Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

CABANG-CABANG FALSAFAH

1. METAFIZIK / ONTOLOGI (Realiti)

Maksud : Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat
realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susun atur. Mempersoalkan perkara-perkara
seperti alam, jiwa atau roh dan kehidupan. Metafizik cuba menjawab persoalan-
persoalan yang jauh melampui penyiasatan saintifik. Bersifat spekulatif dan memberi
fokus kepada perkaitan sebab-akibat.

2. AXIOLOGI ( Nilai)

Berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud “nilai”. Merangkumi dua aspek iaitu
etika dan estetika.Mempersoalkan tentang baik@buruk, benar@salah, cantik@hodoh.
lf
L
m
p
E
g
o
x
A
k
z
t
e
MF
n
b
C
is
r
a
V
 ETIKA

Memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia. Dikategorikan
kepada tiga bidang asas iaitu :

Meta ethics

Normative ethicsApplied ethics

 ESTETIKA

Merujuk kepada kriteria kepada kecantikan dalam kesenian, alam sekeliling dan
kehidupan. Ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen.

3. EPISTEMOLOGI (Kebenaran)

Berasal dari perkataan Yunani episteme yang bermaksud “ilmu” atau “sains” dan logos
yang bermakna “keterangan”. Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan.
Berfokuskan kepada penganalisaan, penghasilan dan tuntutan ilmu. Mengenai teori
pengetahuan dan perihal pengetahuan.

 Lebih berminat kepada konsep-konsep selain daripada fakta (tidak seperti sains)
• Memerlukan alasan yang rasional
• Ahli psikologi mengkaji bagaimana manusia berfikir dan merasai.Tugas ahli
epitemologi memberi perhatian kepada apa yang dimaksudkan oleh konsep-
konsep psikologi seperti perasaan,pengamatan,pengukuhan dan
mempersoalkan adakah konsep-konsep tersebut digunakan dengan betul atau
tidak oleh ahli psikologi.

(Kneller, 1971)
Sumber-sumber ilmu :

 Wahyu (Merangkumi al-quran, hadis qudsi, sunnah rasul )


 Berasaskan pengalaman pancaindera (Ilmu boleh didapati melalui pengalaman,
pengamatan, pembacaan, penglihatan dan peranan pancaindera yg lain.)
 Intuisi (Ilmu yang diperolehi secara langsung tanpa proses pembelajaran iaitu
secara tiba-tiba dan tidak disedari.)
 Pandangan pakar (berkenaan ilmu dan kemahiran yang dipunyai. Cth: Plato)
 Logik (akal yang membolehkan untuk menaakul dan mengetahui sesuatu)
 Kaedah saintifik (carian jawapan melalui pengumpulan dan penganalisisan data
secara sistematik.)

4. LOGIK (Penaakulan)

Menerangkan hubungan antara idea-idea disamping memberi alasan bagi jawapan yang
diberi. Logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang
mengelirukan.

 Logik Induktif :

Bermula dengan butiran khusus, kemudian membuat penaakulan terhadap butiran


tersebut dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.

 Logik Deduktif :

Bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi
menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.

You might also like