Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

PENGENALAN

Al-Quran merupakan salah satu dari 5 buah kitab yang diturunkan Allah. Sebahagian dari Rukun
Iman iaitu ‘Beriman kepada kitab’ – Al-Quran merupakan satu kitab yang tiada bandingan
malahan ia dijamin oleh Allah sendiri bahawa ia akan kekal terpelihara. Pelbagai ciri istimewa
dan unik hanya terdapat pada Al-Quran iaitu dari segi sastera, bahasa, kaedah penulisan,
penghafalan, terkandung set-set syariah (undang-undang), nilai (values) dan akhlak dan pelbagai
lagi. Ia merupakan penerbitan yang paling laris (best-seller) sepanjang zaman dengan puluhan
jutaan naskhah malah ia diterjemahkan ke dalam ratusan bahasa dan satu-satunya penerbitan
yang terus dicetak, dipelajari, dikagumi, dirujuk, dibahaskan sehingga kini. Justeru itu, penulisan
ini akan menyediakan maklumat berkenaan Al-Quran dari aspek:

Bahagian I : Pengertian Al-Quran


Bahagian II : Sejarah penulisan dan pengumpulan Al-Quran
Bahagian III : Ilmu Qiraat (pembacaan) gantikan dengan Mukjizat Al-Quran
Bahagian IV : Panduan bagi para pengajar Al-Quran

Bahagian I : Pengertian Al-Quran


Ahlul lughah berselisih pendapat mengenai kata asal Al-Quran (‫)اﻟﻘﺮءان‬. Sebahagian ulama’

berpendapat Al-Quran berasal dari ُ ‫اﻟﻘَﺮء‬yang bererti himpunan. Pendapat yang masyhur ialah Al-

Quran berasal dari ‫ ﻗﺮاءة‬yang bermaksud bacaan. Pengertian Al-Quran dari sudut syara’ mengikut

jumhur ulama’ ialah: Al-Quran ialah Kalamullah s.w.t yang bersifat mu’jiz yang diturunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w dengan perantaraan malaikat Jibril a.s yang termaktub didalam
Mushaf yang disampaikan kepada umat Islam melalui riwayat yang mutawatir, membacanya
menjadi ibadah, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas.

1.1 Nama-Nama Al-Quran


Terdapat pelbagai nama bagi Al-Quran di mana Allah menyebutnya di dalam di dalamnya
sendiri yang menunjukkan isi kandungan, sifat dan fungsi Al-Quran itu sendiri. Memetik
kandungan di dalam Ensiklopedia Tematis Dunia Islam-Faktaneka dan Indeks, Dr. Taufik
Abdullah, 2002 terdapat 38 nama Al-Quran dan diantaranya seperti berikut :

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 1


Nama Al-Quran Makna Terakam di dalam Al-Quran
*No.Surah : No.Ayat

Al-‘Adl Kalimat yang adil 6 :115

Ahsanul Hadis Perkataan paling baik 39 : 23

Qasas Kisah-kisah 12 : 3

Al-‘Ajab Yang menakjubkan 72 : 21


Al-‘Aliy Yang luhur 43 : 4
Al-Amr Perintah 65 : 5
Al-Hadi’ Yang memberi petunjuk 17 : 9
Al-Mubin Penjelas 44 : 2
Al-Kitab Kitab 44 : 2
Al-Bayan Penjelasan 3 : 138
Al-Furqan Pembeza antara benar dan batil 25 : 1
Kalam Firman Allah 9:6
Al-Karim Yang mulia 56 : 77
Al-Mau’izzah Pelajaran 10 : 57
Al-Busyra Yang memberi khabar baik 2 : 97

1.2 Tempoh Penurunan


Bermula turunnya pada 17 Ramadhan iaitu Surah Al-Alaq (ayat 1-5) sewaktu Rasulullah
berumur 41 tahun.

 ……...            
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk
bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak
dan yang bathil).
(Surah Al-Baqarah (2) : Ayat 185)

Berakhir pada 9 Zulhijjah tahun ke 10 hijrah dengan Surah Al-Maidah (ayat 3) sewaktu
Rasulullah berumur 63 tahun. Peristiwa penurunan ini dirakamkan dalam Khutbah Wida’
(terakhir) sewaktu peristiwa Haji Akbar.

 ........            …..
....pada hari Ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan Telah Ku-cukupkan
kepadamu nikmat-Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu.
(Surah Al-Maidah (5) : Ayat 3)

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 2


Tempoh masa ia diturunkan mengambil masa 22 tahun 2 bulan 22 hari (Ensiklopedia Al-Quran,
H.Fachruddin, 1992)

1.3 Kaedah Penurunan


Kaedah penurunan adalah secara beransur-ansur dan bukan sekaligus. Asbabul Nuzul
(sebab penurunan) adalah aspek yang menerangkan tempoh waktu penurunan ayat dan sebab-
sebab ia diturunkan. Contohnya jawapan kepada permasalahan (Surah An-Nisa mengenai
golongan yang dibenarkan berkahwin –isu status anak angkat), panduan penetapan permulaan
puasa (Ramadhan) dan juga berakhirnya puasa (Surah Al-Baqarah 185, menjelaskan kaedah
rukyah dan hisab), penjelasan dan keterangan (Surah Al-Kahfi mengenai kisah 7 pemuda yang
tertidur di dalam gua sebagai jawapan apabila ditanyakan oleh pendeta kafir), pembersihan dan
peneguhan (Surah An-Nur 10-20, peristiwa fitnah ‘Ifk’ terhadap Saidatina Aishah dimana ia
membersihkan namanya).

