Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

SYARAT PERMOHONAN

HADIAH LATIHAN
PERSEKUTUAN (HLP) PEGAWAI
PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
(PPP) 2021
Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa Dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

Disember 2020
KANDUNGAN
1. PENGENALAN .................................................................................................. 2
1.1 KEMUDAHAN CUTI BELAJAR / PROGRAM PENAJAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ............................................... 2
1.2 PROSES PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP)
/ HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) PEGAWAI
PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)..................................................... 3
1.3 PERTANYAAN .......................................................................................... 5
2. SYARAT PERMOHONAN CUTI BELAJAR / PROGRAM PENAJAAN KPM
TAHUN 2021 ..................................................................................................... 6
2.1. SYARAT-SYARAT LAIN.......................................................................... 10
3. SOALAN LAZIM (FAQ) ................................................................................... 12
3.1 PERMOHONAN ...................................................................................... 12
3.2 TEMU DUGA ........................................................................................... 13
3.3 TAWARAN .............................................................................................. 14
4. LAMPIRAN ...................................................................................................... 15
LAMPIRAN A : SENARAI JENIS-JENIS PENYAKIT KRONIK ......................... 16
LAMPIRAN B : SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK ........................................ 17
LAMPIRAN C : SYARAT GENAP TEMPOH TAMAT KURSUS JANGKA
PANJANG / SEDERHANA (TEMPOH BERTENANG) ............................ 18

MS | 1
1. PENGENALAN

1.1 KEMUDAHAN CUTI BELAJAR / PROGRAM PENAJAAN KEMENTERIAN


PENDIDIKAN MALAYSIA

(i) Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan


Malaysia (KPM) menawarkan kemudahan program Hadiah Latihan
Persekutuan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk
melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah sama ada
di institusi pengajian tinggi terpilih di dalam atau luar negara secara
sepenuh masa atau separuh masa mengikut bidang dan
pengkhususan yang telah ditetapkan.

(ii) Pemberian kemudahan cuti belajar atau penajaan juga merupakan


satu bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang
telah menunjukkan prestasi cemerlang dan berpotensi untuk
menyumbang idea baharu serta kreatif dan berinovasi khusus dalam
bidang yang diperlukan oleh KPM.

(iii) Pegawai yang berjaya ditawarkan akan diberikan Cuti Belajar Bergaji
Penuh sebagai mana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab
‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh cuti belajar ini, pegawai mengisi
Jawatan Latihan BBP, KPM. Tempoh cuti belajar ini layak diambil kira
bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Pegawai layak unyuk
menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.

(iv) Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti Cuti


Belajar/Program Penajaan ini hendaklah mempunyai pengetahuan,
kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai
bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan
dapat memberikan manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan
perkhidmatan dan organisasi.

(v) Antara Cuti Belajar/Program Penajaan yang ditawarkan adalah


seperti yang berikut:

(a) Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB) atau
juga dikenali sebagai Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);

(b) Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS);

(c) Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah)


[SPADA];

(d) Hadiah Latihan Persekutuan Bagi Program Khas Yang


Menyokong Industrial Revolution (IR) 4.0. [IR 4.0]; dan

(e) Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).

MS | 2
1.2 PROSES PERMOHONAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH (CBBP) /
HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIKAN (PPP)

PERKARA TANGGUNGJAWAB

PPP yang berkhidmat


(i) di sekolah perlu memastikan maklumat di dalam sistem
e-Operasi telah dikemaskini sebelum mengemukakan
permohonan
(ii) selain di sekolah melengkapkan maklumat permohonan terus
Pegawai ke dalam sistem ePenawaran
Perkhidmatan PPP mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui sistem
Pendidikan (PPP) ePenawaran.
Semua permohonan yang lengkap akan dihantar kepada Pegawai
Penyokong.
Menjadi tanggungjawab pemohon untuk memaklumkan maklumat
permohonan kepada Pegawai Penyokong.

Pegawai Penyokong memasukkan ID pengguna dan kata laluan yang


akan diterima daripada BBP melalui alamat e-mel rasmi.**
Pegawai Penyokong perlu membuat penilaian terhadap SETIAP
Pegawai permohonan yang diterima dan mencatatkan ulasan di ruangan
Penyokong disediakan. Maklumat yang diisi oleh calon juga perlu dipastikan tepat,
(Ketua Jabatan 1) benar dan sahih.
Kesemua permohonan yang telah disokong, tidak disokong atau tiada
tindakan seterusnya dihantar secara dalam talian kepada Pegawai
Peraku.

