2.1 Manual KK PP 2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MA LAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL )

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

MANUAL KERJA KURSUS


PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 4 (946/4)
STPM 2019

PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja.
______________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 21 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2019

Kandungan

0 TERHAD
TERHAD

Bil Perkara Halaman

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan 2

2.0 Objektif Penilaian 2

3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2

3.1 Arahan Am 2

3.2 Tanggungjawab Pengetua 2


3
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan

3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 4

3.5 Tanggungjawab Calon 5

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 6

5.0 Format Penulisan 7

6.0 Struktur Penulisan 8

7.0 Penskoran Markah 9

8.0 Skema Penskoran Markah 9

BAHAGIAN II : CALON
9.0 Tanggungjawab Calon 10
10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 11
11.0 Format Penulisan 12
12.0 Struktur Penulisan 12
Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14-15
Lampiran 16-20

1 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan

Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah
swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Semester 3, yang
dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada tarikh
yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan
diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk
membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan
akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian
Perniagaan STPM.

2.0 Objektif Penilaian

Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk:
2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini
2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam
sebuah organisasi yang baik
2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian kes
berkenaan
2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran

3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus

3.1 Arahan am
3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada calon sekolah
kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon
persendirian individu.
3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil mata pelajaran
Pengajian Perniagaan pada Semester 3 pengajian Tingkatan Enam.
3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran
yang berterusan.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah. Mesyuarat
mestilah diadakan sekurang-kurangnya sebanyak dua kali dalam satu semester kerja
kursus.
3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja Kursus
Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail kerja
kursus bagi mata pelajaran masing-masing
3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan diselia oleh
guru Pengajian Perniagaan
3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut
peraturan yang ditetapkan
3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut
peraturan pemarkahan yang ditetapkan

2 TERHAD
TERHAD

3.2.6 Mengesahkan markah penulisan kerja kursus yang diperoleh calon dengan menandatangani
Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
3.2.7 Memastikan guru menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) ke
MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu selepas
penghantaran markah dalam e-submission
3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan
Kerajaan
3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan bahawa semua
calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja kursus
3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan
memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.3.3 Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan dalam
Skema Pemarkahan Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) dan
menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk
dihantar kepada MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni)
3.3.4 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan berdasarkan garis
panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual Perancangan dan
Pelaksanaan
3.3.5 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya
3.3.6 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan
3.3.7 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses
data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.3.8 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat dalam Panduan
Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus
3.3.9 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus
3.3.10 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh membaiki
hasil kerja
3.3.11 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik
3.3.12 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan secara
individu
3.3.13 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus Pengajian
Perniagaan
3.3.14 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan
pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon hendaklah
menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah ditetapkan
oleh pihak MPM (Lampiran 1).
3.3.15 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah
ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja
kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal
dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.3.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon
(BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus Pengajian
Perniagaan
3.3.17 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.18 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja

3 TERHAD
TERHAD

Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus.
3.3.19 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.3.20 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BMKKC
(Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang
baharu
3.3.21 Mendapatkan pengesahan daripada Pengetua dan menghantar markah kerja kursus Pengajian
Perniagaan calon kepada MPM (up. En. Kamarudin bin Kusni) dengan menggunakan
Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC) (Lampiran 5).
Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon
dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak
mengambil kertas 946/4.
3.3.22 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir
kerja kursus calon
3.3.23 Menilai hasil kerja calon secara berterusan
3.3.24 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon
3.3.25 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan
sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada
mana-mana bahan atau tulisan.
3.3.26 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian
Perniagaan bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja
Kursus Calon (BMKKC)
3.3.27 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah
ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak mengambil
kertas 946/4.
3.3.28 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon
disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan
dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan
3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta
3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja
kursus Pengajian Perniagaan
3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja
kursus Pengajian Perniagaan
3.4.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan
memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan
(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan
3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses
data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa
menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

4 TERHAD
TERHAD

3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu
3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan dan tempoh yang
ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus mengikut masa
yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan. Selain itu, guru
hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja kursus untuk
menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat
atau data yang berkaitan dengan kerja kursus.
3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data atau maklumat,
dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa
pencarian atau pengumpulan maklumat
3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan
pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon
hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).
3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang telah
ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja
kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon
(BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC
setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan
kerja kursus.
3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.5 Tanggungjawab Calon
3.5.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja
kursus Pengajian Perniagaan.
3.5.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal semester tiga sehingga
tamat semester tersebut.
3.5.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk
dan pelaksanaan kajian.
3.5.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari
dan mengumpul data.
3.5.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah
disediakan secara individu.
3.5.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-
sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-
mana bahan atau tulisan.
3.5.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan
pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.

