Pengenalan Bahasa Melayu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1

PENGENALAN BAHASA MELAYU


SEMESTER 1
PERBEZAAN ASPEK MORFOLOGI DAN SINTAKSIS ANTARA
BAHASA MELAYU KLASIK DENGAN BAHASA MELAYU MODEN

Seksyen : 792

Nama : Muhammad Nizam Bin Aubaidullah

Nombor Matrik : 203816

Nama Pensyarah : Puan Nurliyana Binti Abu Hasan

Subjek : Pengenalan Bahasa Melayu


2

1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu. merupakan Bahasa Kebangsaan bagi negara Malaysia . Proses pembentukan
Bahasa Melayu ini telah melalui tiga zaman iaitu zaman Bahasa Melayu kuno , zaman
Bahasa Melayu klasik dan zaman Bahasa Melayu moden .

Zaman Bahasa Melayu kuno berkembang pada akhir abad ke-7 hingga abad ke-13.
Zaman Bahasa Melayu klasik pula bermula pada abad ke-14 hingga abad ke-19.

Kini , kita berada pada zaman Bahasa Melayu moden. Zaman ini bermula pada abad
ke-19 setelah kedatangan penjajah Eropah.

Ketiga-tiga zaman ini menyebabkan perubahan linguistik di dalam Bahasa Melayu.


Dalam kajian ini saya akan membandingkan dua aspek linguistik yang berubah antara zaman
Bahasa Melayu klasik dan zaman Bahasa Melayu moden .

Dalam Kamus Dewan Bahasa edisi keempat , linguistik boleh didefinisikan sebagai
kajian saintifik tentang bahasa. Pengetahuan linguistik ialah pengetahuan yang kita peroleh
secara tidak sedar. Sistem linguistik ialah sistem yang merangkumi bunyi , struktur dan
makna perkataan . Kita mempelajari pengetahuan linguistik ini tanpa kita menyedari yang
kita sedang mempelajarinya Struktur  linguistik  terbahagi  kepada  dua cabang utama iaitu
struktur bahasa  atau tatabahasa dan struktur makna. Struktur bahasa  atau tatabahasa meliputi
morfologi, sintaksis, fonetik dan fonologi. Sementara struktur makna pula terdiri daripada
semantik dan pragmatik , fonetik dan fonologi pula adalah berkaitan struktur  bunyi bahasa
sementara morfologi merujuk kepada struktur kata. Sintaksis pula merujuk kepada struktur
antara perkataan dan semantik adalah struktur berkaitan dengan makna. Pragmantik pula
adalah struktur antara bahasa lisan dengan apa yang diperkatakan.

2.0 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

Aspek linguistik yang telah saya pilih untuk dibandingkan ialah aspek morfologi dan
sintaksis. Morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembentukan dan
pengkategorian kata dalam Bahasa Melayu. Sintaksis pula ialah kajian mengenai aspek-aspek
yang berkaitan dengan ayat Bahasa Melayu . Kajian yang dilakukan di dalam bidang ini
fokus kepada aspek yang berkaitan unsur-unsur yang membentuk sesuatu ayat .Dalam kata
3

lain , sintaksis ialah sistem yang mengkaji peraturan dan kategori dalam asas pembentukan
ayat bagi sesuatu bahasa.

2.1 Morfologi

Bahasa Melayu klasik dan Bahasa Melayu moden mempunyai perbezaan yang ketara
dari aspek morfologi. Perbezaan yang boleh kita lihat antara dua zaman ini ialah dari
aspek penggunaan kosa kata dan pengaruh bahasa lain dalam Bahasa Melayu .

2.1.1 Perbezaan pengaruh bahasa lain

Selain itu terdapat juga perbezaan dari segi pengaruh bahasa lain dalam Bahasa
Melayu. Pada zaman Bahasa Melayu klasik terdapat pengaruh Bahasa Arab. Pengaruh
Bahasa Arab ini menyebabkan berlakunya perkembangan aksara Jawi. Pengaruh
Bahasa Arab diterima dalam pelbagai bidang bahasa seperti bidang ilmu keagamaan
dan undang-undang. Contoh perkataan arab yang terpengaruh dalam Bahasa Melayu
klasik ialah taubat dan syariat (Formula Pintar Jawi). Kedua-dua kosa kata tersebut
masih lagi digunakan sehingga hari ini.

