KK PP P3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 41

970427-10-5280

1.0 RUMUSAN EKSEKUTIF

Airisya Alesya Chocotop Enterprise menyediakan rancangan perniagaan ini untuk


mendapatkan pinjaman daripada pihak bank.Perniagaan ini memerlukan biaya daripada
pihak bank sebanyak RM 100,000.

Perniagaan ini dimiliki oleh Ain Azrien Binti Rosli.Beliau berumur 25 tahun dan
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan. Walaupun
tiada pengalaman bekerja sebelum ini,beliau percaya dengan berbekalkan kemahiran dan
pengetahuan dalam bidang perniagaan serta masakan,perniagaan ini akan terus maju di
bawah penyeliaan beliau.Beliau juga turut melibatkan diri di dalam pelbagai jenis kursus
yang ditawarkan seperti Kursus Keusahawanan dan Kursus Pastri.

Objektif,visi dan misi perniagaan ini telah ditetapkan sejak dari mula perniagaan ini
ditubuhkan.Hal ini menunjukkkan bahawa Airisya Alesya Chocotop Enterprise
mempunyai matlamat yang jelas untuk memajukan perniagaan ini.Misi perniagaan ini
ialah mempelbagaikan jenis produk yang berunsurkan coklat yang digemari oleh pelbagai
lapisan masyarakat dan visi perniagaan ini ialah memperkenalkan produk yang dijual di
seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak serta sentiasa memperbaiki mutu
produk.Untuk mencapai visi dan misi tersebut,objektif perniagaan perlu dicapai terlebih
dahulu.Antara objektif perniagaan ialah meningkatkan jualan produk sebanyak 5% setiap
tahun,mencipta satu menu baru dalam masa 6 bulan serta membuka 3 buah cawangan
seperti di IKEA Kota Damansara,Bangunan Medan MARA dan Berjaya Times Square
dalam tempoh 10 tahun.

Seramai 5 orang pekerja telah diupah untuk membantu pemilik perniagaan ini
menguruskan dan melicinkan perjalanan perniagaan.Kebajikan setiap pekerja akan dijaga
dengan baik kerana pekerja merupakan aset terpenting perniagaan.Tanpa
pekerja,perjalanan syarikat ini akan mengalami masalah pengeluaran dan juga operasi.

Airisya Alesya Chocotop Enterprise memulakan perniagaan ini dengan menggunakan


modalnya sendiri sebanyak RM 100,000.Sebanyak RM 50,000 digunakan sebagai modal
tunai perniagaan bersama dengan aset-aset yang lain. Baki RM 50,000 pula dimasukkan
ke dalam bank.Perniagaan ini telah memohon pinjaman daripada Maybank sebanyak RM
100,000 untuk digunakan bagi melancarkan lagi perjalanan perniagaan ini di masa akan
datang.

1
970427-10-5280

Airisya Alesya Chocotop Enterprise menjalankan perniagaan menjual chocotop di


premis perniagaan dan menghantar chocotop dari rumah ke rumah dengan caj
perkhidmatan serendah RM 2 sekitar Kuala Lumpur mengikut kawasan.Di samping
itu,perniagaan ini juga turut menerima tempahan chocotop untuk dijadikan cenderamata
untuk pelbagai jenis majlis seperti majlis perkahwinan,majlis hari jadi dan majlis rumah
terbuka.Brownies akan diberikan secara percuma kepada sesiapa yang membuat tempahan
chocotop mengikut kuantiti sebagai tanda penghargaan kerana pelanggan percaya dengan
perkhidmatan tempahan ini.

Seramai 5 orang pekerja telah diupah untuk membantu pemilik perniagaan ini
menguruskan dan melicinkan perjalanan perniagaan.Kebajikan setiap pekerja akan dijaga
dengan baik kerana pekerja merupakan aset terpenting perniagaan.Tanpa kehadiran
pekerja,perjalanan syarikat ini akan mengalami masalah pengeluaran dan juga operasi.

Slogan Airisya Alesya Chocotop Enterprise iaitu ‘Happiness come from the full house
of melting chocolate’ menunjukkan bahawa coklat dicipta sebagai sesuatu makanan yang
boleh membawa perasaan yang unik kepada penggemarnya.Hal ini sesuai dengan lambang
dan simbol coklat itu sendiri sebagai pengisytiharaan ungkapan terima kasih,simpati,kasih
sayang dan cinta.

2
970427-10-5280

2.0 PENGENALAN

Koko atau nama saintifiknya Theobroma Cacao merupakan bahan utama dalam pembuatan
coklat.Perkataan ‘Sterculiaceae’ yang mewakili koko berasal daripada bahasa Yunani yang
membawa maksud makanan para dewa yang hanya digunakan untuk upacara keagamaan.

Pada tahun 1847,koko telah diolah untuk dijadikan coklat di Eropah. Coklat mula diterima
oleh masyarakat sebagai manisan yang digemari ramai.Mitos yang menyatakan bahawa coklat
mempunyai 1200 jenis zat dan tidak menggemukkan mula diterima ramai dan seterusnya
mambawa kepada perkembangan pembuatan coklat di seluruh dunia termasuk negara
Malaysia.

Tekstur coklat yang cair dimulut dan sedap dimakan menjadikannya sejenis manisan yang
digemari oleh semua peringkat umur dan lapisan masyarakat.Keunikan bentuk dan rasa yang
sering diolah oleh pengusaha menjadikannya sangat menarik perhatian penggemarnya.Coklat
diisytiharkan sebagai lambang ataupun simbol sebagai ungkapan terima kasih, simpati,kasih
sayang,cinta dan sebagainya.

