BMC Example

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

KOLEJ VOKASIONAL KERIAN

JALAN SIAKAP, 34300


BAGAN SERAI, PERAK

UES 3012
KEUSAHAWANAN
(BUSINESS MODAL CANVAS)

Jenis Perniagaan :
Restoran Lobster House

Nama Ahli Kumpulan : 1. Nurrin Adibah Binti Mohd. Nizam


(011223-10-0062)
2. Maisarah Binti Russaidee
(0102030-08-0100)
3. Nursyakira Farhana Binti Md. Shohor
(010218-08-1384)
Kelas : 2DKP

Nama Pensyarah : Puan Nor Hafizah Binti Sansudin

1
ISI KANDUNGAN

MUKA
BILANGAN ITEM
SURAT

1.0 Penerangan bagaimana menjana idea perniagaan yang dipilih 3

2.0 Deskripsi lengkap Segmen Pengguna 4

3.0 Deskripsi lengkap Penawaran Nilai 5

4.0 Deskripsi lengkap Saluran 6

5.0 Deskripsi lengkap Hubungan Pelanggan 6

6.0 Deskripsi lengkap Aliran Pendapatan 7

7.0 Deskripsi lengkap Sumber Utama 7

8.0 Deskripsi lengkap Aktiviti Utama 8

9.0 Deskripsi lengkap Rakan Kongsi Strategik 8-9

10.0 Deskripsi lengkap Struktur Kos 10

11.0 Rujukan 11

2
1.0 PENERANGAN BAGAIMANA MENJANA IDEA PERNIAGAAN
Restoran Lobster House ini merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal.
Pemilik restoran ini merupakan seorang usahawan muda yang merupakan pelajar
diploma jurusan perniagaan dan memiliki sijil kemahiran dalam bidang memasak.
Lokasi yang dipilih untuk membuka restoran ini ialah di kawasan pelancongan iaitu
Pulau Pinang.
Konsep perniagaan yang dijalankan oleh Restoran Lobster House ialah,
menyediakan makanan berasaskan laut (seafood). Tetapi menu hidangan utama
restoran ini ialah “Lobster”. “Lobster” memang terkenal bagi semua penggemar
makanan laut. Jadi pemilihan idea perniagaan ini ialah berdasarkan pemerhatian
terhadap semua pengusaha makanan seafood yang terdapat di sekitar Pulau Pinang.
Berdasarkan pemerhatian saya, tidak banyak restoran yang mampu
menghidangkan lobster sebagai sajian utama memandangkan harganya yang mahal
yang mampu mencecah ratusan ringgit. Justeru itu, saya mengambil peluang ini untuk
membuka sebuah restoran yang menghidangkan lobster sebagai menu utama dan
dijual pada harga yang berpatutan. Tambahan lagi, saya mempunyai kenalan yang
membuat perternakan lobster.Saya akan menjadikan beliau sebagai rakan kongsi.
Justeru itu, saya boleh mendapatkan stok lobster ini pada harga borong.
Inilah punca tercetusnya idea untuk membuka Restoran Lobster House ini.

Lobster segar Shellout

Menu Lobster 3
2.0 DESKRIPSI LENGKAP SEGMEN PENGGUNA

 Kawasan Perumahan Sekitar


Tidak semua penduduk di kawasan sekitar Restoran Lobster House mempunyai
pengalaman merasai kelazatan lobster. Jadi target pelanggan saya ialah penduduk
di kawasan sekitar. Tambahan lagi, restoran kami menyediakan perkhidmatan
“COD” untuk kawasan sekitar Restoran Lobster House.
 Pelancong
Pulau Pinang merupakan antara destinasi pelancongan justeru pelancong-
pelancong yang datang makan angin di sini boleh menikmati hidangan berasaskan
seafood yang ditawarkan oleh restoran ini.
 Penyewa Hotel Atau Chalet Berdekatan
Restoran Lobster House ini beroperasi dari pukul 5 petang sehingga 12 malam.
Oleh itu, saya berharap bahawa semua penyewa hotel atau chalet boleh
menjadikan restoran saya sebagai alternatif untuk mengisi perut pada waktu
malam. Selain itu, restoran kami amat menitik beratkan keselesaan pelanggan, jadi
kami menyediakan ruang privasi atau santai untuk pilihan pengunjung.
 Penggemar Makanan Laut dan Lobster
Bagi penggemar makanan laut dan lobster terdapat pelbagi menu yang menarik
yang boleh dipilih antaranya :
 Lobster Bakar
 Sotong Bakar
 Sotong Sumbat
 Udang masak lemak
 Nasi goreng udang
 Ketam goreng
 Shellout