Bahagian / Institusi / Jabatan adalah dicadangkan untuk menubuhkan


satu jawatankuasa latihan yang dipengerusikan oleh Pegawai Peraku /
Ketua Jabatan bagi mempertimbang dan memperaku permohonan
calon. Pegawai Peraku boleh juga mempertimbang dan memperaku
pegawai yang TIADA TINDAKAN oleh Pegawai Penyokong.
Pegawai Peraku Pegawai Peraku perlu memasukkan ID pengguna dan kata laluan yang
(Ketua Jabatan 2) akan diterima daripada BBP melalui alamat e-mel rasmi.**

Jawatankuasa perlu membuat penilaian terhadap SETIAP permohonan


yang diterima dan mencatatkan ulasan di ruangan disediakan.

Kesemua permohonan yang telah diperaku dan tidak diperaku dihantar


ke BBP secara dalam talian.
* Sebarang perubahan / pemakluman terkini berkenaan permohonan dalam talian akan dimaklumkan
melalui portal rasmi KPM.
** Pemakluman kepada Pegawai Penyokong / Pegawai Peraku akan dikemukakan melalui e-mel.

MS | 3
(i) Calon PPP yang berminat hendaklah memohon secara dalam talian
sepenuhnya di pautan berikut : https://epenawaran.moe.gov.my.
Permohonan akan dibuka mulai 18 Disember 2020 (Jumaat) jam 5.00
petang hingga 15 Januari 2021 (Jumaat) jam 5.00 petang. Sila rujuk
portal rasmi KPM bagi sebarang pemakluman terkini.

(ii) Permohonan yang TIDAK MENEPATI SYARAT yang ditetapkan,


mengandungi maklumat yang TIDAK BENAR, TIDAK LENGKAP ATAU
BORANG PERMOHONAN YANG LEWAT DITERIMA tidak akan
dipertimbangkan. Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan sahaja
akan dipanggil untuk urusan temu duga.

(iii) Kementerian berhak membuat pindaan terhadap syarat-syarat


permohonan, program yang ditawarkan, senarai bidang kursus dan tempat
pengajian yang dibenarkan.

(iv) Calon hanya boleh mengemukakan SATU permohonan sahaja dalam


tempoh tawaran permohonan ini dibuka. Sebarang pindaan pada
permohonan yang telah dihantar tidak akan dilayan.

(v) Calon diingatkan supaya mematuhi kepada peraturan sedia ada bagi
urusan permohonan HLP yang berkuatkuasa seperti berikut:

a. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)


1993
- Peraturan 4(2)(h) : Seseorang pegawai tidak boleh membawa
atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan
luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan
dengan perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu adalah
tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota-anggota
perkhidmatan awam yang Iain.

b. Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2004


- Perkara 13 : Pegawai adalah dilarang menggunakan apa-apa
bentuk pengaruh atau tekanan luar bagi menyokong
permohonan mereka untuk bertukar atau sebaliknya.

c. Surat Aku Janji Pegawai Perkhidmatan Pendidikan


- Perkara (II) : Tidak akan membawa atau cuba membawa
sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong
atau memajukan tuntutan sendiri atau pegawai Iain berhubung
dengan perkhidmatan awam.

d. Garis Panduan Tindakan Ke Atas Sokongan Yang Diterima


Daripada Pemimpin Kerajaan, Individu Berpengaruh atau
Mana-Mana Orang Mengenai Sesuatu Urusan Kerajaan yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri, Malaysia bertarikh
8 Mac 2010.

MS | 4
1.3 PERTANYAAN

(i) Sebarang pertanyaan mengenai hebahan tawaran ini, boleh


menghubungi pegawai berikut:

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya
SELANGOR
(u.p. : Puan Nur Izzati binti Marzuki / Cik Aina Shaharina binti Ahmad
/ Puan Jamilah binti Yahya / Puan Badauyah binti Abdul Rahim / Encik
Asri bin Asmuni)

No. Telefon : 03-8321 7149 / 03-8321 7147 / 03-8321 7144 /


03-8321 7154 / 03-8321 7151
E-mel : penawaran.bb@moe.gov.my

Untuk MASALAH TEKNIKAL borang permohonan, sila hubungi :


