BM Step

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

TAJUK KAJIAN :

KAJIAN TENTANG PENGGUNAAN AYAT AKTIF DALAM MAJALAH


PENGHARGAAN

Pertama sekali, pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Ting Tiu Sing yang merupakan

penyelia pengkaji atas kesudian dan kesabaran beliau meluangkan masa untuk memberi

tunjuk ajar dan bimbingan bagi menyempurnakan kerja kursus ini. Bantuan dan tunjuk

ajar beliau amatlah dihargai.

Selain itu, pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru

di Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart yang telah banyak membimbing dan

memberi nasihat sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini.

Di samping itu, pengkaji ingin mengungkapkan terima kasih juga kepada ibu bapa

tercinta kerana sentiasa memberi sokongan moral secara dalam menjalankan projek ini .

Akhir sekali, pengkaji ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan

kerana memberikan semangat dan bantuan kepada pengkaji dalam menyiapkan kajian ini.

Jasa dan kerjasama anda semua amatlah dihargai.

Stephanie Wong Su Ling

Leslie Wong Kee Siang

Ngu Shang Long

Wong Ching Mee

September 2017
SENARAI KANDUNGAN

Penghargaan
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang
1.2 Definisi Konsep
2.0 Objektif Kajian
3.0 Kepentingan Kajian
4.0 Skop Kajian
5.0 Batasan Kajian
6.0 Kaedah Kajian
7.0 Dapatan Kajian
7.1 Mengenal pasti dan menyenaraikan ayat aktif dalam majalah
7.2 Mengkategori ayat aktif mengikut jenisnya
7.3 Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif
8.0 Rumusan
9.0 Penutup
Bibiliografi
Lampiran

1.0 PENGENALAN

Bahagian yang berikut menghuraikan aspek latar belakang kajian dan definisi konsep.

1.1 Latar belakang

Nik Safiah Karim et al. (2010:339) mendefinisikan sintaksis merupakan satu

daripada aspek penting dalam bidang tatabahasa. Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang

mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau kontruksi ayat. Morfologi mengkaji

pembentukan kata, golongan kata dan struktur kata manakala bidang sintaksis pula
mengkaji klausa, frasa dan ayat. Frasa, klausa dan ayat perlu dibina dan disusun atur

berdasarkan hukum yang menjadi fokus bagi kajian bidang sintaksis.

Ayat merupakan unit tatabahasa yang paling tinggi kedudukannya dalam

tatatingkat atau hieraki tatabahasa. Ayat terdiri daripada dua unsur iaitu subjek dan

predikat. Subjek ialah unsur ayat yang terdiri daripada frasa nama dan menjadi judul atau

unsur yang diterangkan manakala predikat ialah unsur ayat yang memberikan keterangan

atau penjelasan tentang subjek. Ayat mengandungi makna yang lengkap dan diucapkan

dengan intonasi yang sempurna. Pengucapan ayat juga dimulai dan diakhiri dengan

kesenyapan.

Salah satu daripada bahagian ayat ialah ragam ayat. Dari segi ragamnya, ayat

terbahagi kepada dua, iaitu ayat aktif dan ayat pasif. . Dua perkara yang membezakan

ayat aktif dengan ayat pasif ialah kedudukan subjek dalam ayat dan kata kerja yang

digunakan. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan

subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif lebih dasar daripada

ayat pasif kerana ayat pasif diturunkan daripada ayat aktif. Ayat aktif juga lebih lengkap

kerana sesetengah ayat pasif tidak disertakan pelaku. Ayat aktif mudah dikesan apabila

kata kerja menggunakan imbuhan meN-, ter-, -i, -kan, ber-, meN-…-kan, meN-…i,

mempeR-…-kan, dan mempeR-…-i. Ayat aktif terbahagi kepada dua, iaitu ayat aktif

transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif menggunakan kata kerja aktif dan

memerlukan objek sebagai penyambut manakala ayat aktif tak transitif menggunakan

kata kerja aktif dan memerlukan pelengkap atau tanpa pelengkap dan penerang.

