Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 36

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

TAHUN 4

Terbitan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
2019
Terbitan 2019

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62604 Putrajaya.
KANDUNGAN

Mukasurat

Rukun Negara i
Falsafah Pendidikan Negara ii
Pendahuluan 1
Cara Penggunaan Buku Panduan Pengajaran 2
Modul Pengajaran
1. 1.0 Keselamatan Bengkel
1.1 Amalan Keselamatan 3 - 25
1.1.1 Menyatakan peraturan keselamatan diri, bengkel,
peralatan dan bahan.
1.1.2 Menerangkan maksud simbol dan tanda keselamatan.
1.1.3 Mengaplikasikan langkah-langkah yang perlu diambil
sekiranya berlaku kemalangan di bengkel.
1.1.4 Membincangkan amalan keselamatan di bengkel:
i. Kebersihan bengkel
ii. Penyelenggaraan peralatan
1.1.5 Merumuskan kesan mengabaikan amalan keselamatan
di dalam bengkel.

2. 2.0 Pengenalan Kepada Reka Bentuk 27 - 66

2.1 Reka Bentuk 27 - 46

2.1.1 Menerangkan maksud reka bentuk berdasarkan


contoh produk sedia ada.
2.1.2 Mengenal pasti kepentingan reka bentuk dalam
kehidupan.
2.1.3 Membincangkan laluan kerjaya dan pekerjaan dalam
reka bentuk.
2.1.4 Menghuraikan apresiasi reka bentuk di persekitaran.
2.1.5 Memperihalkan penggunaan elemen dalam reka
bentuk:
i. Garisan
ii. Rupa
iii. Bentuk
iv. Tekstur
v. Saiz
vi. Warna
vii. Ruang
viii. Nilai
2.2 Reka Bentuk Produk Bertema 47 - 66

2.2.1 Mengenal pasti jenis garisan dalam lakaran reka bentuk.


2.2.2 Melakar pelbagai jenis garisan.
2.2.3 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran dengan
menggunakan garisan dan gabungan bentuk asas.
2.2.4 Melakar reka bentuk produk menggunakan garisan
dan gabungan bentuk asas secara bertema.
2.2.5 Menganalisis lakaran reka bentuk produk bertema yang
dihasilkan.
2.2.6 Menilai lakaran yang dihasilkan dan membuat
penambahbaikan.
2.2.7 Menghasilkan reka bentuk produk bertema mengikut
lakaran yang dibuat menggunakan bahan dan alatan
yang sesuai.
2.2.8 Membuat persembahan reka bentuk produk bertema
yang telah dihasilkan.

3. 3.0 Pengenalan Kepada Teknologi 67 - 122


3.1 3.1.1 Menerangkan teknologi dan kepentingannya kepada
kehidupan manusia.
3.1.2 Menghuraikan penggunaan teknologi peralatan secara
konvensional dan moden dalam menghasilkan produk.
3.1.3 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran bermaklumat
produk yang akan dihasilkan.
3.1.4 Membuat lakaran reka bentuk produk bermakluman
yang akan dihasilkan.
3.1.5 Menilai maklumat pada lakaran dan membuat
penambahbaikan.
3.1.6 Mengira kos bahan bagi reka
bentuk produk yang akan
dihasilkan.
3.1.7 Menghasilkan produk dengan menggunakan teknologi
yang dipilih.

3.1.8 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan


menggunakan pelbagai media.