5 TERHAD
TERHAD

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan


Perancangan dan
Tarikh Tindakan guru Tindakan calon
perlaksanaan aktiviti
19 April Tugasan kerja kursus  Taklimat tugasan kerja • Menerima arahan tugasan
2019 diterima kursus kepada calon
• Menyemak
(sila rujuk manual kerja
http://www.mpm.edu.my
kursus)
• Memahami skop tugasan
kerja kursus
• Merancang jadual kerja
20 April Taklimat PN dengan  Menghadiri taklimat
hingga Guru Tingkatan 6
tersebut dan
24 Mei
memberikan sepenuh
2019
perhatian semasa
taklimat berlangsung
25 Mei Persiapan awal • Membincangkan dan Membuat persiapan awal:
hingga sebelum menjalankan membimbing pemilihan • Keperluan kewangan
9 Jun 2019 kerja kursus tajuk dan jadual kerja • Pengesahan sekolah dan
• Menyediakan kebenaran penjaga
suratmenyurat • Perancangan kerja
• Menjelaskan pelajar • Penyediaan peralatan dan
tentang elemen instrumen seperti borang
kemahiran insaniah (soft soal selidik
skills) yang akan dinilai • Mengenal pasti sumber
• Menjelaskan item-item rujukan, seperti sumber
yang dinilai dalam sekunder, sumber internet,
penulisan laporan kerja dan sumber-sumber lain.
kursus
10 Jun Penyediaan dan • Membimbing pelajar • Mengumpul data dan
hingga penulisan laporan Kerja sepanjang penghasilan maklumat melalui
20 Sept. kursus untuk sesi KK pemerhatian, pencerapan,
2019 penilaian • Membantu penyelesaian pengukuran, temu bual
masalah yang timbul dan
• Memantau kaji selidik
perkembangan tugasan • Memperoleh data dan
• Membimbing calon maklumat dari sumber
untuk menulis laporan sekunder
mengikut format yang • Menyusun dapatan (data
ditetapkan dan maklumat) mengikut
• Membaiki kelemahan keutamaan dan struktur
dan membimbing calon tugasan
membuat • Memproses, mentafsir,
penambahbaikan menganalisis, dan
merumus data dan
maklumat
• Mempersembahkan data
dan maklumat dalam
bentuk yang sesuai,
seperti peta lokasi, jadual,
graf,
carta, dan lain-lain
• Membincangkan dapatan
hasil kajian dan
menghubung kait dengan
prinsip dan teori yang

6 TERHAD
TERHAD

dipelajari
Perancangan dan
Tarikh Tindakan guru Tindakan calon
perlaksanaan aktiviti

 Berlatih membuat
pembentangan mengikut
format yang sesuai.
Sesi pembentangan
2 Sept.  Memeriksa dan memberi • Hantar laporan bertulis
dan penilaian • Sesi pembentangan
hingga markah laporan kerja
20 Sept. kursus dan (10 minit hingga 15 minit
2019 pembentangan sahaja untuk setiap calon)

21 Sept.
Penskoran kerja  Menghantar markah ke
kursus dan hantaran MPM
hingga
markah ke MPM
21 Okt.
2019

Enam bulan Pelupusan evidence kerja kursus


dari tarikh
keputusan
STPM
diumumkan

5.0 Format Penulisan

5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari
maklumat tambahan.
5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut
format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Langkau (spacing): 1.0 dibenarkan hanya bagi Abstrak
(f) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.
5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna hijau muda (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.

7 TERHAD
TERHAD

6.0 Struktur Penulisan

Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan
kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja
kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap
hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang
berikut:
(a) Tajuk,Abstrak dan Pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji. (b)
Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang
telah ditentukan.
(c) Latar belakang kajian
Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan keperluan
tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.
(d) Kaedah kajian
Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data
primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal
selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam
kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data
melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan pengumpulan
laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi
justifikasi penggunaannya.
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Calon dikehendaki mengkaji aspek-aspek yang berikut:
1. Proses pengeluaran
2. Perancangan pengeluaran yang merangkumi aspek
• Jenis pengeluaran
• Susun atur pengeluaran
3. Faktor persekitaran yang mempengaruhi perniagaan yang terdiri daripada:
• Persekitaran umum
• Persekitaran tugas
4. Dua elemen dalam campuran pemasaran
• Produk
• Pengedaran
• Harga
• Promosi
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan
(h) Lampiran
Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang
relevan sahaja

8 TERHAD
TERHAD

7.0 Penskoran markah

Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon. Calon
mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang dikemukakan
sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian bagi calon
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran berkenaan.
Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa yang dilantik
oleh MPM.