Ayat aktif sering digunakan dalam buku, novel, majalah dan sebagainya. Ayat

aktif mudah dikesan oleh murid-murid tetapi mereka sukar membezakan ayat aktif
transitif dan ayat aktif tak transitif. Mereka tidak dapat menentukan kata kerja aktif

transitif dan kata kerja aktif tak transitif kerana kedua-dua menggunakan imbuhan yang

sama dengan berfungsi sebagai penanda aktif.Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk

membolehkan para pelajar atau pembaca mengetahui perbezaan antara ayat aktif transitif

dan ayat aktif tak transitif.

1.2 Definisi Konsep

1.2.1 Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek

asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Kata kerja tersebut menggunakan

imbuhan yang membentuk kata kerja aktif, iaitu ‘me-‘ dan ‘ber-‘. Ayat aktif pula

dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

[Tatabahasa Dewan, 2008]

1.2.2 Ayat Aktif Transitif

Ayat aktif transititif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang

diikuti oleh frasa nama atau pun klausa komplemen sebagai objek. Objek tersebut

dikenali juga sebagai unsur pemyambut dan terdiri daripada frasa nama. Contoh kata

kerja transitif dengan objek atau penyambut iaitu memotong rumput, memusnahkan

hidupan air dan memenjarakan penjenayah itu.

[Tatabahasa Dewan, 2008]

1.2.3 Ayat Aktif Tak Transitif


Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif iaitu

yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ayat aktif tak transitif juga tidak

boleh dipasifkan. Contoh kata kerja tak transitif adalah bertugas, bekerja dan berlari.

[Tatabahasa Dewan, 2008]

1.2.4 Ayat Pasif

Ayat pasif mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul

atau unsur yang diterangkan. Imbuhan kata kerja yang biasanya digunakan dalam ayat

tersebut ialah ‘di-‘, ‘ber-‘, ‘ter’ dan ‘ke-…-an’. Ayat pasif dapat dikategorikan kepada

tiga iaitu ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif, ayat pasif dengan kata ganti nama

diri dan ayat pasif dengan penanda pasif kena.

[Tatabahasa Dewan, 2008]

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

(a) Mengenal pasti dan menyenaraikan ayat aktif dalam majalah

(b) Mengkategorikan ayat aktif mengikut jenisnya

(c) Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Hasil kajian ini adalah untuk:

(a) Menambah bahan kajian ayat aktif sebagai rujukan

(b) Menambah dokumentasi yang berkaitan dengan ayat aktif

(c) Membantu pelajar bagi membezakan jenis-jenis penggunaan ayat aktif

(d) Dijadikan garis panduan dalam pengajaran kepada para pembaca dengan

membantu mereka dalam menguasai kemahiran menukarkan ayat aktif

kepada ayat pasif

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian adalah pada aspek penggunaan ayat aktif dalam majalah.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan majalah yang bertajuk “Dewan Siswa” (17-22

Mac 2018). Halaman yang dikaji dalam majalah ini adalah dari muka surat 6 hingga 7.

Jenis ayat aktif yang dikaji ialah ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Kajian

tentang penukaran ayat aktif kepada ayat pasif juga akan dijalankan.

6.0 KAEDAH KAJIAN


Bahagian ini akan menghuraikan kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji.

6.1 Mendapatkan Data

6.1.1 Kajian kepustakaan

Pengkaji telah membaca sumber bacaan yang berkaitan dengan ayat aktif,

termasuklah buku teks Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa Melayu

dan majalah yang terdapat di perpustakaan awam. Pengkaji juga mencari

maklumat dari laman web sebagai rujukan untuk mendapat maklumat tepat

dan relevan yang berkaitan penggunaan ayat aktif.

6.2 Mengumpulkan Data

Buku teks Pendekatan Efektif Memahami Tatabahasa Bahasa Melayu digunakan

untuk mendapatkan konsep dan definisi ayat aktif. Buku ini digunakan sebagai

rujukan untuk menjalankan kajian ini. Cara penggunaan jenis-jenis ayat aktif

juga dijelaskan dengan baik dengan menggunakan buku tersebut. Penggunaan

ayat aktif telah dipetik dari majalah ‘Dewan Siswa’ untuk dikaji oleh pengkaji.