4
3.0 DESKRIPSI LENGKAP PENAWARAN NILAI

 Hidangan Istimewa Setiap Minggu


Menu kami tidak tetap dan berubah mengikut minggu ataupun citarasan pelanggan
sendiri. Kelebihan restoran kami ialah, kami boleh menyediakan sajian mengikut
permintaan pelanggan.
 Menyediakan Makanan Menggunakan Bahan Segar.
Restoran kami amat menitik beratkan kualiti. Barang barang mentah untuk
memasak akan dibeli pada setiap minggu bagi memastikan kualiti rasanya.
Manakala untuk lauk seperti udang,sotong,ikan,ayam dan daging kami hanya akan
membelinya pada setiap hari bagi menjamin kesegarannya. Untuk lobster pula,
penternak akan menghantar lobster pada setiap minggu. Kami juga menyediakan
sebuah akuarium untuk meletakkan lobster. Jika ingin dimasak barulah pekerja
akan mengambil lobster dari akuarium tersebut. Ini bagi memastikan kesegaran
lobster itu.
 Resepi Sendiri.
Semua jenis masakan yang dihidangkan adalah mengikut resepi sendiri dan resepi
turun temurun dari keluarga.
 Lokasi Strategik
Pemilihan lokasi restoran kami amatlah strategik. Kami memilih lokasi di tepi
pantai dan berdekatan dengan pusat bandar. Ini akan menarik lebih ramai
pelanggan dan pelancong yang datang ke Pulau Pinang.
 Masa Menunggu yang Singkat
Kami menjanjikan masa menunggu tidak melebihi 10 minit bagi setiap menu yang
diminta. Dan untuk menu yang perlu dibakar kami menganggarkan selama 30
minit. Malah pelanggan juga diberi berpeluang untuk membakar sendiri lauk
mereka.
 Suasana Tempat Duduk Mengikut Pilihan
Pelanggan boleh memilih tempat duduk mereka mengikut keselesaan pelanggan.
Restoran kami menyediakan dua suasana pilihan iaitu santai dan ruang privasi. Di
ruang santai pelanggan boleh menikmati hidangan di tepi pantai sambil menikmati
keindahan alam, manakala ruang privasi ia sebuah bilik yang dilengkapi
penyaman udara.

5
4.0 DESKRIPSI LENGKAP SALURAN

 Offline / Tradisional
Kami meletakkan banner di sekitar kawasan pantai dan jalan-jalan utama di
kawasan Telok Batik ini. Selain itu, kami juga akan mengedarkan flyers
pembukaan restoran kami nanti. Di restoran kami pulak, akan diletakkan
signboard “Restoran Lobster House” bagi menarik pelanggan untuk singgah.
 Online
 Facebook / Instagram = LobsterHouse
 NoTelefon = 05-7217578
 Waze / Google Maps = LobsterHouse Teluk Batik
 Email = lobsterhouse@mail.com

5.0 DESKRIPSI LENGKAP HUBUNGAN PELANGGAN

 Layanan Mesra Pelanggan


Restoran kami sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggan. Pekerja
kami akan diberikan seminar berkaitan khidmat pelanggan setiap 6 bulan sekali.
Setiap pekerja kami akan dilatih terlebih dahulu sebulum mula bekerja. Pelanggan
juga akan diminta untuk menilai skala kemesraan pekerja kami sebelum beredar
melalui imbasan kod QR di resit kami.
 Peluang Untuk Pelanggan Memberikan Feedback
Kepuasaan pelanggan keutamaan kami merupakan mutu restoran kami, jadi setiap
pelanggan yang datang perlu memberikan maklum balas dengan mengisi kajian
soal selidik restoran kami. Setiap resit pembayaran akan disertakan kod QR,
pelanggan hanya perlu imbas kod tersebut dan boleh memberikan penilaian
berkenaan restoran kami ataupun hidangan kami. Jadi kami boleh menambah
baikkan kualiti restoran kami dari masa ke semasa.
 Harga Istimewa Untuk Pelanggan Yang Sering Berkunjung
Restoran kami akan memberikan potongan harga khas buat pelanggan yang sering
berkunjung ke restoran kami. Pemerhatian kami dibuat melalui imbasan kod QR
yang dibuat pelanggan.

