Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Sains Insani eISSN: [0127-7871]

Cabaran-Cabaran Perusahaan Kecil Dan Sederhana di Malaysia


Pasca Merdeka
The Challenges of Small and Medium Enterprises in Malaysia Post Independence

Azmi bin Wahab1, Diana binti Abdul Wahab2, Mohammad Tawfik bin Yaakub3

1Institut Pengajian Termaju, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia;


2 Jabatan Statistik Gunaan, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia;
3 Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Progres Artikel Abstrak: Artikel ini membincangkan mengenai perkembangan


Diterima: 23 Mac 2019 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Objektif artikel
Disemak: 3 Mei 2019 ini ialah untuk menerangkan perkembangan PKS, cabaran-cabaran
Diterbit: 29 November 2019 yang dihadapi dan juga masa hadapan PKS di Malaysia terutamanya
melibatkan kedudukan ekonomi Bumiputera. Pemerkasaan industri
ini telah bermula sejak tahun 1951 dengan tertubuhnya Lembaga
*Perhubungan Penulis:
Kemajuan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) yang berperanan untuk
Azmi bin Wahab
Institut Pengajian Termaju,
melonjakkan kemajuan ekonomi Bumiputera. Usaha tidak terhenti
Universiti Malaya, Kuala menerusi penubuhan RIDA apabila pelbagai tindakan, polisi dan
Lumpur, Malaysia penglibatan berterusan kerajaan bagi memastikan PKS Bumiputera
Emel: masih berdaya saing dalam pasaran. Meskipun kerajaan turut serta
azmi.wahab@siswa.um.edu.my terlibat dalam membantu PKS berkembang di negara ini, namun
pelbagai isu dan cabaran telah muncul sehingga menggugat usaha
yang dirancang bagi memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana
di Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan adalah secara
kualitatif dengan membuat analisa ke atas dokumen-dokumen yang
tersedia ada terutamanya dokumen pelan induk PKS. Antara isu-isu
tersebut ialah penerapan inovasi dan teknologi, pembangunan modal
insan, akses kepada pembiayaan, akses kepada pasaran, persekitaran
perundangan dan kawal selia dan infrastruktur. Manakala cabaran
yang dihadapi oleh perubahan persekitaran global, strategi dan hala
tuju industri yang tidak jelas dan wujudnya ketidakseimbangan
pasaran dan asimetri maklumat. Keadaan ini sekaligus telah
mempengaruhi prestasi PKS di Malaysia dan pada masa yang sama
memperlihatkan ketidaktentuan keupayaan Bumiputera di negara ini.
Menerusi artikel ini, bahan-bahan daripada sumber sekunder seperti
buku, artikel jurnal dan laporan kementerian dianalisis dan
dibincangkan secara historikal deskriptif (historical descriptive)
berpandukan teori yang dikemukakan. Oleh hal demikian, artikel ini
secara terperinci mengetengahkan sejarah perusahaan kecil dan
sederhana dan mengupas perbincangan mengenai cabaran yang
dihadapi oleh PKS Bumiputera Malaysia

Kata kunci: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), bumiputera,


cabaran-cabaran, pasaran

Abstract: This article discusses the development of small & medium


enterprise (SMEs) in Malaysia. The objective of this article is to
illustrate the progress of SMEs, the challenges faced as well as the
future of SMEs in Malaysia primarily involving Bumiputera
economic standing. The empowerment of the industry has begun

© 2019 Sains Insani


Azmi Wahab et al, Sains Insani 2019, Volume 04 No 2: 65-75

since the establishment of the RIDA in 1951, which played a role in


boosting Bumiputera economic progress. The effort has not been
halted through the establishment of RIDA when various government
actions, policies and involvement continue to ensure that Bumiputera
SMEs are still competitive in the market. While the government has
been involved in helping SMEs grow in the country, various issues
and challenges have emerged as a result of the planned efforts to
empower the medium-sized industries and strategic management
companies in Malaysia. The methodology of the study is qualitative
by analyzing the available documents, especially the SME master
plan document.

Among the issues are the adoption of innovation and technology,


human capital development, access to financing, access to markets,
legal and regulatory environments and infrastructure. While the
challenges faced by global environmental changes, industry strategies
and directions are unclear and there is market imbalance and
information asymmetry. This situation has also affected the
performance of small and medium enterprises in Malaysia and at the
same time demonstrating the uncertainty of Bumiputera capabilities
in the country. Through this article, materials from secondary sources
such as books, journal articles and ministry reports are historically
descriptive analyzed based on theory submitted. As such, this article
details the history of small and medium enterprises and delve into
discussions on challenges faced by Bumiputra SMEs.

Keywords: Small & Medium Enterprise (SMEs), Bumiputra,


challenges, markets

Pengenalan menyumbang kepada pendapatan eksport negara,


menyediakan peluang-peluang pekerjaan baharu,
Perbincangan mengenai perkembangan memperkenalkan inovasi, merangsang persaingan dan
Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) dan prestasinya juga menjadi pembekal kepada syarikat-syarikat besar
telah banyak dihasilkan oleh sarjana dan pengkaji dan multi nasional (Hashim & Wafa, 2002).
daripada dalam serta luar negara. Antara sarjana Sumbangan PKS juga penting di dalam
tempatan yang mengkaji perkembangan PKS di mencipta peluang pekerjaan (Smallbone & Wyer,
Malaysia ialah Salleh & Ndubisi (2006), Hashim & 2000). Di Eropah juga keadaannya adalah sama di
Wafa (2002) dan Hamidon (2009). Kjellman et al., mana PKS memainkan peranan yang penting di dalam
(2004) pula mengatakan prestasi PKS ditentukan oleh ekonominya. PKS menyediakan peluang pekerjaan
beberapa faktor dan bukan hanya satu faktor. Kajian- sebanyak dua pertiga daripada pekerjaan di sektor
kajian lepas menunjukkan bahawa prestasi PKS swasta dan menyumbang lebih daripada separuh
dipengaruhi oleh faktor-faktor dalaman dan luaran daripada pendapatan Kesatuan Eropah (Ackelsberg &
(Birley & Westhead, 1990; Acar, 1993; Gadenne, Arlow, 1985). Sumbangan PKS di dalam mencipta
1998). Manakala cabaran yang dihadapi oleh PKS peluang pekerjaan bukan hanya di negara maju malah
dalam dunia perniagaan yang mempunyai persaingan ianya juga menyumbang di dalam negara yang kurang
yang sengit ialah bagaimana untuk memiliki kelebihan membangun (Birch, 1987; Bruederl et al. 1992, Mead
bersaing (competitive advantage) (Wiklund & & Liedholm, 1998). Tambahan lagi, peranan dan
Sheperd, 2003). Secara umumnya, peranan yang kepentingan PKS di dalam mencipta peluang
dimainkan oleh PKS khususnya melibatkan agensi pekerjaan disokong oleh ramai pengkaji PKS (Gibb,
Bumiputera adalah sangat besar terutamanya kepada 2000; Hamilton & Dana, 2003; Reid & Harris, 2004;
bidang ekonomi. Peranan PKS di dalam pembangunan Robbins et al., 2000; Tonge et al., 2000; Westhead &
ekonomi negara Malaysia amat besar terutamanya Birley, 1995). Perbincangan mengenai perkembangan
kepada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) PKS Bumiputera menerusi artikel ini juga
(Salleh & Ndubisi, 2006). Di samping itu, PKS juga mengetengahkan pelbagai isu dan cabaran yang

