Esei Sejarah Lengkap

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

S0ALAN 1:

Huraikan faktor-faktor yang mendorong orang Inggeris mengasaskan koloni di


Amerika Syarikat. (Focus stpm(Ace Ahead)

Pendahuluan
Selepas penemuan benua Amerika, orang Eropah berlumba-lumba untuk
meneroka petempatan di sana. Orang Sepanyol dan Portugal merupakan orang
Eropah terawal yang membuka petempatan di situ. Kejayaan ini mendorong orang
Perancis dan Belanda untuk mendapatkan tanah jajahan di benua tersebut. Orang
Inggeris merupakan kumpulan orang Eropah yang terakhir tiba ke Amerika Utara
namun meninggalkan impak yang penting. Mereka mengasaskan tanah-tanah
jajahan di bahagian pantai timur Amerika Utara.

Isi Esei:

Isi 1: Galakan pemerintah


Antara faktor-faktor yang mendorong orang Inggeris mengasaskan koloni di
Amerika Syarikat ialah melalui galakan pemerintah. Pemerintah England telah
memberi galakan kepada orang Inggeris untuk meneroka ke Amerika seperti
menganugerahkan piagam diraja yang memberi kuasa kepada peneroka untuk
mengasaskan petempatan. Contohnya pada tahun 1497, Raja Henry VII telah menaja
pelayaran John cabot ke Amerika manakala Ratu Elizabeth I memberi dorongan
kepada Sir Humprey Gilbert dan Sir Walter Raleigh untuk mengasaskan petempatan.
Galakan pemerintah mendorong peneroka-peneroka dari England untuk mendirikan
petempatan di situ.

Isi 2: Kejayan Virginia


Selain itu, faktor yang kedua mendorong orang Inggeris mengasaskan koloni di
Amerika Syarikat ialah melalui kejayan Virginia. Pada peringkat awal, percubaan
untuk mengasaskan petempatan di Amerika gagal. Namun pada tahun 1607, orang
Inggeris telah berjaya mengasaskan koloni pertama di Virginia, Amerika Utara. Koloni
tersebut mencapai kemakmuran ekoran kewibawaan pemimipinnya, iaitu kapten
John Smith. Kejayan koloni Inggeris ini mendorong ramai orang Inggeris berhijrah ke
sana. Contohnya, 12 buah koloni iaitu Massachusetts, New Hampshire, Maryland,
Connecticut, Rhode Island, Delaware, Carolina Utara, Carolina Selatan, New York,
New Jersey, Pennsylvania dan Georgia.
Isi 3: Keadaan politik di England.
Seterusnya, faktor yang ketiga mendorong orang Inggeris mengasaskan koloni di
Amerika Syarikat ialah melalui keadaan politik di England. Keadaan politik di England
mendorong orang Inggeris berhijrah ke Amerika. Keadaan ini mendorong mereka untuk
berhijrah keluar bagi memulakan kehidupan dan membuka koloni-koloni baharu di Amerika.
Sebagai contohnya, mereka dikenakan cukai yang tinggi.

Isi 4: Agama.
Dalam pada itu, faktor yang ketiga mendorong orang Inggeris mengasaskan koloni di
Amerika Syarikat ialah melalui agama. Kumpulan penganut agama Kristian yang berpindah
ke Amerika dikenali sebagai Puritan. Golongan ini berpindah kerana mereka tidak
dibenarkan mengamalkan kepercayaan mereka. Contohnya, golongan ini mengasaskan
petempatan di New Plymouth manakala sebahagian yang lain mengasaskan petempatan di
Massachusetts, Rhode Island, dan Connecticut.

Kesimpulan:
Kesimpulan, menjelang tahun 1753, orang Inggeris telah mengasaskan 13 buah koloni
di sepanjang pantai timur Amerika Utara. Koloni-koloni tersebut merupakan unit politik
yang berasingan dan terletak di bawah pemerintahan raja England.

SOALAN 2:

Huraikan faktor-faktor yang meletakkan asas kepada pembentukan negara persekutuan


amerika syarikat. (Focus stpm(Ace Ahead)

Pendahuluan:
Selepas Perang Kemerdekaan Amerika berakhir, Perjanjian Versailles ditandatangani
yang menyebabkan England terpaksa menyerahkan 13 buah koloninya dan mengisytiharkan
kemerdekaan Amerika. Selepas kemerdekaan, pemimpin-pemimpin koloni menggubal
perlembagaan baharu, draf perlembagaan akhir diterima pada tahun 1789. Perlembagaan
ini memperuntukkan penubuhan sebuah kerajaan berbentuk persekutuan, iaitu Amerika
Syarikat. Terdapat beberapa faktor yang mendorong pembentukan Persekutuan Amerika
Syarikat.

