Tugasan 1 (Edup 30230 Puan Juliana

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS KENT
TUARAN, SABAH

KERJA KURSUS
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP) AMBILAN JUN 2019
EDUP 3023
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

NAMA : TINA LOW TIAN SIM

ANGKA GILIRAN : 2020062340046

NO KAD PENGENALAN : 010211-13-0606

KUMPULAN / UNIT : PISMP AMBILAN JUN 2019 BAHASA


MELAYU (SJKC)-1

NAMA KURSUS : PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN : TUGASAN 1- PENULISAN AKADEMIK (40%)

NAMA PENSYARAH : PUAN JULIANA DUMPIL

TARIKH HANTAR : 27 OKTOBER 2020

Markah KKP: Perakuan Maklum Balas KKP:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

1
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama Pelajar: TINA LOW TIAN SIM Angka Giliran : 2020062340046

Kod: EDUP 3023 Nama Kursus: PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Pensyarah:  PUAN JULIANA DUMPIL


Tarikh Hantar : 27 OKTOBER 2020 Tarikh Terima : 23 SEPTEMBER 2020
Pengakuan Pelajar:

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar :                             Tarikh : 27 OKTOBER 2020


PERINCIAN MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)


Kekuatan : Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan:             Tarikh : Tandatangan :              Tarikh :

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.

Catatan

Tandatangan Pelajar : Tarikh : 27 OKTOBER 2020

BIODATA

2
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

NAMA : TINA LOW TIAN SIM


NO KAD PENGENALAN : 010211-13-0606
JANTINA : PEREMPUAN
KUMPULAN / UNIT : PISMP AMBILAN JUN 2019 BAHASA

MELAYU (SJKC)-1
TARIKH LAHIR : 11/02/2001
TEMPAT LAHIR : SARIKEI, SARAWAK
UMUR : 19
ASAL : SARAWAK
BANGSA : CINA
ALAMAT : P.O BOX 10, JALAN KELUPU, 96500,

BINTANGOR, SARAWAK.
EMAIL : tinalowts0606@gmail.com

ISI KANDUNGAN

3
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Bil Kandungan Muka Surat


1 Penghargaan 5
2 1.0 Pengenalan 6
3 2.0 Konsep Perkembangan Kanak-Kanak 7
4 3.0 Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak 8
5 4.0 Faktor Mempengaruhi Perkembangan 9 – 10
Kanak-Kanak
6 5.0 Isu Tekanan Emosi Dalam Peringkat Awal 11
Remaja
7 6.0 Analisis Isu Tekanan Emosi Remaja
Berdasarkan Teori Perkembangan Kognitif 12 – 13
Jean Piaget
8 7.0 Implikasi Isu Tekanan Emosi Remaja 14 – 15
Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
9 8.0 Kesimpulan 16
10 9.0 Rujukan 17
11 10.0 Lampiran 18

PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Kent kerana memberi

4
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan


kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan
rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Juliana Dumpil,
pensyarah bagi subjek Edup3023 – Perkembangan Kanak-Kanak kerana telah
membimbing saya untuk membuat kerja kursus ini. Pada mulanya, puan
menjelaskan kehendak soalan kepada kami secara keseluruhan. Kemudian,
panduan diberi kepada saya apabila kami menemui masalah semasa membuat kerja
kursus ini. Puan memberi penjelasan dan membekalkan pandangan yang amat
berguna kepada saya dalam pelaksanaan kursus ini. Pembelajaran dan
pembentangan yang diadakan pada waktu kuliah amat berguna semasa
melaksanakan kerja kursus ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan saya iaitu
Wong Su Mei, Camy Choo Li Hong dan Law Zhi Xuan kerana mereka sanggup
meluangkan masa dan memberi pandangan terhadap kerja yang dihasilkan oleh
saya. Mereka juga memperbetulkan kesalahan yang dilakukan dalam kerja kursus
ini. Pandangan mereka amat dikasihi kerana saya dapat membuat penambahbaikan
ke atas kerja kursus dari semasa ke semasa. Mereka juga berkongsi maklumat
bersama-sama supaya kerja kursus ini menjadi lebih berkualiti.