8.0 Skema Penskoran Markah Kerja Kursus

Bil. Kriteria Markah

1 Tajuk, Abstrak, dan Pengenalan 3

2 Objektif kajian 2

3 Latar belakang kajian 6

4 Kaedah kajian 7
5 Dapatan kajian dan perbincangan (a)
Susunan dan kekemasan laporan
10
(b) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat 15

(c) Analisis dan pentafsiran 15

(d) Gaya dan bahasa 5

6 Rumusan kajian, cadangan, dan penutup 10

7 Rujukan 3

8 Lampiran 3
9 Pembentangan (a)
Kerelevanan
2
(b) Soal jawab 2

(c) Kebahasaan 2

(d) Kreativiti 2

(e) Keterampilan 2

10 Kemahiran manipulatif 5

11 Kemahiran insaniah 6

JUMLAH MARKAH 100

9 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN II : CALON

9.0 Tanggungjawab Calon


9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan kerja
kursus Pengajian Perniagaan.
9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal semester tiga sehingga
tamat semester tersebut.
9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian.
9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi mencari
dan mengumpul data.
9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah disediakan
secara individu.
9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan sumber-
sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada manamana
bahan atau tulisan.
9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan
pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.

10 TERHAD
TERHAD

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

Perancangan dan
Tarikh Tindakan calon
perlaksanaan aktiviti

19 April Tugasan kerja kursus • Menerima arahan tugasan. Semak


2019 diterima http://www.mpm.edu.my
• Memahami skop tugasan kerja kursus
• Merancang jadual kerja

25 Mei Pelaksanaan kerja kursus Membuat persiapan awal:


hingga 9 • Keperluan kewangan
Jun 2019 • Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga
• Perancangan kerja
• Penyediaan peralatan dan instrumen seperti
borang soal selidik
• Mengenal pasti sumber rujukan, seperti
sumber sekunder, sumber internet, dan
sumber-sumber lain.

10 Jun Penyediaan dan penulisan • Mengumpul data dan maklumat melalui


hingga laporan kerja kursus untuk pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu
20 Sept. sesi penilaian bual, dan kaji selidik
2019 • Memperoleh data dan maklumat dari sumber
sekunder Menyusun dapatan (data dan
maklumat) mengikut keutamaan dan struktur
tugasan
• Memproses, mentafsir, menganalisis, dan
merumus data dan maklumat
• Mempersembahkan data dan maklumat dalam
bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual,
graf, carta dan lain-lain
• Membincangkan dapatan hasil kajian dan
menghubung kait dengan prinsip dan teori
yang dipelajari
• Berlatih membuat pembentangan mengikut
format yang sesuai

2 Sept. Sesi pembentangan dan • Hantar laporan bertulis


hingga penilaian • Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit
20 Sept. sahaja untuk setiap calon)
2019

21 Sept. Penskoran kerja kursus  Menghantar markah melalui e-submission


Hingga 21 dan hantaran markah ke
Okt 2019 MPM

11 TERHAD
TERHAD

11.0 Format Penulisan


11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari
maklumat tambahan.
11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut
format berikut: (a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.
11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna hijau muda (Lampiran 1)
(b) Borang perakuan calon (Lampiran 2)
(c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus
11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.

12.0 Struktur Penulisan


Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan
kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja
kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap
hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang
berikut:
(a) Tajuk, Abstrak dan Pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji. (b)
Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang
telah ditentukan.
(c) Latar belakang kajian
Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan keperluan
tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.
(d) Kaedah kajian
Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data
primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal
selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam
12 TERHAD
TERHAD

kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data
melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan pengumpulan
laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi
justifikasi penggunaannya.

(e) Dapatan kajian dan perbincangan


Calon dikehendaki mengkaji aspek-aspek yang berikut:
1. Proses pengeluaran
2. Perancangan pengeluaran yang merangkumi aspek
• Jenis pengeluaran
• Susun atur pengeluaran
3. Faktor persekitaran yang mempengaruhi perniagaan yang terdiri daripada:
• Persekitaran umum
• Persekitaran tugas
4. Dua elemen dalam campuran pemasaran
• Produk
• Pengedaran
• Harga
• Promosi
Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran
yang relevan.
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan
(h) Lampiran
Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang
relevan sahaja

13 TERHAD
TERHAD

14 TERHAD
TERHAD

15 TERHAD
TERHAD

Soalan Kerja Kursus

Calon dikehendaki memilih satu produk yang dihasilkan oleh sebuah organisasi perniagaan yang sesuai
bagi mengkaji dan menganalisis proses serta perancangan pengeluaran produk tersebut. Calon juga perlu
menerangkan persekitaran perniagaan yang mempengaruhi pengeluaran produk yang dipilih dan
seterusnya, jelaskan mana-mana dua (2) elemen campuran pemasaran bagi produk berkenaan.
Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan.