Keterangan akan penurunan Al-Quran secara beransur-ansur dirakamkan oleh Allah di


dalam Al-Quran :

                 
Berkatalah orang-orang yang kafir: "Mengapa Al Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali
turun saja?"; demikianlah supaya kami perkuat hatimu dengannya dan kami membacanya secara
tartil
(Surah Al-Furqan (25) : Ayat 32)

         
Dan Al Quran itu Telah kami turunkan dengan berangsur-angsur agar kamu membacakannya
perlahan-lahan kepada manusia dan kami menurunkannya bagian demi bagian.
(Surah Al-Isra’ (17) : Ayat 106)

      


Sesungguhnya kami Telah menurunkan Al Quran kepadamu (hai Muhammad) dengan
berangsur-angsur.
(Surah Al-Insan (76) : Ayat 23

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 3


1.4 Hikmah Penurunan Al-Quran Secara Beransur-Ansur
Penurunan secara beransur-ansur adalah atas beberapa hikmah. Merujuk pada buku “Sejarah Al-
Quran” karangan Abdul Fattah El-Qadhi (Sejarah Al-Quran Versi Terjemahan Melayu, Abdul
Fattah El-Qadhi, Yayasan Islam Terengganu, 1999) dinyatakan bahawa terdapat 5 hikmah
penurunan secara beransur-ansur:

1) Menetapkan dan meneguhkan hati Rasulullah


2) Agar mudah dihafaz dan difahami
3) Mempertingkatkan penyampaian ayat-ayat Al-Quran dengan ciri yang tinggi
4) Selaras dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku (memberi jawapan)
5) Memberikan pendidikan beransur-ansur kepada umat Arab mengenai akhlak, agama,
tatasusila.

 Menetapkan dan meneguhkan hati Rasulullah -sepanjang penurunan Al-Quran dan selari
dengan penyebaran dakwah Rasulullah, pelbagai rintangan, siksaan dan dugaan telah
menimpa Rasulullah yang menguji kesabaran, ketenangan dan keteguhan hati. Justeru,
penurunan secara beransur-ansur akan memberikan meneguhkan nabi sewaktu dukacita,
kecewa dan putus harap. Ia berlaku dengan Allah menyatakan beberapa kali akan
Rasulullah agar terus bersabar dan meneruskan usaha. Malah kisah-kisah para rasul
terdahulu yang turut ditimpa dugaan memberikan ketenangan dan mengubat hati
Rasulullah yang dilanda dengan ujian.

          

       


Dan semua kisah dari rasul-rasul kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang
dengannya kami teguhkan hatimu; dan dalam surat Ini Telah datang kepadamu kebenaran
serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.
(Surah Hud (11) : Ayat 120)

 Agar mudah dihafaz dan difahami –ia memudahkan untuk masyarakat dan kaum
muslimin menghafaz kerana diwaktu awal Islam pelbagai ancaman diterima yang

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 4


menyebabkan kaum muslim terpaksa secara sembunyi-sembunyi menerima ajaran Islam.
Justeru, penurunan secara beransur memudahkan hafazan kerana di waktu ini, hanya
segelintir sahabat sahaja yang tahu menulis dan hampir kesemuanya masih buta huruf
malahan ancaman musuh menyukarkan mendapatkan bahan bagi penulisan. Maka
penurunan secara bertahap ini membantu para sahabat untuk menghafaz menggunakan
daya ingatan disamping memahami ajaran dan jika terdapat kekeliruan dan ketidak
fahaman maka mereka mendapatkan jawapan dari Rasulullah sendiri dengan segera.

 Mempertingkatkan penyampaian ayat-ayat Al-Quran dengan ciri yang tinggi –selaku


mukjizat terbesar, kitab ini memiliki ciri-ciri yang tinggi dan unik yang agung meliputi
aspek balaghah (‫)ﺑﻠﻐﮫ‬. Justeru cabaran dilontarkan kepada kaum kafir agar mencuba
membuat suatu yang sama dengan Al-Quran. Tiada alasan dapat diberikan oleh kaum
kafir malah cabaran dilontar sebelum Al-Quran disempurnakan, jika Al-Quran turun
sekaligus pasti mereka akan menggunakan dalil yang ia terlalu sukar untuk dicabar.