4. 4.0 Teknologi Rumah Tangga

4.1 Reka Bentuk Pembungkusan Produk 123 - 154

4.1.1 Menghubung kait pembungkusan sedia ada dengan


reka bentuk pembungkusan.
4.1.2 Menyenaraikan ciri pembungkusan yang baik mengikut
kategori produk.
4.1.3 Menerangkan kepentingan reka bentuk
pembungkusan produk.
4.1.4 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran bermaklumat
reka bentuk pembungkusan yang akan dihasilkan.
4.1.5 Membuat lakaran reka bentuk bermaklumat
pembungkusan yang akan dihasilkan mengikut
kategori produk.
4.1.6 Menghuraikan lakaran reka bentuk bermaklumat
pembungkusan produk yang akan dihasilkan.
4.1.7 Menilai lakaran dan membuat
penambahbaikan.
4.1.8 Mengira kos bahan bagi reka bentuk pembungkusan
produk yang akan dihasilkan.
4.1.9 Menghasilkan reka bentuk pembungkusan mengikut
lakaran yang dibuat menggunakan bahan dan alatan
yang sesuai.
4.1.10 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan
menggunakan pelbagai media.

5. 5.0 Reka Bentuk Makanan 155 - 182

5.1 Reka Bentuk Makanan

5.1.1 Mengenal pasti reka bentuk yang sesuai pada jenis


makanan yang dipilih.
5.1.2 Menerangkan kepentingan reka bentuk makanan.
5.1.3 Menjana idea bagi menghasilkan lakaran
bermaklumat reka bentuk makanan yang akan
dihasilkan.
5.1.4 Menghasilkan lakaran bermaklumat reka bentuk
makanan yang akan dibuat.
5.1.5 Menghuraikan lakaran bermaklumat reka bentuk
makanan yang akan dihasilkan.
5.1.6 Menilai maklumat pada lakaran dan membuat
penambahbaikan.
5.1.7 Mengira kos bahan bagi reka bentuk makanan yang
akan dihasilkan.
5.1.8 Menghasilkan satu reka bentuk pada bahan makanan
yang dipilih berdasarkan lakaran yang disediakan
menggunakan bahan dan alatan yang sesuai.
5.1.9 Membentangkan produk yang dihasilkan dengan
menggunakan pelbagai media.

6. 6.0 Reka Bentuk Pengaturcaraan 183 - 242

6.1 Asas Pengaturcaraan 183 - 210

6.1.1 Menyatakan maksud pengaturcaraan dan kegunaan


atur cara dalam perkakasan harian.
6.1.2 Mengenal pasti algoritma iaitu pseudokod dan carta
alir.
6.1.3 Menulis pseudokod dan melukis carta alir struktur
kawalan jujukan dalam situasi ringkas.
6.1.4 Menghuraikan satu masalah menggunakan
pseudokod dan carta alir.
6.1.5 Menilai dan membuat penambahbaikan pseudokod
dan carta alir yang dihasilkan.
6.1.6 Merumuskan pseudokod dan carta alir yang telah
dihasilkan.
6.2 Pembangunan Kod Arahan 211 - 242

6.2.1 Mengenal pasti fitur-fitur pada antara muka perisian


pengaturcaraan.
6.2.2 Menggunakan fitur-fitur untuk menggerakkan objek,
memasukkan dialog, bunyi dan objek baharu dalam
perisian pengaturcaraan.
6.2.3 Membina atur cara struktur kawalan jujukan
menggunakan fitur-fitur yang sesuai untuk sesuatu
objek:
i. Melakukan pergerakan dari kedudukan A ke
kedudukan B dengan kadar kelajuan berbeza.
ii. Memaparkan dialog yang sesuai.
iii. Mengeluarkan bunyi yang sesuai.
6.2.4 Menjalankan atur cara yang dibina dan membaiki ralat
sekiranya ada.
6.2.5 Menghasilkan satu atur cara baharu menggunakan
fitur-fitur yang bersesuaian dalam perisian
pengaturcaraan.
6.2.6 Membentangkan secara lisan penghasilan atur cara
baharu dalam perisian pengaturcaraan.

