Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 53

018/028/038 SAINS

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Kod Mata Pelajaran : 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT)


Bentuk Ujian : Ujian Subjektif
Markah Penuh : 50 markah
Masa : 1 jam 15 minit

REKA BENTUK INSTRUMEN PENTASIRAN

Kertas soalan Sains UPSR terdiri daripada 2 bahagian; Bahagian A daan Bahagian B.

Bahagian A terdiri daripada 30 soalan aneka pilihan yang mesti dijawab. Markah yang
diperuntukkan ialah 30.
Bahagian B terdiri daripada lima (5) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah
yang diperuntukan ialah 20.

Konstruk yang diukur ialah:


a) Pengetahuan
b) Pemahaman
c) Kemahiran Mengaplikasi
d) Kemahiran Proses Sains

PRESTASI KESELURUHAN:

Sebahagian besar calon menunjukkan penguasaan yang tinggi dalam aspek


pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang diuji di Bahagian A. Manakala calon
berprestasi sederhana dan rendah hanya menguasai soalan aras pengetahuan dan
kefahaman sahaja.

Untuk Bahagian B, sebahagian besar calon dapat mempamerkan penguasaan


Kemahiran Proses Sains yang sangat baik. Kebanyakan calon dalam kumpulan ini boleh
memberikan jawapan yang menepati kehendak soalan. Hal ini menunjukkan lebih ramai
calon telah menguasai Kemahiran Proses Sains.

Calon prestasi sederhana dan rendah, hanya menguasai sebahagian Kemahiran Proses
Sains yang ditaksir di Bahagian B. Calon sederhana kurang berkemahiran dalam
memberi jawapan yang baik bagi soalan inferens, pemerhatian, hubungan dan
kesimpulan. Calon berprestasi rendah pula tidak mempunyai kemahiran dalam
menjawab kebanyakan soalan Kemahiran Proses Sains (KPS) yang diuji. Kebanyakan
mereka hanya mempamerkan kemampuan dalam soalan pembolehubah, tujuan dan
corak sahaja.

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON:

Calon Dalam Kumpulan Tinggi:

Jawapan disampaikan dengan baik melibatkan penggunaan terminologi, kosa kata dan
nahu yang dan juga kata kunci yang betul, sama ada calon menjawab sepenuhnya
dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Ibunda. Walau bagaimanapun sebahagian calon

Sains 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


pula didapati kurang berjaya memberikan jawapan yang tepat khususnya untuk sub
soalan 1(b), 4(d), 5(b) dan 5(c).

Calon tidak dapat menjawab soalan pemerhatian, meramal, inferens dan pembolehubah
yang dimalarkan dengan tepat. Kesilapan yang dikenalpasti untuk soalan 1(b) ialah
kerana ‘error carry forward’ dari soalan 1(a), jawapan calon tidak lengkap, calon
membuat pemerhatian berdasarkan corak menurun dan lain-lain lagi. Untuk soalan 4(d),
calon tersilap meramal atau tersilap menulis unit. Soalan 5(b) calon menulis pemerhatian
bukan inferens, tidak menulis inferens perbandingan dalam satu jawapan dan jawapan
tidak lengkap. Sementara soalan 5(c), calon gagal menulis pembolehubah yang
dimalarkan dengan tepat. Terdapat calon menulis pembolehubah yang dimanipulasikan
atau tersalah menulis bahan contohnya jenis sayur, jenis makanan atau jenis bahan
untuk jawapan 5(c).

Dari aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang cuba ditaksir, sebahagian besar
calon dalam kumpulan ini telah dapat menguasai dengan baik. Calon dapat memahami
konstruk yang hendak dinilai. Ini menunjukkan bahawa calon telah menguasai
Kemahiran Proses Sains dengan baik. Sebahagian besar calon juga boleh
mengaplikasikan konsep/prinsip sains yang dipelajari dengan baik.

Calon Dalam Kumpulan Sederhana:

Mutu jawapan calon masih dianggap baik dan mudah difahami serta sebahagian
besarnya menepati kehendak soalan. Calon masih menguasai konstruk pengetahuan
dengan baik terhadap beberapa konsep/prinsip sains dan Kemahiran Proses Sains yang
ditaksir. Kehilangan markah disebabkan calon kurang memahami tugasan soalan
dengan tepat dan memberi jawapan yang tidak sesuai serta menggunakan kosa kata
dan terminologi Sains yang salah dalam menyampaikan jawapan terutama soalan 1(a),
1(b), 2(d), 4(b), 4(c), 4(d), 5(b) dan 5(c).