Isi esei:
Isi 1: perbezaan sosial dan agama
Antara faktor-faktor yang mendorong pembentukan Persekutuan Amerika Syarikat ialah
perbezaan sosial dan agama. Perbezaan dalam cara hidup serta berfikir antara penduduk di
England dengan Amerika mendorong pembentukan negara persekutuan. Contohnya,
sebahagian besar daripada penduduk di England bermazhab Anglican manakala penduduk
di koloni Amerika terdiri daripada Puritan. Penduduk di England terdiri daripada golongan
konservatif manakala penduduk di Amerika terdedah kepada idea moden.

Isi 2: Perang Tujuh Tahun

Selain itu, faktor yang kedua mendorong pembentukan Persekutuan Amerika Syarikat
melalui perang tujuh tahun. Perang Tujuh Tahun (1756-1763) berlaku antara Perancis
dengan England yang meletakkan asas kepada pembentukan negara persekutuan di
Amerika Syarikat. Namun peperangan ini telah menelan perbelanjaan tersebut ditentang
oleh penduduk. Sebagai contoh, tuntutan England yang mengekendaki koloni-koloni di
Amerika menanggung sebahagian daripada perbelanjaan tersebut ditentang oleh penduduk.

Isi 3: Dasar campur tangan

Seterusnya, faktor yang ketiga mendorong pembentukan Persekutuan Amerika Syarikat


melalui dasar campur tangan. Campur tangan England dalam hal ehwal koloni juga
merupakan faktor pembentukan negara persekutuan di Amerika Syarikat. Contohnya, Raja
George III mengamalkan dasar campur tangan dalam hal ehwal penduduk dan tidak
mengendahkan bantahan yang dikemukakan oleh penduduk koloni. Sebaliknya mengambil
langkah-langkah yang lebih tegas untuk mendapatkan wang daripada mereka.

Isi 4: Pengenalan akta-akta baharu

Di samping itu, faktor yang keempat mendorong pembentukan Persekutuan Amerika


Syarikat melalui pengenalan akta-akta baharu. Penduduk koloni membantah akta-akta
baharu yang diluluskan oleh Parlimen England. Tujuannya adalah bagi membolehkan cukai
dipungut daripada penduduk koloni Amerika. Contohnya akta Pelayaran, Akta Gula, Akta
Setem dan Akta Teh. Malah, undang-undang yang mengkehendaki penduduk koloni
membayar perbelanjaan tentera England yang berkhidmat di Amerika juga telah diluluskan.

Isi 5: Peristiwa pembuangan Teh Boston


Akhir sekali, faktor yang terakhir mendorong pembentukan Persekutuan Amerika
Syarikat melalui peristiwa pembuangan Teh Boston. Pada tahun 1773, Lort North
meluluskan Akta Teh yang membenarkan SHTI menjual teh kepada penduduk di koloni
tanpa membayar cukai. Penduduk pula dipaksa membeli teh daripada England melalui SHTI.
Perkembangan ini menimbulkan kemarahan penduduk. Contohnya, mereka telah
membuang kotak-kotak berisi teh ke dalam laut. Malah, peristiwa ini menyebabkan
penduduk koloni jajahan mengambil keputusan untuk memperjuangkan kemerdekaan
negara mereka daripada England.

Kesimpulan:

Kesimpulannya, pada tahun 1783, Perang Kemerdekaan Amerika berakhir dengan


termeterainya Perjanjian Versailles.Perjanjian ini menyebabkan England terpaksa
menyerahkan kesemua 13 koloninya dan mengakui kemerdekaan Amerika. Selepas
mencapai kemerdekaan, perlembagaan baharu digubal bagi negara Persekutuan Amerika
Syarikat.

SOALAN 3:
Bincangkan ciri-ciri sistem pentadbiran kerajaan persekutuan amerika syarikat pada abad
ke 18-19. (Focus stpm(Ace Ahead)

Pendahuluan:
Selepas mencapai kemerdekaan, perlembagaan baharu untuk Amerika Syarikat telah
digubal pada tahun 1783. Perlembagaan ini memperuntukkan penubuhan sebuah kerajaan
persekutuan. Sistem pemerintahan persekutuan mempunyai dua, iaitu kerajaan pusat dan
kerajaan negeri. Struktur kerajaan pula terdiri daripada tiga bahagian, iaitu eksekutif,
perundangan dan kehakiman.

Isi esei:

Isi 1: Pembahagian kuasa


Antara ciri-ciri sistem pentadbiran kerajaan persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke
18-19 ialah pembahagian kuasa. Sistem pentadbiran persekutuan Amerika Syarikat
menekankan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan negeri. Setiap peringkat
pentadbiran diberikan kebebasan untuk menguruskan pentadbiran mengikut kuasa yang
diperuntukkan. Contohnya, kerajaan pusat berkuasa dalam perkara seperti pertahanan,
percukaian, mata wang dan dasar luar negara manakala kerajaan negeri berkuasa dalam
menguruskan hal ehwal tempatan di negeri masing-masing.