                 

 
Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa
Al Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan Dia,
sekalipun sebagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian yang lain".
(Surah Al-Isra’ (17) : Ayat 88)

 Selaras dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku (memberi jawapan) –setiap peristiwa


memerlukan jawapan yang berbeza kerana bukan semua peristiwa berlaku dalam masa
yang sama untuk panduan, nasihat dan emosi. Antaranya ialah 6 aspek :
o Memberikan hukum-hukum bagi setiap masalah
o Memberikan jawapan kepada persoalan kaum musyrikin/kafir
o Menjelaskan kesamaran yang ditimbulkan musuh Islam bagi mengelirukan kaum
muslimin yang masih belum teguh asasnya
o Mendedahkan hati dan perancangan musuh bagi umat Islam berhati-hati
o Memberi panduan sewaktu masa damai dan peperangan

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 5


 Memberikan pendidikan beransur-ansur kepada umat Arab mengenai akhlak, agama,
tatasusila –masa perlu diambil bagi memulihkan akhlak dan meneguhkan agama kerana
ia perlu secara berterusan dan bukan dalam masa sekejap. Maka proses pembaikan dan
pemahaman agama secara bertahap-tahap adalah method terbaik selaras dengan tabii
manusia untuk berubah yang memerlukan masa.

1.5 Ciri – ciri Al-Quran :


Al-Quran merupakan kitabullah dan perlembagaan bagi manusia meliputi segala undang-undang
dan tatacara kehidupan. Ciri-ciri al-Quran antaranya :
 Dari Wahyu Tuhan

      


Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
(Surah Thahaa (20) : Ayat 4)
 Tetap Terpelihara

       


Sesungguhnya Kami yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar
memeliharanya (Surah Hijr (15) : Ayat 9)

 Tidak Dapat Ditandingi

              

    


Katakanlah: "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al
Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengan Dia, sekalipun
sebagian mereka menjadi pembantu bagi sebagian yang lain".
(Surah Al-Isra’ (17) : Ayat 88)
 Keterangan bagi Bani Israel

            
Sesungguhnya Al Quran Ini menjelaskan kepada Bani lsrail sebahagian besar dari (perkara-
perkara) yang mereka berselisih tentangnya. (Surah An-Naml(27) : Ayat 77)

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 6


Bahagian II: Sejarah Penulisan dan Pengumpulan Al-Quran
2.1 Zaman Rasulullah S.A.W
Pengumpulan Al-Quran di zaman Rasulullah saw melalui dua cara iaitu:
i) Hafazan para Sahabat. Apabila Rasulullah menerima wahyu. Baginda
menghafaznya dengan sempurna dan kemudian dibacakan di hadapan para sahabat
dengan berulang-ulang serta memberikan penerangan yang jelas supaya mereka dapat
menghayatinya. Para sahabat pula berlumba-lumba untuk menghafaz supaya Al-
Quran tidak hilang dari ingatan.
ii) Penulisan
Rasulullah memerintahkan penulisan Al- Quran setiap kali wahyu diturunkan. Ayat –
ayat Al-Quran ditulis pada pelepah-pelepah tamar, batu- batu yang leper, kulit biri-
biri, tulang-tulang unta dan kepingan kayu. Penulisan ini mendapat petunjuk terus
dari Rasulullah saw seperti panduan meletak ayat dalam surah agar ia selaras dan
tepat seperti yang diwahyukan. Antara pencatit Al-Quran yang mashyur ialah Saidina
Zaid bin Tsabit, Muawiyyah bin Abu Suffyan, Abdullah bin Mas’ud dan Ali bin Abi
Talib .Penulis-penulis wahyu adalah yang mempunyai tulisan yang baik dan cantik.
Segala catatan disimpan di rumah Rasulullah saw.
Malaikat Jibril akan menyemak bacaan dan hafazan Rasulullah setiap setahun sekali kecuali
di tahun terakhir Rasulullah dimana dua semakan dilakukan oleh Jibril. Sewaktu hayat
Rasulullah, proses pembukuan Al-Quran tidak dilakukan kerana minat sahabat lebih kepada
untuk menghafaz dan memahami tanpa menulis kerana ada dikalangan mereka yang tidak
tahu menulis. Disamping itu, wahyu masih diturunkan menyebabkan adanya tambahan ayat
atau berlaku ayat nasakh dan mansukh.

2.2 Pengumpulan Al-Quran Sewaktu Zaman Khalifah Abu Abakar As-Siddiq


Selepas kewafatan Rasulullah, berlaku perang Al Yamamah. Peperangan ini menentang
golongan murtad, golongan yang enggan membayar zakat dan golongan nabi palsu serta
penyokong mereka. Perang Al Yamamah telah mengorbankan lebih kurang 70 orang huffaz..
Saidina Umar sangat bimbang kitab suci Al-Quran akan hilang untuk generasi akan datang, lalu
beliau mencadangkan kepada khalifah Abu Bakar As-Siddiq supaya dilakukan proses
pengumpulan Al-Quran.