66
Azmi Wahab et al, Sains Insani 2019, Volume 04 No 2: 65-75

dihadapi oleh perusahaan berkenaan sepanjang antara Bumiputera dan bukan Bumiputera (Siwar et
penglibatan mereka dalam pasaran. al., 1992).
Usaha untuk memperkasakan usahawan
Latar Belakang Profil PKS Malaysia Bumiputera bermula dengan tertubuhnya Lembaga
Kemajuan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) pada
Keusahawanan di Malaysia adalah berkait tahun 1951. Fungsi RIDA kemudiannya diambil alih
rapat dengan masalah kedudukan Bumiputera di oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang telah
dalam bidang moden (Mohamad, 1992). Kedudukan dibentuk pada tahun 1965 hingga ke sekarang. Usaha
Bumiputera di dalam bidang keusahawanan adalah ini diteruskan dan dipergiatkan lagi oleh kerajaan
jauh ketinggalan terutamanya berbanding dengan terutamanya selepas DEB (1971-1990) dilancarkan
Cina. Tahap prestasi PKS Bumiputera didapati oleh kerajaan. DEB disasarkan untuk menambahkan
mengalami kenaikan dan penurunan. Daripada Jadual penyertaan Bumiputera di dalam bidang perniagaan
1 di bawah, pada permulaan Dasar Ekonomi Baru yang akhirnya diharapakan dapat menyusun semula
(DEB), hak milik ekuiti Bumiputera adalah pada masyarakat terutamanya dari segi pengenalan
kadar hanya 2.4%. Pemilikan ekuiti meningkat selepas ekonomi mengikut kaum.
DEB dilaksanakan iaitu ianya mencatatkan Program pembangunan usahawan seperti
peningkatan kepada 19.3% pada penghujung DEB. bantuan pembiayaan, peningkatan kemahiran modal
Selepas berkahirnya DEB, terdapat sedikit insan & keusahawanan dan penyediaan infra struktur
penurunan prestasi yang dimaksudkan ialah apabila dilaksanakan oleh kerajaan demi membentuk
peratus hakmilik ekuiti Bumiputera dalam sektor Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
korporat menurun daripada 19.3% pada tahun 1990 Bumiputera (MPPB). Usaha ini dipertingkatkan dari
kepada 18.9% dalam tahun 2000. Namun ianya semasa ke semasa sepanjang DEB bermula dari
kembali meningkat sedikit kepada 21.9% pada tahun Rancangan Malaysia Pertama hingga Rancangan
2008. Walaubagaimanapun, jumlah ini masih lagi Malaysia Kelima.
belum dan jauh untuk mencapai sasaran yang telah Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia
ditetapkan dalam DEB iaitu sebanyak 30%. Kedua (RMKe-2 1971-1975), kerajaan telah
menyalurkan bantuan yang besar untuk pembangunan
Jadual 1 Hak milik Modal Saham (pada nilai tara) perusahaan kecil Bumiputera. Dicatatkan bahawa
Syarikat Berhad (1970-2008) MARA telah menyediakan pinjaman sebanyak RM163
juta, Bank Pembangunan sebanyak RM7.6 juta dan
Syarikat Jaminan Kredit (CGC) sebanyak RM302
juta.
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga (RMKe-3
1976-1980), Majlis Pembangunan Industri Kecil
mengendalikan segala aspek pembangunan yang
melibatkan penyelarasan dasar dan pelaksanaan
program bantuan daripada institusi dan agensi
kerajaan. Beberapa langkah telah diambil oleh
kerajaan seperti menyediakan bantuan kewangan,
latihan dan bimbingan serta khidmat nasihat bagi
mempercepatkan pertumbuhan sektor tersebut.
Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM200.8
juta bagi program-program pembangunan usahawan
kecil melalui agensi-agensinya seperti Bank
Pembangunan, MARA dan Bank Pertanian.
Program yang sedia ada telah diperkukuhkan
Sumber: Malaysia (1991), Malaysia (2005), Malaysia lagi oleh kerajaan di dalam Rancangan Malaysia
(2006) & Malaysia (2010) Keempat (RMKe-4 1981-1985). Dalam masa yang
sama, Kerajaaan juga telah memperkenalkan beberapa
Oleh yang demikian, kerajaan melihat program baharu bagi mempercepatkan lagi
perkembangan PKS dan penglibatan Bumiputera di pertumbuhan sektor ini. Program-program baharu
dalam bidang perniagaan adalah merupakan jalan yang dimaksudkan adalah skim latihan perintisan,
keluar kepada ketidakseimbangan sosioekonomi yang penyelarasan kegiatan perusahaan Bumiputera bagi
wujud di dalam masyarakat. Usaha ini diharapkan menggalakkan persaingan dan galakan kerjasama
dapat mengurangkan jurang ekonomi yang wujud di dalam kalangan usahawan Bumiputera itu sendiri.