Coklat merupakan sejenis makanan yang boleh dijadikan makanan ringan ataupun kudapan
mendapat sambutan yang agak memberangsangkan oleh masyarakat di Malaysia kerana
senang dimakan tidak kira tempat dan waktu.Ini terbukti dengan lambakan perniagaan yang
menjual pelbagai jenis coklat seperti Chocolate Collection.

Pada masa ini,perniagaan yang mengusahakan pelbagai jenis coklat semakin bertambah
dari semasa ke semasa di seluruh pelosok negara Malaysia.Akan tetapi,saya yakin bahawa
Airisya Alesya Chocotop Enterprise akan terus maju di dalam perniagaan ini kerana cara
pembuatan yang tradisional masih dikekalkan dengan menggunakan bahan mentah yang
berkualiti mengikut cita rasa yang digemari oleh pelanggan.

3
970427-10-5280

3.0 OBJEKTIF

MISI :
Mempelbagaikan jenis produk yang berunsurkan coklat yang digemari oleh pelbagai
lapisan masyarakat.

VISI :
Memperkenalkan produk yang dijual di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah
Sarawak serta memperbaiki mutu produk.

TAGLINE :
‘Happiness come from the full house of melting chocolate’

Objektif :
1. Meningkatkan jualan produk sebanyak 5% setiap tahun.
2. Mencipta satu menu baru dalam masa 6 bulan.
3. Membuka 3 buah cawangan seperti di IKEA Kota Damansara,Bangunan Medan
MARA dan Berjaya Times Square dalam tempoh 10 tahun.

4
970427-10-5280

4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama Perniagaan : AIRISYA ALESYA CHOCOTOP ENTERPRISE

Alamat : NO. 45,JALAN 2,CENTER POINT,68100 BATU CAVES,


SELANGOR DARUL EHSAN.

No. Telefon : 03-618 88888

No. Faks : 03-618 88889

E-mail : AAchocotop@gmail.com.my

Jenis Milikan Perniagaan : MILIKAN TUNGGAL

Modal Permulaan : RM 100,000

Tarikh Perniagaan Ditubuhkan : 1 APRIL 2016

No. Pendaftaran Perniagaan : AA9977886-B

Nama Bank : Maybank

No. Akaun : 162205122220

Masa Operasi :

Hari Waktu
Isnin Cuti
Selasa - Khamis 11 pagi – 9 malam
Jumaat 3 petang – 9 malam
Sabtu - Ahad 11 pagi – 10 malam
Bilangan pekerja :

5
970427-10-5280

BILANGAN JAWATAN
(orang)
1 Pengurus
1 Pembuat Coklat
1 Pembantu Pembuat Coklat
1 Juruwang
1 Jurujual
1 Penghantar Barang

Produk yang ditawarkan :

BIL. JENIS CHOCOTOP


1 Original
2 Oreo
3 Kitkat
4 Special Kitkat
5 Double Kitkat
6 M&M
7 Special

Kegiatan perniagaan :

BIL. KEGIATAN
1 Menjual chocotop di premis perniagaan
2 Menerima tempahan chocotop untuk majlis
3 Menawarkan perkhidmatan menghantar chocotop dari rumah ke rumah.

5.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

Nama Pemilik : AIN AZRIEN BINTI ROSLI

No. Kad Pengenalan : 910427-10-5280

Tarikh Lahir : 27 APRIL 1991

6
970427-10-5280

Umur : 25 TAHUN

Jantina : PEREMPUAN

Alamat : A-1-2 PANGSAPURI WIRA DAMAI,1B/1 JALAN PINGGIRAN,


68100 BATU CAVES,SELANGOR DARUL EHSAN.

No, Telefon : 017-2222 8888

E-mail : ain.azrien@gmail.com.my

Status : BUJANG

Kelulusan : IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN DAN


PERAKAUNAN.

Kursus yang pernah diikuti :KURSUS KEUSAHAWANAN DAN KURSUS


PASTRI.

Kemahiran : BERKEBOLEHAN DALAM BIDANG PASTRI DAN BAKERI.

6.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Airisya Alesya Chocotop Enterprise menjalankan perniagaan yang menjual suatu jenis
makanan ringan yang berasaskan coklat yang sesuai dimakan oleh semua peringkat umur
dan lapisan masyarakat.Bertih beras yang disaluti dengan limpahan coklat disertakan pula
dengan pelbagai jenis perasa yang menghiasi permukaan coklat menambahkan lagi tarikan
dan keunikan chocotop yang dijual.Hal ini membuatkan Chocotop yang kebiasaannya

7
970427-10-5280

dilihat tidak begitu menarik menjadi unik setelah diolah rasa dan rupanya seiring dengan
cita rasa pelanggan pada masa ini.
(Rujuk Lampiran 2)

Teknik pembungkusan juga diambil kira oleh perniagaan ini.Imej produk yang dijual
itu sendiri akan menarik minat pelanggan terhadap chocotop yang dijual.Pelbagai jenis
perasa atau lebih dikenali sebagai ‘topping’ di atas permukaan chocotop disusun dengan
teratur dan tersusun bagi menampakkan kekemasan yang ingin ditonjolkan oleh pemilik
perniagaan.Label perniagaan ditampal di atas permukaan bekas chocotop sebagai langkah
promosi untuk memberitahu orang ramai sedikit maklumat mengenai Airisya Alesya
Chocotop Enterprise.
(Rujuk Lampiran 1)

Berbekalkan modal sendiri sebanyak RM 100,000,Airisya Alesya Chocotop Enterprise


cuba sedaya upaya untuk membangunkan perniagaan ini dengan jayanya.
Segala keperluan perniagaan ini akan cuba diperolehi dengan menggunakan modal
sebanyak ini.