6.3 Menganalisis Data

Dalam kajian ini, ayat aktif yang dikaji oleh pengkaji hanya berfokus kepada

ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Penyelidik mempersembahkan hasil

kajian dalam bentuk jadual dan carta sebagai cara untuk mendapatkan data yang

dianalisis. Jenis-jenis ayat aktif akan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Pengkaji

juga mengkaji penukaran ayat aktif yang terdapat dalam majalah tersebut kepada

ayat pasif dalam bentuk jadual.


7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian. Terdapat banyak penggunaan ayat

aktif dalam majalah


8.0 RUMUSAN KAJIAN

Hasil kajian ini mendapati bahawa kajian tentang penggunaan kata prafrasa dan

kesalahan penggunaan kata prafrasa dalam surat khabar telah mencapai ketiga-tiga jenis

objektif yang telah dikemukakan iaitu mengenal pasti dan menyenaraikan kata prafrasa

dalam surat khabar, mengategori jenis kata prafrasa dan menganalisis kesalahan

penggunaan kata prafrasa. Objektif yang pertama telah dicapai kerana kadar penggunaan

kata prafrasa seperti kata pemeri, kata nafi dan kata sendi nama adalah tinggi.
Penggunaan ini banyak digunakan dalam ruang sukan dan ruang antarabangsa. Objektif

kajian pertama dicapai juga memudahkan kajian dijalankan bagi mencapai objektif yang

kedua dan ketiga.

Selain itu, penyelidik juga berjaya mencapai objektif kedua iaitu mengategorikan

jenis kata prafrasa seperti kata pemeri, kata nafi dan kata sendi nama yang terdapat dalam

surat khabar. Hal ini dikatakan demikian kerana penyelidik dapat mengategorikan jenis-

jenis kata prafrasa kepada tiga kategori iaitu kata pemeri, kata nafi dan kata sendi nama.

Seterusnya, penyelidik juga berjaya mencapai objektif ketiga iaitu menganalisis

kesalahan penggunaan kata prafrasa. Kesalahan penggunaan kata pemeri dapat dijumpai

sebanyak 4 kali dan kesalahan penggunaan kata sendi nama dapat dijumpai sebanyak

sekali. Kesalahan kata nafi tidak terjumpa dalam halaman surat khabar yang dikaji.

9.0 PENUTUP

Hasil kajian di atas dapat menunjukkan bahawa penggunaan kata prafrasa dalam

surat khabar merupakan suatu yang penting. Sebenarnya, setiap kata prafrasa mempunyai

ciri dan fungsi yang tersendiri untuk menjadikan dan menyampaikan sesuatu ayat lebih

tepat dan berkesan. Penggunaan kata prafrasa yang tepat juga memudahkan pembaca

lebih senang memahami mesej yang ingin disampaikan. Penggunaan kata prafrasa harus

dipentingkan kerana kesalahan ini akan mempengaruhi cara penulisan golongan


pembaca. Kata prafrasa juga digunakan secara umum. Oleh hal yang demikian, terdapat

banyak ruang dan aspek yang boleh dikaji tentang kata prafrasa, contohnya cara

penggunaan kata prafrasa yang betul, ciri-ciri kata prafrasa dan sebagainya bagi tujuan

mendidik dan meneladani pembaca. Pembaca juga boleh merujuk kepada ruang surat

khabar yang lain bagi menambah ilmu pengetahuan mereka tentang kata prafrasa. Jenis

sumber yang lain seperti majalah, buku rujukan, buku teks juga boleh dijadikan sumber

rujukan kepada pembaca.

Bibiliografi

Buku

(i) Nik Safiah Karim et al., 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

(ii) Nawi Ismail, Raminah Hj Sabran, Wahida Abdul Wahid, Mohd Sis Mohd

Yatim dan Zulkarnain Farhin Abdullah. Pendekatan Efektif Memahami

Tatabahasa Bahasa Melayu

You might also like