Akhir sekali, rakaman terima kasih ditujukan kepada ibu bapa saya. Ibu bapa
saya telah memberikan sokongan kepada saya walaupun mereka tidak memberi
sebarang bantuan dalam pelaksanaan kerja kursus ini. Namun, sokongan mereka
merupakan momentum untuk menggerakkan saya. Tanpa sokongan ibu bapa, saya
tidak dapat sentiasa fokus dalam aspek pelaksanaan kerja kursus dan juga
pembelajaran. Teguran dan nasihat dari ibu bapa, pensyarah serta rakan-rakan
adalah penyokong kepada saya untuk meneruskan usaha saya.

1.0 PENGENALAN
Bayi yang dilahirkan akan sentiasa berkembang mengikut peringkat-peringkatnya
yang tertentu. Hal ini sejajar dengan pendapat Sharifah A. Alsagoff (1987),
menyatakan bahawa psikologi perkembangan sebagai kajian terhadap faktor-faktor yang

5
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

menentukan tingkah laku manusia dan perubahan kebolehan, personaliti, motivasi dan
ciri-ciri sosial mengikut peringkat masa tertentu dari masa pralahir (dalam kandungan)
sehingga ke dewasa.
Bagi Woolfolk dan Margetts (2007) pula, mentafsirkan perkembangan fizikal
sebagai perubahan tubuh badan, perkembangan kognitif sebagai perubahan pemikiran,
perkembangan sosial sebagai perubahan hubungan dengan individu yang lain serta
perkembangan emosi sebagai perubahan dalam kefahaman, ekspresi serta pengurusan
emosi.
Walaupun terdapat pelbagai definisi yang menyatakan maksud perkembangan ini, ia
tetap menyampaikan sebuah maksud yang sama iaitu perkembangan atau pertumbuhan
sebagai satu proses yang mempunyai tahap iaitu bermula dari bahan yang kecil
sehingga menjadi besar mengikut tempoh-tempoh yang tertentu sehingga menjadi
matang. Hal ini selaras apa yang didedahkan dalam Al-Quran iaitu kitab suci umat
Islam.

2.0 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Definisi pertumbuhan menurut Woolfolk dan Margetts (2007), sebagai perubahan
dalam saiz dan kematangan. Daripada segi fizikal, pertumbuhan ini meliputi

6
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

pertambahan dalam saiz bahagian-bahagian badan, ketinggian dan juga bilangan saraf-
saraf ke otak. Menurut Crow dan Crow, perkembangan merupakan perubahan secara
‘kualitatif’ serta cenderung kea rah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan
sosial.
Manakala definisi bagi perkembangan menurut Santrock (2008), mentafsirkan
perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu
yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Antara aspek
yang meliputi perkembangan dan pertumbuhan ialah aspek fizikal, kognitif, sosial dan
emosi.
Terdapat empat aspek utama untuk menilai tahap perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak. Perkembangan dan pertumbuhan ini dapat dilihat dan dinilai berdasarkan
empat aspek utama iaitu fizikal atau jasmani yang terdiri daripada rupa, saiz fizikal serta
kemahiran jasmaninya. Aspek yang kedua adalah kognitif atau mental seperti
keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya.
Seterusnya adalah aspek sosial iaitu setiap individu mempunyai cara kehidupan yang
tersendiri dan berbeza antara satu sama lain termasuklah individu-individu dalam ahli
keluarga. Manakala bagi aspek yang terakhir untuk menilai perkembangan dan
pertumbuhan kanak-kanak adalah aspek emosi. Setiap kanak-kanak menunjukkan
respon emosi dan cara menzahirkan emosi yang berbeza-beza.