E-mel tm.bbp@moe.gov.my
: (mohon dikemukakan bersama e-mel screen-shot masalah
teknikal borang permohonan yang dihadapi)

MS | 5
2. SYARAT PERMOHONAN CUTI BELAJAR / PROGRAM PENAJAAN KPM
TAHUN 2021
CUTI BELAJAR / PROGRAM PENAJAAN

Program Ijazah
Cuti Belajar Bergaji Penuh
KETERANGAN Program Khas Yang Sarjana Hadiah Latihan
Dengan Biasiswa / Cuti Belajar Bergaji Penuh
Menyokong Industrial Kaunseling Persekutuan Separuh
Hadiah Latihan Tanpa Biasiswa
Revolution (IR) 4.0. (Penyalahgunaan Masa / Sambilan
Persekutuan (CBBP TB)
[IR 4.0] Dadah) (HLPS)
(HLP)
[SPADA]

Peringkat Pengajian SARJANA Ph.D SARJANA Ph.D SARJANA SARJANA Ph.D SARJANA Ph.D

SYARAT UMUM

Kelayakan Utama - Mempunyai kelayakan Ijazah Pertama yang diiktiraf atau kelayakan yang setaraf dengannya.
1.
Pemohon - Berpengalaman selari dengan bidang yang dimohon serta perancangan laluan kerjaya pada masa hadapan.

2. Kewarganegaraan Warganegara Malaysia

3. Kaedah Pengajian Sepenuh Masa Sepenuh Masa Sepenuh Masa Separuh Masa / Sambilan Sepenuh Masa

BELUM
BELUM memulakan BELUM memulakan TELAH atau BELUM BELUM memulakan
4. Jenis Pengajian memulakan
pengajian pengajian memulakan pengajian pengajian
pengajian

Semester
Tidak Tidak
Pengajian
5. Tidak Berkaitan Tidak Berkaitan Tidak Berkaitan melebihi melebihi Tidak Berkaitan
(Telah Memulakan
Semester 3 Semester 7
Pengajian)

MS | 6
CUTI BELAJAR / PROGRAM PENAJAAN

Program Ijazah
Cuti Belajar Bergaji Penuh
KETERANGAN Program Khas Yang Sarjana Hadiah Latihan
Dengan Biasiswa / Cuti Belajar Bergaji Penuh
Menyokong Industrial Kaunseling Persekutuan Separuh
Hadiah Latihan Tanpa Biasiswa
Revolution (IR) 4.0. (Penyalahgunaan Masa / Sambilan
Persekutuan (CBBP TB)
[IR 4.0] Dadah) (HLPS)
(HLP)
[SPADA]

Peringkat Pengajian SARJANA Ph.D SARJANA Ph.D SARJANA SARJANA Ph.D SARJANA Ph.D

SYARAT KHUSUS

Had umur pada


1 1 Januari 2021 50 tahun 45 tahun 50 tahun 45 tahun 50 tahun 50 tahun 46 tahun 50 tahun 45 tahun
tidak melebihi

Tempoh
2 - Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun (lantikan selewat - lewatnya Januari 2018) pada tarikh tutup permohonan
Perkhidmatan

Pengesahan - Berkhidmat secara TETAP


3
Maklumat Jawatan - TELAH DISAHKAN dalam skim perkhidmatan terkini pada tarikh tutup permohonan

- 85% dan ke atas bagi tempoh genap 3 tahun berturut-turut (2020, 2019, 2018) dalam skim perkhidmatan terkini
- Genap 12 bulan
Purata markah
4 - Jika masih belum menerima markah 2020, boleh mengemukakan markah 2019, 2018, 2017
LNPT / PBPPP
- Jika PPP pernah diluluskan Cuti Belajar/penajaan dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh Cuti
Belajar.

- Bebas daripada sebarang penyakit kronik seperti di LAMPIRAN A


5 Status Kesihatan
- KPM berhak membatalkan / menarik balik tawaran HLP sekiranya mendapati calon mengalami masalah kesihatan

Syarat Kelayakan
6 - Mengikut progam dan peringkat pengajian seperti di LAMPIRAN B
Akademik

