Nota Kuliah 5

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 35

PENGUKURAN

JARAK,
KELUASAN,
KELAJUAN DAN
MASA
Mengukur Jarak
• Peta mewakili apa yang ada dipermukaan
bumi, termasuklah elemen jarak.
• Jarak di atas peta mewakili jarak sebenar
di atas permukaan bumi.
• Jarak di permukaan bumi yang diukur di
atas permukaan bumi ditentukan oleh
SKALA peta berkenaan.
• Unit jarak yang diukur di atas peta ialah
dalam mm atau cm yang mewakili jarak
dalam km atau meter di permukaan bumi.
• Atau unit jatak yang diukur di atas peta ialah
dalam inci yang mewakili jarak dalam unit
batu atau rantai.
• Kita tidak boleh menggunakan unit meter di
atas kerana kebiasaanya tidak terdapat peta
yang bersiaz lebih dari 2 meter panjang atau
lebar.
• Penukaran unit di atas peta mewakili jarak
sebenar dipermukaan bumi adalah penting.
Katakan jarak AB diukur di atas peta
ialah 7 cm, berapakah jarak sebenar AB
di permukaan bumi

• Jarak sebenar AB bergantung kepada skala


peta berkenaan. Jika skala peta:

1:100,00 maka AB = 7 km
1:50,000 maka AB = 3.5 km
1:150,000 maka AB = 10.5 km
1:75,000 maka AB = ?
1:25,000 maka AB = ?
• Di atas peta, jarak boleh wujud dalam dua
bentuk iaitu:

– Jarak lurus (Euclidean distance) – talian


elektrik, bangunan, jalan keretapi, tali air.

– Jarak tak lurus (Network distance) – jalan


raya, garisan pantai, dan sungai.

Kaedah pengukuran jarak lurus dan jarak


ttidak lurus memerlukan teknik dan
peralatan yang berbeza
Mengukur Jarak
(i) Mengukur Jarak Lurus (menggunakan jangka tolok dan
pembaris)

Langkah-langkah
(1) Jarak lurus antara dua titik boleh diukur dengan
menggunakan jangka tolok. Namun begitu jarak yang
boleh diukur adalah terhad.
(2) Letakkan hujung jangka tolok ke atas kedua-dua titik yang
hendak diukur. Contohnya A ke B.
(3) Sekiranya skala pecahan pengimbang atau skala penyata
diberi, letakkan jangka tolok di atas pembaris untuk
mendapatkan jarak di atas peta.
(4) Kemudian kirakan jarak sebenar. Katakan, jarak antara titik
A dan B di atas peta ialah 5cm. Skala peta yang diberikan
ialah 1:50,000;
Oleh itu;
Jarak A B = 5 sm

Skala 1:50,000

Jarak sebenar ialah


= 5 x 50,000/100,000
= 1.5 km
(ii) Mengukur Jarak Tidak Lurus

Jarak tidak lurus di atas sesebuah peta adalah jarak


di sepanjang jalan raya, sungai dan pinggir pantai.
 Namun ia masih boleh diukur dengan
menggunakan beberapa alat seperti:
i) Benang,
ii) Kertas
iii) Jangka tolok
iv) Jangka jarak (Map measurer).

Namun begitu, benang dan kertas merupakan


kaedah yang paling lazim digunakan.
MENGGUNAKAN BENANG
Tatacara
(i) Pilih seutas benang yang sederhana tebal tetapi tidak
bersifat anjal.
(ii) Jika benang getah digunakan, maka jawapan mungkin
tidak jitu.
(iii) Letak benang di atas sungai, jalan raya, jalan keretapi
atau bentuk lain yang perlu diukur.
(iv) Tandakan titik hujung dua tempat tersebut di atas
benang.
(v) Kemudian letak benang di atas kayu pembaris dan
bacalah jaraknya.
(vi) Selepas mendapat jarak dalam inci ataupun dalam
sentimeter, pembaca peta harus menukarnya kepada
batu atau kilometer berdasarkan kepada skala peta
berkenaan.
MENGGUNAKAN SEHELAI KERTAS