Walau bagaimanapun majoriti calon dalam kumpulan ini masih menguasai pengetahuan
asas tentang beberapa konsep/prinsip sains dan Kemahiran Proses Sains yang ditaksir,
tetapi tahap penguasaan dari aspek kefahaman dan aplikasi masih rendah. Kebanyakan
calon boleh menguasai soalan aras rendah dan sederhana. Contoh 1(c), 2(a), 2(c), 3(a),
4(b) dan 5 (a).

Calon Dalam Kumpulan Rendah:

Penguasaan calon terhadap aspek pengetahuan, kefahaman dan juga kebolehan


mengaplikasi konsep dan prinsip asas sains bertambah baik. Walau bagaimanapun
masih terdapat calon yang belum menguasai Kemahiran Proses Sains dan tahap
Kemahiran Berfikir mereka masih rendah.

Sebahagian besar calon dalam kumpulan ini tidak dapat menjawab mengikut kehendak
soalan khususnya yang memerlukan jawapan menggunakan pola ayat tertentu seperti
‘tujuan penyiasatan’, ‘hubungan antara pembolehubah’, ‘kesimpulan’, ‘pemerhatian’ dan
juga ‘inferens (memberi sebab)’. Sebahagiannya tidak memahami tugasan soalan serta
kemahiran proses yang hendak ditaksir. Tambahan pula dengan penguasaan bahasa
yang sangat lemah menyebabkan calon tidak dapat mempersembahkan jawapan
dengan baik.

Kebanyakan calon hanya menjawab sub-soalan yang memerlukan jawapan ringkas iaitu
satu perkataan sahaja atau nombor seperti di soalan 3(a), 3(b), 3(d), 4(a) dan 5(a).
Sebahagian kecil calon hanya menyalin semula maklumat dalam stimulus atau stem
soalan. Terdapat juga calon yang langsung tidak menjawab.

Sains 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


PRESTASI TERPERINCI:

Soalan 1

Soalan ini menguji pengetahuan dan kefahaman calon tentang keperluan asas haiwan.
Topik ini dipelajari pada Tahun 4 dalam tema Menyiasat Alam Kehidupan. Soalan ini
dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah dan jadual sebagai rangsangan untuk
murid mendapatkan maklumat bagi menjawab soalan yang memfokuskan kepada tujuan
penyiasatan, membuat inferens, menyatakan pemerhatian, meramal dan membuat
kesimpulan.

Sains 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Sub Soalan 1(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan tujuan penyiasatan yang dijalankan. Calon
diminta membuat penyataan tentang maksud data atau maklumat yang diberi.

Kekuatan Calon

Calon dapat mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak


balas berpandukan rangsangan dalam bentuk gambar rajah dan jadual yang diberi.
Pembolehubah ini kemudiannya digunakan oleh calon dalam menulis ayat tujuan
penyiasatan dengan mengemukakan frasa-frasa yang betul dan tepat. Kebanyakan
calon menjawab dengan menggunakan frasa ‘pertambahan/ramai bilangan perokok’
untuk menjawab soalan ini.

Contoh:

Sains 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Kelemahan Calon

Calon masih tidak dapat menggunakan frasa-frasa bagi ayat tujuan yang betul,
walaupun dapat menyatakan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak
balas dinyatakan dengan tepat. Calon juga gagal mengemukakan parameter bagi
pembolehubah dengan tepat menyebabkan respons calon tidak diterima sebagai
jawapan yang betul. Ramai calon yang tertinggal perkataan ‘pertambahan’ atau ‘banyak’
apabila memberikan jawapan.

Contoh:

Kesilapan Calon

Terdapat sebilangan kecil calon menulis sebab ‘pendatang asing menjual dadah atau
rokok di Negara X’ sebagai jawapan.
Contoh:

Ada juga calon hanya menuliskan ayat pemerhatian dan bukannya memberi inferens.
Contoh:

Sebilangan kecil calon tertinggal perkataan ‘pertambahan’ atau ‘ramai’ apabila menulis
jawapan bagi soalan ini.

Sains 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh:

Sains 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Sub Soalan 1(b)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan pemerhatian berdasarkan maklumat yang


dinyatakan di soalan 1(a). Calon perlu mengemukakan pemerhatian untuk menyokong
alasan yang diberikan.

Kekuatan Calon

Calon dapat memahami tugasan soalan dengan memberikan jawapan yang betul dan
tepat. Calon merujuk kepada respons yang telah dikemukakan dalam soalan 1(a)
sebagai dasar atau panduan untuk mengemukakan pemerhatian. Calon juga berjaya
menggarap maklumat yang diperolehi daripada stimulus dan menggunakan maklumat
tersebut untuk menyatakan pemerhatian dengan tepat.