6
6.0 DESKRIPSI LENGKAP ALIRAN PENDAPATAN

 Jualan Makanan Dan Minuman Di Restoran.


Jualan makan dan minuman merupakan pendapatan utama perniagaan kami.
 Sewa Kiosk
Kami turut menyediakan beberapa kiosk di luar kedai bertujuan untuk menarik
peniaga luar bekerjsama dengan restoran kami. Setiap kiosk yang disewa kami
meletakkan harga sewaan sebanyak RM 500 sebulan. Terdapat 5 buah kiosk yang
disewakan menjadikan pendapatan bersih restoran kami RM 2500 sebulan.
 Perkhidmatan COD
Perkhidmatan cod merupakan perkhidmatan yang kami tawarkan. Bayaran untuk
setiap COD dikenakan sebanyak RM 5 untuk setiap penghantaran.
 Tempahan Shellout
Restoran Lobster House menyediakan tempahan shellout untuk sebarang majlis.
Harga dikira mengikut jenis makanan laut.

7.0 DESKRIPSI LENGKAP SUMBER UTAMA

 Resepi Istimewa
Resepi yang restoran kami sediakan merupakan resepi istimwa dari tukang masak
utama restoran kami sendiri. Kuah perapan untuk membakar makanan laut ialah
resepi dari turun temurun. Ini menjadikan sajian di restoran kami berbeza dengan
kedai - kedai lain.
 Tukang Masak Dan Pekerja
Mereka merupakan peranan penting dalam perniagaan ini. Seramai 5 orang tukang
masak diambil dan 20 orang pekerja terlatih merupakan pekerja di restoran kami.
 Sumber kewangan
Sumber kewangan untuk restoran kami ialah, modal dari pemilik restoran sendiri,
pinjaman dari pihak bank dan Mara.

7
8.0 DESKRIPSI LENGKAP AKTIVITI UTAMA

 Pengurusan Stok dan Lobster


Hal-hal berkaitan stok barangan kering dan basah serta makanan laut akan
diuruskan sendiri oleh pengurus restoran. Tetapi pengurus turut mengupah
seorang pekerja yang boleh dipercayai sebagai pembantu.
 Pengurusan Khidmat Pelanggan
Semua pekerja memainkan peranan dalam menguruskan pelanggan. Oleh itu,
mutu restoran kami iaitu Kepuasan pelanggan Keutamaan Kami dijadikan
simbolik untuk semua pekerja melayani pelanggan dengan berhemah.
 Pengurusan Kebajikan Pekerja
Setiap pekerja akan diberi kelonggaran jika sakit atau sebagainya. Semua pekerja
dilayan sama rata oleh pengurus. Jika pekerja mempunyai sebarang masalah,
pekerja boleh berkongsi masalah tersebut dengan pengurus.
 Penyelia Kod QR
Seorang pekerja memang digajikan khas untuk membuat rumusan penilaian skala
kepuasan pelanggan yang telah di isi oleh pelanggan. Pekerja ini perlu melaporkan
kepada pengurus pada setiap bulan supaya penambahbaikkan dapat dilakukan.
 Pengurusan Media Sosial dan Promosi
Semua promosi dan berita terkini tentang restoran kami, pelanggan boleh melawat
laman Facebook kami atau Instagram kami. Seorang pekerja memang ditugaskan
untuk menjaga semua akaun media sosial milik restoran.

