Minit Mesyuarat Ajk Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Kali 1 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT AJK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

KALI 1/2020

SMK UBAI, PEKAN PAHANG

TARIKH : 20 FEB 2020


Masa : 2.30 petang
Tempat : War Room SMK Ubai

KEHADIRAN :

Hadir

1. Tuan Haji Abdul Manan Bin Daud Yang DiPertua PIBG


2. Puan Azizah Bt Abdul Manap Naib Yang DiPertua PIBG
3. Puan Faridah Bt Jamaludin Pengetua
4. Encik Azman Bin Abd Raghni GPK Pentadbiran
5. Puan Dalijatonseha BT Mohd Khalid GPK HEM
6. Encik Sohaimi bin Karim GPK Kokurikulum
7. Puan Wan Zaharah Bt Wan Zainuddin Setiausaha
8. Cik Rozidawati Bt Arshad Penolong Setiausaha
9. Puan Munirah Bt Omar Bendahari
10. Puan Filzah Bt Nazeri Naib Bendahari
11. Encik Norazlan Bin Elias AJK Ibu Bapa
12. Encik Othman Bin Bakar AJK Ibu Bapa
13. Encik Junus Bin Shafie AJK Ibu Bapa
14. En. Roslifuddin Bin Zainuddin AJK Ibu Bapa
15. Puan Anizah Bt Khudri AJK Guru
16. Puan Mainor Bt Omar AJK Guru
17. Puan Saadiah Bt shapiai AJK Guru

Tidak Hadir :

1. Puan Roszalilah Bt Abd Samad AJK Ibu Bapa


2. Encik Che Abd Roni Bin Ismail AJK Ibu Bapa
3. Puan Azlinawati Bt Abdul Rahman AJK Ibu Bapa
4. Puan Nadia Bt Ramli AJK Ibu Bapa

1.1 Ucapan Aluan Yang DiPertua


1.2 Mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran semua AJK . Beliau juga mengucapkan syukur
ke hadrat Ilahi kerana dapat berkumpul bagi mengadakan mesyuarat kali pertama AJK PIBG bagi
tahun 2020.
2.0 Pengesahan minit mesyuarat
2.1 Puan Azizah mencadangkan minit mesyuarat kali ke 3/2019 disahkan dan disokong oleh puan
Dalijatonseha.

3.0 Perkara berbangkit


3.1 Tiada

4.0 Ucapan Pengetua


4.1 Puan Faridah mengucapkan selamat datang kepada semua AJK PIBG yang dapat hadir.
4.2 Tuan pengetua memperkenalkan GPK Kokurikulum yang baru bertukar ke SMK Ubai iaitu Encik
Sohaimi bin Karim.
4.3 Beliau menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kehadiran ibu bapa/penjaga ke program-program
yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
4.4 Beliau mengharapkan penglibatan ibu bapa/penjaga akan meningkat baggi program yang akan
datang.

5.0 Perbincangan usul bagi mesyuarat Agong PIBG SMK Ubai kali ke 18.
5.1 Usul yang telah diterima untuk dibahas di dalam mesyuarat Agong PIBG SMK Ubai kali ke 18
adalah seperti berikut :

i. Puan Saliza Bt Abdullah Mengusulkan supaya disediakan ‘water cooler’ di sekolah bagi
kemudahan pelajar. Pengetua memaklumkan berdasarkan pengalaman beliau pemasangan
‘water cooler’ akan melibatkan kos baik pulih yang tinggi dan berpanjangan dan pihak sekolah
tidak dapat bersetuju dengan usul tersebut.

ii. Tuan Haji Zul Akram Bin Arawi mengusulkan agar guru dibenarkan memotong rambut pelajar
yang tidak mematuhi peraturan potongan rambut seperti yang ditetapkan di dalam buku
peraturan sekolah setelah 5 hari amaran diberi. Usul diterima sebulat suara.

iii. Encik Nazri mencadangkan agar mengekalkan dan membuat penambahbaikan keceriaan alam
sekitar sekolah.

iv. Encik Zawari Bin Abd Manan mencadangkan agar kelas tambahan diadakan terutama bagi
pelajar 5 U Syukur.

v. Encik Mohd Hata Bin Ramdzan mencadangkan agar pasukan kompang sekolah diajar oleh
guru yang mahir seni paluan kompang agar seni paluan kompang terjaga keasliannya.

vi. Puan Yuliana Bt Ismail mencadangkan mesyuarat Agung PIBG diadakan pada hari tidak
bekerja bagi memudahkan ibu bapa/penjaga yang bekerja untuk hadir.