MS | 7
CUTI BELAJAR / PROGRAM PENAJAAN

Program Ijazah
Cuti Belajar Bergaji Penuh
KETERANGAN Program Khas Yang Sarjana Hadiah Latihan
Dengan Biasiswa / Cuti Belajar Bergaji Penuh
Menyokong Industrial Kaunseling Persekutuan Separuh
Hadiah Latihan Tanpa Biasiswa
Revolution (IR) 4.0. (Penyalahgunaan Masa / Sambilan
Persekutuan (CBBP TB)
[IR 4.0] Dadah) (HLPS)
(HLP)
[SPADA]

Peringkat Pengajian SARJANA Ph.D SARJANA Ph.D SARJANA SARJANA Ph.D SARJANA Ph.D

Sokongan dan
7 Perakuan Ketua - Disokong dan diperaku oleh Ketua Jabatan
Jabatan

- Belum memiliki kelayakan Ijazah Lanjutan di peringkat yang sama tanpa mengira bidang pengkhususan
Pemilikan Ijazah
8 - Jika calon didapati sedang atau telah mempunyai kelayakan Ijazah Lanjutan, KPM berhak membatal atau menarik balik tawaran /
Lanjutan
kelulusan tanpa sebarang notis

Tindakan
9 - Bersih daripada pertuduhan / tindakan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah
Tatatertib

Pengistiharan
10 - Telah mengisytiharkan harta melalui sistem HRMIS
Harta

- Tidak tersenarai dalam senarai hitam KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) atau badan-badan peminjam Kerajaan yang
11 Senarai Hitam
lain

Pemilihan Bidang
- Diwajibkan memilih bidang pengajian / pengkhususan / kursus yang ditawarkan sahaja
12 Pengajian /
- Rujuk Senarai Bidang Pengajian HLP Tahun 2021
Kursus
Kertas Cadangan
13 dan slaid - Perlu disediakan dalam Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris dan dibawa semasa sesi temu duga (sekiranya terpilih)
pembentangan

MS | 8
CUTI BELAJAR / PROGRAM PENAJAAN

Program Ijazah
Cuti Belajar Bergaji Penuh
KETERANGAN Program Khas Yang Sarjana Hadiah Latihan
Dengan Biasiswa / Cuti Belajar Bergaji Penuh
Menyokong Industrial Kaunseling Persekutuan Separuh
Hadiah Latihan Tanpa Biasiswa
Revolution (IR) 4.0. (Penyalahgunaan Masa / Sambilan
Persekutuan (CBBP TB)
[IR 4.0] Dadah) (HLPS)
(HLP)
[SPADA]

Peringkat Pengajian SARJANA Ph.D SARJANA Ph.D SARJANA SARJANA Ph.D SARJANA Ph.D

Dalam Dalam / Luar Dalam Dalam / Luar


14 Tempat Pengajian Dalam Negara Dalam Negara Dalam Negara
Negara Negara Negara Negara

Struktur / Mod Campuran / Campuran / Campuran / Campuran / Campuran /


15 Penyelidikan Penyelidikan Penyelidikan Penyelidikan
Pengajian Penyelidikan Penyelidikan Penyelidikan Penyelidikan Penyelidikan

Tertakluk kepada mod dan tempoh pengajian yang ditetapkan oleh Universiti / kelayakan yang bersesuaian:
Tempoh Cuti
16 - Sarjana : 2 hingga 6 semester
Belajar / Penajaan
- Kedoktoran (Ph.D) : 6 hingga 10 semester

17 Sesi Akademik - Kemasukan ke universiti adalah untuk pengajian sesi 2021 ATAU yang mana-mana sesi kemasukan yang ditetapkan oleh Kementerian

Syarat Genap
Tempoh Tamat
- Mematuhi syarat genap tempoh tamat mengikuti kursus jangka panjang / sederhana yang terdahulu (dengan kemudahan Cuti Belajar /
18 Kursus Jangka
Penajaan) dengan jayanya seperti di LAMPIRAN C
Panjang /
Sederhana

Pegawai Yang - Pegawai yang SEDANG DALAM cuti belajar penajaan Kementerian atau mana-mana penaja lain;
19 Tidak Layak - Pegawai yang telah diluluskan pertukaran (eG-Tukar) bagi tahun 2021
Memohon - Pegawai yang masih belum genap tempoh tamat kursus jangka panjang / sederhana

MS | 9
2.1. SYARAT-SYARAT LAIN

Bil. Perkara Penerangan


1. Permohonan Ke Luar (i) Tawaran ini hanya terbuka kepada Hadiah
Negara Latihan Persekutuan (HLP) peringkat
pengajian Kedoktoran (Ph.D) sahaja;

