Assignment 5

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN

UUM COLLEGE OF ARTS AND SCIENCES


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SGDA4103 ETHICS AND TEACHING PROFESSIONALISM

KERJA KURSUS

Assignment 5 – Kerja Kursus Berkumpulan (Esei)

Markah 20%.

ARAHAN:

Tubuhkan satu kumpulan yang mengandungi LIMA (5) orang pelajar.


Di bawah ini disenaraikan tajuk-tajuk Assignment 5 dalam DUA (2) bahagian,
Bahagian A dan Bahagian B. Setiap kumpulan dikehendaki memilih SATU (1) tajuk
daripada Bahagian A dan SATU (1) tajuk lagi daripada Bahagian B. Setiap tajuk di
Bahagian A diperuntukkan hanya kepada DUA (2) kumpulan sahaja, manakala satu
tajuk di Bahagian B adalah untuk SATU (1) kumpulan sahaja. Panjang setiap
assignment hendaklah tidak melebihi 1,250 perkataan atau LIMA (5) muka surat
bertaip langkau dua baris dengan menggunakan jenis huruf New Times Roman,
bersaiz 12 dan menggunakan format word. Rujukan hendaklah menggunakan gaya
penulisan APA edisi ke-6.

Bahagian A (10%)

1.1 Kaji dengan teliti Peraturan 5, 8, 9, 10, 11 dan 12 yang terkandung dalam
Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan
2002). Dengan menggunakan contoh-contoh, bincangkan implikasi pegawai-
pegawai awam yang melakukan kerja sambilan, menerima hadiah, menerima
keraian, dan menyara taraf hidup yang tinggi kepada masyarakat dan negara.

1.2 Kaji dengan teliti Peraturan 4(2)(a-j) Peraturan-peraturan Pegawai Awam


(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (Pindaan 2002). Dengan menggunakan contoh-
contoh dalam konteks sekolah, tafsirkan peraturan tersebut dan implikasinya
jika guru-guru melanggar peraturan-peraturan ini kepada murid dan sekolah.

1.3 Dengan merujuk kepada elemen pembuktian kecuaian di bawah undang-undang


tort, bincangkan bagaimanakah cara untuk guru-guru mengelakkan diri daripada
didakwa di mahkamah di bawah undang-undang tort elemen kecuaian.

1.4 Antara matlamat pendidikan negara ialah mewujudkan sebuah masyarakat yang
bersatu padu. Bincangkan bagaimanakah guru boleh memainkan peranan untuk
merealisasikan matlamat pendidikan ini.

1
1.5 Antara hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah
untuk melahirkan sebuah masyarakat yang boleh menyumbang kepada
kemakmuran dan kesejahteraan sendiri dan dunia seluruhnya. Bincangkan
bagaimanakah guru boleh memainkan peranan untuk merealisasikan matlamat
Pendidikan ini.

Bahagian B (10%)

1.6 Antara tanggungjawab guru dalam tatasulia profesion perguruan ialah


‘tanggungjawab terhadap pelajar’. Bincangkan bagaimanakah tanggungjawab
ini dapat direalisasikan.

1.7 Antara tanggungjawab guru dalam tatasulia profesion perguruan ialah


‘tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan’. Bincangkan
bagaimanakah tanggungjawab ini dapat direalisasikan.

1.8 Antara tanggungjawab guru dalam tatasulia profesion perguruan ialah


‘tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara’. Bincangkan bagaimanakah
tanggungjawab ini dapat direalisasikan.

1.9 Bincangkan implikasi etika profesion keguruan yang rendah kepada kemajuan
negara dan bagaimanakah etika profesion keguruan dapat dipertingkatkan.

1.10 Bincangkan implikasi kepada setiap ayat yang terkandung dalam kenyataan
yang ditulis oleh William Arthur Ward berikut:

The mediocre teacher tells;


The good teacher explains;
The superior teacher demonstrates;
The great teacher inspires.

1.11 Gilbert Highet (1950) menyatakan bahawa pra-syarat untuk menjadi seorang
guru, seseorang itu hendaklah cintakan ilmu, suka mengajar, dan sayangkan
murid. Bincangkan implikasinya jika para guru tidak mempunyai pra-syarat
tersebut.

1.12 Bincangkan konsep profesion dan ciri-ciri profesion yang bertaraf professional.

1.13 Sejauh manakah guru boleh digolongkan dalam kategori profesional?


Bincangkan.

1.14 Bincangkan perkara-perkara yang menghalang perguruan berstatus professional.

1.15 Bincangkan langkah-langkah untuk menjadikan profesion keguruan berstatus


professional.

1.16 Bincangkan mengapakah etika profesion diperlukan kepada profesion keguruan.

2
1.17 Antara harapan ibu bapa kepada guru adalah supaya disiplin anak-anaknya baik
dan berjaya dalam peperiksaan. Bincangkan bagaimanakah cara seseorang guru
boleh meyakinkan dan memuaskan hati ibu bapa terhadap harapan para ibu bapa
tersebut.

1.18 Salah satu perubahan yang sedang berlaku ialah Revolusi Industri 4.0.
Bincangkan ciri-ciri seorang guru mampu mendepani cabaran Revolusi Industri
4.0.

Tarikh akhir menghantar tugasan ini ialah pada 24 Disember 2020, jam 11:59
malam.

Semua kerja kursus hendaklah dihantar dengan memuat naik ke dalam folder
Assignment 5 yang terdapat dalam portal UUM online learning mengikut ketetapan
tarikh yang dinyatakan dalam folder berkenaan. Setiap assignment hendak
mempunyai maklumat pelajar iaitu nama, no. matrik, kod dan nama kurus, nombor
assignment dan tajuk assignment. Semasa memuat naik, sila beri nama fail dengan
jelas yang mengandungi nama pelajar, nombor matrik dan nombor assignment.

Contoh nama fail assignment yang dimuat naik:

Ishak_123456_Assignment_5

Dr. ISHAK SIN


22 Oktober 2020

You might also like