mm diameter

h) Kecerunan paip minimum = 1: 500

i) ‘Maximum cover’ ke ‘crown’ paip = 1.0 m, dan

‘Maximum’ cover = 2.0 m

Sekiranya keadaan ini tidak dapat dipenuhi, paip harus dikelilingi dengan ‘mass’

konkrit minimum 150 mm.

8
HUITM PUNCAK ALAM

j) Pekali bahan paip, C = 110

k) Pili bomba hendaklah terletak pada jarak selang kira-kira 90m dalam sistem

retikulasi dan susun aturnya hendaklah diluluskan oleh BOMBA.

5.2 Kaedah Analisis

Kami menggunakan perisian komputer berikut dalam membantu reka bentuk dan

analisis:

No. Barang Kaedah Analisis


1. Rekabentuk Retikulasi Air - MES Integrated

- Microsoft Excel

5.3 Analisis Hidraulik Retikulasi Air

Sumber bekalan air ke tapak pembangunan Hospital ini adalah dari paip MS

berdiameter 200 mm yang terletak di sekeliling tapak pembangunan ini. Paip ini dapat

dilihat dalam pelan susunatur ‘As-built’ dalam Lampiran 2b. Merujuk kepada pelan

susunatur tersebut, ‘tapping point’ untuk pembangunan Hospital ini adalah di sepanjang

jalan CH.250 – CH.300 iaitu 80.56 m ODL. Pelan susunatur bagi pembangunan Hospital yang

dipohon serta hidraulik analisis ini disertakan dalam Lampiran 7.

Paip retikulasi domestik untuk Hospital dan Surau adalah saiz 250 mm diameter dan

paip retikulasi untuk pili bomba di sekeliling Hospital dan surau juga menggunakan saiz 250

mm diameter. Manakala paip retikulasi domestik untuk ‘Plant House’ dan ‘Staff

9
HUITM PUNCAK ALAM

Accommodation’ pula menggunakan saiz 150 mm diameter, begitu juga paip retikulasi

untuk pili bomba di sekeliling ‘Plant House’ dan ‘Staff Accommodation’. Kedua-dua jenis

pipe untuk domestik dan pili bomba adalah jenis D.I. (‘Ductile Iron’).

Menurut analisis kami, jumlah baki tekanan (‘Residual Pressure’) bagi setiap tangki

air dalam pembangunan yang dipohon ini telah menurut spesifikasi yang ditetapkan di

dalam buku garis panduan ‘Water Reticulation and Plumbing’ oleh SPAN iaitu melebihi 7.5

m. Setiap lokasi (‘node’) tangki ini ada ditandakan di dalam laporan analisis kami dalam

Lampiran 7 iaitu ‘node’ 9 (Surau), 15 (‘Plant House’), 16 (Hospital) dan 20 (‘Staff

Accommodation’). ‘Pressure Reducing Valve’ (PRV) ada diletakkan di paip air domestik yang

membekalkan air ke Surau dan ‘Plant House’ kerana jumlah baki tekanan tersebut melebihi

30 m.

10

You might also like