Isi 2: Pemerintahan demokrasi

Selain itu, ciri-ciri sistem pentadbiran kerajaan persekutuan Amerika Syarikat pada
abad ke 18-19 ialah pemerintahan demokrasi. Perlembagaan Amerika Syarikat 1789
menetapkan pembentukan kerajaan persekutuan menerusi amalan demokrasi. Pemilihan
presiden dan anggota Kongres dilakukan menerusi pilihan raya umum. Pilihan raya untuk
memilih presiden dan anggota Kongres telah diadakan pada tahun 1796 dan 1800. Dalam
pilihan raya tersebut ahli daripada Parti Federalis dan Parti Republikan bertanding untuk
memilih presiden. Amalan demokrasi yang dilaksanakan memberi kuasa kepada rakyat
untuk memiih kerajaan yang bakal mentadbir negara.

Isi 3: badan eksekutif

Seterusnya, ciri-ciri sistem pentadbiran kerajaan persekutuan Amerika Syarikat pada


abad ke 18-19 ialah mempunyai badan eksekutif. Badan eksekutif diketuai oleh Presiden
yang dipilih melalui pilihanraya. Presiden Amerika Syarikat dipilih untuk tempoh empat
tahun dan selepas tamat tempoh boleh dilantik semula untuk penggal kedua selama empat
tahun. Contohnya, semua undang-undang yang diluluskan oleh Kongres (terdiri drp Dewan
Senat dan Dewan Perwakilan) mesti ditandatangani oleh Presiden dan beliau
bertanggungjawab menandatangani undang-undang yang diluluskan oleh Kongres serta
presiden boleh menolak daripada menandatangani sesuatu undang-undang.

Isi 4: badan perundangan

Di samping itu, ciri-ciri sistem pentadbiran kerajaan persekutuan Amerika Syarikat


pada abad ke 18-19 ialah mempunyai badan perundangan. Badan perundangan Amerika
Syarikat dikenali sebagai Kongres dan ahlinya turut dipilih melalui pilihan raya oleh rakyat.
Berperanan utama Kongres ialah menggubal undang-undang. Sebagai contoh, kongres
terdiri daripada dua badan utama iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Senat. Anggota Dewan
Rakyat dan Senat dipilih oleh rakyat. Setiap negeri akan memilih dua ahli Dewan Senat dan
memilih ahli Dewan Rakyat mengikut jumlah penduduknya.

Isi 5: badan kehakiman


Akhir sekali, ciri-ciri sistem pentadbiran kerajaan persekutuan Amerika Syarikat pada
abad ke 18-19 ialah mempunyai badan kehakiman. Badan ini merupakan badan yang bebas
dan tidak menerima campur tangan politik sama ada daripada Presiden atau ahli-ahli
kongres. Sebagai contoh, badan Kehakiman Amerika Syarikat terdiri daripada Mahkamah
Persekutuan dan Mahkamah Negeri. Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap
presiden dan ahli-ahli kongres sekiranya mereka melanggar perlembagaan.

Kesimpulan:
Kesimpulannya, bidang kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri telah ditetapkan bagi
memastikan pentadbiran dijalankan dengan teratur. Perlembagaan Amerika Syarikat
menetapkan pengagihan kuasa antara badan eksekutif, badan kehakiman dan badan
perundangan. Sistem pentadbiran kerajaa persekutuan Amerika Syarikat turut
mempengaruhi negara-negara lain di dunia.

SOALAN 4:
Terangkan faktor-faktor yang mendorong tercetusnya perang saudara di Amerika Syarikat
pada tahun 1861-1865. (https://pdfslide.tips/download/link/contoh-soalan-sej-stpm-p1-
rev1)

Pendahuluan:

Perang Saudara berlaku antara negeri-negeri utara dengan negeri-negeri selatan


Amerika Syarikat. Perang ini melibatkan 22 buah negeri utara Amerika Syarikat dengan 11
buah negeri di selatan Amerika Syarikat. Gabungan negeri-negeri utara dikenali sebagai
Kesatuan Amerika Syarikat manakala negeri-negeri selatan dinamakan Gabungan negeri-
negeri Amerika. Perang Saudara ini berlanjutan selama empat tahun iaitu dari tahun 1861
hingga 1865.

Isi esei:

Isi 1: masalah hamba abdi

Antara faktor-faktor yang mendorong tercetusnya perang saudara di Amerika Syarikat


ialah mempunyai masalah hamba abdi. Masalah hamba abdi telah menjadi salah satu
faktor yang menyebabkan tercetus perang saudara di Amerika. Amalan perhambaan
bermula sejak orang inggeris mengasaskan petempatan di Amerika. Hamba abdi dari Afrika
(orang negro) digunakan untuk bekerja di ladang-ladang di selatan Amerika. Contohnya,
pembukaan ladang-ladang kapas dan tembakau menyebabkan tuan-tuan tanah memerlukan
hamba abdi untuk bekerja di ladang.

