KKP Mpu Laporan Kajian Kes

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN KAJIAN KES PERSATUAN BAHASA KADAZANDUSUN (BKD)

SEKOLAH KEBANGSAAN (SK) KERANAAN, RANAU, SABAH.

1.0 Pengenalan
Persatuan didefinisikan sebagai anggota yang pakar atau mahir dan mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang (Kamus Dewan Edisi Keempat
2007). Persatuan ada pada peringkat sekolah, peringkat masyarakat, peringkat
kebangsaan dan sebagainya. Saya telah menilai Persatuan Bahasa Kadazandusun
SK. Keranaan bagi tugasan ini. Kajian kes ini berkaitan tentang asal usul penubuhan
kelab dan proses bagaimana kelab itu dijalankan di sekolah tersebut.

2.0 Status Persatuan


Persatuan Bahasa Kadazandusun SK. Keranaan ini berpusat SK. Keranaan
Ranau, Sabah. Persatuan yang berdaftar melalui nombor rujukan PPM-001-11-
100214512 ini merupakan persatuan di peringkat sekolah. Organisasi persatuan ini
dinaungi oleh guru besar, dua orang guru penasihat dan Ahli Jawatankuasa (AJK)
pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, naib setiausaha, bendahari, dan AJK setiap
tahun 3, 4, 5 dan 6 yang terdiri daripada murid-murid ahli persatuan ini sendiri.

3.0 Sejarah Dan Proses Penubuhan


Persatuan Bahasa Kadazandusun SK. Keranaan ini merupakan sebuah
persatuan yang bersifat akademik dan kebudayaan. Ia telah ditubuhkan pada
Oktober 2011 oleh seorang guru Bahasa Kadazandusun di sekolah tersebut iaitu
Encik Jinu Lasion. Beliau telah menulis permohonan rasmi kepada Guru Besar
dengan menyertakan dokuman yang telah ditetapkan. Setelah mendapat kelulusan
daripada Guru Besar, surat-surat tersebut dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD). Selepas mendapat kelulusan daripada pihak (PPD), maka berlaku
pendaftaran ahli- ahli kelab yang telah diluluskan oleh Guru Besar. Pada tahun 2020,
persatuan ini mempunyai seramai 60 orang yang terdiri daripada murid-murid Sk.
Keranaan.

4.0 Aktiviti Atau Perkhidmatan Yang Diamalkan


Ahli kelab sangat aktif dalam menjalankan aktiviti dan perkhidmatan sepajang
tahun. Antaranya, menyertai serta menganjurkan Pertandingan Kebudayaaan
Kadazandusun di peringkat daerah. Pertandingan ini mempertandingkan pelbagai
acara kebudayaan seperti tarian, bermain alat muzik, puisi dan sebagainya.
Beberapa sekolah-sekolah di daerah Ranau juga telah menghantar wakil untuk
menyertai pertandingan ini.
Seterusnya, persatuan ini juga turut aktif dalam melakukan lawatan ke tempat-
tempat kebudayaan Kadazandusun. Lawatan ini bertujuan untuk menambah
pengalaman dan pengetahuan ahli-ahli persatuan. Sebagai contoh, destinasi lawatan
yang pernah dijalankan ialah Chanteek Borneo Galery dan Suang Lotud. Biasanya,
lawatan persatuan ini dijalankan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Dari aspek perkhidmatan pula, persatuan ini memegan kuat usaha
memertabatkan dan melestarikan Bahasa Kadazandusun di peringkat sekolah
mauhupun lebih lagi. Selain itu, dengan Pertandingan Kebudayaaan Kadazandusun
yang telah dianjurkan oleh persatuan ini, ia telah menaikkan nama sekolah yang
merupakan sekolah kategori luar bandar. Kerjasama dengan komuniti luar juga
semakin baik apabila sekolah semakin dikenali. Di samping itu, persatuan ini juga
telah berjaya menubuhkan sebuah Mini Muzium Kadazandusun di Sk. Keranaan
yang menjadi tarikan dan keistimewaan sekolah.

5.0 Perbandingan Perkhidmatan


Sk. Keranaan juga mempunyai Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Inggeris
dan lain-lain tetapi persatuan-persatuan tersebut tidak mempunyai aktiviti-aktiviti
yang berkaitan dengan Kadazandusun. Memandangkan murid-murid di sekolah
tersebut seratus peratus berbangsa Dusun, persatuan ini sangat dekat dengan diri
setiap murid-murid. Ia mendapat sambutan yang paling besar daripada murid-murid
di sekolah ini. Persatuan ini juga sedikit berbeza kerana ia bersifat akademik dan
kebudayaan dalam masa yang sama.