Panel Penggubal Buku Panduan Pengajaran 243


RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan


seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai
cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip
yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

ii
PENDAHULUAN

Reka Bentuk dan Teknologi ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat
pengalaman pembelajaran berasaskan projek. Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)(Semakan 2017) memberi penekanan
kepada pengetahuan, kemahiran asas dalam mereka bentuk, kebolehan
mengaplikasikan teknologi asas, nilai dan apresiasi dalam reka bentuk. Murid dididik
supaya membudayakan pemikiran kritis, kreatif, inovatif, inventif dan mengamalkan
asas keusahawanan di samping dapat membentuk kemahiran berkomunikasi dan
keyakinan diri. Sebagai ilmu yang mengambil pendekatan Science, Technology,
Engineering and Mathematics (STEM) dan Pembelajaran Abad ke 21, pengajaran
dan pembelajaran yang terancang dapat meningkatkan potensi individu untuk
menjana idea sebagai pereka bentuk untuk menghasilkan produk baharu dan
bermanfaat.

Justeru, Buku Panduan Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi (Semakan 2017)
Tahun 4 ini dibina untuk membantu guru menterjemah kandungan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
(Semakan 2017) Tahun 4 serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Buku Panduan ini adalah
usaha Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan pelbagai pihak. Panduan ini mengandungi maklumat dan bahan rujukan serta
contoh pengajaran yang diharap dapat dimanfaatkan bersama oleh guru dan murid.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia


merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberi sumbangan idea, kepakaran, masa serta tenaga dalam
penghasilan modul ini.

1
CARA MENGGUNAKAN BUKU PANDUAN PENGAJARAN (BPP)

Proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi enam modul mengikut Standard


Kandungan yang mengandungi lapan sub topik berdasarkan Standard Pembelajaran.
Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubah suai serta
menambah baik aktiviti yang dicadangkan. Berikut ialah kandungan yang terdapat di
dalam buku panduan pengajaran:

Mewakili tajuk yang merangkumi aspek


Standard Kandungan pengetahuan, kemahiran dan nilai.
KKandungan

Mewakili sub tajuk yang diajar untuk diukur dan


Standard Pembelajaran
boleh dicapai oleh murid

Maklumat dan Rujukan


Mengandungi maklumat yang berkaitan tajuk
Tambahan

Langkah kerja yang perlu dilakukan oleh guru


Panduan Kerja
untuk pengajaran

Untuk menguji sejauh mana murid dapat


Lembaran Kerja
menguasai standard pembelajaran

2
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

3
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

4
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

MODUL KESELAMATAN BENGKEL


1

STANDARD KANDUNGAN (SK)

1.1 AMALAN KESELAMATAN

STANDARD PEMBELAJARAN (SP)

1.1.1 Menyatakan peraturan keselamatan diri, bengkel, peralatan dan bahan.


1.1.2 Menerangkan maksud simbol dan tanda keselamatan.
1.1.3 Mengaplikasikan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku
kemalangan di bengkel.
1.1.4 Membincangkan amalan keselamatan di bengkel:
i. Kebersihan bengkel
ii. Penyelenggaraan peralatan
1.1.5 Merumuskan kesan mengabaikan amalan keselamatan di dalam bengkel

5
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

MAKLUMAT DAN RUJUKAN TAMBAHAN

1.1.1 PERATURAN KESELAMATAN

CADANGAN AKTIVTI I can see, I Think, I wonder


PAK 21

Pengurusan keselamatan yang baik dan bersistematik dapat mengelakkan kemalangan

dalam bengkel Reka Bentuk dan Teknologi. Kemalangan berlaku disebabkan oleh kecuaian
atau kejadian di luar jangkaan. Oleh itu semua murid perlu mengutamakan keselamatan

yang telah ditetapkan di dalam Bengkel RBT.