Isi 2: negeri-negeri Selatan menarik diri dari kesatuan Amerika Syarikat.


Selain itu, faktor-faktor yang mendorong tercetusnya perang saudara di Amerika
Syarikat ialah terdapat negeri-negeri Selatan menarik diri dari kesatuan Amerika Syarikat.
Tindakan Abraham Lincoln membasmi amalan perhambaan menyebabkan negeri-negeri
selatan menarik diri daripada kesatuan Amerika Syarikat. Pada tahun 1861, tujuh buah
negeri selatan membuat keputusan untuk berpisah daripada kesatuan amerika syarikat.
Contoh, negeri yang paling awal berpisah daripada kesatuan Amerika Syarikat ialah carolina
selatan, kemudian diikuti oleh Virginia, Georgia, Carolina Utara, Florida, Alabama,
Mississippi, Louisiana, Tennessee, Arkansas dan Texas.

Isi 3: perbezaan antara Negeri-negeri Utara dan Negeri-negeri Selatan.

Seterusnya, faktor-faktor yang mendorong tercetusnya perang saudara di Amerika


Syarikat ialah mempunyai perbezaan antara Negeri-negeri Utara dan Negeri-negeri
Selatan. Terdapat perbezaan yang amat ketara antara negeri-negeri utara dan selatan
amerika syarikat. Penduduk di negeri-negeri selatan melibatkan diri dalam aspek pertanian
manakala penduduk di utara terlibat dalam perusahaan. Perbezaan tersebut dapat dikesan
dalam aspek kekayaan, agama, kehidupan dan bahasa.

Isi 4: tidak berpuas hati terhadap undang-undang Kerajaan Pusat.

Akhir sekali, faktor-faktor yang mendorong tercetusnya perang saudara di Amerika


Syarikat ialah tidak berpuas hati terhadap undang-undang Kerajaan Pusat. Negeri-negeri
selatan tidak berpuas hati dengan undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan pusat.
Mereka berpendapat undang-undang tersebut digubal untuk melindungi kepentingan
penduduk di negeri-negeri utara. Mereka juga berpendapat bahawa tindakan tersebut
boleh meningkatkan harga barang-barang yang diimport. Sebagai contoh, negeri-negeri
selatan membantah tindakan kerajaan pusat mengenakan cukai yang tinggi terhadap
barang-barang import. Hal ini akan menjejaskan kedudukan negeri-negeri selatan yang
bergantung kepada barang-barang.

Kesimpulan:
Kesimpulannya, walaupun tercetusnya perang saudara di Amerika Syarikat namun
Perang Saudara ini dapat menyelamatkan Amerika Syarikat daripada berpecah kepada dua.
Perang ini juga menyebabkan negeri-negeri utara dan selatan Amerika sebuah negara yang
pesat dalam bidang ekonomi dan sosial.

SOALAN 5:

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan Perang Kemerdekaan Amerika Syarikat berlaku.


(https://pdfslide.tips/download/link/contoh-soalan-sej-stpm-p1-rev1)

Pendahuluan:
Pada bulan September 1774, pemimpin-pemimpin daripada 13 buah koloni
mengadakan penemuan di Philadelpia dan mereka telah menubuhkan kongres untuk
melancarkan peperangan terhadap Britain. Perang kemerdekaan Amerika merupakan
perang pembebasan koloni-koloni daripada cengkaman British. Terdapat beberapa faktor-
faktor yang menyebabkan perang kemerdekaan Amerika Syarikat berlaku.

Isi esei

Isi 1: peperangan Tujuh Tahun (1756-1763).


Antara faktor-faktor yang menyebabkan Perang Kemerdekaan Amerika Syarikat berlaku
ialah melalui peperangan Tujuh Tahun (1756-1763). Peperangan ini dikenali sebagai
Peperangan Tujuh Tahun (1756-1763). Peperangan ini bukan sahaja berlangsung di Eropah
tetapi tersebar ke bahagian-bahagian lain di dunia seperti di Amerika Utara dan India. Pada
tahun 1763, orang Perancis telah dikalahkan oleh Britain dalam Perang Tujuh Tahun. Ekoran
kekalahan tersebut, Perancis terpaksa menandatangani Perjanjian Paris pada tahun 1763.
Sebagai contoh, menerusi Perjanjian Paris, Perancis menyerahkan Kanada dan wilayah
pedalaman Mississippi-Ohio kepada Inggeris. Peperangan ini menelan perbelanjaan yang
besar bagi kerajaan Britain. Britain menuntut koloni-koloni di Amerika membayar
sebahagian daripada perbelanjaan peperangan tersebut.