67
Azmi Wahab et al, Sains Insani 2019, Volume 04 No 2: 65-75

Dalam tempoh ini, kerajaan juga telah perkembangan penting di dalam usaha untuk
memperluaskan peranan agensi-agensi yang berkaitan meningkatkan pembangunan usahawan di Malaysia
dengan pembangunan usahawan seperti MARA, (BNM, 2006).
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-
PERNAS (sekarang dikenali sebagai Perbadanan 7 1996-2000), strategi serampang dua mata telah
Nasional Berhad, PNS). Peruntukan yang telah dirangka oleh Kerajaan iaitu meningkatkan kecekapan
diluluskan juga telah bertambah berbanding RMKe-3, usahawan dan memperkukuh serta memperluaskan
di mana sejumlah RM983.60 juta telah diluluskan program-program yang sedia ada. Peranan sektor
untuk program-program seperti penyediaan swasta diberikan penekanan terutamanya penglibatan
kemudahan ruang perniagaan, kemudahan kredit dan yang lebih aktif oleh dewan-dewan perniagaan di
juga kemudahan nasihat. dalam program-program MPPB. Kerjasama dengan
Seterusnya pada penghujung DEB iaitu di usahawan Bumiputera dijalankan pada tempoh ini.
dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMKe-5 1986- Dalam tempoh rancangan pembanguan ini juga
1990) negara mengalami kemelesetan ekonomi. ditubuhkan Perbadanan Pembangunan PKS
Akibatnya, peranan kerajaan dalam pembangunan (SMIDEC) yang sekarang dikenali sebagai SME Corp
PKS agak terbatas. Walaubagaimanapun, kerajaan dan juga Yayasan Tekun Nasional (YTN). Penubuhan
tetap meneruskan usaha-usaha ini terutamanya bagi kedua-dua agensi pembangunan usahawan ini telah
memastikan sektor ini tidak terjejas. Dasar kerajaan memberi impak yang besar terhadap perkembangan
lebih terarah kepada jangkamasa panjang iaitu untuk PKS di Malaysia.
meningkatkan daya saing usahawan PKS dan Seterusnya di dalam Rancangan Malaysia
mengurangkan pergantungan mereka terhadap Kelapan (RMKe-8 2001-2005), penekanan terhadap
kerajaan. Kerajaan dengan kerjasama World Bank peranan pihak swasta seperti syarikat besar dan
telah melancarkan satu program khusus yang korporat, dewan perniagaan dan persatuan
dipanggil Pembanguan Industri Kecil. Agensi-agensi perdagangan bagi melahirkan usahawan Bumiputera
yang terlibat ialah Bank Pembangunan Malaysia yang lebih berdaya tahan dan berdikari telah
Berhad (BPMB), Pusat Daya Pengeluaran Negara, dilaksanakan. Dalam tempoh ini, program-program
Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian yang dilaksanakan adalah seperti galakan rangkaian
Malaysia (SIRIM) dan Tabung Kemajuan antara ahli, penyebaran maklumat dan risikan pasaran,
Perindustrian Malaysia (MIDF). Peruntukan yang pengenalan amalan perniagaan terbaik dan kemudahan
diluluskan dalam tempoh ini adalah sebanyak RM234 pasaran (Malaysia, 2006). Dalam tempoh ini juga,
juta. kerajaan telah menyusun semula Kementerian
Selepas berakhirnya DEB pada tahun 1990, Pembangunan Usahawan (KPUn) dan telah ditukar
usaha-usaha ini disambung lagi di bawah Dasar nama kepada Kementerian Pembangunan Usahawan
Pembangunan Negara (DPN 1991-2000). DPN dan Koperasi (MeCD) pada 27 Mac 2004. Kerajaan
digubal bagi mengekalkan strategi asas DEB, iaitu juga telah menubuhkan Bank SME bagi
untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula mempercepatkan lagi perkembangan PKS.
masyarakat di samping beberapa tambahan kepada Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan
DEB. DPN mensasarkan untuk mewujudkan corak (MPPK) telah ditubuhkan bagi memastikan wujudnya
pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dan penyelarasan dan keberkesanan dalam perancangan
memberi penekanan kepada aspek-aspek kritikal yang serta pelaksanaan aktiviti PKS dalam rancangan
telah dikenalpasti oleh kerajaan. Antara aspek-aspek pembangunan lima tahun ini. MPPK juga bertindak
kritikal yang dititikberatkan ialah keseimbangan sebagai badan tertinggi di dalam menentukan hala tuju
antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan corak pembangunan PKS di Malaysia. Manakala penubuhan
pengagihan yang saksama, keseimbangan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) pula dilihat
pembangunan, menghapuskan ketidakseimbangan sebagai langkah penting untuk meningkatkan
sosial, integrasi nasional, mewujudkan masyarakat kemahiran dan budaya keusahawanan.
progresif, memajukan sumber modal insan serta Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
memberi penekanan kepada sains dan teknologi dan (RMKe-9 2006-2010), sektor PKS dilihat sebagai
pemeliharaan alam sekitar. bidang keutamaan tinggi di mana penekanan diberikan
Dalam Rancangan Malaysia Keenam (RMKe- bagi melahirkan usahawan Bumiputera yang
6 1991-1995), kerajaan telah menumpukan bukan berproduktiviti tinggi dan berdaya saing (Malaysia,
sahaja untuk melahirkan lebih ramai usahawan tetapi 2006). Usahawan Bumiputera digalakkan untuk
ingin melahirkan lebih ramai usahawan yang berdaya mempelbagaikan aktiviti perniagaan mereka
saing tinggi. Pada penghujung RMKe-6, kerajaan terutamanya menceburi sektor pembuatan. Dari segi
telah menubuhkan Kementerian Pembangunan program, kerajaan melaksanakan pelbagai program
Usahawan (KPUn) yang dilihat sebagai satu pembangunan keusahawanan dan kemahiran

68
Azmi Wahab et al, Sains Insani 2019, Volume 04 No 2: 65-75

pengurusan terutamanya bagi menambah baik sektor perkhidmatan & lain-lain sektor dan sektor
pembangunan produk dan penjenamaan, peningkatan pembuatan. Berdasarkan kepada Laporan Banci
kualiti serta kemampuan menguasai pasaran. Ekonomi 2011 yang dikeluarkan oleh Jabatan
Program pembangunan ini adalah bertujuan Perangkaan Malaysia, profil Perusahaan Kecil dan
untuk menangani kekangan yang dihadapi oleh PKS Sederhana (bagi tahun rujukan 2010), terdapat sejumlah
dan dikategorikan di bawah tiga teras strategik iaitu 1) 645, 136 PKS yang mewakili 97.3% daripada jumlah
meningkatkan akses kepada pembiayaan, 2) membina keseluruhan pertubuhan perniagaan di Malaysia (Banci
kapasiti dan keupayaan dan 3) memperkukuh Pertubuhan dan Enterpris 2005: 548,267 pertubuhan
infrastruktur. Dalam tempoh ini, kerajaan telah PKS). Daripada jumlah ini, majoritinya adalah terdiri
membelanjakan sebanyak 11.6% (RM26 billion) daripada perusahaan mikro, diikuti oleh perusahaan
daripada jumlah perbelanjaan pembangunan yang bersaiz kecil dan bakinya adalah perusahaan bersaiz
diperuntukkan di bawah RMKe-9. Malangnya, dalam sederhana. Keadaan yang sama juga dicatatkan di
tempoh ini iaitu pada tahun 2009, kerajaan telah dalam Banci Ekonomi 2016 seperti yang ditunjukkan di
membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dalam Jadual 2 di bawah.
dan Koperasi (MECD). Program-program
pembangunan usahawan Bumiputera yang sebelum ini Jadual 2 : PKS mengikut Saiz
dilaksanakan oleh MECD telah dibahagi-bahagikan
kepada beberapa Kementerian dan agensi-agensi yang
berkaitan seperti Kementerian Perdangangan Luar
Negeri dan Perindustrian (MITI), Kementerian Sumber: Jabatan Statistik Malaysia
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW),
Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan Jumlah pertubuhan secara amnya dan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi pertubuhan PKS secara khususnya bertambah dari
dan Kepenggunaan (KPDNKK). Ianya juga setahun ke tahun. Berdasarkan kepada Banci Ekonomi
dilaksanakan di beberapa agensi yang selama ini 2016 (bagi tahun rujukan 2015), terdapat sejumlah
melaksanakan program pembangunan usahawan 907,065 PKS yang mewakili 98.5% daripada jumlah
Bumiputera seperti MARA, FAMA, FELDA dan keseluruhan pertubuhan perniagaan di Malaysia
MARDI. (Banci Pertubuhan dan Enterpris 2010: 645,136
Bersambung ke Rancangan Malaysia
pertubuhan PKS). Angka ini menunjukkan
Kesepuluh (RMKe-10 2011-2015), pertumbuhan
pertumbuhan sebanyak 40.6% dalam tempoh 5 tahun.
sektor PKS terus diberi perhatian selari dengan
Manakala dari segi peratusan mengikut sektor
peranannya sebagai jentera pertumbuhan dan pemacu
pula, majoriti PKS adalah dalam sektor perkhidmatan
inovasi. Program-program untuk membudayakan
aktiviti keusahawanan terus dipergiatkan terutamanya diikuti oleh sektor pembuatan, sektor pembinaan,
kepada golongan belia dan pelajar-pelajar universiti. pertanian serta perlombongan dan pengkuarian.
Kerajaan juga bersedia untuk mengurangkan birokrasi Manakala mengikut Banci Ekonomi 2016 pula,
dan mempermudahkan PKS untuk berkembang. Salah kedudukannya adalah sama cuma terdapat perbezaan
satu langkah yang akan diambil ialah dengan di dalam peratusan sahaja (Jadual 3).
memudahkan pendaftaran syarikat dengan
mengecualikan beberapa peraturan yang Jadual 3 : PKS mengikut sektor
membebankan PKS.
Komitmen kerajaan juga jelas dapat dilihat
dengan pelancaran Pelan Strategik PKS 2012-2020 di
mana kerajaan menaruh harapan yang tinggi kepada
PKS untuk menjadi bertambah daya saing dan Sumber: Jabatan Statistik Malaysia
menembusi pasaran global dan seterusnya
menambahkan sumbangan kepada jumlah eksport Dari segi taburan PKS mengikut negeri pula,
negara. Komitmen ini jelas dengan penubuhan kebanyakan PKS di Malaysia adalah dari negeri
kembali Kementerian Pembangunan Usahawan Selangor iaitu sebanyak 125,801 (19.5%) pertubuhnan
(KPUn) pada 2 Julai 2018. pada tahun 2010 dan WP Kuala Lumpur (13.1%),
diikuti oleh Johor (10.8%) dan Perak (8.3%). Angka
Profil PKS Malaysia ini jika dibandingkan dengan Banci Ekonomi 2016
menunjukkan pola taburan yang sama di mana
Di Malaysia, PKS dibahagikan kepada 3 saiz majoriti PKS masih bertumpu di Selangor, Kuala
iaitu saiz mikro, kecil dan sederhana. Manakala dari Lumpur dan Johor seperti di Jadual 4.
segi sektor, PKS dibahagikan kepada 2 sektor iaitu