Contoh:

Sains 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh respons calon apabila menggunakan jadual untuk mengaitkan jawapan 1(a)
dengan 1(b).
Contoh:

Sains 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Kelemahan Calon

Calon tidak merujuk kepada inferens (sebab) yang dinyatakan di 1(a) untuk
mengemukakan jawapan serta tidak menggunakan stimulus dalam soalan sebagai
sandaran kepada jawapan yang dikemukakan. Hal ini adalah kerana calon tidak
memahami apa yang dimaksudkan dengan “pemerhatian untuk menyokong
inferens” sebagaimana tugasan soalan. Oleh itu jawapan yang diberi oleh calon lebih
kepada bentuk jawapan kesimpulan umum. Calon lebih cenderung menggunakan
pengalaman lepas dan menggunakan prinsip sains untuk menyatakan pemerhatian.
Contoh jawapan yang betul bagi soalan 1(b) yang tidak ditolak kerana jawapan calon
pada 1(a) tidak berkaitan.

Contoh:

Sains 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Kesilapan Calon

1.Ada calon yang memberikan respons dalam bentuk ayat hubungan.


Contoh:

Sains 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


2. Respons calon yang tidak berkaitan walaupun berpeluang untuk diterima sebagai
jawapan yang betul dengan adanya perkataan ‘merokok’.
Contoh:

Sains 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Sub Soalan 1(c)

Soalan ini memerlukan calon membuat pengiraan dengan tepat. Oleh itu kemahiran
murid di dalam subjek matematik amat membantu calon. Ramai murid dapat
memberikan jawapan yang betul bagi soalan ini.

Kekuatan Calon

1. Kebanyakan respons calon dapat membuat pengiraan dengan tepat iaitu:


Contoh:

Kelemahan Calon

Calon tidak dapat membuat ramalan dengan tepat tetapi hanya meneka nombor.
Contoh:

Sains 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Kesilapan Calon

1. Calon memberikan jawapan dalam bentuk julat nombor bukan dalam nombor bulat.
Contoh:

2. Calon menulis pola ‘berkurang’.


Contoh:

Sub Soalan 1(d)

Soalan ini memerlukan calon membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang


diberikan berdasarkan gambar rajah dan jadual yang disediakan. Di antara langkah
penting bagi menjawab soalan ini adalah dengan mengenalkan pasti pembolehubah dan
corak perubahannya.

Kekuatan Calon

Kebanyakan Calon dapat mengenalpasti dua pembolehubah dalam soalan 1(d) dengan
betul dan berjaya menghubungkan dua pembolehubah tersebut dalam satu ayat
kesimpulan.
Contoh:

Sains 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Kelemahan Calon

1. Calon tertinggal perkataan ‘kanser’.


Contoh:

Sains 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


2. Calon menulis pemboleh ubah manipulasi yang salah iaitu ‘bilangan perokok’
sepatutnya ‘tahun’ walau pun maklumat pemboleh ubah bergerak balas betul.
Contoh:

Kesilapan Calon

1. Calon menulis ayat pemerhatian.


Contoh:

Sains 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


2 : Menulis respons yang tidak berkaitan dengan jadual.
Contoh:

Sains 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Soalan 2

Soalan ini dibina berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 6 daripada tema Menyiasat
Daya Dan Tenaga. Soalan ini dikemukakan untuk menguji pengetahuan dan kefahaman
calon tentang menganalisis daya geseran dengan menjelaskan kesan daya geseran
yang berlaku apabila dua buah pinggan diputarkan tanpa guli dan dengan menggunakan
guli. Soalan ini dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah bersama dengan jadual
untuk memudahkan calon mencari maklumat.

Sains 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Sub Soalan 2(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu maklumat pembolehubah yang


digunakan dalam penyiasatan. Di sini murid perlu mengenalpasti jenis-jenis
pembolehubah dimanipulasi (apa yang diubah), pembolehubah bergerakbalas (apa yang
diperhatikan) dan pembolehubah yang dimalarkan (apa yang ditetapkan) di daalam
sesuatu penyiasatan itu.

Kekuatan Calon

Kebanyakan calon berjaya menggarap maklumat yang dibekalkan dalam pernyataan


soalan, gambarajah dan jadual. Mereka dapat mengesan dan mengenalpasti
pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah bergerakbalas dan dimalarkan
dengan mudah daripada jadual dan gambarajah yang disediakan dan menyatakan
maklumat jawapan dengan menggunakan salah satu pembolehubah tersebut
sebagaimana yang dituntut dalam Peraturan Pemarkahan.
Contoh 1:

Sains 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh 2:

Kelemahan Calon

Calon tidak dapat mengenal pasti salah satu maklumat yang digunakan dalam
penyiasatan (pembolehubah dimanipulasi, pembolehubah bergerakbalas dan
pembolehubah dimalarkan) untuk menjawab dengan lengkap sebagaimana yang
dikehendaki soalan. Kebanyakannya maklumat yang dikehendaki ditulis secara tidak
lengkap dan ramai yang tertinggal parameter atau menggunakan parameter yang salah
pada pernyataan maklumat yang dikehendaki oleh soalan.