Isi 2: pengenalan akta-akta baharu

Selain itu, faktor-faktor yang menyebabkan Perang Kemerdekaan Amerika Syarikat


berlaku ialah melalui pengenalan akta-akta baharu. Raja George III tidak menghiraukan
bantahan malah baginda mengambil langkah-langkah yang lebih tegas untuk mendapatkan
wang daripada penduduk koloni-koloni tersebut. Baginda menguatkuasakan empat akta
untuk memungut cukai daripada penduduk-penduduk di koloni-koloni tersebut. Contoh,
akta-akta tersebut adalah seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem, dan Akta Teh.

Isi 3: peristiwa pembuangan teh Boston.


Seterusnya, faktor-faktor yang menyebabkan Perang Kemerdekaan Amerika Syarikat
berlaku ialah melalui peristiwa pembuangan teh Boston. Pada tahun 1773, menteri Lord
North kerajaan Britain telah meluluskan Akta Teh. Mengikut akta ini, Syarikat Hindia Timur
Inggeris (SHTI) boleh menjual teh kepada penduduk di koloni-koloni Amerika tanpa
membayar cukai, penduduk di koloni-koloni Amerika Syarikat dipaksa membeli teh daripada
Britain melalui SHTI, dan tidak membenarkan penduduk-penduduk di koloni-koloni tersebut
daripada mengimport teh. Sebagai contoh, mereka bertindak membuang kotak-kotak yang
berisi teh ke dalam laut.
Isi 4: perang kemerdekaan.

Akhir sekali, faktor-faktor yang menyebabkan Perang Kemerdekaan Amerika Syarikat


berlaku ialah melalui perang kemerdekaan. Pada bulan september 1774, pemimpin-
pemimpin daripada 13 koloni mengadakan pertemuan di Philadelphia dan mereka
mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah kongres (parlimen bersatu). Kongres
membuat keputusan untuk mengisytiharkan peperangan terhadap Britain. Pasukan tentera
koloni bertempur dengan tentera Inggeris di Lexington. Kongres dalam persidangan yang
diadakan di Philadelphia meluluskan pengisytiharan kemerdekaan. Pengisytiharan
kemerdekaan ini telah ditulis oleh Thomas Jefferson. Mengikut pengisytiharan ini, 13 buah
koloni digabungkan menjadi Amerika Syarikat yang merdeka. Sebagai contoh, angkatan
tentera Britain yang dipimpin oleh Jeneral Burgoyne mengalami kekalahan di Saratoga maka
perang kemerdekaan Amerika berakhir dengan termeterainya perjanjian Versailles pada
tahun 1783. Antara syarat perjanjian Versailles ialah britain menyerahkan kesemua 13 tanah
jajahan dan mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat.

Kesimpulan:
Kesimpulannya, peristiwa-peristiwa tersebut menyebabkan penduduk koloni
mengambil keputusan untuk memperjuangkan kemerdekaan negara mereka daripada
Britain. Pada 6 Julai 1775, Kongres membuat keputusan untuk mengisytiharkan peperangan
terhadap Britain.

SOALAN 6:
Bincangkan struktur organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat selepas tahun
1783. (https://pdfslide.tips/download/link/contoh-soalan-sej-stpm-p1-rev1)

Pendahuluan:

Selepas mencapai kemerdekaan, perlembagaan baharu untuk Amerika Syarikat telah


digubal pada tahun 1789. Perlembagaan ini memperuntukkan penubuhan sebuah kerajaan
persekutuan. Kerajaan Persekutuan AS yang terbentuk daripada 13 buah negeri yang pernah
menjadi koloni British. Menjelang abad ke-19, Persekutuan AS telah mempunyai 50 buah
negeri yang mempunyai penduduk berbilang kaum serta hidup dalam perpaduan yang
kukuh.

Isi esei:

Isi 1: pembahagian kuasa yang jelas.


Antara struktur organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat ialah mempunyai
pembahagian kuasa yang jelas. Sistem pentadbiran Persekutuan Amerika Syarikat
menekankan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan negeri. Setiap peringkat
pentadbiran diberi kebebasan untuk menguruskan pentadbiran mengikut kuasa yang
diperuntukkan. Sebagai contoh, kerajaan pusat berkuasa dalam perkara yang penting
seperti pertahanan, percukaian, mata wang, dan dasar luar negara manakala kerajaan
negeri berkuasa dalam menguruskan hal ehwal tempatan di negeri masing-masing.

Isi 2: pemerintahan demokrasi.

Selain itu, struktur organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat ialah mempunyai
pemerintahan demokrasi. Perlembagaan Amerika Syarikat 1789 menetapkan pembentukan
kerajaan persekutuan menerusi amalan demokrasi. Pemilihan presiden dan anggota
Kongres dilakukan menerusi pilihan raya umum. Pilihan raya untuk memilih presiden dan
anggota Kongres telah diadakan pada tahun 1796 dan 1800. Dalam pilihan raya tersebut ahli
daripada Parti Federalis dan Parti Republikan bertanding untuk memilih presiden. Amalan
demokrasi yang dilaksanakan memberi kuasa kepada rakyat untuk memiih kerajaan yang
bakal mentadbir negara.