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 7


Tugas pengumpulan Al-Quran diserahkan kepada Zaid bin Tsabit untuk mengetuai kerana :
i. Bersama Rasulullah saw semasa semakan terakhir oleh malaikat Jibril a.s
ii. Paling sempurna hafazan,sebutan huruf-huruf dan qiraatnya
iii. Paling banyak menulis wahyu
iv. Memiliki akhlak dan peribadi yang mulia di kalangan sahabat
Pengumpulan Al-Quran oleh Zaid bin Tsabit dilakukan dengan begitu berhati-hati dan teliti
dengan mendapatkan dari dua sumber :
i. Catitan pada lembaran-lembaran semasa hayat Rasulullah
ii. Hafazan para sahabat
Akhirnya terkumpul segala catitan mengenai Al-Quran yang merangkumi ayat nasakh dan
mansukh dan diserahkan kepada Saidina Abu Bakar dan disimpan rapi sehingga wafat. Ia
kemudian disimpan pula oleh Saidina Umar Al-Khatab dan akhirnya berpindah kepada anaknya
Hafsah binti Umar.

2.3 Pengumpulan Al-Quran Sewaktu Zaman Khalifah Uthman bin Affan


Jajahan Islam dan penganut Islam yang semakin ramai meluas sehingga ke tanah jajahan baru di
mana penduduk di sana tidak pernah pun berjumpa Rasulullah. Maka mereka mendapatkan Al-
Quran melalui para sahabat yang mahsyur seperti penduduk Syam mengambil bacaan Ubai bin
Ka’ab manakala Kufah mengambil bacaan Abu Musa Al-Asya’ri. Namun terdapat perselisifan
tentang cara-cara bacaan akibat pelbagai pelat atau lahjah. Menurut sejarah, wujud tujuh lahjah
dalam bahasa Arab selain lahjah Quraisy yang mempengaruhi bacaan Al-Quran secara
mutawatir.

Pada tahun ke 25 hijrah, berlaku perselisihan selepas umat Islam berperang di Armania dan
Azerbaijan dan dikalangan mereka adanya para sahabat ialah Huzaifah bin Al-Yaman. Ekoran
kejadian mengejek dan mencaci akibat perbezaan bacaan yang ditakuti akan menyebabkan
perpecahan maka Huzaifah bi Al-Yaman mengadap dan memberitahu Saidina Uthman Bin
Affan.

Justeru, satu mushaf yang standard perlu diwujudkan dan disebarkan demi perpaduan umat
Islam. Saidina Uthman menitahkan Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Az-Zubair, Said bin Al-‘Asr

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 8


dan Abdul Rahman bin Al-Harith bin Hisyam untuk menyalin lembaran suhuf yang disimpan
oleh Saidatina Hafsah binti Umar Al Khatab yang dikumpulkan pada zaman Abu Bakar.
Penyalinan Al-Quran ini dikawal selia oleh Saidina Uthman secara langsung maka ia dinamakan
Rasm Uthmani (‫)رﺳﻢ ﻋﺜﻤﺎﱏ‬. Aspek yang dinilai dan hasilnya ialah satu Al-Quran standard dengan

mengambil kira:
i. Nasakh dan mansukh – kali terakhir bacaan Rasulullah di hadapan Jibril.
ii. Mengambil kira pelbagai lahjah. Tidak bertitik dan berbaris bagi menyesuaikan dengan
pelbagai qiraat.
iii. Jika berlaku perselisihan mengenai penulisan hendaklah mengambil bahasa Quraisy.

Al-Quran Rasm Uthmani perlu diingat ialah dalam bentuk tidak bertitik dan berbaris. Contohnya
ialah ‘ ‫ ’اف‬dalam Surah Al-Isra’, Al-Anbiya’ dan Al-Ahqaf yang dibaca dengan pelbagai wajah.

Mushaf ialah buku lembaran-lembaran yang dikumpul antara dua kulit manakala suhuf ialah
lembaran-lembaran yang berhelai dan tidak teratur. Setelah sempurna Mushaf Al-Quran Rasm
Uthmani, ia diedarkan ke jajahan kawasan Islam sebagai satu-satunya panduan. Khalifah
Uthman memerintahkan agar mushaf lain dibakar bagi mengelakkan perpecahan.

Mushaf Al-Quran Rasm Uthmani ini dihantar ke jajahan Islam bersama-sama Imam yang adil
dan cekap dalam bacaan untuk rujukan. Ia bermula dengan Zaid bin Tsabit mengajar para
sahabat (imam) kemudian para Imam mengajarkan pada penduduknya pula. Antara Imam yang
berguru dengan Zaid bin Tsabit ialah Abdullah bin Saaib (mekah), Mughirah bin Syihab (syam),
Abu Abdl Rahman As-Salami (Kufah) dan Amir bin Qais (Basrah). Jumlah mushaf adalah
sebanyak enam seperti di atas disamping satu di madinah yang digelar sebagai mushaf al-
Madanil Am dan satu lagi pada khalifah sendiri yang digelar al-Mushaful Imam kerana ia
merupakan mushaf yang pertama disalin.