Selain menjual chocotop di premis perniagaan yang sedia ada,perniagaan ini juga
menawarkan perkhidmatan menghantar chocotop dari rumah ke rumah dengan
mengenakan caj perkhidmatan yang sangat murah sekitar Kuala Lumpur serendah RM 2
sahaja mengikut kawasan.Perniagaan ini juga menerima tempahan bagi setiap majlis
seperti majlis perkahwinan,majlis hari jadi dan majlis rumah terbuka yang akan diadakan
oleh pelanggan tidak kira masa walaupun dalam kuantiti yang banyak.
Airisya Alesha Chocotop Enterprise menawarkan harga Chocotop yang berpatutan
serta boleh dinikmati oleh semua orang.Hal ini kerana perniagaan ini mensasarkan
golongan yang mempunyai taraf hidup sederhana tinggi dan perniagaan ini percaya
mereka mampu membeli chocotop yang ditawarkan.Promosi secara agresif dan aktif yang
dilakukan oleh pemilik dan pekerja perniagaan ini melalui media sosial seperti
Instagram,Facebook dan Wechat menambahkan lagi keuntungan bagi perniagaan ini.
(Rujuk Lampiran 4)

8
970427-10-5280

No. 45,Jalan 2,Center Point, 68100 Batu Caves,Selangor Darul Ehsan dipilih untuk
menjadi lokasi perniagaan bagi Airisya Alesya Chocotop disebabkan lokasinya yang agak
strategik di mata pemilik perniagaan ini.Berhadapan dengan pasaraya besar GIANT dan
taman perumahan yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi menyebabkan lokasi
ini sering menjadi tumpuan pelanggan.Deretan kedai yang banyak tidak menjadi sebarang
halangan bagi Airisya Alesya Chocotop untuk bertapak di sini kerana perniagaan ini
mampu berdiri teguh dan terus maju.
Papan tanda kedai diletakkan di hadapan kedai bagi memudahkan pelanggan mencari
premis perniagaan ini dengan mudah. (Rujuk Lampiran 1)

Lokasi perniagaan ini mempunyai infrastruktur yang agak padat dan mencukupi.
Berhadapan dengan jalan raya besar menyebabkan pelanggan dan pekerja tidak perlu
runsing mengenai pengangkutan.Bas Rapid dan teksi sering melalui kawasan ini untuk
mengambil dan menurunkan penumpang.Tempat letak kereta bawah tanah juga disediakan
di kawasan ini dengan bayaran serendah RM 0.40 untuk sejam pertama bagi memudahkan
pelanggan meletakkan kenderaan mereka.

Keluasan kedai yang agak besar menambahkan lagi keselesaan kepada pemilik serta
pekerjanya.Pelanggan akan berpuas hati dan berasa selesa untuk memilih barangan
mereka kerana persekitan yang agak luas serta tersusun rapi di dalam premis perniagaan
ini..Susun atur operasi dan pengeluaran premis juga disusun dengan strategik supaya
sentiasa kelihatan kemas. (Rujuk Lampiran 3)

Permohonan pinjaman sebanyak RM 100,000 dilakukan untuk beberapa tujuan.


Antaranya ialah untuk membuka cawangan.Sebanyak 3 buah cawangan ingin dibuka oleh
Airisya Alesya Chocotop Enterprise seperti di IKEA Kota Damansara,Bangunan Medan
MARA dan Berjaya Times Square dalam masa 10 tahun yang akan datang.
Ketiga-tiga tempat ini dilihat mempunyai peluang yang agak tinggi bagi memberikan
keuntungan kepada perniagaan ini kerana sentiasa dipenuhi dengan para pelanggan.

9
970427-10-5280

Selain itu,perniagaan bercadang untuk menambahkan lagi pengeluaran chocotop di


masa akan datang.Untuk menambahkan pengeluaran chocotop,perniagaan memerlukan
lebih banyak pekerja untuk membantu menguruskan premis perniagaan ini tidak kira di
bahagian operasi ataupun pengeluaran.Dengan menggunakan pekerja yang sedia ada
kini,perniagaan tidak mampu melakukan segala tugas.Peralatan dapur yang lebih canggih
juga diperlukan seperti mesin ‘double-boiler’ dan peti sejuk Hal ini untuk
mempercepatkan lagi proses pemprosesan chocotop tersebut.Penggunaan dapur masakan
seperti sekarang mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan chocotop.Pemilik
perniagaan ini percaya dengan penambahan pekerja dan peralatan dapur dapat
memaksimumkan pengeluaran chocotop ini.

Jumlah perkerja masa kini :

JAWATAN BILANGAN
(ORANG)
Pengurus 1
Pembuat Coklat 1
Pembantu Pembuat Coklat 1
10
970427-10-5280

Juruwang 1
Jurujual 1
Penghantar Barang 1

Jumlah pekerja akan datang :

JAWATAN BILANGAN
(ORANG)
Pengurus 1
Pembuat Coklat 1
Pembantu Pembuat Coklat 3
Pembungkus Chocotop 2
Juruwang 2
Jurujual 3
Penghantar Barang 3

7.0 RANCANGAN ORGANISASI

Setiap jawatan yang dipegang oleh seseorang pekerja memainkan peranan ataupun
tanggungjawab yang penting tidak kira setinggi mana ataupun serendah mana jawatan
yang disandang.