6.0 Sumber Kewangan


Kelab ini banyak mendapat bantuan dari segi sumber kewangan berbanding
dengan persatuan-persatuan lain. Hal ini berlaku kerana, kelab ini banyak
menjalankan aktiviti di sekolah. Oleh sebab itu, pihak PIBG dan pihak luar membantu
persataun ini supaya dapat menonjol sebagai perstuan yang paling unggul di
peringkat sekolah.
Di samping itu, Mini Muzium Kadazandusun yang telah ditubuhkan oleh
persatuan ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kewangan persatuan tersebut.
Pihak persatuan meletakkan yuran kemasukan bagi orang luar untuk memasuki
muzium tersebut. Seperti perstuan-persataun lain, persatuan ini juga mengutip yuran
daripada ahli-ahli dalam jumlah dan kekerapan yang dipersetujui bersama.
7.0 Isu-isu Berbangkit
Seperti yang kita tahu, setiap program yang dilaksanakan memang tidak boleh
dielakkan daripada cabaran yang datang. Berdasarkan apa yang dibincangkan
dengan guru penasihat Persatuan Bahasa Kadazandusun, saya dapa ulaskan
bahawa kelab tersebut telah menghadapi masalah dari segi pengurusan masa.
Sebenarnya lebih banyak lagi aktiviti atau program yang boleh dijalankan dalam
setahun tetapi berlaku kesukaran untuk mendapat kekosongan masa yang sesuai.
Hal ini kerana, terdapat banyak aktiviti yang dijalankan di dalam sekolah tersebut
menyebabkan pertentangan berlaku. Oleh itu, sebahagian program atau aktiviti yang
telah dirancang terpaksa dibatalkan. Sumber kewangan juga tidak dapat digunakan
dengan sepenuhnya kerana program yang dijalankan adalah terhad.
Seterusnya, perstuan ini kekurangan guru penasihat iaitu hanya ada dua orang
guru penasihat sahaja. Ini menjadi cabaran yang sukar bagi guru penasihat bagi
mengendalikan persatuan yang mempunyai 60 orang ahli. Oleh itu, guru penasihat
terpaksa berkerja keras untuk memastikan persatuan dan ahli-ahli berada dalam
keadaan yang baik.
Akhir sekali, persatuan juga terkesan dengan penularan pandemi Covid-19.
Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dalam takwim 2020 terpaksa dibatalkan untuk
keselamatan dan kesihatan semua.

8.0 Analisis SWOT (Sumber Kewangan)


Kekuatan
Kekuatan yang boleh dilihat dalam mengumpulkan dana untuk kegunaan persatuan
ialah, kelab ini banyak mendapat bantuan dari segi sumber kewangan berbanding
dengan persatuan-persatuan lain. Dengan ini, persatuan tidak mempunyai masalah
seperti kekurangan dana dalam menjalankan satu-satu program.

Kelemahan
Kelemahan yang dikenalpasti bagi menguruskan penjanaan kewangan bagi
persatuan ini adalah, walaupun mendapat banyak bantuan namun aktiviti yang dapat
dirancang sangat terhad. Ini menyebabkan adanya dana yang bersifat pasif iaitu
hanya disimpan dan tidak dapat digunakan.

Peluang
Oleh kerana persatuan ini mempunyai sumber kewangan yang banyak, program
yang dijalankan semestinya akan berjalan dengan lebih cemerlang dan sempurna.
Ini kerana, setiap keperluan program dapat disediakan tanpa kekangan.
Ancaman
Ancaman yang diterima adalah apabila sumber kewangan lebih digunakan kepada
program yang bersifat sementara. Pihak persatuan perlu merancangan kewangan
tersebut untuk program yang bersifat jangka masa panjang. Jika terlalu banyak
program bersifat sementara yang dijalankan, sumber kewangan yang dikeluarkan
akan menjadi sia-sia kerana faedah atau manfaat daripadanya tidak dapat
dimaksimumkan.

9.0 Cadangan
Pihak persatuan perlu memperbanyakkan lagi program yang bersifat jangka
masa panjang seperti Mini Muzium Kadazandusun. Mereka mungkin boleh
mengadakan bengkel berbayar tentang kebudayaan Kadazandusun. Dengan cara ini
ia sedikit sebanyak dapat memberikan nilai tambah untuk kewangan persatuan.
Selain itu, persatuan ini juga boleh mencipta koperasi yang menjual pelbagai
keperluan, cendermata yang berkaitan dengan persatuan dan dijual kepada orang
ramai mahupun pelancong yang datang. Dengan hasil penjualan cendermata itu, ia
akan memberikan keuntungan yang berterusan kepada persatuan tersebut.
RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2011). Surat Pekeliling Ikhtisas bil.1/1985


Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. Dilayari pada 30
September 2020 daripada www.moe.gov.my

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011) Warta dalam Kerajaan. Dilayari daripada


30 September 2020 daripada
http://www.ppdpontian.com/v1/index.php/component/attachments/download/462.

Rojamah Basri (2013) Penubuhan dan Pengurusan Kelab, Persatuan dan Unit
Beruniform. Dilayari pada 30 September 2020 daripada
http://www.slideshare.net/roiamah/penubuhan-dan-pengurusan-kelab-persatuan-
unit-beruniform.

Jinu Lasion (2020, 28 Sept) Proses Penubuhan Persatuan. [interview]

You might also like