69
Azmi Wahab et al, Sains Insani 2019, Volume 04 No 2: 65-75

Jadual 4 : Taburan PKS mengikut negeri jumlah eksport pada tahun 2020.
Perubahan di dalam persekitaran global
memerlukan PKS untuk menjadi lebih inovatif dan
berdaya saing. Oleh sebab itu, tumpuan akan
diberikan ke arah membangunkan golongan PKS
baharu bagi mengatasi cabaran ini. Kerajaan akan
berusaha untuk memangkin pertumbuhan PKS yang
berpotensi agar PKS yang menjadi jaguh tempatan
lebih berdaya saing dan akan mampu bersaing di
peringkat serantau dan seterusnya di peringkat global.
Sumber: Jabatan Statistik Malaysia
Pelan Induk PKS 2012-2020
Berdasarkan kepada Banci Ekonomi 2011,
jumlah PKS milikan wanita adalah sebanyak 19.7% Untuk mencapai matlamat ini, satu strategi
dan ianya tertumpu di dalam sektor perkhidmatan dan hala tuju yang jelas adalah diperlukan. Kerajaan
iaitu sebanyak 91.7%, diikuti oleh sektor pembuatan telah melancarkan Pelan Induk PKS yang telah
iaitu sebanyak 6.9%. Manakala di dalam Banci dibangunkan melalui persetujuan semua pihak
Ekonomi 2016, jumlah PKS milikan wanita bertambah berkepentingan di dalam bidang ini termasuk sektor
peratusannya kepada 20.6%. swasta serta Kementerian dan Agensi yang berkenaan.
Ini adalah untuk memastikan semua inisiatif yang
Isu dan Kekangan PKS Bumiputera Malaysia terhasil adalah relevan dan boleh dilaksanakan. Visi
Pelan Induk ini ialah untuk mewujudkan PKS yang
Walaupun peranan sektor PKS dilihat kompetitif bukan hanya di peringkat rantau malah di
bertambah penting dalam pertumbuhan ekonomi peringkat global, yang dapat meningkatkan kekayaan
negara, namun pada hakikatnya kedudukan dan dan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Di
sumbangan PKS Bumiputera adalah masih samping itu, matlamat rangka kerja pembangunan
ketinggalan berbanding dengan kaum lain. Tidak PKS terbahagi kepada 4 iaitu meningkatkan
dapat dinafikan bahawa bilangan usahawan telah penubuhan perniagaan, mengingkatkan syarikat yang
bertambah dari tahun ke tahun, namun hasrat kerajaan mempunyai pertumbuhan yang tinggi dan inovatif,
masih belum tercapai sedangkan kerajaan telah mengingkatkan produktviti dan mempergiatkan usaha
membelanjakan peruntukkan yang besar melalui menjadikan perusahaan yang tidak formal
program pembangunan usahawan yang telah mendaftarkan perniagaan (pemformalan).
dilaksanakan. Seperti yang telah dibincangkan di atas, 6
Lanjutan daripada ini, kerajaan telah bidang utama akan diberikan tumpuan iaitu inovasi &
melaksanakan satu analisis untuk memahami apakah teknologi, akses kepada pasaran, akses kepada
faktor yang memacu prestasi PKS dan sekaligus pembiayaan, modal insan, infrastruktur dan
melonjakkan prestasi PKS ke peringkat seterusnya persekitaran perundangan & kawal selia.
dengan kerjasama World Bank. Berdasarkan analisis Pelan Induk ini akan terus diubahsuai agar
hasil kajian Productivity and Investment Climate ianya sentiasa bersesuaian dengan perubahan yang
Surveys oleh World Bank, terdapat enam faktor yang berlaku dalam persekitaran walaupun ianya adalah
telah dikenalpasti yang mempengaruhi prestasi PKS merupakan ‘pelan sepanjang hayat’. Pembangunan
Malaysia, iaitu penerapan inovasi dan teknologi, PKS di masa hadapan bukan hanya menjadi tanggung
pembangunan modal insan, akses kepada pembiayaan, jawab dan hanya bergantung semata-mata kepada
akses kepada pasaran, persekitaran perundangan dan kerajaaan, tetapi ia juga menjadi tanggung jawab
kawal selia dan infrastruktur. pihak swasta yang didukung bersama dengan kerajaan
menerusi perkongsian awam-swasta.
Cabaran dan Masa Hadapan PKS Malaysia Di dalam Pelan Induk ini, kerajaan akan
melaksanakan strategi yang berbeza dengan strategi
Kerajaan telah memperkenalkan Pelan yang telah dilaksanakan sebelum ini. Strategi yang
Strategik PKS 2012-2020 bagi memacu pertumbuhan akan dilaksanakan di bawah Pelan Induk adalah
PKS dan memperkasakan PKS terutamanya di zaman berdasarkan kepada bukti dan analisis terperinci.
‘dunia tanpa sempadan’ ini. Kerajaan tetap komited Pendekatan berasaskan hasil akan diguna pakai dalam
dan akan terus memainkan peranan yang penting di pembangunan PKS dengan mewujudkan satu sistem
dalam pembangunan PKS. Sasarannya adalah untuk Pemantauan dan Penilaian (Monitoring & Evaluation,
PKS mencapai sumbangan melebihi 40% daripada M&E) yang menyeluruh. Program-program
KDNK, 62% daripada guna tenaga dan 25% daripada pembangunan usahawan yang akan dilaksanakan akan