Isi 3: badan eksekutif.

Seterusnya, struktur organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat ialah


mempunyai badan eksekutif. Badan eksekutif diketuai oleh Presiden yang dipilih melalui
pilihanraya. Presiden Amerika Syarikat dipilih untuk tempoh empat tahun dan selepas tamat
tempoh boleh dilantik semula untuk penggal kedua selama empat tahun. Contohnya, semua
undang-undang yang diluluskan oleh Kongres (terdiri drp Dewan Senat dan Dewan
Perwakilan) mesti ditandatangani oleh Presiden dan beliau bertanggungjawab
menandatangani undang-undang yang diluluskan oleh Kongres serta presiden boleh
menolak daripada menandatangani sesuatu undang-undang.

Isi 4: badan perundangan.

Di samping itu, struktur organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat ialah


mempunyai badan perundangan. Badan perundangan Amerika Syarikat dikenali sebagai
Kongres dan ahlinya turut dipilih melalui pilihan raya oleh rakyat. Berperanan utama
Kongres ialah menggubal undang-undang. Sebagai contoh, kongres terdiri daripada dua
badan utama iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Senat. Anggota Dewan Rakyat dan Senat
dipilih oleh rakyat. Setiap negeri akan memilih dua ahli Dewan Senat dan memilih ahli
Dewan Rakyat mengikut jumlah penduduknya.

Isi 5: badan kehakiman.

Akhir sekali, struktur organisasi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat ialah


mempunyai badan kehakiman. Badan ini merupakan badan yang bebas dan tidak
menerima campur tangan politik sama ada daripada Presiden atau ahli-ahli kongres. Sebagai
contoh, badan Kehakiman Amerika Syarikat terdiri daripada Mahkamah Persekutuan dan
Mahkamah Negeri. Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap presiden dan ahli-ahli
kongres sekiranya mereka melanggar perlembagaan.

Kesimpulan:
Kesimpulannya, perlembagaan persekutuan Amerika Syarikat telah menggariskan
secara terperinci badan-badan yang memerintah Amerika Syarikat. Pembahagian kuasa
telah memastikan pentadbiran dijalankan dengan teratur. Sistem pentadbiran kerajaan
Persekutuan Amerika Syarikat telah turut mempengaruhi negara-negara lain di dunia.

SOALAN 7:

Jelaskan faktor yang menyumbangkan pembangunan ekonomi Amerika Syarikat.


(https://pdfslide.tips/download/link/contoh-soalan-sej-stpm-p1-rev1)

Pendahuluan:

Menjelang abad ke-19 M dan ke-20 M, Amerika Syarikat telah mengalami pertumbuhan
ekonomi yang amat pesat. Perkembangan dalam bidang ekonomi didorong oleh kemajuan
dalam bidang perindustrian, pertanian dan sistem pengangkutan.

Isi 1: aktiviti perindustrian

Antara faktor yang menyumbangkan pembangunan ekonomi Amerika Syarikat ialah


melalui aktiviti perindustrian. Perkembangan ini menyebabkan muncul industri-industri
baru seperti industri kereta api, besi keluli, perlombongan dan pemprosesan makanan.
Sebagai contoh, dalam aktiviti perindustrian terdapat pelbagai faktor juga yang
menyumbang kepada perkembangan bidang peridustrian iaitu kekayaan sumber asli negara
seperti arang batu, besi keluli dan minyak. Begitu juga dengan perkembangan sistem
pengangkutan iaitu kerajaan memperuntukkan dana bagi membina rangkaian jalan kereta
api bagi memajukan sektor perindustrian. Tambahan pula dengan, penawaran buruh iaitu
kemasukan imigran dari dalam dan luar negara menyebabkan terdapat bekalan buruh yang
mencukupi. Dalam pada itu, penciptaan teknologi baru juga merangsang pertumbuhan
ekonomi sektor perindustrian. antara ciptaan baru yang telah mengubah cara hidup
manusia adalah telefon (1876) oleh Alexander Graham Bell, cahaya elektrik (1879) oleh
Thomas Alva Edison, kereta (1893) oleh Henry Ford, telegraf (1844) oleh Samuel F.B. Morse
dan kapal terbang (1903) oleh Wilbur dan Orville Wright.