Contoh:

Sains 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Sub Soalan 2(b)

Soalan ini memerlukan calon mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan


bergerakbalas bagi menyatakan satu penyataan hubungan antara dua pembolehubah
yang terdapat dalam stimulus (gambar rajah) yang diberi.

Kekuatan Calon

Calon dapat mengenal pasti iaitu Bilangan guli (pembolehubah dimanipulasi) dan
Jumlah daya yang diperlukan untuk memutar pinggan (pembolehubah bergerakbalas)
dari jadual serta dapat membuat ayat hubungan dengan baik. Hal ini menggambarkan
penguasaan calon terhadap kemahiran mengenal pasti pembolehubah dan membuat
ayat hubungan dengan betul dan tepat.

Contoh:

Sains 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Kelemahan Calon

Calon tidak dapat menghubungkan antara pembolehubah dimanipulasi dengan


pembolehubah bergerakbalas dengan betul. Sebaliknya calon hanya memberikan ayat
pemerhatian/penyataan sahaja. Di sini calon tidak dapat menyatakan pembolehubah
dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas yang sepatutnya dikenal pasti pada
penyataan soalan atau gambar rajah sebelum membina ayat hubungan. Mereka gagal
menulis satu ayat hubungan yang lengkap kerana maklumat pembolehubah tidak
diketahui atau tidak faham maksud atau kehendak soalan yang menggunakan kata kunci
‘hubungan’

Contoh 1:

Sains 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh 2:

Sub Soalan 2(c)

Membuat jangkauan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan


pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai di mana soalan ini memerlukan
calon membuat ramalan atau jangkaan tentang daya yang diperlukan untuk memutar
pinggan jika 20 biji guli digunakan seperti ditunjukkan dalam gambar rajah atau pun
menggunakan maklumat yang diberi dalam jadual.

Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Kekuatan Calon

Calon dapat mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam soalan yang dikemukakan
dalam bentuk jadual seterusnya membolehkan calon mengesan corak yang dikehendaki.
Pemerhatian terhadap corak dapat dibuat menggunakan maklumat yang betul seperti
yang terdapat dalam jadual. Calon dapat mengenal pasti corak perubahan yang
ditunjukkan iaitu menaik, meningkat atau bertambah. Tiada corak pengganggu dalam
rangsangan dan calon dapat menjawabnya dengan tepat dan padat.

Contoh 1:

Contoh 2:

Contoh 3:

Kelemahan Calon

Corak atau pola perubahan tidak difahami walaupun data yang dikemukakan lengkap.
Terdapat sebilangan kecil calon menjawab dengan kaedah sebagaimana menyatakan
hubungan antara kesimpulan. Data dalam bentuk carta bar tidak difahami oleh calon.
Lantaran ada calon yang menjawab secara songsang seperti berkurang dan decrease.
Ada juga di kalangan calon yang tidak menjawab atau menyalin semula soalan sebagai
jawapan yang dikemukakan. Ini memberi gambaran calon tidak menguasai 3M dengan
baik.

Contoh 1:

Sains 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh 2:

Contoh 3:

Sub Soalan 3(b-i) dan 3(b-ii)

Soalan ini menugaskan calon mengenalpasti pembolehubah dimanipulasikan dan


pembolehubah bergerakbalas daripada maklumat dalam carta palang yang disertakan.

Sains 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Kekuatan Calon

Dua maklumat telah jelas dinyatakan dalam rangsangan soalan pada Rajah 3.2. Carta
palang menunjukkan paksi X, mewakili apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi)
manakala paksi Y mewakili apa yang diperhati/diukur (pembolehubah bergerakbalas).
Calon menjawab dengan kefahaman yang baik berdasarkan carta yang diberi. Maklumat
dinyatakan dengan selengkapnya dan jelas maksudnya. Jawapan popular calon diambil
secara terus daripada data soalan dan ada calon memasukkan sekaligus dengan unit
yang digunakan.
Antara jawapan calon di sub-soalan 3(b-i) ialah jisim pemberat dan ‘mass of weight’.
Jawapan calon di 3(b-ii) ialah pemanjangan spring dan ‘the extension of spring’.