Mushaf-mushaf lain yang ada dalam simpanan peribadi para sahabat adalah berbeza dengan
Rasm Uthmani. Namun, para sahabat sepakat untuk menerima pakai Rasm Uthmani demi
kemaslahatan Islam. Antara mushaf yang lain yang dahulu wujud ialah mushaf Umar Al-Khatab,
Mushaf Ali Abi Talib, Mushaf Ubai in Kaab, Mushaf Abdullah bin Abbas dan bebrepa lagi.

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 9


Perbezaan Penulisan Al-Quran :
Zaman Rasulullah s.a.w -Wahyu yang diterima ditulis dan disimpan namun ia tidak teratur
dan dikumpul
Zaman Khalifah Abu Bakar -Suhuf-suhuf atau lembaran catitan dikumpulkan oleh Zaid Tsabit
dengan mengatur ayat-ayat dan surah secara mutawatir
Zaman Khalifah Uthman -Penyalinan semula suhuf-suhuf Saidina Abu Bakar ke dalam
mushaf iaitu jilid dengan lembaran-lembaran antara dua kulit

2.4 Perkembangan Mushaf Rasm Uthmani Kepada Al-Quran Hari Ini


Perkembangan Islam dan pengembangan jajahan menyebabkan percampuran laras Ajam
menghasilkan bahasa kacukan disebabkan Al-Quran masih tidak berbaris dan bertitik yang
dikhuatiri akan menjejaskan makna dan kesucian Al-Quran. Berdasarkan buku “Sejarah Al-
Quran” karangan Abdul Fattah El-Qadhi (Sejarah Al-Quran Versi Terjemahan Melayu, Abdul
Fattah El-Qadhi, Yayasan Islam Terengganu, 1999) pertambahan titik dan baris adalah kerana
dua faktor terkemudian selepas Rasm Uthmani iaitu :
i. ‫ﻧﻘﻂ اﻻﻋﺮاب‬ : Tanda menunjukkan harakah (baris), sukun, sabdu, mad (panjang)
ii. ‫ﻧﻘﻂ اﻻﻋﺠﺎم‬ : Tanda menunjukkan zat huruf

2.4.1 ‫ﻗﻂ اﻻﻋﺮاب‬


Menurut para ulama, ia dimulakan oleh Abul Aswad ad-Duali dengan menggunakan hanya titik.
Ia juga dikenali sebagai titik I’irab (titik baris) seperti berikut :
 Baris atas (‫)ﻓﺘﺤﺔ‬ : satu titik di atas huruf
 Baris Bawah (‫)ﻛﺴﺮة‬ : satu titik di bawah huruf
 Baris Depan (‫)ﺿﻤﺔ‬ : satu titik di depan huruf
 Tanwin (dengung) : dua titik

Pada zaman Abbasiah, Imam an-Nahri al-Khalil bin Ahmad al-Basri menambahbaik method titik
Abul Aswad kepada bentuk yang lebih mudah dikenali :
 Baris atas (‫)ﻓﺘﺤﺔ‬ : huruf alif yang dibaringkan
 Baris Bawah (‫)ﻛﺴﺮة‬ : huruf ‫ى‬
 Baris Depan (‫)ﺿﻤﺔ‬ : huruf ‫ و‬kecil

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 10


 Sabdu (‫)ﺷﺪة‬ : kepala huruf ‫ ش‬kecil
 Mati ( ‫)ﺳﻜﻮن‬ : kepala huruf ‫ خ‬kecil
Berdasarkan dua kaedah inilah lahirnya tanda-tanda baris di dalam Al-Quran yang diubahsuai
seperti yang terdapat dalam naskhah Al-Quran hari ini.

2.4.2 ‫ﻧﻘﻂ اﻻﻋﺠﺎم‬

Menurut pendapat yang paling kuat, ia dimulakan oleh Nasr bin A’sim dan Yahya bin Ma’mar
ketika zaman khalifah Malik bin Marwan selepas diarahkan oleh Gabenor Iraq iaitu Hajjaj bin
Yusuf. Mereka berdua ialah pakar dalam bahasa arab, kesusateraan serta ilmu qiraat. Titik-titik
bagi membezakan zat huruf dikenali sebagai titik I’ijam (titik huruf).

2.4.3 Wakaf, nombor surah dan bilangan ayat

Al-Maghfur lahu el-Sheikh Ridhuan Ibnu Muhammad dikenali sebagai al-Mukhallati seorang
ulama terkenal dengan kitabnya mendedikasikan usaha dengan meletakkan nombor surah dan
jumlah bilangan ayat. Kemudian beliau meletakkan alamat atau tanda bagi menerangkan tempat
wakaf dan jenis wakaf. Usaha ini menghasilkan naskhah mushaf ‘Mushaf al-Mukhallati’ dan ia
hanya beredar di kalangan ahli qiraat. Ulama Azhar mengambil naskhah ini da membentuk
jawatankuasa bagi memperhalusi lalu terhasil tanda-tanda wakaf menurut riwayat Hafs bin
Sulaiman al-Kufi (salah seorang perawi Qiraat Asim bin Ali an-Nujud) dan ditambah dengan
membahagikan kepada juzu’ , hizb, rubu’ , sajdah, saktah.