9.0 DEKSRIPSI LENGKAP RAKAN KONGSI STRATEGIK

 Pembekal Lobster
Pembekal lobster untuk restoran kami ialah Encik Zaidi Bin Hamid. Beliau
merupakan penternak lobster. Beliau akan menghantar lobster ke restoran kami
pada setiap minggu.
 Pembekal Makanan Laut

8
Untuk pembekal makanan laut pula, kami akan pergi ke Jeti Nelayan untuk
membeli yang segar dari nelayan. Nelayan, Encik Ahmad Bin Kembong
merupakan pembekal tetap restoran kami.
 Pembekal Barangan Mentah dan dSayur-sayuran
Pembekal sayur-sayuran dan barangan mentah ialah Kedai Tani Zaleha. Kedai
tersebut merupakan pembekal utama kepada sayur-sayuran restoran kami. Sayur-
sayuran dari kedai tersebut merupakan sayuran segar dari ladang. Barangan
mentah tersebut ialah ayam dan daging.
 Pembekal Barangan Kering
Pembekal barangan kering ialah, Kedai Muaz. Segala keperluan kering untuk
dimasak dibeli daripada kedai tersebut. Setiap minggu, Kedai Muaz akan
menghantar stok kepada kami.
 Pembekal Meja dan Kerusi
Chew Furniture merupakan pembekal barangan perabot kepada restoran kami.
Meja, kerusi, dapur, dan perabot di dalam kedai semuanya dibekalkan oleh Chew
Furniture.
 Pihak Berkuasa Tempatan
 Bank Simpanan Nasional (Akaun Simpanan dan Urusan Jual Beli dengan
pembekal)
 Majlis Amanah Rakyat (MARA)

JENIS CARA
BIL NAMA PEMBEKAL
PERBEKALAN BAYARAN

1. Encik Zaidi Bin Hamid Lobster Kredit

2. Encik Ahmad Bin Kepong Makanan laut Tunai

Barangan mentah dan


3. Kedai Borong Zaleha Tunai
sayur-sayuran

4. Kedai Muaz Barangan kering Kredit

Perabot dan
5. Chew Furniture Kredit
kelengkapan kedai

9
Lampiran 1 : Senarai Pembekal

10.0 DESKRIPSI LENGKAP STRUKTUR KOS

 Kos Lobster
Kos untuk penghantaran lobster ialah RM 100.00 untuk sekilo. Setiap minggu,
pembekal akan menghantar sebanyak 10 kilo menjadikan kos untuk lobster
sebanyak RM 1000 seminggu.
BIL JENIS HARGA
1. Bahan mentah RM 2000
2. Bahan kering RM 1500
Jumlah RM 3500

 Kos Bahan Mentah Dan Kering


Ini merupakan anggaran harga yang dibayar setiap kali menambah bekalan
mentah dan kering.

 Kos Sewa Tapak Perniagaan


Kami membayar sebanyak RM 1000 sebulan kepada Majlis Daerah Pulau Pinang.
 Gaji Pekerja
Anggaran gaji pekerja pada setiap bulan ialah :

Bilangan Gaji Jumlah


Bil Jawatan
Pekerja (RM) (RM)

1. Pengurus 1 2500.00 2500.00

2. Tukang masak 5 2000.00 10,000.00

3. Pembantu Am 20 1200.00 24,000.00

Jumlah 36,500.00

10
 Kos Bil Air Dan Bil Elektrik
Kos bil air dan elektrik dianggarkan sebanyak RM 3000.00 sebulan.
 Kos Penyelenggaraan
Bajet untuk penyelenggaran pada setiap bulan ialah sebanyak RM 2000.00

11.0 RUJUKAN

1. ( 2004,April ) Dimuat turun daripada https://shoutultech.wordpress.com/tag/9-


blok-dalam-business-model-canvas/
2. Empirez Khai ( 2019, Januari ) Dimuat turun daripada
https://khaiz.com/sembilan-segmen-blok-utama-dalam-business-model-canvas-
bmc/
3. Nazri Ahmad ( 2018, March ) Dimuat turun daripada
https://mdxnazri.com/2018/03/business-model-canvas-bisnes-kedai-makan-dan-
restoran/
4. Zulkifli Hamzah ( 2018, Disember ) Dimuat turun daripada
https://www.slideshare.net/ZulkifliHamzah/rancangan-perniagaan-28828742
5. Modul Business Model Canvas Malaysia

11

You might also like