(ii) Pemilihan universiti adalah seperti mana


yang yang disenaraikan dalam 100 teratas
secara keseluruhan berdasarkan The
Times Higher Education (THE) World
University Rankings atau Quacquarelli
Symonds (QS) World University Rankings;

(iii) Telah memenuhi syarat kemasukan yang


ditetapkan universiti termasuk syarat
kelulusan bahasa Bahasa Inggeris iaitu
TOEFL atau IELTS mengikut keperluan
universiti. Walau
bagaimanapun, bagi calon yang sedang /
akan menduduki ujian ini, semua slip
keputusan perlu dikemukakan SEBELUM
tawaran/kelulusan Cuti Belajar
dikemukakan;
(Syarat ini adalah untuk kemasukan ke
semua universiti di luar negara; termasuk
negara bukan berbahasa inggeris dan
sebarang kos peperiksaan tidak akan
ditanggung oleh Kementerian ini.)

(iv) Calon berjaya perlu memastikan segala


syarat universiti dipenuhi dan semua
persediaan dibuat sebelum berangkat ke
luar negara;

(v) Sekiranya pegawai gagal memenuhi syarat


yang ditetapkan, maka tawaran / kelulusan
ini adalah terbatal secara automatik.

MS | 10
Bil. Perkara Penerangan
2. Permohonan Ijazah (i) Program SPADA bertujuan melahirkan
Sarjana Kaunseling guru terlatih dan berkepakaran dalam
(Penyalahgunaan menangani masalah dalam kalangan
Dadah) [SPADA] pelajar terutamanya melibatkan
penyalahgunaan dadah di sekolah. Fokus
pengajian program ini memberi
penekanan kepada elemen pemulihan
dadah.

(ii) Pemohon hendaklah memiliki Ijazah


Pertama dalam bidang
Kaunseling/Bimbingan Kaunseling dengan
kelulusan ijazah pertama PNGK 2.75
ke atas yang setara dengannya. Pemohon
hendaklah mempunyai pengalaman
sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
dalam bidang kaunseling.

(iii) Pegawai bersedia ditempatkan semula


di mana-mana agensi di bawah KPM
setelah tamat pengajian mengikut
keperluan Kementerian.

3. IR4.0 (i) Program IR4.0 mengambil kira hasrat


Kerajaan melalui inisiatif pendidikan
bertaraf dunia dalam membangunkan
bakat berkemahiran tinggi dalam
mengharungi revolusi industri 4.0.

(ii) Kursus ini akan dilaksanakan sepenuhnya


di Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia.

(iii) Pegawai akan ditempatkan di Institut


Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal
Vokasional (BPTV), Bahagian
Pembangunan Kurikulum (BPK) dan
Bahagian Sumber dan Teknologi
Pendidikan (BSTP) di bawah KPM setelah
tamat pengajian mengikut keperluan
Kementerian.

MS | 11
3. SOALAN LAZIM (FAQ)
3.1 PERMOHONAN
(i) Siapakah yang layak memohon program penajaan dan cuti belajar
KPM ini?

Jawapan:
Semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) lantikan
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang Ketua
Perkhidmatannya adalah Ketua Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
(KPPM), dan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

(ii) Bagaimanakah cara terbaik untuk saya memilih bidang pengajian


yang ingin diikuti?

Jawapan:
Memastikan bidang yang dimohon adalah berkaitan dengan
kelayakan akademik yang telah dimiliki, kesesuaian opsyen atau
pengalaman perkhidmatan serta perancangan peningkatan kerjaya
pada masa akan datang. Sila pastikan juga, tuan/puan mempunyai
persediaan pengetahuan dan minat yang tinggi dalam bidang yang
dipilih.

(iii) Adakah terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi semasa saya


membuat pemilihan bidang di universiti?

Jawapan:
(a) PPP perlu memastikan bidang yang ditawarkan di universiti
adalah sama dengan bidang yang ditawarkan oleh KPM.

(b) Struktur / mod mengikut peringkat pengajian; seperti berikut:


- Sarjana : Mod campuran ATAU mod penyelidikan
sepenuhnya
- Kedoktoran (Ph.D) : Penyelidikan sepenuhnya

(iv) Apakah persediaan awal yang boleh saya lakukan sekiranya


saya benar-benar berminat untuk menyambung pengajian
pada tahun 2021 dan ingin membuat permohonan?