2.5 Ayat Makkiyah dan Ayat Madaniyah


Terdapat tiga pendapat bagi menentukan samada ayat itu ayat makkiyah atau ayat madaniyah
iaitu:
Pertama : Makkiyah turun di Kota Mekah (Mina’, Arafah, Hudaibiyah)
Madaniyah turun di Kota Madinah (Badar, Uhud dan berhampiran)
Kedua : Makkiyah turun di sebelum hijrah, Madaniyah pula selepas hijrah
Pendapat ini paling diterima pakai oleh jumhur ulama’
Ketiga : Makkiyah berkaitan urusan penduduk mekah dan begitu juga sebaliknya

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 11


Alamat Tanda Makkiyah
 Terdapat lafaz ‫ ﻛَﻼ ﱠ‬-jumlahnya 33 tempat dalam 15 Surah
 Terdapat ayat sajadah (sujud)
 Terdapat lafaz ‫ﯾﺎ َ ﺑ َﻨ ِﻰ آدَم‬
 Terdapat lafaz ‫ ﯾﺎ َ أﯾﮭﺎ اﻟﻨﺎس‬kecuali surah Al Hajj
 Terdapat kisah para rasul dan umat terdahulu
 Dimulakan dengan huruf hija’ (cth : ‫اﻟﻢ‬,‫ ) اﻟﺮ‬kecuali Al-Baqarah dan Ali Imran
 Terdapat kisah Nabi Adam a.s. dan Iblis kecuali Al-Baqarah
 Ayat- ayatnya pendek
 Penekanan kepada aqidah dan akhlak yang mulia

Alamat Tanda Madaniyah


 Ada lafaz ‫ﯾﺎ َ أﯾﮭﺎ اﻟﺬﯾﻦ آﻣﻨﻮا‬
 Surah panjang dan ayat yang panjang
 Terdapat seruan untuk memeluk Islam bagi para Yahudi dan Nasrani
 Isu peperangan dan hal ehwal jihad peperangan
 Terkandung hukum-hukum syariat yang terperinci
 Menyingkap kisah dan sikap Ahli Kitab
 Menyebut hal ehwal golongan munafik akan pendirian mereka terhadap dakwah Islam

Bahagian III : Ilmu Qiraat (pembacaan) tukar kepada mukjizat Al Quran


Ilmu qiraat ialah sebahagian dari cabang-cabang ilmu al-quran. Namun ia diakui agak asing
malah masyarakat Islam sendiri kurang pengetahuan malah tidak keterlaluan jika dikatakan
bahawa sebahagian mereka tidak sedar akan kewujudan ilmu ini. Ilmu qiraat tidak boleh
dipisahkan dari Al-Quran kerana yang dikatakan kitabullah itu ialah pada lafaznya dan isi
kandungan ayat berkenaan. Tidaklah boleh dinamakan bacaan itu al-Quran jika tidak mengikut
qiraat yang sahih dan ia tidak menjadi ibadat malah boleh berdosa.

   …….


………. dan Bacalah Al Quran itu dengan murattal
(Surah Al-Muzzamil (73) : Ayat 4)

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 12


Maka jelaslah bahawa seni membaca al-quran secara tartil perlu dipelajari bagi memelihara
kesucian kalamullah. Ilmu qiraat bukanlah suatu rekacipta tambahan, malah ia adalah suatu yang
disandarkan pada Rasulullah sendiri. Ketika malaikat Jibril menyampaikan wahyu, Rasulullah
akan mengulang dan menghafaz wahyu berkenaan dan selepas iti memperdegarkan kepada para
sahabat bagi penulisan dan hafazan. Menurut jumhur ulama’ , terdapat perbezaan cara bacaan
dari Rasulullah sendiri yang diterima oleh para sahabat berkait dengan isu huruf sab’ah (‫)ﺳﺒﻌﺔ‬.

Hadith Rasulullah :