6
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

Kemalangan boleh dielakkan dengan cara mematuhi peraturan:

a. Peraturan Keselamatan Diri:

Pastikan rambut
Pakai pakaian dan Masukkan tudung
diikat dengan
kasut yang sesuai ke dalam apron
kemas

Tanggalkan atau
Pastikan rambut
masukkan tali Masukkan tudung
diikat dengan
leher ke dalam ke dalam apron
kemas
apron

Patuhi semua Cuci tangan


peraturan semasa Gunakan alat dengan
menjalankan pelindung diri. menggunakan air
aktiviti dan sabun

b. Peraturan Keselamatan Bengkel:

1. Dilarang masuk ke dalam bengkel tanpa kebenaran guru.

2. Dilarang membawa beg ke dalam bengkel.

3. Pastikan semua pintu dan tingkap terbuka supaya bengkel


mempunyai cahaya yang cukup dan pengudaraan yang baik.

4. Minta kebenaran guru sebelum menggunakan peralatan


dan bahan.

5. Gunakan alatan dan bahan dengan cara yang betul dan


cermat.

6. Beritahu guru jika berlaku kemalangan atau kecederaan.

7. Bersihkan tempat kerja dan bengkel setelah selesai


melakukan aktiviti.

8. Bersihkan dengan segera jika terdapat sebarang tumpahan


di lantai.

9. Matikan semua suis elektrik sebelum meninggalkan bengkel.

7
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

c. Peraturan Keselamatan Peralatan dan Bahan

Peraturan Peralatan dan Bahan

1. Gunakan alatan dan bahan mengikut


prosedur.
2. Gunakan bahan dengan berhemah dan
cermat.
3. Bersihkan alatan yang telah digunakan dan
simpan di tempat yang betul.
4. Beritahu guru jika berlaku kerosakan atau
kehilangan alatan.
Kit alatan tangan
Thinner 5. Dilarang menggunakan bekas bahan
beracun, bahan kimia dan bahan mudah beroda
terbakar untuk dijadikan bahan projek.
6. Minta bantuan guru jika terdapat sebarang
keraguan ketika menggunakan alatan dan
bahan semasa membuat aktiviti.

Kit alatan tangan


Syelek

Keselamatan Peralatan dan Bahan

1. Simpan alatan dan bahan di tempat yang betul.


2. Simpan bahan-bahan yang berbahaya dan
mudah terbakar di tempat yang sesuai dan
selamat seperti di dalam almari.
3. Pastikan alat pemadam api dan peti pertolongan
cemas sentiasa dalam keadaan baik.

Peti pertolongan cemas

Panel alatan tangan

8
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

1.1.2 SIMBOL DAN TANDA KESELAMATAN

CADANGAN AKTIVTI Personal Learning Experiences


PAK 21

SIMBOL DAN TANDA MAKSUD SIMBOL DAN


KETERANGAN
KESELAMATAN TANDA KESELAMATAN

Kawasan yang dilarang untuk


Tidak Dibenarkan Merokok
merokok.

Bahan yang dilabel dengan


simbol ini dikategorikan
Bahan Beracun sebagai racun kerana ia
menyebabkan kemudaratan
atau kematian.

Alat pemadam api berfungsi


sebagai langkah memadam
Alat Pemadam Api
dan mengawal kebakaran
kecil.

Bahan yang mudah terbakar


Bahan Mudah Terbakar
apabila terkena percikan api.

Murid perlu berhati- hati masa


Lantai Licin
menggunakan kawasan ini.

9
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

SIMBOL DAN TANDA MAKSUD SIMBOL DAN


KETERANGAN
KESELAMATAN TANDA KESELAMATAN

Tanda untuk menunjukkan


Tanda Keluar laluan keluar daripada
bengkel.

Tanda peringatan kepada


pengguna bengkel supaya
Utamakan Keselamatan
sentiasa mengutamakan
keselamatan.