Tatacara

(i) Katakan anda perlu mengukur jarak antara tempat X


dan Y di atas peta.
(ii) Bahagikan jarak XY tersebut kepada beberapa
bahagian yang agak lurus
(ii) Mula-mula tandakan jarak XA ditepi jalur kertas.
(iii) Kemudian jalur kertas dipusingkan untuk menandakan
jarak AB, BC, CD dan seterusnya sehinggalah ke titik Y
(iv) Jalur kertas kemudiannya diletakkan di tepi skala liner
(skala garisan) untuk mendapatkan ukurannya
(v) Dapatkan jarak sebenar XY berdasarkan kepada skala
yang digunakan.
Menggunakan Jangka Tolok
• Tetapkan jarak mata tolok ke ukuran tertentu,
contohnya 0.5 cm atau 0.25 inci.
• Ukur jarak dari X ke Y, selangkah demi selangkah
dengan memusing jangka tolok tersebut di
sepanjang garisan XY.
• Setiap pusingan = 1 langkah dan kira jumlah
langkah keseluruhan.
• Jika jumlah langkah dari X ke Y = 18 langkah, maka
jarak XY bersamaan = 18 x 0.5cm
• = 9 cm
• Jika skala peta ialah 1:100,000, maka jarak XY ialah
bersamaan dengan 9 km.
Menggunakan Jangka Jarak (Map Measurer)
MENGIRA KELUASAN
 Dalam kajian dan pentafsiran peta topo mengira
keluasan merupakan suatu ciri yang penting.
 Ini kerana ia dapat menentukan besar atau kecilnya
sesuatu kawasan itu jika dibandingkan dengan seluruh
kawasan yang dikaji.
 Dengan mengetahui keluasan sesuatu kawasan itu
maka kita dapat menentukan sama ada ia kawasan yang
penting atau tidak jika dibandingkan dengan kawasan-
kawasan lain yang ada di kawasan kajian.
 Selain dari itu ia dapat menentukan sama ada ia
merupakan kawasan punca ekonomi, petempatan dan
sebagainya bagi kawasan yang dikaji.
 Pola guna tanah sesuatu kawasan yang dikaji boleh
juga ditentukan dengan mengukur luas kawasan-
kawasan yang ada.
 Ada beberapa cara yang boleh digunakan bagi mencari
dan menentukan keluasan iaitu:
• Pengiran luas secara umum, contohnya segi
empat melibatkan unit Panjang (jarak) x unit
Lebar (jarak).
• Luas yang ingin dikira bukan sahaja melibatkan
keluasan di atas peta, tapi yang lebih penting
ialah keluasan di permukaan bumi.
• Sama dengan pengiraan jarak, keluasan di atas
permukaan bumi ditentukan oleh skala peta
berkenaan.
• Unit panjang dan lebar perlu ditukarkan ke unit
panjang dan lebar sebenar di permukaan bumi
terlebih dahulu sebelum keluasan dikira.
2) Tiada bentuk khusus - Menggunakan
segiempat grid

 Kaedah ini boleh digunakan dengan mudah dan cepat


sekiranya kawasan yang hendak diukur hampir
berbentuk agak mudah seperti berbentuk bulat,empat
segi, tiga segi, bujur dan bulat.
 Kesukaran mungkin timbul sekiranya kawasan yang
hendak diukur berbentuk bersegi-segi atau tepi-tepi
sempadannya terlalu berbeluk-beluk.
 Kaedah ini tidak memerlukan kertas-kertas lain kecuali
menggunakan garisan-garisan grid yang sedia ada
dalam peta-peta topo.
 Kelemahan yang ketara menggunakan kaedah ini ialah
dari segi ketepatannya.
 Terutamanya apabila terlalu banyak segi empat yang
kurang lengkap seperti hanya setengah, satu perempat
atau satu pertiga segi empat.
Tatacara