Perniagaan Airisya Alesya Chocotop Enterprise mempunyai 5 orang tenaga kerja


yang bertanggungjawab untuk melicinkan perjalanan perniagaan ini.Setiap jawatan
hanya dipegang oleh seorang pekerja sahaja.Hal ini dilakukan untuk mengelakkan
sebarang penyelewengan dan ketidaktepatan pengurusan jawatan oleh pekerja. Antara

11
970427-10-5280

jawatan yang disandang oleh pekerja Airisya Alesya Chocotop Enteprise ialah pembuat
coklat,pembantu pembuat coklat, juruwang, jurujual dan penghantar coklat.

Airisya Alesya Chocotop Enterprise amat menjaga kebajikan pekerja mereka.Hal ini
kerana perniagaan ini menganggap bahawa perja merupakan aset perniagaan.Perniagaan
ini mempunyai satu prinsip mengenai pembayaran gaji pekerja mereka.Gaji pekerja
akan dibayar tepat pada masa.Setiap pekerja diwajibkan untuk mencarum kepada
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui potongan gaji.Hal ini
menunjukkan bahawa pengurus perniagaan ini menjaga kebajikan dan keselamatan
sosial pekerja mereka dengan baik.

7.1 Carta Organisasi

12
970427-10-5280

7.2 Senarai Pekerja dan Jawatan

JAWATAN BIL. TUGAS


(orang)
Pengurus 1  Mentadbir dan mengurus
perniagaan.
 Mengawal dan menyelia pekerja
Pembuat Coklat 1  Membuat coklat
Pembantu Pembuat Coklat 1  Membantu pembuat coklat.
Juruwang 1  Mengurus pembayaran oleh
pelanggan di kaunter pembayaran.
Jurujual 1  Melayan pelanggan memilih
chocotop.
Penghantar Barang 1  Menghantar tempahan chocotop.

7.3 Gaji dan Ganjaran Pekerja untuk sebulan

13
970427-10-5280

NAMA JAWATAN GAJI CARUMAN JUMLAH


BULANAN KWSP (RM)
(RM) (12%)
Ain Azrien Pembuat Coklat 1300 156 1456
Aisya Arlina Pembantu 1200 144 1344
Pembuat Coklat
Aulia Amani Juruwang 1100 132 1232
Athirah Izzati Jurujual 1100 132 1232
Ahmad Penghantar Barang 1000 120 1120
Naufal

8.0 RANCANGAN PEMASARAN

8.1 Perkhidmatan yang Ditawarkan

14
970427-10-5280

Airisya Alesya Chocotop Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang


menjual makanan ringan ataupun kudapan yang berasaskan coklat.

Selain memasarkan dan menjual chocotop yang dijual di premis perniagaan,


Airisya Alesya Chocotop Enterprise juga menawarkan pelbagai pakej tempahan
chocotop kepada pelanggannya untuk dijadikan cenderamata pada pelbagai jenis
majlis tidak kira masa dan juga kuantiti.Antara majlis yang sering membuat
permintaan chocotop untuk dijadikan cenderamata ialah majlis perkahwinan,majlis
hari jadi,majlis rumah terbuka dan sebagainya.Hal ini berikutan cita rasa pelanggan
yang menginginkan majlis yang dirai tampak kelainan dan keunikan melalui
cenderamata yang akan diberikan kepada tetamunya berbanding dengan majlis orang
lain.

Airisya Alesya Chocotop Enterprise juga menawarkan perkhidmatan


penghantaran chocotop dari rumah ke rumah sekitar Kuala Lumpur dengan
mengenakan caj perkhidmatan yang sangat murah iaitu serendah RM 2 sahaja
mengikut kawasan.Perkhidmatan penghantaran ini diadakan pada setiap hari kecuali
ahad dan cuti umum.Pelanggan boleh memesan chocotop ini pada setiap hari dan
hanya perlu menunggu di hadapan rumah sahaja. Konsep penghantaran yang mudah
dan cepat dipraktikkan oleh perniagaan Alesya Airisya Chocotop Enterprise.

8.2 Sasaran Pasaran

Airisya Alesya Chocotop Enterprise mensasarkan penduduk di sekitar Kuala Lumpur


dan Gombak.Akan tetapi,ia tidak terhad kepada kedua tempat ini sahaja kerana
sambutan hangat juga diperolehi dari kawasan yang berlainan.Hal ini kerana Airisya

15
970427-10-5280

Alesya Chocotop Enterprise pernah memasarkan chocotop yang dijual di pelbagai


karnival yang dianjurkan seperti Karnival Usahawan di Petaling Jaya.

Kuala Lumpur dan Gombak merupakan kawasan yang mempunyai penduduk yang
ramai.Kedua kawasan ini dikenali ramai kerana merupakan kawasan bandar yang agak
terkenal dan terletak di tengah-tengah ibu kota.Penduduk kawasan Kuala Lumpur dan
Gombak mempunyai taraf hidup yang sederhana tinggi.Hal ini menyebabkan Airisya
Alesya Chocotop Enterprise percaya bahawa penduduk di kawasan ini mampu
membeli chocotop yang ditawarkan dengan harga yang mampu milik dan berpatutan.

8.3 Promosi

Promosi secara aktif dan agresif sering dilaksanakan oleh Airisya Alesya Chocotop
Enterprise untuk memaksimumkan keuntungan serta mencapai visi,misi dan objektif
yang telah ditetapkan.