Nota: Penyediaan tugasan ini mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) 2019.

LAMPIRAN 1

16 TERHAD
TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS SEMESTER 3 TAHUN 2019

MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4)

ANALISIS PROSES PENGELUARAN, PERANCANGAN


PENGELUARAN, PERSEKITARAN UMUM,
PERSEKITARAN TUGAS DAN CAMPURAN
TAJUK PEMASARAN BAGI PRODUK ROTI GARDENIA
BAKERIES (KL) SDN BHD

NAMA CALON MAYASARI BINTI PADALI

NOMBOR KAD
001005-04-0314
PENGENALAN

ANGKA GILIRAN SB6007/1019

SMK DARUL EHSAN,

ALAMAT SEKOLAH JALAN 29 SELAYANG BARU 68100 BATU CAVES

SELANGOR DARUL EHSAN

PN. ROZITA BINTI YUSOF


NAMA GURU

TANDATANGAN GURU

TARIKH

17 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN 2
BPC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2019


KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang
markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat KK Calon

Makluman kepada calon:


Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus
calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon
lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa
cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:


Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus Pengajian
Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang
dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon
sekolah bantuan kerajaan).

Tandatangan Calon
Tarikh

Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa:


Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa
sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat

18 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN 3
BRKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2019


KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran : ……………………....... No. Kad Pengenalan : ………………………

Aktiviti dalam penghasilan


Tarikh kerja kursus Tandatangan Tandatangan
Ulasan Guru
Aktiviti (Untuk diisi oleh calon) Calon Guru

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan


Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2019 mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: ………………..………………………………

Nama Guru: ……….……………………………………………….

Tarikh : …………………............................................................

Cop Sekolah:

19 TERHAD
TERHAD

Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan pada bahagian
hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.

LAMPIRAN 4
BMKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2019


KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon : ……………………………............... Angka Giliran : ……………………………


No. Kad Pengenalan : ……………………………

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)


Markah Markah Markah
Kriteria Penilaian
Penuh Guru Penyelaras
1. Tajuk, Abstrak dan Pengenalan 3
2. Objektif Kajian 2
3. Latar belakang kajian 6
4. Kaedah Kajian 7
5. Dapatan Kajian dan Perbincangan
(a) Susunan dan kekemasan laporan 10
(b) Kecukupan, ketepatan dan
15
kesesuaian maklumat
(c) Analisis dan pentafsiran 15
(d) Gaya dan bahasa 5
6. Penutup rumusan kajian dan cadangan 10
7. Rujukan 3
8. Lampiran 3
9. Pembentangan
(a) Kerelevanan 2
(b) Soal jawab 2
(c) Kebahasaan 2
(d) Kreativiti 2
(e) Keterampilan 2
10. Kemahiran Manipulatif 5
11. Kemahiran Insaniah 6
Jumlah Markah 100

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS


Saya memperakui bahawa markah Saya memperakui bahawa markah dan dan butiran di atas
adalah benar. Butiran di atas adalah benar.
Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………………… Tandatangan Penyelaras: ………………………
Nama : ……………………………………………… Nama : ………………………………………….

20 TERHAD
TERHAD

No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan :


…………………………. Tarikh : …………………………………………….. Tarikh :
…………………………………………
No. Telefon (sekolah) : …………………………… No. Telefon (sekolah) : ……………………….

Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan
perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

LAMPIRAN 5
BRuMKK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

SEMESTER: _________________ TAHUN: _________________

MATA PELAJARAN: _______________________________

NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________


(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA


Saya memperakui bahawa markah dan butiran
Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar. di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……... Tandatangan Pengetua: …………………………..

Nama: ……………………..…………………….. Nama: ………………………………………………..

21 TERHAD
TERHAD

No. Kad Pengenalan: ………………………..… No. Kad Pengenalan: ……………………………….

Tarikh: ………………………………………..…. Tarikh: ……………………………………………...

No. Telefon (sekolah) : ………………………. No. Telefon (sekolah): ……………………………

(bimbit): …………………………. (bimbit): ………………………………


Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia selewat-
lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.

22 TERHAD

You might also like