Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

ABSTRAK

Buli siber merupakan perbuatan yang mengancam,mengugut,memalukan dan menakutkan


seseorang. Buli siber juga merupakan gangguan dan penghinaan yang berterusan di alam
maya.Apakah inisiatif-inisiatif yang perlu diambil oleh pelajar agar jenayah buli siber ini
dapat dibendung?Kemajuan dalam bidang teknologi telekomunikasi dan Internet telah
banyak disalahgunakan oleh remaja.Melalui kajian yang dilakukan,isu buli siber yang berlaku
di Malaysia amat membimbangkan.Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis-
jenis buli siber dalam kalangan remaja yang terdapat dalam Malaysia.Selain itu,mengenal
pasti faktor-faktor yang mendorong berlakunya buli siber.Akhir sekali memperoleh cadangan
untuk langkah-lagkah mengatasi masalah buli siber yang semakin meluas.Kajian ini
dijalankan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kerana isu buli siber di Malaysia
sangat serius dan tidak boleh dipandang enteng.Kajian ini, menggunakan kaedah kualitatif
seperti “Google Form” yang merupakan borang soal selidik secara atas talian.Hasil daripada
soal selidik tersebut telah menunjukkan bahawa 70 peratus responden bersetuju bahawa
gejala buli siber ini perlu dibendung bersama-sama.Oleh yang demikian,diharapkan bahawa
semua pihak mengambil tindakan dalam mencegah gejala siber buli bersama-sama agar
dapat melahirkan masyarakat yang berkualiti.

You might also like