Contoh jawapan 3(b-i):

Contoh jawapan 3(b-ii):

Sains 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Kelemahan Calon

Maklumat yang ditulis bertukar kedudukan lantaran kelemahan penguasaan kemahiran


membaca data dalam bentuk carta. Calon mengisi ruang apa yang diubah
(pembolehubah dimanipulasi) dengan apa yang diperhati/ukur (pembolehubah
bergerakbalas) dan begitulah sebaliknya.
Ada sebilangan kecil calon menjawab secara rambang tanpa isi khusus dan ada pula
tidak menjawab soalan ini. Kebanyakan calon ini dikesan kurang menguasai kemahiran
asas 3M dengan baik.
Contoh 1 jawapan 3(b-i):

Contoh 2 jawapan 3(b-i):

Contoh 3 jawapan 3(b-i):

Contoh 1 jawapan 3(b-ii):

Contoh 2 jawapan 3(b-ii):

Sains 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh 3 jawapan 3(b-ii):

Contoh 4 jawapan 3(b-ii):

Sub Soalan 3(c)

Soalan ini memerlukan calon mengenalpasti pembolehubah dimanipulasikan dan


pembolehubah bergerakbalas bagi tujuan menyatakan satu hubungan antara dua
pembolehubah tersebut. Khususnya menyatakan tentang sebab dan akibat antara
pembolehubah tersebut.

Kekuatan Calon

Calon menjawab dengan format penulisan yang mudah, ringkas dan bertepatan dengan
data soalan. Calon yang menggunakan Bahasa Malaysia menjawab dengan beberapa
kaedah penulisan antaranya; ‘Semakin…..semakin…..’ dan „Jika…..maka…’. Format
ini sedikit sebanyak membantu calon mengupas jawapan secara tersusun dan menepati
skima yang disarankan. Perubahan corak maklumat juga ditulis sebagaimana yang
dikehendaki. Penggunaan perkataan „…bertambah…’ adalah merupakan perkataan
popular yang digunakan dalam gabungan jawapan. Skor dapat diberikan dengan mudah
dan jelas.
Calon yang menjawab dengan menggunakan Bahasa Inggeris juga menjawab dengan
tepat dan menggunakan kepelbagaian cara penulisan. Antara yang paling popular ialah
‘If….then……’.

Sains 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh 1:

Contoh 2:

Kelemahan Calon

Jawapan calon adalah songsang maklumat dan juga songsang salah satu corak
perubahan pada maklumat. Salah anggapan calon mungkin atas alasan kelemahan
menguasai kemahiran membaca data dalam rangsangan carta palang yang disertakan.
Apa yang diubah (pembolehubah dimanipulasi) dijadikan apa yang diperhati/diukur
(pembolehubah yang bergerak balas) menyebabkan kefahaman calon menunjukkan
berlakunya hubungan yang songsang atau terbalik.
Sebilangan calon juga menjawab dengan mengabaikan data sebenar menyebabkan
salah data atau perubahan pola yang songsang daripada penyiasatan sebenar.

Contoh 1:

Sains 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh 2:

Contoh 3:

Sains 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh 4:

Contoh 5:

Sains 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Soalan 4

Soalan ini adalah sedutan dari tema Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta Tahun 4.
Soalan mengemukakan grafik/rajah sebagai stimulus di mana calon perlu meneliti dan
mentafsir maklumat tentang perbezaan masa di dua tempat di Bumi pada tarikh yang
sama. Calon perlu memahami kejadian siang dan malam disebabkan putaran Bumi di
atas paksinya. Berdasarkan maklumat inilah, calon perlu menjawab soalan.

Sub Soalan 4(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu maklumat pembolehubah yang


digunakan dalam penyiasatan sama ada yang dimanipulasikan, yang bergerakbalas
atau yang ditetapkan (malar). Maklumat tentang pembolehubah ini boleh didapati pada
pernyataan soalan dan gambarajah.

Kekuatan Calon
Calon dapat mengenalpasti maklumat pembolehubah dengan betul sebagaimana
kehendak soalan. Sub soalan ini banyak membantu sebilangan calon dalam kumpulan
kerana jawapan boleh didapati pada pernyataan soalan dan gambarajah.
Contoh 1:

Sains 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh 2:

Kelemahan Calon

Calon tidak dapat mengenal pasti salah satu maklumat yang digunakan dalam
penyiasatan (pembolehubah dimanipulasi, pembolehubah bergerak balas dan
pembolehuban dimalarkan) untuk menjawab dengan lengkap sebagaimana yang
dikehendaki soalan kebanyakannya maklumat yang dikehendaki di tulis secara tidak
lengkap dan ramai yang tertinggal parameter atau menggunakan parameter yang salah
pada pernyataan maklumat yang dikehendaki oleh soalan. Calon gagal menjawab
pembolehubah dengan lengkap sebagaimana yang dikehendaki soalan dan tidak
mematuhi peraturan pemarkahan dengan menjawab menggunakan ayat tujuan atau
ayat pernyataan.
Contoh 1:

Contoh 2:

Sains 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Sub Soalan 4(b)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan tujuan penyiasatan yang dijalankan. Calon
diminta membuat penyataan tentang maksud data atau maklumat yang diberi. Calon
perlu menjawab dengan laras ayat tujuan yang tepat

Kekuatan Calon

Calon dapat menjawab dengan menggunakan kata kunci yang betul dan tepat bagi
menyatakan tujuan seperti yang dikehendaki dalam soalan dengan menyatakan
pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas yang betul.
Contoh :

Kelemahan Calon

Calon hanya menyatakan salah satu pembolehubah sahaja. Kebanyakannya


pembolehubah dimanipulasi atau pembolehubah bergerakbalas sahaja sedangkan bagi
menjawab soalan ‘tujuan’ calon perlu menggunakan kedua-dua pembolehubah
dimanipulasikan dan pembolehubah bergerakbalas dalam ayat tujuan yang dinyatakan.

Sains 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh :

Sub Soalan 4(c)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu penerangan atau sebab yang
munasabah (inferens) tentang pemerhatian ke atas perbezaam masa R dan S. Calon
harus memahami fakta tentang putaran Bumi pada paksinya dari Barat ke Timur.

Sains 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Kekuatan Calon

Ramai calon dapat memberikan inferens tentang perbezaan masa di R dan S dengan
melihat ransangan gambarajah dan menggunakan pengetahuan dipelajari dari tajuk
Kejadian Siang dan Malam dan putaran Bumi pada paksinya. Penulisan ayat yang baik
bagi menjawab soalan ini menunjukkan calon dapat memberikan jawapan menepati
fakta/prinsip sains tentang perubahan masa yang berlaku akibat putaran Bumi. Ini
menjelaskan kefahaman dan pengetahuan calon tentang tajuk tersebut.
Contoh 1:

Contoh 2:

Sains 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Kelemahan Calon

Terdapat calon yang dapat memberikan inferens tetapi tidak menunjukkan sebab
kepada berlakunya perbezaan masa antara R dan S sebagaimana yang dikehendaki
oleh soalan. Oleh itu, jawapan inferens calon ditolak. Hal ini disebabkan kecuaian calon
dalam mengenal pasti dua situasi R dan S yang terdapat dalam gambar rajah. Walau
pun calon dapat memberikan fakta sains yang betul tetapi calon perlu berhati-hati
dengan kehendak soalan. Soalan ini memerlukan satu jawapan yang jitu tentang
perbezaan masa antara dua tempat yang dilabelkan pada gambarajah.
Contoh 1:

Contoh 2:

Sains 36 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Sub Soalan 4(d)

Item ini meminta calon untuk membuat satu jangkaan atau ramalan tentang masa di
tempat T dengan berpandukan data atau maklumat yang terdapat pada gambarajah. Di
sini calon perlu ada pengetahuan tentang putaran Bumi pada paksinya dan arah putaran
Bumi dari barat ke timur.

Kekuatan Calon

Calon dapat membuat anggaran masa dan waktu di T dengan mengambilkira fakta
tentang putaran Bumi dan arah putaran dengan tepat.
Contoh 1:

Contoh 2:

Sains 37 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Kelemahan Calon

Ramai calon gagal menentukan satu anggaran masa dan waktu yang betul kerana keliru
dengan arah putaran Bumi dan kedudukan waktu di T sama ada T siang atau malam.
Contoh 1:

Contoh 2:

Contoh 3:

Sains 38 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Soalan 5

Soalan ini dibina untuk menguji pengetahuan dan kefahaman calon berdasarkan
sukatan pelajaran Tahun 4 dengan tema Menyiasat Dunia Teknolagi dari tajuk
Memahami Perkembangan Teknologi serta bertujuan mengiktiraf keperluan dan
kepentingan untuk membuat sesuatu inovasi atau mereka cipta sesuatu alat atau peranti
untuk kebaikan manusia sejagat. Selain itu, ia memberi kemudahan dan menjimatkan
masa manusia dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Soalan dikemukakan dengan menyertakan gambar dalam bentuk gambarajah sebagai


rangsangan untuk membantu calon mendapatkan maklumat yang diperlukan. Selain itu
calon perlu menggunakan kemahiran berfikir untuk mencari jawapan kerana soalan
memfokus kepada kemahiran mencari sebab (inferens).

Sains 39 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Sub Soalan 5(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan tujuan penyiasatan yang dijalankan. Calon
diminta membuat penyataan tentang maksud data atau maklumat yang diberikan.