Jawapan:
PPP berhasrat untuk menyambung pengajian perlu membuat
persediaan dan perancangan awal seperti berikut:

(a) mengenalpasti universiti yang menawarkan bidang pengajian


yang ingin dimohon;

(b) pensyarah yang berkelayakan serta berkepakaran untuk


dilantik sebagai penyelia; dan

MS | 12
(c) membuat pembacaan awal berkenaan bidang pengajian yang
ingin diikuti.

(v) Apakah yang akan berlaku setelah permohonan saya berjaya


dihantar?

Jawapan:
(a) Menyimpan maklumat permohonan secara cetakan atau
simpanan soft copy sebagai rekod sendiri;

(b) Memaklumkan kepada Ketua Jabatan berkenaan


permohonan HLP; dan

(c) Merujuk kepada portal rasmi KPM bagi sebarang


pemakluman terkini dari semasa ke semasa.

3.2 TEMU DUGA


(i) Apakah persediaan yang perlu PPP lakukan sekiranya berjaya
dipanggil temu duga?

Jawapan:
(a) Persediaan yang baik merangkumi aspek mental dan fizikal;

(b) Menyediakan kertas cadangan penyelidikan yang berkualiti


dan ASLI;

(c) Kefahaman dan minat dalam bidang yang dimohon;

(d) Cara penyampaian yang cemerlang, minat, bakat dan potensi


PPP terhadap bidang pengajian;

(e) DIGALAKKAN membuat permohonan kemasukan ke


universiti dalam dan luar negara berdasarkan bidang yang
dimohon bagi mengelak kegagalan mendapat tempat untuk
kemasukkan sesi September/Oktober 2021 sekiranya berjaya
ditawarkan cuti belajar/penajaan kelak.

(ii) Apakah yang perlu saya bawa ketika hadir ke sesi temu duga?

Jawapan:
Senarai dokumen dan alatan yang perlu dibawa akan dinyatakan
dalam surat panggilan temu duga. Walau bagaimanapun, sebagai
persediaan awal sebelum memohon, setiap PPP perlu memastikan
dokumen asal telah ada dalam simpanan masing-masing untuk
memudahkan urusan sekiranya berjaya dipanggil temu duga
seperti yang berikut:

MS | 13
- Kad Pengenalan
- Surat Asal Perlantikan DG3 / DG41 / DG42
- Surat Asal Pengesahan DG3 / DG41 / DG42
- Sijil Asal Ijazah Sarjana Muda
- Sijil Asal Ijazah Sarjana
- Sijil Asal Iktisas (DPLI/KPLI)
- Pengesahan Markah LNPT/PBPPP Yang Disahkan Oleh
Ketua Jabatan/Sekolah

(iii) Selepas temu duga, apakah yang akan berlaku setelah saya
berjaya ditawarkan cuti belajar/penajaan?

Jawapan:
(a) PPP yang berjaya temu duga
- akan menerima surat tawaran bersyarat;
- WAJIB menghadiri Program Persediaan bagi suatu
tempoh yang akan ditentukan oleh pihak KPM; dan
- LULUS ujian yang diadakan

(b) Kegagalan PPP untuk menghadiri Program Persediaan


berkenaan boleh mengakibatkan penawaran terbatal.

3.3 TAWARAN
(i) Adakah saya akan terikat dengan kontrak atau apa-apa perjanjian
bagi cuti belajar/penajaan yang diterima?

Jawapan:
PPP yang menerima kemudahan cuti belajar/penajaan adalah
terikat dengan kontrak perkhidmatan, penalti berbentuk ganti rugi
dan kesan terhadap perkhidmatan serta tertakluk kepada
terma-terma yang terkandung di dalam perjanjian. Selain itu, PPP
bertanggungjawab terhadap pengajian yang diikuti dan WAJIB
menamatkan pengajian dalam tempoh Cuti Belajar/penajaan yang
diluluskan (Graduate On Time (GOT)).

(ii) Apakah yang akan berlaku kepada perkhidmatan saya


sepanjang tempoh cuti belajar yang diluluskan?

Jawapan:
Sepanjang tempoh Cuti Belajar yang diluluskan, PPP akan mengisi
Jawatan Latihan Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP) KPM
dan BBP merupakan Ketua Jabatan baharu yang berperanan untuk
menguruskan hal-hal perkhidmatan PPP sepanjang tempoh
tersebut. Tempoh Cuti Belajar ini juga layak diambil kira bagi tujuan
perkiraan faedah-faedah persaraan. PPP boleh dipertimbangkan
untuk kenaikan pangkat dalam tempoh mengikuti kursus tersebut
sekiranya telah memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan
berkenaan.