6.0 Pembentangan GPK HEM


6.1 Puan Dalijatonseha menyatakan sumbangan PIBG bagi 2020 mengikut jumlah pelajar adalah
sebanyak RM 14940.
6.2 Buletin sekolah akan dicetak. Cadangan agar mencari syarikat cetakan yang boleh menawarkan
harga yang lebih murah.
6.3 Kehadiran murid bagi bulan Januari adalah baik melebihi 90%.

7.0 Hal-hal lain


7.1 Puan Saadiah mencadangkan untuk masa akan datang program gotong royong dilaksanakan
secara berfokus.
7.2 Encik Othman memaklumkan terdapat sekumpulan murid yang lepak di atas jejantas yang
menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna jejantas terutama murid perempuan.
Disebabkan masalah tersebut mereka memilih untuk melintas jalan raya yang boleh membawa
bahaya kepada mereka.
7.3 Puan Faridah memberi respon akan cuba mengatasi masalah pelajar berkumpul di atas jejantas
tersebut. Jika perlu pihak polis akan dimaklumkan.
7.4 Encik Roslifuddin mencadangkan agar pihak sekolah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga
masalah tersebut semasa mesyuarat Agong PIBG dilaksanakan.
7.5 Encik Junus memaklumkan bahawa mendapat aduan dari anak beliau ada segelintir pelajar
yang bermain Ketika solat zohor kerana tiada guru yang memantau lelaki ketika itu.
7.6 Puan Faridah menyatakan bahawa pihak sekolah telah membuat jadual bagi guru-guru yang
bertugas memantau pelajar Ketika solat zohor. Masalah tersebut timbul berkemungkinan guru
yang bertugas lewat kerana sesi PdPC waktu akhir jadual.
7.7 Tuan pengetua memohon respon daripada PIBG unutk membenarkan team Robotik sekolah
menggunakan sumber kewangan dari PIBG sekolah.
7.8 Haji Abdul Manan menyatakan duit PIBG sangat terhad dan tidak dapat membantu menyediakan
dana bagi team Robotik sekolah. Beliau juga mencadangkan agar pihak sekolah mencari dana
dari luar.
7.9 Encik Azman selaku GPK pentadbiran memaklumkan sekolah telah membuat program akur janji
penetapan GPI murid tingkatan 5 seperti berikut:
i. GPS sekolah : 4.78
ii. GPS PPD : 4.89
7.10 Beliau juga memohon agar ibu bapa memantau anak- anak dirumah bagi
meningkatkan prestasi akademik murid.
7.11 Puan Faridah memaklumkan program 3R yang dianjurkan oleh parlimen Kuantan iaitu kempen
kitar semula minyak terpakai. Pelajar dan guru akan dibayar mengikut kuantiti minyak. Sekolah
akan menerima RM 3000 jika menang bagi sekolah terbanyak yang dapat mengumpulkan
minyak terpakai.

8.0 Ucapan penangguhan

YDP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang hadir. Beliau turut berharap agar
semua pihak dapat berkerjasama untuk memajukan sekolah demi kepentingan anak-anak didik SMK
Ubai

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi.


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………………… ……………………………..……………………………

(WAN ZAHARAH BT WAN ZAINUDDIN) (HJ ABDUL MANAN B. DAUD.PSSB.,PJM.,PPS.,PPA. )


Setiausaha PIBG Yang DiPertua PIBG

SMK Ubai Pekan SMK Ubai Pekan

You might also like