3.0 PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

7
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Perkembangan ini bersifat kualitatif iaitu tidak dapat dilihat oleh mata kasar namun
kesannya boleh dirasai dan dinilai. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009),
telah menggariskan lima prinsip perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang utama
mengikut mereka adalah perkembangan berlaku daripada umum kepada khusus.
Misalnya, perkembangan ini terjadi apabila seorang bayi boleh menggengam objek
dengan keseluruhan tapak tangan sebelum menggunakan jari tangan.
Prinsip seterusnya, perkembangan kanak-kanak ini adalah hasil daripada interaksi
antara kematangan dan pembelajaran. Kematangan ini adalah potensi yang sedia ada
dalam diri kanak-kanak itu sendiri seperti merangkak, duduk, berjalan dan seterusnya
berlari. Umumnya kematangan ini dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik manakala
pembelajaran adalah hasil daripada proses latihan, peniruan, identifikasi dan
memerlukan usaha daripada persekitaran.
Selain itu, prinsip ketiga menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel pula adalah
perkembangan ini berlaku pada kadar yang berbeza. Misalnya, sesetengah kanak-kanak
dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada kanak-kanak yang perkembangannya
lambat akan hanya berjalan pada umur sekitar 18 bulan. Prinsip ini juga membawa
kepada perbezaan perkembangan kanak-kanak yang kita dapat lihat di dalam sebuah
bilik darjah.
Prinsip perkembangan kanak-kanak yang seterusnya adalah perkembangan kanak-
kanak ini berlaku mengikut tertib. Sekiranya terdapat unsur-unsur yang menghalang
perkembangan kanak-kanak ini mengikut alirannya, berkemungkinan besar akan terjadi
impak-impak negatif terhadap kanak-kanak tersebut.
Prinsip perkembangan kanak-kanak yang terakhir adalah perkembangan ini akan
berlaku secara berterusan. Kanak-kanak ini akan sentiasa menambah kemahiran-
kemahiran mengikut aturannya. Sebagai contoh, pada umur tiga tahun seorang kanak-
kanak akan belajar cara memegang pensil, kemudian apabila usia bertambah kanak-
kanak ini akan menggunakan kemahiran memegang pensil ini untuk menulis.

8
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

4.0 FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima
aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula
adalah berasakn kepada dua faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka dan
faktor persekitaran. Perkembangan ini biasanya dikaitkan dengan perkembangan atau
perubahan fizikal tubuh badan. Ahli psikologi juga telah berpendapat bahawa tiada
individu di dunia ini yang mempunyai kadar perkembangan yang sama dan menjadikan
faktor baka dan faktor persekitaran sebagai penyebab ketidaksamaan kadar
perkembangan individu.
Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya.
Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Kedua-dua
faktor ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Terdapat persamaan yang serupa bagi setiap
pertumbuhan. Perbezaan ini dapat dilihat melalui aspek fizikal, kognitif, emosi, sosial
dan jasmani. 
Pengaruh genetik atau baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia ini
sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel (1822-1889) di Austri. Menurut
Norman L. Munn, dan Ee Ah Meng (1996) baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan
melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Manakala R. Hilgard pula
menyatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui ibu bapa kepada
anak-anaknya melalui gen.
Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan
Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan
intelek yang berbeza. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan
daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Emosi seseorang juga diwarisi daripada
baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan
bersifat pemarah akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
Faktor kedua pula ialah persekitaran. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa
proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum dan selepas
lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup dan
kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan,
sosioekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media dan persekitaran
dunia.
Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989), menjelaskan bahawa
perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem,
mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem.
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat di mana kanak-kanak lebih
banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran

9
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

itu. Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan dua


mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan
mikrosistem yang lain. Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang
tidak melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam
persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Makrosistem pula
adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan
masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina
dititikberatkan (Santrock, 2008). Kronosistem pula melibatkan perubahan
perkembangan dalam suatu tempoh masa.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu
sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap
individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.

10
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

5.0 ISU TEKANAN EMOSI DALAM PERINGKAT AWAL REMAJA


Menurut Morstt & Furst (1979) di dalam Kasmini (1998), tekanan adalah suatu
keadaan yang dipengaruhi oleh gangguan mental dan emosional yang boleh
mewujudkan keadaan tidak selesa atau tegang, daripada peristiwa, pengalaman atau
bebanan tugas yang tidak mampu ditanggung oleh tubuh atau di luar kemampuan
mereka. Oleh itu, fenomena tekanan emosi merupakan sebahagian daripada reaksi
emosi yang berpusat kepada emosi yang negatif yang menggambarkan keadaan jiwa
manusia yang berada dalam keadaan tidak tenang seperti resah gelisah, kecewa, sedih,
berdukacita, menurut hawa nafsu dan melanggar perintah.
Remaja yang mengalami tekanan emosi terdedah dengan masalah mental sekiranya
permasalahan ini tidak ditangani lebih awal. Golongan remaja ini merupakan golongan
yang perlu diberi perhatian dan tidak boleh diabaikan. Tekanan emosi merupakan salah
satu fenomena emosi yang dihadapi oleh remaja dalam proses perubahan dan
perkembangan psikologinya yang perlu ditangani. Remaja yang tertekan emosinya akan
menunjukkan gejala seperti agresif, mudah memberontak, marah yang tidak dapat
dikawal, kemurungan, dan mudah sakit. Sering juga kita mendengar ada remaja
bertindak memilih jalan yang salah untuk mengatasi masalah ini, contohnya, merokok,
menghisap vape, menghidu gam, mengambil minuman keras dan terlibat dalam
penyalahgunaan dadah.
Tekanan emosi boleh membawa remaja kepada penolakan keinginan berseronok-
seronok seperti remaja normal lain dan setengahnya mengasingkan diri dari pergaulan
dan bertingkah laku anti sosial. Tekanan emosi disebabkan oleh beberapa faktor sama
ada faktor luaran mahu pun dalaman. Faktor luaran seperti faktor keluarga, persekitaran,
akademik dan faktor sosial. Faktor dalaman pula seperti perubahan biologi, faktor
personaliti dan konflik yang dihadapi oleh remaja.