‫َن‬
‫اﷲ أ ﱠ‬
ِ ‫ﻋَﺒﺪ‬
ِ ‫َن‬‫اﷲ أ ﱠ‬
ِ ‫ﻬﺎَب ﻗَﺎل َﺣﺪﱠﺗَﻨِﻲ ﻋُﺒَ ُﻴﺪ‬
ٍ ‫ﻗﺎَل َﺣﺪﱠﺗَﻨِﻲ ﻋُ ﻘَﻴْﻞ ٌ ﻋَﻦ ا ِ ﺑِ ِﺷﻦ‬
َ ‫اﻟﻠﱠﻴﺚ‬
َ ‫َﺎل َﺣﺪﱠﺗَﻨِﻲ‬
َ ‫َﺣﺪﱠﺗَﻨﺎَ َﺳﻌِ ُﻴﺪ ﺑﻦ ﻋَﻔَﻴ ٍﺮ ﻗ‬
‫ﺮف‬
ٍ ‫َﺎل أ ََﻗﺮأﻧِﻲ ِﺟﺒﺮِﻳﻞ ُ ﻋَ ﻠَﻰ َﺣ‬
َ ‫ﻠﱠﻢ ﻗ‬
َ ‫اﷲ َﺻﻠﱠﻰ اﷲُ ﻋَ ﻠ َِﻴﻪَ َوﺳ‬
ِ ‫ﻮل‬
َ ‫َﺳ‬
‫َن ُر‬
‫َﻨﻬ َﺣﺪﱠﺗَﻪُ أ ﱠ‬
‫َﺿﻲ اﷲُ ﻋَُﻤﺎ‬
َِ‫ﱠﺎس ر‬
ٍ ‫اﷲ ﺑ َْﻦ ﻋَ ﺒ‬
ِ ‫ﻋَﺒﺪ‬
َ
‫ُف‬
ٍ‫ِﻳﺪﻧِﻲ َﺣﺘﱠﻰ اْﻧَـﺘَـﻬﻰ إﻟَﻰ َﺳﺒﻌَِﺔ ْاﺣﺮ‬
ُ ‫َﻓـَﺮَاﺟﻌﺘُﻪُ َﻓـﻠَﻢ أزَل أﺳﺘَ ﺰِﻳﺪُﻩُ َوﻳ َ ﺰ‬
Maksudnya : Dari Syihab r.a. berkata Ubaidillah meriwayatkan kepadaku bahawa Ibnu Abbas
telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Jibril telah membaca Al-Quran kepadaku
di atas satu huruf maka aku membaca huruf tersebut dan setiap kali aku meminta tambahan lalu
ia menambahkan kepadaku sehingga terkumpul tujuh huruf
(Hadith Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadith di atas, jelaslah bahawa wujud perbezaan bacaan dan ia adalah qiraat dari
Allah sendiri yang disampaikan oleh Jibril.

3.1 Ringkasan Ilmu Qiraat


Definasi : ilmu membincangkan tentang kalimah-kalimah Al-Quran dan keadaan
kalimah tersebut seperti panjang, pendek atau sebagainya
Sumber : Sunnah dan ijma’
Faedah : memelihara dari kesalahan dan terpesong ketika menyebut kalimah-
kalimah Al-Quran dan ia menjadi salah satu aspek dalam hujjah
pengambilan hukum syara’ oleh para fuqaha’
Tujuan : mengetahui bacaan Imam-Imam Qurra’
Pengasasnya : para Imam Qurra’ dan menurut pendapat adalah dari Abu Umar Hafs bin
Umar Ad-Duri (Al-Budul Az-Zaahirah, Abdul Fatah Qodi)

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 13


3.2 Qiraat, Riwayat, Turuq
Qiraat adalah bacaan yang diambil atau disandarkan kepada imam-imam Qurra’ samada Imam
sepuluh (Al-Jazari) atau Imam tujuh (Al-Syathiby). Riwayat ialah bacaan yang diambil dari
murid-murid imam-imam Qurra walaupun melalui orang perantaraan. Turuq ialah bacaan yang
disandarkan kepada murid-murid dari kalangan imam-imam Qurra’. Rujuk rajah bagi penjelasan:

Hamzah
Qiraat

Sulaim

Khalaf Khallad
Riwayat

Idris Ibnu Syazan


Turuq

Antara qiraat dari kalangan Ahli Qurra dalam Al-Syathiby (Imam Tujuh) ialah :
1. Imam Nafi’ (Riwayat : Qolun dan Warsy)
2. Ibnu Kathir (Riwayat : Al-Bazzi dan Qunbul)
3. Abu Amru (Riwayat : Ad-Duriy dan As-Susi)
4. Ibnu Amir (Riwayat : Hisyam dan Ibnu Zakwan)
5. A’sim (Riwayat : Syu’bah dan Hafs)
6. Hamzah (Riwayat : Khalaf dan Khallad)
7. Al-Kisaiee (Riwayat : Abu al-Harith dan Ad-Duriy)

Imam sepuluh pula ialah kesemua imam di atas serta ditambahkan lagi oleh Al-Jazari dengan
memasukkan tiga lagi qiraat dari imam dibawah menjadikan ia sepuluh imam.

8. Abu Ja’far (Riwayat : Ibnu Wardan dan Ibnu Jammaz)


9. Ya’qub (Riwayat : Rauh dan Ruwais)
10. Khala Al-Bazzar (Riwayat : Ishaq dan Idris)

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 14


Menurut Qadir Jalaludin Al-Baqini, ilmu qiraat terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

1. Mutawaatirah ialah diambil secara beramai-ramai dan tidak mungkin berlaku kepalsuan
seperti di dalam qiraat imam-imam Al-Syathiby (Imam Tujuh)
2. Aahad ialah qiraat yang sah sanadnya namun tidak terdapat dalam mushaf Uthmani iaitu
dari tambahan tiga imam oleh Al-Jazari iaitu Abu Ja’far, Ya’qub dan Khala.
3. Syaazah ialah qiraat yang tidak dapat disahkan sanadnya (contoh : Qiraat Ibnu Abbas)