Kekuatan Calon

Sebahagian besar calon dapat menjawab soalan ini dengan menggunakan kunci
jawapan yang tepat dan betul bagi menyatakan tujuan seperti yang dikehendaki dalam
soalan dengan menghubungkan pembolehubah dimanipulasikan dengan pembolehubah
bergerakbalas dengan betul.

Contoh:

Kelemahan Calon

Calon hanya menyatakan salah satu pembolehubah sahaja. Kebanyakannya


pembolehubah dimanipulasikan sahaja sedangkan bagi menjawab soalan tujuan calon
perlu mengemukakan kedua-dua pembolehubah iaitu pembolehubah dimanipulasikan
dan pembolehubah bergerakbalas dalam ayat tujuan yang lengkap. Calon tidak
berupaya untuk menggunakan frasa-frasa yang telah ditetapkan. Terdapat juga calon
yang hanya menulis penyataan umum tanpa mengaitkan maklumat yang dikehendaki
dalam soalan atau hanya menyalin semula soalan. Kelemahan utama calon pada
pembolehubah bergerakbalas iaitu tidak menyatakan maklumat dengan lengkap.
Contohnya calon hanya menulis ‘masa yang diambil’ sepatutnya ‘masa yang diambil
untuk menghancurkan cili’.

Sains 40 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh:

Sub Soalan 5(b)

Soalan ini memerlukan calon mengemukakan dua penerangan atau sebab yang
munasabah berdasarkan pemerhatian ke atas perbezaan masa untuk menghancurkan
cili apabila menggunakan pengisar berbanding menggunakan lesung dan alu.

Sains 41 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Kekuatan Calon

Ramai calon dapat memberikan sebab (inferens) tentang perbezaan masa


menghancurkan cili dengan melihat rangsangan rajah dan menggunakan pengetahuan
dipelajari. Penulisan ayat inferens yang baik bagi menjawab soalan ini menunjukkan
Calon dapat memberikan jawapan menepati fakta atau prinsip sains tentang perbezaan
masa dan kaedah yang digunakan untuk menghancurkan cili. Ini menjelaskan
kefahaman dan pengetahuan calon tentang tajuk tersebut. Calon juga dapat memberi
sebab yang betul dan bertepatan dengan kehendak soalan. Calon juga membuat
perbandingan bagi kedua-dua sebab yang dinyatakan sebagaimana yang dikehendaki.

Contoh :

Kelemahan Calon

Calon kebanyakannya tidak dapat mempersembahkan jawapan dengan baik. Jawapan


calon tidak memenuhi kehendak tugasan soalan dan peraturan pemarkahan, calon
hanya membuat perbandingan pada satu jawapan sahaja. Calon juga kurang
menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran berfikir. Dalam erti kata lain calon
tidak dapat membezakan antara pemerhatian dan inferens.

Sains 42 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Terdapat juga calon yang hanya mengulang jawapan dengan menggunakan poin yang
sama. Sebagai contoh Inferens 1 ’lesung dan alu lebih tenaga’ manakala inferens 2
’pengisar kurang tenaga’. Selain daripada itu terdapat juga calon yang tidak menguasai
cara menjawab inferens perbandingan kerana dalam jawapan yang diberikan calon tidak
membuat perbandingan sebagaimana yang dikehendaki.
Sebahagian kecil calon pula lebih cenderung membuat perbandingan pada pemerhatian
dan bukan pada inferens. Contohnya, ’lesung dan alu melambatkan masa
menghancurkan cili berbanding pengisar’.

Contoh 1:

Sains 43 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh 2:

Contoh 3:

Sains 44 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh 4:

Contoh 5:

Sains 45 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh 6:

Sains 46 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh 7:

Contoh 8:

Sains 47 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Sub Soalan 5(c)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan pembolehubah dimalarkan (apa yang


ditetapkan) daripada maklumat yang diberikan dalam gambarajah.

Kekuatan Calon

Calon dapat mengenalpasti pembolehubah dimalarkan dalam soalan ini dengan betul
dan tepat walaupun tidak dinyatakan dengan jelas dalam soalan. Calon juga dapat
menyatakan parameter yang bersesuaian.

Contoh 1:

Sains 48 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Kelemahan Calon

Calon berjaya mengenalpasti pembolehubah dimalarkan tetapi kesilapan sebahagian


besar calon ialah tidak menyatakan parameter yang betul. Hal ini menyebabkan jawapan
calon menjadi tidak lengkap atau tidak tepat.