70
Azmi Wahab et al, Sains Insani 2019, Volume 04 No 2: 65-75

dipastikan ianya adalah berdasarkan kepada keperluan Penerapan Inovasi & Teknologi
perniagaan PKS. Tujuan khusus program-program
pembangunan usahawan ini adalah untuk menangani Kurangnya penyertaan PKS dalam Sistem
ketidakseimbangan pasaran dan asimetri maklumat. Inovasi Kebangsaan telah menyebabkan penyebaran
Pelan Induk ini juga turut mengandungi inovasi teknologi dalam kalangan PKS agak terbatas.
elemen perkongsian di antara sektor awam dan sektor PKS juga kurang berkerjasama dengan pihak
swasta. Perkongsian ini diharapkan akan dapat universiti tempatan yang menjalankan penyelidikan
menggalakkan perkongsian tanggungjawab dan gunaan kerana kemudahan untuk penyelidikan yang
akauntabiliti antara Kementerian dan Agensi dengan tidak mencukupi dalam bidang baharu seperti
sektor swasta. Kerajaan akan bertindak sebagai teknologi hijau. Pemindahan teknologi dari syarikat
pemudah cara dan pemangkin dalam mewujudkan besar dan syarikat multinasional juga sukar dilakukan
persekitaran dan ekosistem yang menyokong bagi kerana kedudukan PKS biasanya sebagai pembekal
menggiatkan pertumbuhan PKS melalui galakan peringkat kedua dan ketiga. Kedudukan ini telah
dalam bidang keusahawanan, inovasi dan pelaburan. menempatkan PKS lebih jauh daripada sempadan
Pelan Induk ini juga memaparkan empat ciri utama teknologi terkini.
PKS di Malaysia, iaitu: Kebanyakan PKS juga tidak menjalankan
1) Produktiviti yang rendah berbanding aktiviti R&D dan dicatatkan perbelanjaan PKS untuk
dengan negara serantau dan negara lebih maju. Purata tujuan R&D dalam tahun 2006 hanya menyumbang
produktiviti PKS di Malaysia pada tahun 2010 adalah sebanyak 0.05% daripada KDNK. Ini adalah kerana
dianggarkan berjumlah RM47,000.00. Jumlah ini biasanya PKS tidak mampu menampung pelaburan
merupakan kira-kira satu pertiga daripada produktiviti modal dalam aktiviti ini. Selain daripada itu, PKS
firma besar (RM148,000). Jika dibandingkan pada juga selalu menghadapi cabaran untuk mendapatkan
peringkat antarabangsa pula, PKS di Singapura dan sokongan kewangan bagi pengkomersilan R&D.
Amerika Syarikat masing-masing mempunyai Keadaan ini diburukkan lagi oleh sumber yang terhad
produktiviti yang lebih tinggi berbanding dengan PKS yang juga turut mengakibatkan PKS tidak berupaya
Malaysia iaitu empat kali dan tujuh kali lebih tinggi; menilai kebolehpasaran inovasi mereka.
2) Kadar penubuhan perniagaan yang Dari segi penerapan teknologi pula,
lebih rendah berbanding dengan negara berpendapatan kebanyakan PKS berpendapat bahawa aktiviti
tinggi. Kadar penubuhan perniagaan diukur dengan peningkatan produktiviti dan bukan sebagai satu
menggunakan purata ketumpatan masuk (average pelaburan jangka panjang, sebaliknya sebagai satu kos
entry density) iaitu dengan mengukur dinamisme yang perlu ditanggung oleh mereka. Ini menyebabkan
perniagaan dan tahap keusahawanan. Didapati bahawa PKS agak keberatan untuk melabur dalam automasi
Malaysia berada pada kedudukan yang relatif tinggi di sedangkan sebenarnya mereka bakal memperolehi dan
kalangan pasaran sedang pesat membangun, tetapi jika menikmati manfaat produktiviti jangka panjang
dibandingkan dengan negara berpendapatan tinggi, daripada pelaburan ini. Dalam jangka masa panjang,
kedudukan Malaysia adalah masih ketara rendah. hasil daripada pelaburan yang akan diperolehi adalah
3) Sebilangan kecil firma yang lebih besar berbanding dengan kos permulaan yang
menyumbang sebahagian besar daripada ekonomi tinggi untuk memperoleh jentera atau peralatan.
negara. Hasil kajian menunjukkan bahawa firma pesat
berkembang menyumbang sebanyak 70% daripada Pembangunan Modal Insan
KDNK tambahan dan 46% daripada guna tenaga
tambahan dalam tempoh 2000 - 2005; dan Kekurangan modal insan terutamaya tenaga
4) Bahagian sektor tidak formal yang kerja berpelajaran telah dikenal pasti oleh kajian
ketara dalam ekonomi. Sektor tidak formal World Bank sebagai halangan utama terhadap operasi
dianggarkan mencakupi kira-kira 31% daripada dan pertumbuhan perniagaan di Malaysia. Jika
Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan lazimnya sektor dibandingkan dengan negara berpendapatan sederhana
tidak formal ini adalah terdiri daripada perusahaan dan tinggi yang lain, masalah ini dianggap jauh lebih
mikro. Proses pemutihan perlu dilaksanakan untuk ketara di negara ini. Secara keseluruhan, PKS di
mengurangkan jumlah usahawan mikro yang tidak Malaysia menghadapi kesukaran untuk mengambil
formal ini bertujuan untuk membela kebajikan, dan mengekalkan pekerja mahir terutamnya bagi
menyalurkan bantuan secara sah dan sekaligus jawatan teknikal, penyeliaan dan pengurusan.
meningkatkan taraf ekonomi golongan ini yang rata- Masalah ini diburukkan lagi oleh keengganan
rata adalah di dalam kumpulan B40. PKS menghantar pekerja untuk menghadiri program
latihan kerana menganggap ianya adalah satu kos dan
bukan pelaburan. Mereka tidak melihatnya sebagai
satu pelaburan jangka panjang yang bakal