Isi 2: organisasi industri yang cekap dan teratur

Selain itu, faktor yang menyumbangkan pembangunan ekonomi Amerika Syarikat ialah
melalui aktiviti perindustrian iaitu organisasi industri yang cekap dan teratur menggalakkan
pertumbuhan industri ialah kemuncuhan teknik baru dalam pemasaran, sistem pemasaran
yang dikenali sebagai “Mail Order House”. Menerusi sistem pasaran ini, barangan akan
dihantar melalui pos. Antara syarikat yang mempelopori sistem pemasaran ini ialah Roebuck
and Company dan Montgomery Ward. Dengan ini munculnya gedung-gedung jualan yang
menjual pelbagai jenis barangan. Sebagai contoh, gedung jualan yang terkenal termasuklah
Marshall Field (Chicago), Macy (New York) dan Filene (Boston).

Isi 3: peranan kerajaan

Seterusnya, faktor yang menyumbangkan pembangunan ekonomi Amerika Syarikat


ialah melalui aktiviti perindustrian iaitu terdapat peranan kerajaan yang memainkan
peranan penting dalam perkembangan sektor perindustrian. Kerajaan juga meluluskan
beberapa akta yang menggalakkan penggunaan tanah awam seperti Akta Landasan Kereta
Api Pasifik, Akta Ladang dan Akta Majlis Anugerah Tanah. Sebagai contoh, kerajaan telah
mengambil langkah untuk merangsang pertumbuhan perindustrian iaitu mengenakan kadar
cukai yang rendah, mewujudkan sistem perbankan kebangsaan, memperkenalkan dasar
imigrasi yang longgar, mewujudkan kestabilan mata wang, membenarkan penggunaan
sumber semula jadi dan memperkenalkan kadar tarif yang bersesuaian.

Isi 4: aktiviti pertanian.

Di samping itu, faktor yang menyumbangkan pembangunan ekonomi Amerika Syarikat


ialah melalui aktiviti pertanian yang berkembang pesat di Amerika Syarikat. Hal ini
menyebabkan penggunaan teknologi moden telah berlaku peningkatan dalam pengeluaran
hasil pertanian. Perkembangan ini juga telah menyebabkan Amerika Syarikat mula
mengeksport hasil pertanian ke seluruh dunia. Sebagai contoh, pada tahun 1834, Cyrus
McCormick telah mencipta mesin menuai tanaman dengan ini membolehkan tanaman
gandum dapat ditanam di kawasan yang lebih luas.

Isi 5: sistem pengangkutan

Akhir sekali, faktor yang menyumbangkan pembangunan ekonomi Amerika Syarikat


ialah melalui sistem pengangkutan. Selepas Perang Saudara, Amerika Syarikat merupakan
sebuah negara yang terbentang luas telah disatukan menerusi pembinaan landasan kereta
api. Sebagai contoh, usaha dilakukan untuk mencantumkan laluan kereta api yang pendek
iaitu dimulakan oleh Cornelius Vanderbilt yang telah mencantumkan landasan kereta api di
bahagian tengah New York. Beliau turut terlibat dalam usaha memanjangkan landasan
kereta api dari New York ke Chicago manakala J. Edgar Thomas pula memanjangkan
landasan kereta api dari Philadelphia ke Chicago dan St. Louis.

Kesimpulan:

Kesimpulannya, perkembangan dalam bidang ekonomi di Amerika Syarikat bermula


selepas tamat perang Amerika dengan England dan Perang Saudara. Perkembangan dalam
bidang ekonomi menyaksikan pertumbuhan sektor perindustrian, pengangkutan dan
pertanian. Dalam pada itu, perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat
selepas negara tersebut mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776. Kestabilan
politik dalam negara meletakkan asas bagi perkembangan dalam bidang ekonomi di negara
tersebut.

SOALAN 8:

Huraikan faktor-faktor perkembangan dalam bidang perindustrian di Amerika Syarikat


pada abad ke-19 dan ke-20 Masihi. (SEJARAH DUNIA( STPM PENGGAL 1)

Pendahuluan:

Selepas tamat Perang Saudara, berlaku perkembangan yang pesat dalam bidang
perindustrian. Perkembangan ini menyebabkan Amerika Syarikat muncul sebagai negara
pengeluar hasil pertanian dan perindustrian dunia. Perkembangan ini menyebabkan muncul
industri-industri baru seperti industri kereta api, besi keluli, perlombongan dan
pemprosesan makanan.

Isi esei:

Isi 1: Kekayaan sumber asli negara

Antara faktor-faktor perkembangan dalam bidang perindustrian di Amerika Syarikat


pada abad ke-19 dan ke-20 Masihi ialah disebabkan oleh kekayaan sumber asli negara.
Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat telah menjadi pengeluar arang batu yang utama.
Kekayaan sumber asli meletakkan asas bagi pertumbuhan perindustrian di Amerika Syarikat.
Sebagai contoh, arang batu, besi keluli dan minyak.

