Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Hutan bakau mempunyai pelbagai kepentingan dan memainkan peranan penting

dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem kepada manusia dan alam


sekitar. Ia memerlukan keterlibatan dan tanggungjawab semua pihak untuk
memastikan kelestarian habitat dan ekosistemnya. Dalam lingkungan 500 hingga 1000
perkataan (tidak termasuk rujukan), tuliskan sebuah esei yang menerangkan
bagaimana anda dan komuniti di sekeliling anda bergantung kepada sumber dan
perkhidmatan yang disediakan oleh hutan bakau, dan terangkan bagaimana anda dan
masyarakat secara keseluruhannya boleh menyumbang kepada pemuliharaan,
perlindungan dan pengurusan lestari hutan bakau dan sumber-sumbernya.

JAWAPAN:

Hutan paya bakau merupakan hutan unik yang mampu bertaburan di kawasan
persekitaran ekstrim dan air masin. Hutan ini terdiri daripada pelbagai spesies pokok bakau
dan menjadi habitat pelbagai spesies flora dan fauna. Selain berfungsi sebagai habitat semula
jadi pelbagai spesies flora dan fauna, hutan paya bakau berperanan sebagai pelindung semula
jadi kepada bencana alam seperti tsunami, ombak besar serta ribut. Hutan paya bakau mampu
menyerap gelombang besar ombak serta angin kencang seterusnya membolehkan kawasan
pesisiran pantai yang dilitupi hutan paya bakau selamat daripada impak bencana. Pada masa
yang sama, hutan ini mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kepada penduduk setempat. Ia
menyediakan sumber ekonomi sama ada dari sumber perikanan, kayu arang dan
ekopelancongan kepada penduduk setempat. Hal ini menjadikan hutan paya bakau sebagai
sebuah kawasan yang mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi.

You might also like