10
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

1.1.3 LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SEKIRANYA BERLAKU


KEMALANGAN DI BENGKEL

CADANGAN AKTIVTI Presentations (Persembahan)


PAK 21

Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja sama ada sengaja atau tidak sengaja.
Antara kemalangan yang biasa berlaku di dalam bengkel ialah luka ringan akibat terkena

benda tajam dan renjatan elektril. Guru dan murid perlu sentiasa bersedia sekiranya
berlaku kemalangan di bengkel. Antara langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya

berlaku kemalangan di bengkel ialah seperti berikut:

1. Cara Merawat Luka Ringan

BIL GAMBAR PENERANGAN

1
Bersihkan luka dengan
antiseptik.

Sapukan luka dengan iodin

Balutkan luka dengan kain


kasa (gauze) dan plaster.

11
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

Langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di bengkel.

2. Cara Merawat Mangsa Renjatan Elektrik

1. Jangan menyentuh mangsa.


2. Matikan suis utama bekalan elektrik. Pisahkan mangsa dari punca kejutan

dengan menggunakan kayu kering atau tali kering.


3. Rehatkan mangsa di tempat yang selesa dan berudara. Kemudian

longgarkan pakaiannya.
4. Beri bantuan pernafasan sekiranya perlu.

5. Dapatkan bantuan daripada anggota perubatan.

12
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

Alatan Bantuan Kecemasan

Sekiranya berlaku kemalangan di dalam bengkel, murid perlu tahu di mana peti
pertolongan cemas diletakkan. Peti pertolongan cemas perlu ada dalam setiap bengkel

RBT. Ini penting bagi persediaan sekiranya berlaku kemalangan di dalam bengkel.
Antara bahan dan ubat-ubatan yang perlu ada dalam peti pertolongan cemas ialah:

1. Peti pertolongan cemas digunakan untuk merawat luka atau kecederaan ringan.
2. Peti pertolongan cemas perlu diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan senang

untuk digunakan.
3. Peti pertolongan cemas perlu mempunyai ubat- ubatan, bahan rawatan luka dan

kecederaan seperti:
a. Ubat luka

b. Iodin
c. Kain pembalut luka

d. Kapas
e. Kain anduh

f. Gunting
g. Plaster
4. Murid perlu mendapat nasihat dan panduan guru sebelum menggunakan
ubat-ubatan dan bahan rawatan.
13
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

1.1.4 AMALAN KESELAMATAN DI BENGKEL

CADANGAN AKTIVTI Hot Seating (Kerusi Panas)


PAK 21

Guru dan murid akan berbincang berkenaan amalan kebersihan bengkel dan
penyelenggaraan alatan.

i. Kebersihan Bengkel

Bengkel yang bersih dan teratur dapat mengelakkan kemalangan berlaku. Kerja
pembersihan bengkel dapat dilaksanakan dengan lancar berpandukan jadual tugas

murid. Apakah yang akan berlaku sekiranya bengkel dibiarkan bersepah? Bincangkan
amalan kebersihan di bengkel mengikut gambar A dan gambar B.

Gambar A Gambar B

Suasana di dalam bengkel.

Susun atur peralatan dan bahan di dalam bengkel.


14
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

Peralatan dan bahan menjahit

ii. Penyelenggaraan Peralatan

Semua peralatan perlulah disenggara dan dijaga supaya dalam keadaan baik, tahan

lama serta mudah di ambil apabila diperlukan.

a. Menyelenggara Pen 3D (3 Dimensi)

1. Bersihkan bahagian tip pen 3D dengan


menggunakan span basah.
2. Buang lebihan bahan mencetak daripada lubang
pen 3D.
3. Simpan pen 3D di dalam bekas yang disediakan.

Peringatan: Bahan mencetak perlu disimpan di tempat kedap udara untuk menjamin
jangka hayat bahan mencetak tersebut.

b. Menyelenggara Gunting

1. Buang habuk dan kekotoran dengan berus yang sesuai.


2. Bersihkan gunting dengan kain atau dengan berus.

3. Sapu gunting dengan sedikit minyak pelincir bagi


melindunginya daripada berkarat dan melincirkan
bahagian yang bergerak.
4. Simpan gunting pada panel alatan

15
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

c. Membersihkan Pisau

1. Cuci pisau dengan segara setelah


digunakan.
2. Basuh dengan air sabun menggunakan span
lembut.
3. Bilas dan lapkan sehingga kering.
4. Simpan di tempat yang disediakan.