(i) Tebalkan sempadan kawasan yang hendak dicari


keluasannya dengan pensil.
(ii) Tentukan berapakah jumlah segiempat yang lengkap
setelah menomborkannya.
(iii) Tandakan segiempat-segiempat yang tidak lengkap dan
kemudian pasang-pasangkan supaya membentuk satu
segiempat yang lengkap.
(iv) Jumlahkan (ii) dan (iii).
(v) Tentukan keluasan segiempat grid yang telah digunakan
itu dan sesuaikan dengan skala peta.
(vi) Darabkan jumlah segiempat dengan keluasan satu
segiempat grid yang telah ditentukan mengikut skala.
Hasil darab ini merupakan luas kawasan yang hendak
ditentukan.
3) Menggunakan Kaedah Pemidang Grid

 Kaedah yang sering digunakan keranya ianya


senang dan agak tepat jawapanya.
 Kaedah ini adalah sama dengan kaedah yang
pertama.
 Walau bagaimanapun, kaedah ini memerlukan
pelajar-pelajar melukis terlebih dahulu pemidang
grid menggunakan kertas surih.
 Keluasan pemidang grid mestilah merangkumi
kesemua atau lebih luas daripada kawasan yang
hendak di ukur.
 Langkah-langkah yang perlu dilakukan adalah
seperti berikut:
Tatacara
(i) Bentukkan segiempat pada sehelai kertas (pemidang)
sebaik-baiknya yang nipis (kertas surih).
(ii) Hitamkan atau tebalkan garisan kawasan yang hendak
diukur keluasannya.
(iii) Tekapkan kertas bergrid di atas kawasan yang telah
ditentukan.
(iv) Lukis garisan kawasan berkenaan di atas kertas surih.
(v) Kirakan petak-petak lengkap dan juga petak-petak
segiempat yang tidak lengkap (1/2) (1/4) dan (3/4).
(vi) Jumlah petak ini kemudiannya didarabkan dengan
luas satu segiempat yang telah ditentukan luas
mengikut skala. Hasil darab ini merupakan jawapan
kepada keluasan yang dicari.
Skala 1:100,000
1 cm
Jenis Petak Bilangan Petak Jumlah
keseluruhan
Petak penuh 20 20
Petak ¾ penuh 8 6
Petak ½ penuh 7 3.5
Petak ¼ penuh 13 3.25
Jumlah - 32.75

1 petak = 0.25 km persegi


Maka luas keseluruhan ialah:
= 0.25 x 32.75
= 8.1875 km persegi atau
= 818.75 hektar
4) Menggunakan Kaedah Segiempat Tepat

• Menggunakan satu pemidang dengan jaluran-jaluran


segi empat tepat yang sama lebar tapi berlainan
panjangnya.
• Hampir sama dengan kaedah pemidang grid.
• Perbezaan kaedah pemidang grid menggunakan
segiempat sama, tetapi kaedah ini menggunakan kaedah
segi emapat tepat yang lebarnya sama.
• Namun begitu, kaedah ini mempunyai ralat jawapan
yang lebih besar berbanding dengan kaedah pemidang
grid.
• Langkah-langkah untuk mengira keluasan dengan
menggunakan kaedah ini adalah seperti berikut:
• Lukis satu pemidang dengan garisan-garisan selari pada
sehelai kertas surih dengan jarak yang sama (contohnya
1 cm).
• Surih bentuk kawasan yang hendak diukur itu ke atas
pemidang garisan-garisan selari.
• Pada setiap jaluran, lukis segiempat-segiempat tepat
yang meliputi kawasan yang hendak di ukur.
• Segiempat yang dilukis haruslah mengambil kira
kawasan-kawasan yang ditinggalkan supaya seimbang
dengan kawasan yang dikira.
• Ukur panjang setiap segiemapat dan jumlahkan semua
panjangnya.
• Kira luas yang diliputi oleh segiempat tepat:

Luas = Jumlah panjang x Lebar (1 cm)


Skala 1 : 100,000

Katakan panjang segiempat


(a,b,c,d,e,f,g,h,I,j,k,l,m,n,
dan o) = 34.9 cm
Maka luas = 34.9 cm x 1 cm
= 34.9 cm persegi
Luas sebenar kawasan
= 34.9 x 1 km persegi
= 34.9 km persegi
KERATAN RENTAS