71
Azmi Wahab et al, Sains Insani 2019, Volume 04 No 2: 65-75

meningkatkan produktiviti dan memberi manfaat penjenamaan ini tidak melaksanakan aktiviti ini
kepada syarikat pada masa hadapan. disebabkan oleh sumber yang terhad dan tidak
Akhirnya, PKS dengan sumber-sumber yang mencukupi.
terhad hanya mampu menawarkan gaji, ganjaran dan Hal ini juga membataskan PKS untuk
faedah yang tidak setara. Lantas ini akan meneroka pasaran eksport dan luar negara. Sumber
menyebabkan pekerja sentiasa mencari peluang yang kewangan yang terhad menyebabkan PKS gagal untuk
lebih baik di syarikat lain dan sering bertukar kerja. mengumpul maklumat dan mematuhi keperluan untuk
tujuan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa pelaburan
Akses kepada Pembiayaan yang besar diperlukan oleh PKS bagi mendapatkan
akses ke pasaran eksport.
Sejak dahulu lagi, cabaran yang paling hebat
bagi PKS adalah akses kepada pembiayaan. Kebanyak Persekitaran Perundangan dan Kawal Selia
PKS di Malaysia terutamanya perusahaan mikro
menghadapi cabaran dalam mendapatkan pembiayaan Peraturan-peraturan dan birokrasi perniagaan
bank. Ini sama ada disebabkan oleh kedudukan kredit juga merupakan penghalang utama yang mengekang
yang lemah, rekod akaun pembiayaan yang kurang pertumbuhan PKS kerana proses dan beban
baik atau model perniagaan yang tidak berdaya maju. pentadbiran boleh menambah kos untuk menjalankan
Pihak pembiayaan kewangan seperti bank dan perniagaan.
agensi-agensi pembangunan usahawan mempunyai Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah
prosedur operasi mereka sendiri. Kebanyakan PKS menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara
tidak mempunyai rekod kewangan yang lengkap, Perniagaan (PEMUDAH) pada 7 Februari 2007.
gagal menyediakan pelan perniagaan yang PEMUDAH adalah bertujuan untuk memperbaiki
meyakinkan dan juga tidak mempunyai cagaran sistem penyampaian kerajaan kepada sektor
sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak institusi perniagaan. Hasil daripada semakan oleh
kewangan ini. PEMIUDAH, Sistem Pendaftaran Perniagaan Negara
Institusi perbankan dan kewangan juga atau My Corporate Identity (MyCoID) dan Sistem
menghadapi cabaran di dalam proses penilaian Sokongan Elektronik Lesen Perniagaan (Business
pembiayaan. Pihak pembiaya kewangan mempunyai Licensing Electronic Support System, BLESS) telah
tenaga pakar yang kurang terutamanya di bidang yang diperkenalkan untuk menangani perkara ini. MyCoID
baharu dan belum pernah diterokai kerana risikonya adalah bermatlamat untuk memudahkan pendaftaran
yang dianggap tinggi. perniagaan dengan menggunakan satu nombor rujukan
sewaktu berurusan dengan pelbagai agensi. Manakala
Akses kepada Pasaran BLESS pula diwujudkan bagi memudahkan
permohonan dan pembaharuan permit iaitu dengan
Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh PKS hanya menggunakan satu laluan sahaja.
ialah untuk menembusi pasaran samada pasaran Di samping itu, daripada kajian ini, didapati
tempatan dan eksport. Dalam pasaran tempatan, bahawa PKS juga dibebani masalah untuk mematuhi
produk PKS terpaksa bersaing dengan produk-produk peraturan tertentu. Ini adalah disebabkan oleh
lain daripada syarikat yang lebih besar, lebih kukuh pemahaman yang lemah dan kos pematuhan yang
dan juga produk daripada syarikat-syarikat bukan tinggi. Sebagai contoh, banyak PKS kurang
Bumiputera. memahami bidang Harta Intelek (Intellectual
Tambahan lagi, terdapat tanggapan bahawa Property, IP). PKS tidak mempunyai keupayaan
produk dan perkhidmatan PKS adalah bermutu dalaman untuk menangani isu berkaitan dengan IP.
rendah. Ini menyebabkan produk dan perkhidmatan Tambahan lagi, kos pematuhan yang tinggi
PKS mempunyai akses yang terbatas kepada juga membebankan PKS, contohnya seperti keperluan
perolehan kerajaan dan syarikat besar. Dalam masa yang berkaitan dengan pembayaran cukai. Terdapat
yang sama, PKS juga mempunyai kapasiti yang kecil juga beberapa perundangan yang menghalang
dan sumber yang terhad yang membatas dan penubuhan perniagaan, pemformalan dan
menggagalkan mereka untuk memenuhi pesanan yang pertumbuhan PKS. Sebagai contohnya ialah Undang-
besar dalam sesuatu masa. undang Kebankrapan dan sistem percukaian. Undang-
Di samping itu, PKS juga kurang memberi undang Kebankrapan yang mengenakan penalti ke
tumpuan kepada strategi pemasaran dan penjenamaan. atas individu dan bukannya perusahaan, dan tempoh
Ini adalah disebabkan oleh kurangnya kesedaran akan pelepasan lima tahun telah menggalakkan firma tidak
kepentingan strategi pemasaran dan penjenamaan di formal terus wujud.
kalangan sesetengah PKS. Sebaliknya pula, PKS yang
menyedari akan kepentingan strategi pemasaran dan