16
970427-10-5280

Bagi menarik minat pelanggan,perniagaan ini menawarkan promosi beli 5


chocotop dapat 1 percuma chocotop tanpa terma dan syarat.Hal ini bagi mendorong
pelanggan membeli chocotop dengan kuantiti yang banyak.

Selain itu,bagi pelanggan yang mengambil pakej tempahan chocotop sebagai


cenderamata untuk majlis perkahwinan,majlis hari jadi dan majlis rumah terbuka,
Airisya Alesya Chocotop Enterprise akan memberikan brownies sebagai cenderahati
mengikut kuantiti yang ditempah oleh pelanggan.Keistimewaan ini diberikan sebagai
tanda penghargaan kepada pelanggan kami kerana percaya dengan perkhidmatan
tempahan cenderamata yang ditawarkan oleh perniagaan ini.

Airisya Alesya Chocotop Enterprise juga melakukan promosi melalui media


sosial. Aplikasi seperti wechat,whatsapp,instagram dan facebook digunakan bagi
memberitahu maklumat perniagaan yang dijalankan serta menawarkan chocotop yang
dijual kepada orang ramai.Hal ini juga dapat membantu perniagaan ini
memperkenalkan chocotop ini dengan lebih meluas.Segala komen dan maklum balas
oleh pelanggan mengenai chocotop yang dijual akan diterima dengan hati terbuka dan
dipertimbangkan untuk meningkatkan lagi mutu perniagaan ini.

8.4 Pesaing

Setiap perniagaan yang dijalankan semestinya mempunyai pesaing tidak kira jenis
perniagaan yang kita ceburi.

17
970427-10-5280

Lambakan pesaing tidak menjadi penghalang kepada Airisya Alesya Chocotop


Enterprise untuk terus maju di dalam perniagaan yang diceburi.Walaupun begitu
banyak pesaing,perniagaan ini tidak berasa terancam dan terus berfikiran positif untuk
membangunkan perniagaan ini.

PESAING KELEMAHAN KELEBIHAN


Chocolate Collection  Harga yang lebih  Sudah lama
mahal. menjalankan
 Bekas chocotop perniagaan chocotop.
yang kecil.  Mempunyai
 Tiada perkhidmatan pelanggan tetap.
penghantaran.

8.5 Harga

18
970427-10-5280

Harga chocotop yang ditawarkan oleh Airisya Alesya Chocotop Enterprise sangat
berpatutan dan mampu dinikmati oleh semua orang tidak kira berpendapatan tinggi
atau sederhana.

BIL JENIS CHOCOTOP HARGA


. (RM)
1 Original 6.00
2 Oreo 8.00
3 Kitkat 8.00
4 Special kitkat 14.00
5 Double kitkat 11.00
6 M&M 10.00
7 Special 15.00

8.6 Ramalan Jualan

TAHUN TAHUN TAHUN TAHUN


2017 2018 2019

19
970427-10-5280

JUMLAH 290000 304500 319725

Jualan meningkat 5% pada setiap tahun melalui pelbagai jenis promosi yang telah
dijalankan oleh Airisya Alesya Chocotop Enterprise.

9.0 RANCANGAN PENGELUARAN

9.1 Proses pengeluaran


1) Input

20
970427-10-5280

 Pembekal akan menghantar bahan mentah yang dipesan oleh pengurus.


 Pekerja akan membuat angkutan masuk setelah pesanan dibuat.
 Pengurus akan membayar amaun bahan mentah kepada pembekal.
Pemeriksaan terhadap bahan mentah akan dilakukan bagi memastikan
bahan mentah yang diterima berada dalam keadaan baik dan mencukupi.
 Bahan mentah yang dibeli akan disusun dengan teratur di kawasan dapur
oleh pekerja.

2) Proses Transformasi
 Pembuat coklat akan mula membuat chocotop yang pelbagai perisa dan
dibantu oleh pembantu pembuat coklat.
 Chocotop yang siap dimasak akan dimasukkan ke dalam bekas dan
dibungkus dengan cermat agar chocotop tersebut sentiasa berada dalam
keadaan yang kemas.
 Label ‘Airisya Alesya Chocotop Enterprise’ akan ditampal di permukaan
bekas chocotop.

3) Output
 Jurujual akan menyusun atur chocotop di atas rak yang telah disediakan
mengikut perisa.
 Pelanggan akan memilih sendiri chocotop yang diingini dan melakukan
urusan pembayaran di kaunter.

9.2 Carta Alir Proses Pengeluaran

Angkutan masuk stok bahan mentah setelah pesanan dibuat.

21
970427-10-5280

Pemeriksaan bahan mentah dilakukan bagi memastikan bahan


mentah yang dibeli berada dalam keadaan yang baik dan
mencukupi.

Bahan mentah yang dibeli akan disusun dengan teratur di


kawasan dapur.

Proses membuat coklat akan dimulakan oleh pembuat coklat.

Chocotop akan dibungkus dan dilabel.

Menerima bayaran oleh pelanggan setelah pilihan dibuat.