Keratan rentas adalah penting dalam kerja-kerja


mentafsir peta topo di samping memahami
prinsip-prinsip lain.
Ia dapat menunjukkan bentuk rupabumi sesuatu
kawasan secara menegak dengan melakukan
keratan rentas di antara titik-titik tertentu.
Keratan rentas ini dijalankan berasaskan
kepada skala mendatar dan skala menegak
yang ditentukan.
Langkah-langkah yang perlu dijalankan bagi
membina satu profil keratan rentas adalah
seperti berikut.
Tatacara
 Tentukan terlebih dahulu jarak yang hendak dibentuk profil
keratan rentas – titik pertama dan terakhir dan sambungkan dengan
satu garisan lurus.
 Tandakan perkara-perkara penting yang ada di sepanjang keratan
rentas berkenaan seperti garisan-garisan kontor, sungai-sungai,
jalan-jalan raya dan lain-lain lagi.
 Dengan menggunakan sehelai kertas atau kertas graf bentukkan
profil rentas berdasarkan skala mendatar dan menegak yang diberi
(lihat Rajah).
 Skala mendatar merupakan jarak dari titik-titik yang hendak
digambarkan secara keratan rentas manakala skala menegak
merupakan selang tinggi yang boleh berasaskan selang kontor.
 Dengan menggunakan sekeping kertas latakkan salah satu
daripada tepinya di garisan lurus yang telah dilukis.
 Setiap perkara-perkara penting hendaklah dicatatkan di
hujung kertas berkenaan.
 Kemudian pindahkan semua perkara penting di kertas tadi
kepada pemidang kertas yang telah dibentuk skala mendatar
dan menegak.
 Setelah itu sambungkan titik-titik yang telah ditandakan
sehingga membentuk satu profil.
 Tandakan semua maklumat yang terdapat pada peta topo di
keratan rentas berkenaan seperti sungai, tanah tinggi
(dengan ketinggiannya), kawasan-kawasan pertanian dan
sebaginya.
 Pastikan setiap keratan rentas mempunyai kedua-dua
hujung tercatat pada pemidang keratan rentas.
 Kedua-dua skala mendatar dan menegak mestilah ditulis
dengan jelas pada keratan rentas.
 Disamping itu keratan rentas mestilah mempunyai satu tajuk
yang bersesuaian.
 Keratan rentas yang dibina mestilah bersih, lengkap, kemas
dan menepati kehendak-kehendak soalan.
Pengiraan Laju
• Laju = Jarak
Masa
• Sebuah kereta bergerak dari A ke B sejauh 110 km
dalam masa 1 jam, maka laju kereta tersebut ialah:
= 110 km = 110 kmj-1
1 jam
• Sebuah basikal bergerak sejauh 10 km dalam masa
25 minit, maka lajunya ialah
• Aliran air sungai bergerak sejauh 50 meter dalam
masa 10 saat. Berapa laju aliran air tersebut?

= 50 m = 5 ms-1 atau 18 kmj-1


10 saat

• Jarak X ke Y ialah sejauh 4,550 m. Jika sebuah


kereta mengambil masa 15 minit untuk bergerak
dari X ke Y, berapakah lajunya

= 4550 m 303.333 m per minit = 18.2 kmj-1


15 minit
• Sebuah kereta dengan laju purata 85 kmj-1 bergerak
dari P ke Q sejauh 40 km. Berapa masa yang diambil
untuk sampai di Q?

• Sebuah kereta bergerak dengan kelajuan 110 kmj-1


selama 1 jam 45 minit 30 saat. Berapakah jarak yang
dilalui oleh kereta tersebut?

• Sebuah bas bergerak dari M ke N dengan kelajuan


90 kmj-1. Jika bas itu bertolak pada pukul 9.27 pagi
dan jarak M ke N ialah 278 km, pada pukul
berapakah bas tersebut akan sampai di N?

You might also like