72
Azmi Wahab et al, Sains Insani 2019, Volume 04 No 2: 65-75

Infrastruktur gunatenaga pula adalah sebanyak 59% pada tahun


2010 dan sumbangan PKS kepada eksport hanya
PKS memerlukan kemudahan infrastruktur sebanyak 19% pada tahun 2010. Terdapat peningkatan
bertaraf dunia, sistem pelepasan dan fasilitisasi sumbangan PKS dalam tahun 2016, di mana
perdagangan yang cekap bagi mengurangkan kos sumbangan kepada KDNK adalah sebanyak 36.6%
operasi. Kemudahan yang khusus dan penyedia dan gunatenaga adalah sebanyak 65.3%. Tetapi
perkhidmatan logistik yang dapat memenuhi terdapat penurunan yang kecil di dalam sumbangan
keperluan khusus PKS adalah kurang. Lazimnya, PKS kepada eksport iaitu sebanyak 18.6% (Jabatan
membuat penghantaran produk dalam jumlah yang Perangkaan Malaysia).
kecil dan tidak kerap. Keadaan ini tidak Manakala prestasi usahawan dan PKS
memungkinkan dan memberi kelebihan PKS untuk Bumiputera juga tidak memuaskan. Semenjak DEB
membuat rundingan dengan penyedia perkhidmatan diperkenalkan hingga ke hari ini, sasaran untuk
bagi mendapatkan kadar yang lebih kompetitif. mendapatkan 30% pegangan ekuiti berbanding kaum
Cabaran bagi PKS di Malaysia Timur pula lain masih gagal dicapai. Pada tahun 2008, jumlah
adalah unik disebabkan terutamanya infrastruktur ekuiti kaum Bumiputera hanyalah sebanyak 21.9%
yang tidak mencukupi. Justeru, keadaan ini (selepas tahun 2008, kerajaan tidak mengeluarkan
menimbulkan isu yang berkaitan dengan sebarang angka ekuiti secara rasmi).
kesalinghubungan dan mutu kemudahan asas. Di
Malaysia Timur juga, PKS menghadapi cabaran yang Daripada kajian-kajian lepas, kegagalan
berkait dengan isu pentadbiran, mendapatkan usahawan Bumiputera adalah disebabkan oleh banyak
maklumat pada masa yang ditetapkan, akses kepada faktor. Di antara faktor-faktor penting yang
pasaran yang terhad dan kewujudan sektor tidak mempengaruhi prestasi usahawan dan PKS
formal. Dengan keadaan geografi yang luas dan Bumiputera adalah ciri-ciri keusahawanan, kurangnya
pasaran yang kecil, PKS di Malaysia Timur daya saing dan berdaya maju, tidak berani mengambil
mempunyai akses kepada pasaran yang agak terbatas. risiko (Jaafar & Ibrahim, 2004) dan terlalu bergantung
Di samping itu, ketiadaan ekonomi skala kepada kerajaan (Siwar et al, 1992).
(ikut bidangan) pada pengeluaran dan pengedaran Che Ros et al. (2006) mendapati bahawa ciri-
telah menjejaskan daya saing mereka. Malaysia Timur ciri keusahawanan mempengaruhi prestasi PKS itu.
mempunyai sektor tidak formal yang besar sekaligus Inisiatif persendirian akan meningkatkan lagi
sektor ini telah menimbulkan persaingan yang tidak pengurusan mereka, boleh meningkatkan kemahiran
adil terhadap PKS yang formal. Tambahan lagi, kos operasi perniagaan dan juga mereka memulai untuk
untuk menjalankan perniagaan adalah lebih tinggi terus belajar dan bersikap mahu maju dan
yang terpasa ditanggung oleh PKS di Malaysia Timur berkembang.
disebabkan oleh masalah kesambungan atau Salleh & Ndubisi (2006) mengatakan bahawa
kesalinghubungan pengangkutan darat dan laut. PKS menghadapi pelbagai cabaran untuk berkembang.
Masalah ini diburukkan lagi dengan liputan Di antaranya ialah kekurangan pembiayaan,
kemudahan komunikasi yang tidak cukup dan tidak produktiviti yang rendah, kekurangan keupayaan
memadai serta gangguan pada kemudahan asas. mengurus, kekurangan akses kepada pengurusan dan
teknologi dan juga beban peraturan-peraturan yang
Prestasi PKS di Malaysia banyak (heavy regulatory burden).
Gomez & Jomo (1997) pula mengatakan
Berdasarkan kepada dasar-dasar yang telah bahawa semenjak tahun 1980an, polisi-polisi kerajaan
dijalankan dan peruntukan kewangan yang telah lebih cenderung ke arah membantu perniagaan-
dibelanjakan oleh kerajaan di dalam rancangan- perniagaan besar dan bukannya perniagaan-perniagaan
rancangan pembangunan lima tahun, memang tidak kecil.
dapat dinafikan lagi bahawa kerajaan amat serius Seperti juga Salleh & Ndubisi yang mengkaji
untuk meningkatkan ekonomi Bumiputera. Malah tentang perkembangan keusahawanan Melayu di
tidak terdapat kerajaan di negara lain yang begitu Malaysia, Shukor (2006) pula mengatakan bahawa
komited untuk membangunkan keusahawanan kaum nilai, perangai, kemahiran keusahawanan, kemahiran
pribumi seperti yang dijalankan oleh Kerajaan mengurus dan karektor keusahawan menyebabkan
Malaysia (Adnan, 2002). PKS Melayu ketinggalan berbanding dengan
Prestasi PKS Malaysia adalah tidak usahawan bukan Melayu terutamanya usahawan kaum
memuaskan walaupun bilangan usahawan dan PKS Cina.
meningkat dari masa ke semasa. Dari segi sumbangan Selain daripada penulis dan ilmuwan di atas,
kepada KDNK, PKS hanya mencatatkan sumbangan masalah-masalah dalam membangunkan usahawan
sebanyak 32% pada tahun 2010. Sumbangan kepada Bumiputera banyak diperdebatkan oleh ramai penulis

73
Azmi Wahab et al, Sains Insani 2019, Volume 04 No 2: 65-75

lain (Kechot & Khalifah, 1999); Ahmed et al, 2005). Communities: People and Places in the Global
Kebanyakannya mengutarakan bahawa sosiobudaya Economy, Vol. 3 Iss 1 pp. 8 – 24.
dan aspek berkaitan perangai usahawan Melayu Acar, A. C. (1993). The impact of key internal factors on
merupakan penghalang kepada kemajuan usahawan firm performance: An empirical study of small
dan PKS Melayu (Chee, 1992; Mat Zin & Zulkifli, Turkish firms. Journal of Small Business
1998; Storz, 1999; Abdullah et al, 2009). Management, 31(4), 86.
Hamidon (2009) pula yang juga mengkaji Ackelsberg, R. & Arlow, P. (1985). ‘Small businesses do
perkembangan usahawan Melayu telah mendapati plan and it pays off’, Long Range Planning,
bahawa faktor-faktor berikut telah membantutkan Vol. 18, No. 5, pp.61–67.
perkembangan walaupun berbagai-bagai program Adnan, A., & Mohamed, D. I. (2002). Keusahawanan
telah dilaksanakan oleh Kerajaan. Faktor-faktornya Islam. Petaling Jaya: Prentice Hall.
adalah sikap dan minda, masalah pelaksanaan, kurang Ahmed, Z., Mahajar, AJ. & Alon, I (2005), ‘Malay
daya saing dan daya tahan, kurang budaya Entrepreneurship: Historical, Governmental and
keusahawanan, menggunakan perniagaan untuk Cultural Antecedents’, International Journal of
kepentingan politik, kurang kerjasama dan rangkaian, Entrepreneurship and Innovation Management,
gagal menguasai rantaian perniagaan, sikap prejudis vol. 5, no. ¾, pp. 168-186.
terhadap usahawan melayu yang berjaya, persatuan Bank Negara Malaysia (2006), Laporan Tahunan PKS
perniagaan yang kurang berkesan, persaingan dengan 2005, Bank Negara Malaysia.
glc dan pken, kurangnya suri teladan (role model) dan Birch, D. L. (1987). Job creation in America. New York:
sikap negatif kepada kegagalan. Fee Press.
Birley, S. & Westhead, P. (1990). Growth and
Kesimpulan performance contrasts between ‘types’ of small
firms. Strategic Management Journal. 11(7),
Kewujudan PKS Bumiputera merupakan satu 535-557.
sumbangan yang penting kepada kemajuan dan Bruederl, J., Preisendoerfer, P. & Ziegler, R. (1992).
pembangunan sosioekonomi kelompok masyarakat Survival chances of newly founded business
tersebut di Malaysia. Walaubagaaimanapun, prestasi organizations. American Sociological Review,
PKSmasih belum mencapai sasaran disebabkan oleh 57, 227-242.
cabaran-cabaran yang dihadapi. Di antara cabaran- Che Rose, R., Kumar, N. & Yen, L.L.(2006).
cabaran yang dihadapai oleh PKS ialah kesukaran Entrepreneurs Success Factors and Escalation
untuk mendapatkan modal bagi mengembangkan of Small and Medium-sized Enterprises in
perniagaan, masalah modal insan yang tidak Malaysia. Journal of Social Sciences 2 (3): 74-
mencukupi, masalah mendapatkan pasaran dan juga 80
masalah persaingan yang sengit. Di samping itu, Chee, T.S. (1992), ‘Culture and management teaching:
masalah-masalah seperti kurang daya tahan, sikap dan the case of Malay culture’, Journal of
minda, budaya keusahawanan, persaingan dengan Management Education, vol. 16, pp. 61-71.
agensi-agensi kerajaan juga telah memberi cabarab Davidsson, P., & Delmar, F. (1997). High-growth firms:
yang hebat sekaligus membantutkan perkembangan characteristics, job contribution, and method
PKS di Malaysia. observations. Paper presented at. In the RENT
Bagi melonjakkan usaha tersebut, kerajaan XI Conference.
turut berperanan menyediakan persekitaran dan Department of Statistic Malaysia (2018, December 26),
polisi yang berupaya meningkatkan prestasi PKS Economic Census- Profile of Small and
Bumiputera dalam persaingan pasaran yang semakin Medium Enterprise Retrieved from hhtp:
mencabar. Pelan Induk PKS 2012-2020 yang telah //www.dosm.gov.my
dilancarkan diharapkan dapat memperkasakan Gadenne, D. (1998). Critical success factors for small
usahawan Bumiputera sekaligus dapat business: An inter-industry comparison.
menyumbangkan kepada KDNK, guna tenaga dan International Small Business Journal, 17(1),
eksport yang lebih tinggi. 36-56.
Gibb, A. A. (2000). SME Policy, Academic Research
and the Growth of Ignorance, Mythical
Rujukan Concepts, Myths, Assumptions, Rituals and
Confusions. International Small Business
Abdullah, F., Hamali, J., Deen, AR., Saban, G. & Abg Journal, 18(3), 13–35.
Abdurahman, AZ. (2009). "Developing a Gomez, ET. & Jomo, KS. (1997), Malaysia’s Political
framework of success of Bumiputera Economy: Politics, Patronage and Profits, New
entrepreneurs". Journal of Enterprising York: Cambridge University Press.