Petunjuk :

Pengangkutan

22
970427-10-5280

Pemeriksaan

Simpanan

Operasi

9.3 Bahan Mentah Yang Diperlukan (sebulan)

JENIS BAHAN KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH


(RM) (RM)

23
970427-10-5280

Bertih beras 110 kg 5 550


Coklat bar 10 kotak 180 1800
Serbuk coklat 8 kg 10 80
Susu cair 5 kotak 30 150
Susu pekat 5 kotak 36 180
Mentega 4 kotak 42 168
Kitkat 8 kotak 144 1152
Oreo 5 kotak 36 180
M&M 5 kotak 72 360
JUMLAH 4620

9.4 Kapasiti Pengeluaran (sebulan)

JENIS CHOCOTOP KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH


(RM) (RM)
Original 250 6.00 1500
Oreo 300 8.00 2400
Kitkat 330 8.00 2640
Special kitkat 280 14.00 3920
Double kitkat 290 11.00 3190
M&M 305 10.00 3050
Special 400 15.00 6000
JUMLAH 22700

9.5 Susun Atur Premis

SINKI DAPUR MASAKAN RAK BAHAN MENTAH

PETI
RAK BAHAN MENTAH
SEJUK
MEJA

MEMBUNGKUS 24
970427-10-5280

PINTU

PELAN PENGELUARAN

RAK COKLAT KAUNTER PEMBAYARAN RAK COKLAT

RAK COKLAT RAK COKLAT

RAK COKLAT RAK COKLAT

PINTU

PELAN OPERASI

10.0 RANCANGAN KEWANGAN

10.1 Kelengkapan Kedai

BUTIRAN KUANTITI HARGA/UNIT JUMLAH


(RM) (RM)
Meja dan kerusi 3 set 600 1800
Rak 8 300 2400
Penghawa dingin 3 1100 3300
Peti sejuk 1 1000 1000
Kelengkapan dapur - 1400 1400
Meja kaunter 1 900 900
Komputer 1 1300 1300
Mesin wang 1 1500 1500

25
970427-10-5280

10.2 Perbelanjaan Bulanan

BIL BUTIRAN PERBELANJAAN (RM)


.
1 Gaji pekerja 5700
2 KWSP 684
3 Sewa premis 1500
4 Bil elektrik dan air 300
5 Bil telefon 150
6 Pengangkutan 200

10.3 Kos Pelaksanaan Projek

BIL. BUTIRAN JUMLAH (RM)


ASET TETAP
1 Kelengkapan pejabat 3000
2 Kelengkapan kedai 9200
3 Kelengkapan dapur 1400
4 Papan tanda kedai 300
5 Kenderaan 40000
JUMLAH 53900
MODAL PUSINGAN
1 Deposit sewa 1500
2 Deposit utiliti 300
JUMLAH 1800
BELANJA
Gaji 5700
Caruman KWSP 684
Pendaftaran perniagaan 500
Lesen perniagaaan 500
Sewa premis 1500
Bil elektrik dan air 300

26
970427-10-5280

Bil telefon 150


Pengangkutan 300
Ansuran kenderaan 300
JUMLAH 9834

10.4 Penyata Kewangan

AIRISYA ALESYA CHOCOTO[P ENTERPRISE


PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2016

        272400
Jualan 55440  
Tolak : Belian 1560  
Stok akhir   57000
Kos Jualan   215400
Untung Kasar    
Tolak : Belanja    
Gaji pekerja 76608  
Sewa premis 18000  
Bil elektrik dan air 3600  
Bil telefon 1800  
Pengangkutan 3600  
Ansuran kenderaan 3600  
    107208
Untung Bersih   108192
         

AIRISYA ALESYA CHOCOTOP ENTERPRISE


UNJURAN PENYATA KEWANGAN

    2017   2018   2019  


Jualan     290000   304500   319725
Tolak : Belian 56548   57678   58831  
Stok akhir 1482   1002   579  
Kos Jualan   58030   58680   59410

27
970427-10-5280

Untung Kasar   231970   245820   260315


Tolak : Belanja            
Gaji pekerja 100944   114384   127824  
Sewa premis 18000   18000   18000  
Bil elektrik dan air 3720   3840   3900  
Bil telefon 1800   1800   1800  
Pengangkutan 3600   3600   3600  
Ansuran kenderaan 3600   3600   3600  
      131664   145224   158724
      100306   100596   101591
               

10.5 Penyata Kedudukan Kewangan

AIRISYA ALESYA CHOCOTOP ENTERPRISE


PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR
31 DISEMBER 2016
    BUTIRAN   RM
Aset Bukan Semasa    
Kelengkapan Pejabat     3000
Kelengkapan Kedai       9200
Kelengkapan Dapur       1400
Papan tanda kedai       300
Kenderaan       40000
Jumlah Aset Bukan Semasa     53900
Aset Semasa      
Tunai di tangan       76292
Tunai di bank       100000
Jumlah Aset Semasa     176292
Jumlah Aset       230192
Liabiliti Semasa      
Pemiutang       22000
Jumlah Liabiliti Semasa     22000
Ekuit Pemilik      
Modal         100000
Tambah : Untung Bersih     108192
Jumlah Ekuit Pemilik     208192
          230192
         

28
970427-10-5280

AIRISYA ALESYA CHOCOTOP ENTERPRISE


UNJURAN PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

  BUTIRAN 2017 2018 2019


RM RM RM
Aset Bukan Semasa
Kelengkapan Pejabat 3000 3000 6000
Kelengkapan Kedai 9900 11300 15000
Kelengkapan Dapur 3000 4700 6300
Papan tanda kedai 300 300 600
Kenderaan 40000 40000 40000
Jumlah Aset Bukan Semasa 56200 59300 67900
Aset Semasa
Tunai di tangan 122110 63890 9711
Tunai di bank 257188 419904 572074
Jumlah Aset Semasa 379298 483794 581785
Jumlah Aset   435498 543094 649685
Liabiliti Semasa
Pemiutang 27000 34000 39000
Jumlah Liabliti Semasa 27000 34000 39000
Liabliti Bukan Semasa
Pinjaman Bank 100000 100000 100000
Jumlah Liabiliti Bukan Semasa 100000 100000 100000
Ekuit Pemilik
Modal 208192 308498 409094
Tambah : Untung Bersih 100306 100596 101591
Jumlah Ekuiti   308498 409094 510685
  435498 543094 649685
     

29
970427-10-5280

10.6 Analisis Nisbah

Analisis nisbah menunjukkan hubung kait antara satu item dengan item lain yang
dibentangkan sama ada dalam bentuk peratusan,kadar atau nisbah.

