• Apabila mooters telah membuat penyelidikan dan merasa
yakin dengan autoriti yang dirujuk dan dikumpulkan,
mooters boleh meletakkan semua otoriti tersebut di dalam Ikatan Autoriti.
• Ikatan autoriti adalah merupakan himpunan autoriti yang
kuat yang mooters telah perolehi melalui penyelidikan perundangan. • Adalah dicadangkan bagi tujuan penyeragaman, warna muka hadapan ikatan autoriti untuk subjek moot ini hendaklah: - Biru bagi Perayu - Orange bagi responden
• Ikatan autoriti hendaklah ditandakan di sudut atas sebelah
kanan muka hadapan: - IA (P) untuk Perayu - IA (R) untuk responden IA mestilah meliputi perkara-perkara berikut: - Isi Kandungan - Fakta Kes - Kerangka penghujahan (outline of submissions) - Autoriti-bermula dengan: • Akta-akta • Kes-kes • Artikel dari jurnal • Autoriti-autoriti lain seperti pendapat mazhab-mazhab lain • Kerangka penghujahan merupakan panduan ringkas bagi hakim dan pihak lawan berkenaan isu-isu perundangan anda dan bagaimana anda menanganinya serta autoriti- autoriti yang menjadi sandaran. 1) Isu perundangan yang berkaitan-kebiasaannya akan dibuat dalam bentuk soalan-boleh diikuti oleh sub-issue yang berkaitan 2) Penghujahan anda berkenaan isu yang tersebut 3) Autoriti yang menjadi sandaran • Rujuk kepada Akta yang dicetak oleh percetakan negara • Fotostat muka hadapan Akta yang mengandungi catar kerajaan, tajuk Akta dan nombor Akta • Fotostat seksyen yang berkenaan sahaja • Akta hendaklah ditandakan mengikut urutan-S1,... • Kes-kes juga dirujuk bagi menunjukkan bagaimana sesuatu seksyen itu diterimapakai oleh mahkamah • Kes juga dirujuk bagi sesuatu prinsip undang-undang- merujuk kepada ratio • Sebelum merujuk kepada kes, lihat kepada: 1) Persamaan fakta 2) Mahkamah yang memutuskan kes tersebut 3) Ratio • Walaubagaimanapun, perlulah diingati bahawa mahkamah Syariah tidak mengamalkan prinsip ‘stare decisis’ dimana keputusan Mahkamah Sivil yang tinggi mengikat mahkamah sivil yang lebih rendah. Di Makhamah Syariah, setiap hakim boleh merujuk kepada keputusan mahkamah yang lebih tinggi tetapi ianya tidaklah mengikat, sebaliknya hanyalah persuasive atau memujuk • Mahkamah Syariah terikat kepada Hukum Syarak. • IA hendaklah tidak mengandungi selain daripada autoriti yang akan dirujuk. Setelah anda mengenalpasti autoriti dan mengenalpasti bahagian yang perlu dihighlight (warna kuning), tag dan beri mukasurat yang baru kepada IA. • Ia hanya akan dirujuk setelah anda selesai dengan pembukaan hujah dan menyatakan kepada Mahkamah kerangka penghujahan. • Setelah itu anda akan memulakan penghujahan dan penghujahan hendaklah disokong oleh autoriti dimana anda akan merujuk hakim kepada IA