Pada Zaman Bahasa Melayu Moden , bahasa yang menyebarkan pengaruh


dalam Bahasa Melayu ialah Bahasa Inggeris . Pengaruh ini menyebabkan berlaku
peminjaman perkataan dalam Bahasa Melayu. Pinjaman kata dibuat melalui
peminjaman terus dengan menyesuaikan ejaan dan sebutan perkataan tersebut. Contoh
perkataan yang dipinjam dari Bahasa Inggeris ialah emotional. Perkataan tersebut
telah diolah sebutan dan ejaannya sehingga menjadi perkataan baru iaitu psikologi
((Unsur Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu ,Fatihah Rashid Blogspot))

2.2 Sintaksis

Bahasa Melayu klasik dan Bahasa Melayu moden mempunyai jurang perbezaan yang
besar dalam aspek sintaksis. Hal ini kerana pada zaman Bahasa Melayu klasik
pengguna yang menggunakan bahasa ini sebagai bahasa harian mereka lebih banyak
menggunakan ayat pasif ayat songsang serta menggunakan ayat yang panjang dan
berbelit-belit . Keadaan ini berbeza dengan zaman Bahasa Melayu moden kerana
4

pengguna yang menggunakan Bahasa Melayu lebih banyak menggunakan ayat aktif
dan ayat yang mudah difahami .

2.2.1 Perbezaan penggunaan ayat aktif dan ayat pasif

Penggunaan ayat dalam Bahasa Melayu klasik banyak dipengaruhi ayat pasif , ayat
sonsang serta penggunaan laras bahasa sastera lama dalam ayat.. Contoh ayat yang
saya peroleh dari laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka ialah, “Maka
bendahara naik ke  astaka menyambut raja naik ke atas usungan, lalu berangkat
ke masjid seperti yang tersebut dahulu itu”. Melalui contoh ayat tersebut kita oleh
melihat jenis ayat tersebut ialah ayat pasif. Ayat tersebut juga sukar difahami dan
berbelit-belit.

Dalam Bahasa Melayu moden pula ayat yang dituturkan ataupun ditulis lebih
banyak menggunakan ayat aktif serta pelbagai laras bahasa digunakan dalam ayat
tersebut . Contoh ayat yang digunakan dalam Bahasa Melayu Moden ialah ,”
Perdana Menteri menyatakan bahawa tindakan tegas terpaksa diambil oleh pihak
berkuasa demi memastikan perintah larangan pergerakan dipatuhi dan ia
mencapai hasil yang dihasratkan, iaitu membendung penularan wabak COVID-
19.”, (Laporan berita Astro Awani , 25 Mac 2020). Melalui contoh ayat tersebut ,
jenis ayat tersebut ialah ayat aktif dan ayat tersebut dalam bahasa yang mudah
difahami serta tidak berbelit-belit.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya , Bahasa Melayu telah melalui sejarah yang amat panjang bermula dari
zaman Bahasa Melayu purba sehinggalah zaman Bahasa Melayu moden . Perkembangan ini
menyebabkan berlakunya kajian dalam aspek linguistik seperti yang telah dinyatakan .
Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya berbangga kerana menjadi penutur Bahasa Melayu
yang bersejarah ini.
5

RUJUKAN

Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Zulkifli Osman, Razali Ayob (2006), Sintaksis , PTS
Media Group, Kuala Lumpur.

https://books.google.com.my/books?
id=5H_MAgAAQBAJ&printsec=copyright&hl=tl&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false

Cikgu Ell (2018), Definisi Sintaksis

https://cikgualqahharmson.blogspot.com/2018/01/definisi-sintaksis_2.html

Fatihah Rashid (2012) , Unsur Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu

http://fatihahrashid89.blogspot.com/2012/04/bahasa-inggeris-dalam-bahasa-melayu.html

Izzana blogspot (2016 ), Linguistik

http://izzana95.blogspot.com/2016/02/linguistik.html

Laporan Berita Astro Awani (25 Mac 2020), 95 peratus pematuhan pada hari kelapan PKP

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/95-peratus-pematuhan-pada-hari-kelapan-pkp-
235185

Laman Web Dewan Bahasa Dan Pustaka (2016) , Himpunan kata melayu lama

http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/226

Syirah Muhd (2015), Perkataan pinjaman

http://syirahmuhd.blogspot.com/2015/11/perkataan-pinjaman.html

Ustaz Mazlan Bin Hasyim (2013) , Formula Pintar Jawi


https://www.slideshare.net/abusyiham/formula-pintar-jawi
6

1.
7

You might also like