10.6.1 Nisbah Kecairan

Nisbah kecairan juga dikenali sebagai nisbah mudah tunai yang digunakan
untuk melihat keupayaan jangka pendek sesebuah entiti perniagaan untuk
menyelesaikan obligasi jangka pendek apabila matang.

10.6.1.1 Nisbah Semasa

Nisbah semasa menunjukkan hubung kait antara aset semasa dengan liabiliti
semasa.Nisbah ini digunakan untuk mengukur keupayaan sesebuah perniagaan
menjelaskan semua liabiliti semasanya dengan menggunakan aset semasa yang
ada.Selain persembahan dalam bentuk nisbah,penghitungannya juga boleh
ditunjukkan sebagai modal kerja.

Aset Semasa
Nisbah Semasa=
Liabiliti Semasa

2016 2017 2018 2019


168084 371090 475568 573577
¿ ¿ ¿ ¿
22000 27000 34000 39000

¿ 7.6 :1 ¿ 13.7 :1 ¿ 13.9 :1 ¿ 14.7 :1

30
970427-10-5280

Tafsiran :

Bagi tahun 2016,setiap RM 1 liabiliti semasa,syarikat mempunyai RM 7.60


aset semasa sebagai sandaran.Bagi tahun 2017,setiap RM 1 liabiliti
semasa,syarikat mempunyai RM 13.70 aset semasa sebagai
sandaran.Manakala,bagi tahun 2018,setiap RM 1 liabiliti semasa,syarikat
mempunyai RM 13.90 aset semasa sebagai sandaran.Bagi tahun 2019,setiap
RM 1 liabiliti semasa,syarikat mempunyai RM 14.70 aset semasa sebagai
sandaran.

10.6.2 Nisbah Keumpilan

10.6.2.1 Nisbah Ekuiti

Nisbah ini digunakan untuk menilai kestabilan perniagaan dalam jangka panjang.
Kadangkala nisbah ini juga disebut sebagai nisbah ekuiti pemilik.Nisbah ini melihat
hubung kait antara jumlah ekuiti dengan jumlah aset.

Jumlah Ekuiti
Nisbah Ekuiti=
Jumlah Aset

2016 2017 2018 2019


199984 308498 409094 510685
¿ ¿ ¿ ¿
221984 435498 543094 649685

¿ 0.90 :1 ¿ 0.70 :1 ¿ 0.75 : 1 ¿ 0.78 :1

Tafsiran :

Nisbah ekuiti pada tahun 2016 ialah 0.90,pada tahun 2017 ialah 0.70,pada tahun 2018
ialah 0.75 dan pada tahun 2019 ialah 0.78.Semakin tinggi nisbah ekuiti,semakin besar
pemilikan saham dijamin oleh aset.

10.6.2.2 Nisbah Hutang atas Ekuiti

Nisbah ini dikira untuk melihat hubung kait antara hutang dengan ekuit pemilik.

Jumlah Liabiliti
Nisbah Hutang atas Ekuiti=
Jumlah Ekuiti

31
970427-10-5280

2016 2017 2018 2019


22000 127000 134000 139000
¿ ¿ ¿ ¿
199984 308498 409094 510685

¿ 0.11 :1 ¿ 0.41 :1 ¿ 0.32 :1 ¿ 0.27 : 1

Tafsiran :

Semakin kecil nisbah hutang atas ekuiti bermakna hak tuntutan kepada pemilik
semakin tinggi.

10.6.3 Nisbah Keberuntungan

10.6.3.1 Margin Untung Bersih atas Jualan

Nisbah ini digunakan untuk mengukur peratus untung bersih sebelum cukai yang
diperoleh daripada setiap ringgit jualan bersih.

Untung bersih sebelum cukai


MarginUntung Bersih atas Jualan= × 100
Jualan bersih

2016 2017 2018 2019


108192 131664 145224 158724
¿ ×100 ¿ ×100 ¿ ×100 ¿ ×100
272400 290000 304500 319725

¿ 39.71 % ¿ 45.40 % ¿ 47.69 % ¿ 49.64 %

Tafsiran :

Bagi setiap ringgit jualan bersih,perniagaan memperoleh untung bersih sebelum cukai
sebanyak 39.71% pada tahun 2016.45.40% pada tahun 2017,47.69% pada tahun 2018
dan 49.64% pada tahun 2019.

10.6.3.2 Margin Untung Kasar atas Jualan

Nisbah ini digunakan untuk mengukur peratus untung kasar yang diperoleh daripada
setiap ringgit jualan bersih.

Untung kasar atas jualan


Margin Untung Kasar atas Jualan= ×100
Jualan bersih

32
970427-10-5280

2016 2017 2018 2019


215400 231970 245820 260315
¿ ×100 ¿ ×100 ¿ ×100 ¿ ×100
272400 290000 304500 319725

¿ 79.07 % ¿ 79.98 % ¿ 80.72 % ¿ 81.41 %

Tafsiran :

Bagi setiap ringgit jualan bersih,perniagaan memperoleh untung kasar sebanyak


79.07% pada tahun 2016,79.98% pada tahun 2017,80.72% pada tahun 2018 dan
81.41% pada tahun 2019.