74
Azmi Wahab et al, Sains Insani 2019, Volume 04 No 2: 65-75

Hamidon, S. (2009). “The Development of Malay University of Glasgow Caledonian, Scotland.


Entrepreneurship in Malaysia”. unpublished Robbins, D. K., Pantuosco, L. J., Parker, D. F., Fuller, B.
PhD thesis Massey University, Auckland, New K., 2000. An empirical assessment of the
Zealand. contribution of small business employment to
Hamilton, R. T., & Dana, L. P. (2003). An increasing U.S. state economic performance. Small
role for small business in New Zealand. Journal Business Economics, 15, pp. 293-302.
of Small Business Management, 41(4), 402. Salleh, AS & Ndubisi, NO 2006, ‘SME Development in
Hashim, MK & Wafa, SA (2002. Small and Medium- Malaysia: Domestic and Global Challenges’,
Sized Enterprises in Malaysia: Development International Review of Business Research
Issues. New York: Prentice Hall Pearson Papers, 2 (1) PP1-14.
Jaafar, H. & Ibrahim, MD. (2004). Entrepreneuerial Smallbone, D. & Wyer, P. (2000). ‘Growth and
drives and business performance of Malaysia development in the small firm’, in Carter, S and
entrepreneuers : Preliminary findings. Evans, JD (eds.), Enterprise and small
Proceeding of Third International Conference business: Principles, practice and policy.
on SMEs in a Global Economy , 907-926. Addison Wesley, pp. 409-433.
Kechot, Z. & Aini Khalifah, N. (1999). Participation of Shukor, O. (2006). “Malay Business: Revivalism
indigenous Malaysians in commerce and Through Entrepreneurship”. Petaling Jaya:
industry: Challenges and aspirations in Pelanduk Publication.
anticipation of the year 2000. Humanomics, Siwar, C. Kasim, M. & Ismail, AM. (1992). Ekonomi
15(2), 213-236. bumiputera selepas 1990. Disunting oleh
Kjellman, A., Sundnӓs, A.C., Ramstrӧm, J. & Elo, M. Chamhuri Siwar, Mohd. Yusof Kasim, Abdul
(2004). Internationalisation of Small Firms. Malik Ismail. Siri isu ekonomi semasa, Fakulti
Finland: JEAB-paper. Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Malaysia. (1971). Rancangan Malaysia Kedua 1971-75. Storz, M. L. (1999). Malay and Chinese values
Percetakan Kerajaan underlying the Malaysian business
Malaysia. (1976). Rancangan Malaysia Ketiga 1976-80. culture. International Journal of Intercultural
Percetakan Kerajaan. Relations, 23(1), 117-131.
Malaysia. (1981). Rancangan Malaysia Keempat 1981- Westhead, P., & Birley, S. (1995). Employment growth
85. Jabatan Percetakan Negara. in new independent owner-managed firms in
Malaysia. (1986). Rancangan Malaysia Kelima 1986-90. Great Britain. International Small Business
Jabatan Percetakan Negara. Journal, 13(3), 11-34.
Malaysia. (1991). Rancangan Malaysia Keenam 1991- Wiklund, J. & Sheperd, D.A. (2003). Aspiring for, and
95. Jabatan Percetakan Negara. achieving growth: The moderating role of
Malaysia. (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh 1996- resources and opportunities. Journal of
2000. Percetakan Nasional Malaysia. Management Studies, 40, 1919-41.
Malaysia. (2001). Rancangan Malaysia Kelapan 2001- SME Corp. Malaysia (2018, October 25), SME Master
2005. Percetakan Nasional Malaysia. Plan 2012-2020 Retrieved from hhtp:
Malaysia. (2005). Laporan Ekonomi 2005/2006, //www.smecorp.gov.my
Kementerian Kewangan Malaysia. Percetakan SME Corp. Malaysia (2018, December 26), Banci
Nasional Malaysia Ekonomi 2016- Profil PKS Retrieved from
Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia Kesembilan hhtp: //www.smecorp.gov.my.
2006-2010. Percetakan Nasional Malaysia Tonge, R, Larsen, P, & Roberts, M. (2000). Information
Malaysia. (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011- systems investment within high-growth
2015.Percetakan Nasional Malaysia. medium-sized enterprises. Management
Mat Zin, R. & Zulkifli, Senteri, Z. (1998). ‘Exploring Decision, 38(7), 489–502.
probable factors determining the success of
Bumiputera entrepreneurs’. Humanomics, vol.
14, no. 1, pp. 31-58
Mead, D.C., & Liedholm, C. (1998). The dynamics of
micro and small enterprises in developing
countries. World Development, 26 (1), 61-74.
Mohamad, H. (1992). Keusahawanan di Malaysia dalam
asas keusahawanan. Shah Alam: Biroteks ITM.
Reid, R. S., & Harris, R. I. (2004). Family-owned SME
Growth in Scotland: a comparison with the
UK. Caledonian Family Business Centre,

75

You might also like