Selain daripada itu kesilapan calon juga kerana menggantikan perkataan ‘cili’ dengan
perkataan ‘objek’ dalam jawapan mereka. Kesilapan calon juga kerana tidak menguasai
pembolehubah dimalarkan kerana menggunakan pembolehubah dimanipulasikan atau
pembolehubah bergerakbalas sebagai jawapan.
Contoh 1:

Contoh 2:

Sains 49 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


Contoh 3:

Sains 50 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


SARANAN KEPADA CALON

1. Baca dan fahamkan maklumat yang terdapat dalam stimulus setiap soalan. Jika
perlu, garis kata kunci yang boleh menjadi petunjuk kepada pembolehubah yang
di manipulasi (What to change), yang bergerak balas (What to observe/measure)
dan yang dimalarkan (What to keep the same).

2. Fahami konsep atau prinsip sains yang cuba di siasat kerana kebiasaannya
aspek ini tidak dapat ‘diperhatikan’ atau ‘diukur’ secara langsung. Calon
sewajarnya dapat membezakan antara pembolehubah (variable), pemerhatian
(observation) dengan faktor yang boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu
pemerhatian.

3. Kenalpasti ‘pembolehubah’ daripada maklumat yang diberi melalui stimulus,


samada dalam bentuk teks, geraf, jadual, carta atau gambar rajah, sebelum
menjawab soalan. Dapat mengenalpasti ‘pembolehubah’ dengan betul akan
memudahkan calon menjawab soalan berkaitan dengan inferens, hipotesis,
tujuan penyiasatan, hubungan di antara pembolehubah dan ‘pembolehubah’ itu
sendiri.

4. Baca kesemua sub-soalan secara am sebelum menjurus kepada setiap sub-


soalan dan menjawabnya. Jawab dahulu sub-soalan tentang ‘what to
change/observe/keep the same’. Apabila telah dapat mengenalpasti/
memberikan maklumat-maklumat ini, akan memudahkan anda menjawab sub-
soalan lain seperti ‘tujuan penyiasatan’, ‘hubungan’ dan juga ‘kesimpulan’.

5. Buat latih tubi membina ayat yang menunjukkan tentang ‘pemerhatian’,


‘hubungan di antara pemboleh ubah’, ‘inferens’, kesimpulan dan ‘corak
perubahan’.

6. Usahakan untuk menjawab menggunakan pelbagai format jawapan. Jangan


terikat dengan satu format tertentu sahaja.

7. Jika soalan berkaitan inferens, lazimnya melibatkan perbezaan antara dua


pemerhatian. Oleh itu pastikan murid membuat perbandingan. Nyatakan sebab
untuk kedua-dua keadaan yang berbeza tadi, bukan hanya mengulang
perbezaan pemerhatiannya.

8. Apabila membuat ramalan tentang yang melibatkan nombor, pastikan ia ditulis


dalam satu nombor bulat dan bukan julat.

9. Libatkan diri dalam aktiviti ‘hands-on’ atau penyiasatan/eksperimen. Kenalpasti


apakah perkara yang diubah (what to change), perkara yang diperhati/ukur (what
to observe), perkara yang sama (what to keep the same). Ini dapat membantu
memperkukuhkan kefahaman anda dalam mengenalpasti maklumat yang
terlibat/perlu dikumpul.

10. Jika sesuatu maklumat (information) yang tidak mempengaruhi sesuatu


keputusan penyiasatan, maka ia tidak boleh dijadikan ‘what to keep the same’.

Sains 51 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013


SARANAN KEPADA GURU

1. Perbanyakkan aktiviti ‘hands-on’ yang menghendaki murid explore, seperti


menjalankan eksperimen, kajian lapangan, penghasilan buku skrap dan
perbincangan. Ini akan mendedahkan dan menimbulkan minat murid kepada
penyiasatan yang pastinya melibatkan mengenalpasti pembolehubah.
2. Gunakan kaedah mengajar secara ‘questioning’ dan bukan sekadar ‘telling’.
Soalan ini akan mendorong murid berfikir dan mereka akan belajar secara aktif.
Pelbagaikan kaedah diperingkat induksi set supaya murid berasa seronok dan
gembira dalam memulakan pembelajaran mereka.
3. Setengah-setengah konsep sains tidak dapat diukur secara langsung. Contoh:
Konsep kestabilan tidak boleh diukur, oleh itu cepat atau lambatnya sesuatu
objek tumbang apabila disengetkan dapat dijadikan pengukur kestabilan. Guru
perlu menerangkan konsep sains dengan jelas dan apakah pembolehubah yang
terlibat.
4. Guru perlu menjalankan Ujian Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA) dengan lebih
kerap dan sempurna dengan menyediakan lebih banyak tugasan bagi
membolehkan murid melakukan semua Kemahiran Proses Sains (KPS) dan
Kemahiran Manipulatif Sains (KMS) yang telah ditetapkan.

Sains 52 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2013

You might also like