10.7 Penyata Aliran Tunai

AIRISYA ALESYA CHOCOTOP ENTERPRISE


PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2017

             
Aliran tunai daripada aktiviti operasi :    
Tunai diterima daripada pelanggan   290000
Tolak : Bayaran kepada pembekal 56548  
Belanja-belanja
operasi 131664  
    188212
Aliran tunai bersih dijanakan/(digunakan) daripada aktiviti operasi   101788
     
Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan :    
Belian
kenderaan 40000  
Aliran tunai bersih dijanakan/(digunakan daripada aktiviti pelaburan   40000
     
Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan :    
Perolehan daripada pinjaman jangka panjang 100000  
Pembayaran semula hutang 10000  
Aliran tunai dijanakan/(digunakan) daripoada aktiviti pembiayaan   90000
Pertambahan/(Pengurangan) bersih dalam tunai   151788
Baki tunai pada awal
tempoh   100000
Baki tunai pada akhir   251788

33
970427-10-5280

tempoh
                 

AIRISYA ALESYA CHOCOTOP ENTERPRISE


PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018

Aliran tunai daripada aktiviti operasi :        


Tunai diterima daripada pelanggan     304500
Tolak : Bayaran kepada pembekal   57678  
Belanja-belanja operasi   145224  
      202902
Aliran tunai bersih dijanakan/(digunakan) daripada aktiviti operasi   101598
       
Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan :      
Belian kenderaan   40000  
Aliran tunai bersih dijanakan/(digunakan) daripada aktiviti pelaburan   40000
       
Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan :      
Perolehan daripada pinjaman jangka panjang   100000  
Pembayaran semula hutang   10000  
Aliran tunai dijanakan/(digunakan) daripada aktiviti pembiayaan   90000
Pertambahan/(Pengurangan) bersih dalam tunai     151598
Baki tunai pada awal tempoh     268306
Baki tunai pada akhir tempoh     419904
                 

34
970427-10-5280

AIRISYA ALESYA CHOCOTOP ENTERPRISE


PENYATA ALIRAN TUNAI BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2019

Aliran tunai daripada aktiviti operasi :        


Tunai diterima daripada pelanggan     304500
Tolak : Bayaran kepada pembekal   57678  
Belanja-belanja operasi   145224  
      202902
Aliran tunai bersih dijanakan/(digunakan) daripada aktiviti operasi   101598
       
Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan :      
Belian kenderaan   40000  
Aliran tunai bersih dijanakan/(digunakan) daripada aktiviti pelaburan   40000
       
Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan :      
Perolehan daripada pinjaman jangka panjang   100000  
Pembayaran semula hutang   10000  
Aliran tunai dijanakan/(digunakan) daripada aktiviti pembiayaan   90000
Pertambahan/(Pengurangan) bersih dalam tunai     151598
Baki tunai pada awal tempoh     268306
Baki tunai pada akhir tempoh     419904
                 

35
970427-10-5280

11.0 KESIMPULAN

Airisya Alesya Chocotop Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang menjalankan


perniagaan menjual chocotop yang mempunyai kelainan dan keunikan dari segi rasa
dan perasa yang menghiasi permukaan chocotop yang dijual. Hal ini menjadikan
produk yang dijual kelihatan unik dan istimewa di mata pelanggan.

Perniagaan ini mencuba sedaya upaya untuk memuaskan hati pelanggannya dengan
menawarkan chocotop yang sedap dimakan dengan harga yang amat murah dan
berpatutan.Selain itu,kebajikan pekerja pula sentiasa dijaga dengan baik kerana
pekerja merupakan aset kepada sesebuah perniagaan.Prinsip untuk membayar gaji
pekerja tepat pada waktu dipraktikkan sehingga ke hari ini.

Informasi terkini mengenai perniagaan ini akan sering dimuatnaik ke laman social
perniagaan ini sendiri dari semasa ke semasa.Diharapkan perniagaan ini akan terus
maju jaya di masa ini dan masa akan datang.

36
970427-10-5280

12.0 LAMPIRAN
12.1 Lampiran 1

AIRISYA ALESYA
CHOCOTOP ENTERPRISE
‘HAPPINESS COME FROM FULL
HOUSE OF MELTING CHOCOLATE’

WC : AAchocotop
WS : 01722228888
 FB : AAchocotop
INSTAGRAM : AAchocotop

LABEL PERNIAGAAN

AIRISYA ALESYA
CHOCOTOP ENTERPRISE

‘HAPPINESS COME FROM


THE FULL HOUSE OF
MELTING CHOCOLATE’

PAPAN TANDA KEDAI

37
970427-10-5280

12.2 Lampiran 2

38
970427-10-5280

12.3 Lampiran 3

39
970427-10-5280

SINKI DAPUR MASAKAN RAK BAHAN MENTAH

RAK BAHAN MENTAH


PETI
SEJUK

MEJA
MEMBUNGKUS

PINTU

PELAN PENGELUARAN

KAUNTER PEMBAYARAN

RAK COKLAT RAK COKLAT

RAK COKLAT RAK COKLAT

RAK COKLAT RAK COKLAT

PINTU

PELAN OPERASI PREMIS

12.4 Lampiran 4

40
970427-10-5280

41

You might also like