1.1.6 RUMUSAN KESAN MENGABAIKAN AMALAN KESELAMATAN DI DALAM


BENGKEL

CADANGAN AKTIVITI Hot Seating (Kerusi Panas)


PAK 21

PUNCA KESAN

Murid mungkin akan tercedera semasa


Masuk bengkel tanpa kebenaran guru.
menggunakan alatan tanpa pengawasan guru

Membawa beg masuk ke dalam Ruang kerja akan menjadi sempit dan aktiviti
bengkel. sukar dilakukan.

Membawa keluar alatan daripada


Alatan akan hilang dan rosak
bengkel.

Bermain dan bergurau di dalam Murid akan mengalami kemalangan dan


bengkel kecederaan.

Guru boleh mengadakan aktiviti berkumpulan untuk membincangkan isu sekiranya murid
mengabaikan amalan keselamatan di dalam bengkel.

Mendokumentasi keselamatan dan amalan kerja yang baik di dalam bengkel.

Dokumentasi ialah proses merekodkan semua perkara atau maklumat berkaitan dengan
keselamatan diri, bengkel, peralatan dan bahan. Dalam dokumentasi juga boleh dicatatkan
berkenaan amalan kerja yang baik di dalam bengkel. Dokumentasi boleh dibuat dalam
bentuk Slide pembentangan, fail atau buku skrap.
16
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

LEMBARAN KERJA
LEMBARAN KERJA 1

Nama: __________________________________________
Kelas: ___________________________________________

Tuliskan kepentingan menjaga keselamatan di dalam bengkel.

Kepentingan
menjaga
keselamatan di
dalam bengkel

17
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

LEMBARAN KERJA 2

Nama: __________________________________________
Kelas: ___________________________________________

Arahan: Tandakan ( / ) pada penyataan yang betul dan ( X ) pada penyataan yang salah.

1. Murid tidak melaporkan kemalangan kepada guru. ( )

2. Murid membawa masuk beg masuk ke dalam bengkel. ( )

3. Murid menyusun semula kerusi dan membersihkan meja kerja. ( )

4. Bermain dan bergurau semasa membuat aktiviti di bengkel. ( )

5. Tutup semua suis elektrik sebelum masuk ke bengkel. ( )

6. Laporkan kemalangan yang berlaku kepada guru bertugas. ( )

7. Murid membuka semua tingkap dan pintu ketika masuk ke ( )

dalam bengkel.

8. Basuh tangan selepas melakukan aktiviti. ( )

9. Murid memakai kasut semasa berada di dalam bengkel. ( )

10. Murid meletakkan alatan tajam di atas meja selepas menggunakannya. ( )

18
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

LEMBARAN KERJA 3

Nama:____________________________________
Kelas:____________________________________

Arahan: Lengkapkan peta pokok di bawah tentang peraturan dan keselamatan bengkel.

Peraturan dan keselamatan

Diri Bengkel Peralatan dan bahan

1._________________________ 1._______________________ 1._____________________


_________________________ _______________________ _____________________

2._________________________ 2._______________________ 2._____________________


_________________________ _______________________ _____________________

3._________________________ 3._______________________ 3._____________________


_________________________ _______________________ _____________________

19
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

LEMBARAN KERJA 4

Nama:____________________________________
Kelas:____________________________________

Arahan: Bincangkan punca dan kesan tidak mengamalkan amalan keselamatan di bengkel
mengikut gambar di bawah.

20
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

PENILAIAN (BORANG SEMAK)

BORANG SENARAI SEMAK


NAMA MURID :
……………………………………………………………………………………………………………………

KELAS :
……………………………………………………………………………………………………………………

TAHUN :
……………………………………………………………………………………………………………………

1.1 AMALAN KESELAMATAN


PENILAIAN
BIL PERKARA YANG DINILAI
YA TIDAK TP / TARIKH CATATAN

Dapat menyatakan peraturan di


1. 1
bengkel.