Isi 2: Perkembangan sistem pengangkutan

Faktor-faktor perkembangan dalam bidang perindustrian di Amerika Syarikat pada abad


ke-19 dan ke-20 Masihi ialah mempunyai perkembagan dalam sistem pengangkutan. Selain
itu, terdapat juga syarikat-syarikat swasta yang melabur modal dalam industri kereta api.
Antara tokoh yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api ialah James J. Hill, Collis P.
Huntington dan Jay Gould. Pembinaan rangkaian jalan kereta api menyebabkan sektor
perindustrian berkembang dengan pesat. Sebagai contoh, kerajaan memperuntukkan dana
bagi membina rangkaian jalan kereta api bagi memajukan sektor perindustrian.

Isi 3: Penawaran buruh yang tinggi


Faktor-faktor perkembangan dalam bidang perindustrian di Amerika Syarikat pada
abad ke-19 dan ke-20 Masihi ialah mempunyai penawaran buruh yang tinggi. Kemasukan
imigran dari dalam dan luar negara menyebabkan terdapat bekalan buruh yang mencukupi.
Selepas Perang Saudara berakhir, Amerika Syarikat menggalakkan kemasukan golongan
imigran ke negara tersebut. Malah, undang-undang yang menggalakkan kedatangan buruh
ke Amerika Syarikat telah digubal. Kemasukan buruh menyebabkan sektor perindustrian
mengalami perkembangan pesat. Contohnya, Pada tahun 1864, “Undang-Undang Buruh
Kontrak” telah diwartakan bagi menggalakkan kemasukan buruh ke negara tersebut.

Isi 4: Penciptaan teknologi baru

Faktor-faktor perkembangan dalam bidang perindustrian di Amerika Syarikat pada


abad ke-19 dan ke-20 Masihi ialah terdapat penciptaan baru. Selain itu, penciptaan teknik
pengeluaran besi keluli merangsang pertumbuhan sektor pembinaan dan pengangkutan.
Penggunaan jentera-jentera baru juga menyebabkan berlaku peningkatan dalam
pengeluaran barangan. Sebagai contoh, telefon (1876) oleh Alexander Graham Bell, cahaya
elektrik (1879) oleh Thomas Alva Edison, kereta (1893) oleh Henry Ford, telegraf (1844) oleh
Samuel F.B. Morse dan kapal terbang (1903) oleh Wilbur dan Orville Wright.

Isi 5: Organisasi industri yang cekap dan teratur

Faktor-faktor yang seterusnya bagi perkembangan dalam bidang perindustrian di


Amerika Syarikat pada abad ke-19 dan ke-20 Masihi ialah mempunyai organisasi industri
yang cekap dan teratur. Faktor ini menggalakkan pertumbuhan industri ialah kemuncuhan
teknik baru dalam pemasaran. Menerusi sistem pasaran ini, barangan akan dihantar melalui
pos. Antara syarikat yang mempelopori sistem pemasaran ini ialah Roebuck and Company
dan Montgomery Ward. Selain itu, muncul juga gedung-gedung jualan yang menjual
pelbagai jenis barangan. Antara gedung jualan yang terkenal termasuklah Marshall Field
(Chicago), Macy (New York) dan Filene (Boston). Sebagai contoh, selepas Perang Saudara
berakhir, sistem pemasaran yang dikenali sebagai “Mail Order House” diperkenalkan.

Isi 6: Peranan kerajaan


Faktor-faktor terakhir bagi perkembangan dalam bidang perindustrian di Amerika
Syarikat pada abad ke-19 dan ke-20 Masihi ialah terdapat peranan kerajaan yang kukuh.
Pada tahun 1862, kerajaan juga meluluskan beberapa akta yang menggalakkan penggunaan
tanah awam seperti Akta Landasan Kereta Api Pasifik, Akta Ladang dan Akta Majlis Anugerah
Tanah. Menerusi “Akta Landasan Kereta Api Pasifik”, kerajaan menyumbangkan tanah-tanah
awam kepada syarikat swasta untuk pembinaan landasan kereta api, memberikan bayaran
$48 ribu dolar bagi setiap batu jalan kereta api yang dibina di kawasan pergunungan dan
memberi pinjaman subsidi selama 30 tahun serta dikenakan kadar faedahyang rendah
kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api. Sebagai
contoh, mengenakan kadar cukai yang rendah, mewujudkan sistem perbankan kebangsaan,
memperkenalkan dasar imigrasi yang longgar, mewujudkan kestabilan mata wang,
membenarkan penggunaan sumber semula jadi dan memperkenalkan kadar tarif yang
bersesuaian.

Kesimpulan:

Kesimpulannya, perkembangan dalam bidang ekonomi di Amerika Syarikat bermula


selepas tamat perang Amerika dengan England dan Perang Saudara. Dalam pada itu,
perkembangan pesat dalam ekonomi berlaku di Amerika Syarikat selepas negara tersebut
mencapai kemerdekaan dari Britain pada tahun 1776. Kestabilan politik dalam negara
meletakkan asas bagi perkembangan dalam bidang ekonomi di negara tersebut.

You might also like