MS | 14
(iii) Apakah yang perlu saya lakukan setelah tamat tempoh Cuti
Belajar yang diluluskan?

Jawapan:
PPP akan kembali berkhidmat setelah tamat tempoh Cuti Belajar
sekali gus perlu memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan kepakaran
yang dimiliki untuk kemajuan diri dan organisasi (pulangan ke atas
pelaburan). PPP yang melapor diri akan ditempatkan ke dalam
ekosistem pendidikan mengikut keperluan semasa Kementerian
serta bersesuaian dengan bidang kepakaran dan kekosongan
tempat bagi membolehkan KPM melaksanakan perancangan
pembangunan sumber manusia secara berkesan.

4. LAMPIRAN
4.1 LAMPIRAN A : SENARAI JENIS-JENIS PENYAKIT KRONIK

4.2 LAMPIRAN B : SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

4.3 LAMPIRAN C : SYARAT GENAP TEMPOH TAMAT KURSUS


JANGKA PANJANG/SEDERHANA (TEMPOH BERTENANG)

-------------------------------------------------------tamat-------------------------------------------------

Cawangan Penawaran
Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Disember 2020

MS | 15
LAMPIRAN A : SENARAI JENIS-JENIS PENYAKIT KRONIK

1. Kanser;
2. Serangan jantung;
3. Pulmonary Hypertension;
4. Sakit buah pinggang yang kronik;
5. Sakit hari (liver) yang kronik;
6. Fullminant Viral Hepatitis;
7. Kecederaan di kepala disebabkan kemalangan;
8. Tumor dan kecacatan pembuluh darah di otak;
9. Melepuh dan melecur kerana kebakaran;
10. Pemindahan organ utama;
11. Penyakit Parkinson;
12. Penyakit HIV dan AIDS;
13. Pemindahan kaki dan/atau tangan;
14. Skizofernia;
15. Kecederaan atau kecacatan fizikal yang dialami semasa menjalani latihan atau
kursus yang disahkan oleh pakar perubatan Kerajaan dan/atau pakar perubatan
yang diperakukan oleh penaja sebagai tidak sihat untuk meneruskan pengajian;
dan
16. Lain-lain penyakit yang disahkan sebagai penyakit kronik dan tidak sihat untuk
meneruskan pengajian oleh pakar perubatan Kerajaan dan/atau pakar
perubatan yang diperakukan oleh penaja.

MS | 16
LAMPIRAN B : SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1. HLP / SPADA / HLPS

Purata Nilaian Gred Tempoh Minimum


Peringkat Pengajian Kumulatif (PNGK) atau Pengalaman Bekerja
setaraf sehingga Januari 2021

2.00 - 2.49 10 tahun

Sarjana 2.50 - 2.99 5 tahun

3.00 dan ke atas 3 tahun

Kedoktoran (Ph.D) Lulus Peringkat Sarjana 3 tahun

2. IR4.0

Purata Nilaian Gred Tempoh Minimum


Peringkat Pengajian Kumulatif (PNGK) atau Pengalaman Bekerja
setaraf sehingga Januari 2021

2.50 - 2.99 5 tahun


Sarjana
3.00 dan ke atas 3 tahun

Kedoktoran (Ph.D) Lulus Peringkat Sarjana 3 tahun

MS | 17
LAMPIRAN C : SYARAT GENAP TEMPOH TAMAT KURSUS JANGKA
PANJANG / SEDERHANA (TEMPOH BERTENANG)

Pegawai yang telah diluluskan Cuti Belajar/Program Penajaan sebelum ini, boleh
dipertimbangkan untuk mengikuti kursus jangka panjang atau sederhana yang
berikutnya setelah memenuhi syarat-syarat yang berikut:

Tempoh Kursus / Penajaan / Cuti


Tempoh Layak Memohon
Belajar

Boleh memohon selepas genap dua


Lebih daripada 12 bulan
(2) tahun tamat kursus yang terdahulu

Lebih daripada 3 bulan dan kurang Boleh memohon selepas genap satu
daripada 12 bulan (1) tahun tamat kursus yang terdahulu

MS | 18

You might also like