Mengenal pasti simbol dan tanda


2.
keselamatan di bengkel.

Menjelaskan maksud simbol dan 2


3.
tanda keselamatan.

Menyatakan kemalangan yang


4.
boleh berlaku di bengkel.

Menunjukkan cara langkah yang


3
5. perlu diambil semasa berlaku
kemalangan.

Dapat memberi pendapat dari segi


keselamatan
6.
i. Kebersihan bengkel
ii.Menyenggara alatan
4
Menghuraikan amalan yang perlu
7. dibuat untuk mengelakkan
kemalangan di bengkel.

Membuat kesimpulan kesan


8. 5
mengabaikan amalan keselamatan.

9. Menghasilkan dokumentasi 6

10 Kerjasama Disemak Oleh:

………………………………………………
21 Nama Guru RBT
Nama Sekolah
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

CONTOH RPH

Tajuk : 1.0 Keselamatan Bengkel

Standard Kandungan (SK) : 1.1 Amalan Keselamatan

Standard Pembelajaran (SP) : 1.1.3 Mengaplikasikan langkah-langkah yang perlu


diambil sekiranya berlaku kemalangan di
: bengkel.
Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat :-
1. Melakukan langkah-langkah yang perlu diambil jika
berlaku kebakaran di bengkel.
Masa 1 Jam

Langkah Pengajaran ( SP : 1.1.3 ) EMK / Catatan


Set Induksi
1. Murid melihat tayangan video tentang tragedi kebakaran. - Tayangan video
Youtube
2. Guru dan murid bersoal jawab tentang tayangan video tersebut.
- Penjanaan idea
3. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari ini.
Langkah 1
1. Guru menunjukkan pelan kebakaran bengkel .
Nilai: Bekerjasama
2. Guru memberi penerangan mengenai pergerakan laluan
Cadangan
kecemasan di dalam bengkel dan contoh jenis alat pemadam
Kaedah:
api. (Lampiran 1) Penerangan
Langkah 2
1. Murid diarah melakukan aktiviti menyelamatkan diri melalui
laluan kecemasan yang disediakan berpandukan pelan
Cadangan
kebakaran Kaedah :
Simulasi
2. Murid diminta berkumpul di kawasan lapang yang dikhaskan
kebakaran
untuk direkodkan semula kehadiran murid.
3. Setelah selesai, guru menunjukkan demonstrasi dan Penilaian TP 3
menerangkan cara menggunakan alat pemadam api kepada
murid. (Lampiran 2). (TP3)
4. Murid membuat amali cara menggunakan alat pemadam api.
Penutup
Murid diminta untuk membuat kesimpulan tentang pelajaran hari ini.
Refleksi
…………………………………………………………………………...................................................
..............................................................................…………………………………………………….
……………………………………………………...............................................................................
.......................................................................................................................................................
22
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

LAMPIRAN 1

PELAN KECEMASAN BENGKEL RBT

23
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

LAMPIRAN 2

CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API

Langkah 1

Tanggalkan pin picu

Langkah 2

Halakan muncung alat ke pangkal


api mengikut arah angin.

Langkah 3

Tekan tuas atas alat


pemadam api

Langkah 4

Layangkan nozel ke kiri dan


kanan seperti menyapu.

24
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

LEMBARAN KERJA
Arahan: Labelkan bahagian utama alat alat pemadam api di bawah.

tuas hos pin picu

tong muncung

25
BUKU PANDUAN PENGAJARAN
KSSR REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (SEMAKAN 2017) TAHUN 4

Bahagian Pembangunan Kurikulum


Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4 – 8 Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E,
62604 Putrajaya
Tel:03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http://bpk.moe.gov.my
246

You might also like