4.0 Bahagian IV : Panduan bagi para pengajar Al-Quran


Al-quran yang dibaca dan difahami ajarannya pastilah menuntut guru yang arif kerana menuntut
sesuatu ilmu hendaklah secara berguru. Justeru di sini dicatatkan beberapan panduan kepada para
pengajar Al-Quran. Memetik buku ‘Panduan dan Bimbingan Guru Al-Quran’ oleh Dr. Adel
M.Abdul Aziz (2006, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) para pengajar al-quran perlulah
menguasai dua bidang ilmu :

1. Ilmu Syara’ (Aqidah, Tafsir, Fiqh, Nasakh dan Mansukh, Hadith dan Sunnah, akhlak)
2. Ilmu Pengkhususan (Tajwid, Bahasa Arab, Waqaf wa Ibtida’ , penulisan rasm, sanad)

Bidang pertama bagi memberi pemantapan pengajaran kerana Al-Quran dan ajaran Islam adalah
suatu yang tidak dapat dipisahkan. Justeru, bidang ini menekankan akan pemahaman isi al-Quran
dan pemahaman syariat Islam dan akhlak Islamiyah.

Bidang kedua pula lebih menyentuh akan aspek bacaan (qiraat) agar ia sahih dan menepati
seperti apa yang diterima oleh Rasulullah yang diperdengarkan kepada para sahabat. Ia bagi
menjamin setiap lafaz tidak lari atau terpesong dari kalam al-Quran sebenar.

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 15


Penutup
Setelah menelusuri sirah Al-Quran dan perkembangannya, pengenalan kepada ilmu qiraat
beserta panduan bagi para pengajar al-Quran maka jelaslah bahawa mukjizat terbesar Rasulullah
mengandungi pelbagai ciri unik yang tiada tandingannya dan akan sentiasa terpelihara seperti
mana jaminan Allah :

       


Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar
memeliharanya. (Surah Al-Hijr(15) : Ayat 9)

Wallahu A’lam.

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 16


TUGASAN : SLQ 1012
TAJUK 1 :
MUKADIMAH AL-QURAN

PENSYARAH : USTAZ MOHD HAMBALI BIN RASHID

AHLI KUMPULAN:

Bil Nama Pelajar No. Matrik


1 MOHD HAIDHIR BIN MD YUSOF SX106113 PID04
2 ROHAYATI BINTI OSMAN SX 106125 PID04
3 RASILAH BINTI YAHYA SX 106122 PID04
4 NORSUHAIDA BINTI ABDOL MALIK SX 106119 PID04
5 ROHAYA BINTI MUSA SX 106124 PID04

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 17


Isi Kandungan

Bil Perkara

Mukadimah

Bah. I : Pengertian Al-Quran


1.1 Nama-Nama Al-Quran
1.2 Tempoh penurunan
1.3 Kaedah Penurunan
1.4 Himah Penurunan Al-Quran Beransur-ansur
1.5 Ciri Al-Quran
1.6 Mukjizat Al Quran

Bahagian II : Sejarah Pegumpulan Al-Quran


2.1 Pengumpulan zaman Rasulullah saw
2.2 Pengumpulan Zaman Khalifah Abu Bakar
2.3 Pengumpulan Zaman Khalifah Uthman
2.4 Perkembangan Mushaf Rasm Uthmani
Kepada Al-Quran Hari Ini
 ‫ ﻗطﻊ اﻻﻋراب‬Titik Menujukkan Baris
 ‫ ﻗطﻊ اﻻﻋﺟﺎم‬Titik Menujukkan zat huruf
 Wakaf dan nombor surah dan bilangan ayat
2.5 Ayat Makkiyah dan Ayat Madaniyah

Bahagian III : Ilmu Qiraat (Pembacaan)


3.1 Ringkasan Ilmu Qiraat
3.2 Qiraat, Riwayat, Turuq

Bahagian III : Panduan Bagi Pengajar Al-Quran


Penutup
Bibliografi
Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 18
BIBLIOGRAFI

1
Buku : Ensiklopedia Tematis Dunia Islam ‘Faktaneka dan Indeks’
Penulis : Prof Dr. Taufik Abdullah
Tahun : 2002
Penerbit : Pt. Ichtiar Baru Van Hoeve

2
Buku : Muslim Almanac
Penulis : Azim A. Nanji
Tahun : 1996
Penerbit : Gale Research Inc

3
Buku : Ensiklopedia Al-Quran
Penulis : H.Facharuddin Hj
Tahun : 1992
Penerbit : Pt. Research Cipta

4
Buku : Sejarah Al-Quran
Penulis : Abdul Fattah El-Qadhi (*terjemahan oleh Ismail Mohd Hassan)
Tahun : 1999
Penerbit : Yayasan Islam Terengganu

5
Buku : Pengenalan Ilmu Qiraat
Penulis : Mohd Rahim Jusoh
Tahun : 2001
Penerbit : Mahsuri Timur

6
Buku : Islam In Focus
Penulis : Hammudah Abdulati
Tahun : 1997
Penerbit : El-Falah

Al-Quran : Muqaddimah dan Sejarah Mohd Haidhir Md Yusof 016-251 5868 19

You might also like