11
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

6.0 ANALISIS ISU TEKANAN EMOSI REMAJA BERDASARKAN TEORI


PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET
Jean Piaget dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi perkembangan
dan kognitif. Kajian-kajian yang di buat oleh beliau ialah mengenai tingkah laku kanak-
kanak yang ditinjau dari aspek struktur, operasi tingkah laku cerdas dan peringkat-
peringkat perkembangan berturutan iaitu dari segi penaakulan, pemikiran dan
kematangan intelek. Menurut beliau kanak-kank yang lebih tua biasanya berfikir dengan
lebih cepat daripada kanak-kanak yang lebih muda. Bagi beliau dengan mengkaji
kecerdasan kanak-kanak, kita akan dapat memahami sifat pengetahuan manusia yang
berkembang mengikut peringkat tertentu.
Piaget menjalankan penyelidikanya berdasarkan pendekatan epistemologi genetik
yang mengkaji biologi dan psikologi perkembangan tingkah laku cergas. Beliau
melakukan pemerhatian terhadap anak-anaknya dan kemudian kepada kanak-kanak
lain. Aspek-aspek yang beliau kaji dengan teliti adalah mengenai bahasa, taakulan,
perkembangan moral, struktur kognitif dan intelek kanak-kanak.
Untuk memahami tingkah laku dan perkembangan kognitif, Piaget memperkenalkan
aspek penting skema dan skemata, asimilasi, akomodasi dan perimbangan. Skema
(pola penyusunan tingkah laku) ialah struktur-struktur kognitif yang digunakan oleh
individu untuk mendapatkan pengetahuan dalam persekitaran. Skemata pula adalah
aspek kiasan bagi pemikiran yang merupakan struktur-struktur kognitif yang berubah
dan berkembang melalui interaksi dengan persekitaran.
Proses yang membolehkan skemata berkembang dinamakan asimilasi dan
akomodasi. Proses asimilasi berlaku apabila kanak-kanak menggabungkan elemen baru
ke dalam struktur tingkah laku sedia ada. Proses ini penting untuk membantu
mengembangkan skema supaya dapat memahami rangsangan daripada yang mudah
kepada yang susah. Manakala akomodasi pula merupakan satu cara menukarkan
konsep lama untuk disesuaikan dengan maklumat baru. Teori Piaget yang amat terkenal
ialah mengenai perkembangan kognitif.
Tekanan emosi dalam peringkat awal remaja sering berlaku. Dalam toeri tersebut,
Piaget sangat menekankan tingkah laku seseorang sama ada pemikiran, perkembangan
moral mereka dan emosi mereka. Remaja seharusnya memikir dengan rasional bahawa
kesan yang akan datang jika seseorang tidak dapat mengawal emosi dengan baik.
Seperti dalam peringkat perkembangan kognitif Jean Piaget, beliau berpendapat
bahawa dalam salah satu peringkat iaitu peringkat operasi konkrit (7-11 tahun), kanak-

12
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

kanak tidak begitu egosentrik, pemikiran bersifat pemusatan semakin berkurangan.


Mereka boleh mengambil kira sesuatu perkara dari pelbagai segi yang munasabah.
Seterusnya, dalam peringkat operasi formal iaitu 11 tahun ke atas, mereka dapat
membentuk penaakulan dan fikiran secara abstrak serta menunjukkan kemahiran
menggunakan hipotesis serta prinsip untuk menyelesaikan masalah. Mereka boleh
berfikir dengan logik dalam peringkat tersebut. Oleh itu, dalam pernyataan tersebut,
remaja seharusnya bijak mencari penyelesaian yang lebih baik dan betul jika
menghadapi masalah atau emosi yang sedih dan marah. Remaja perlu mempunyai jati
diri yang kuat supaya emosi sendiri tidak mudah dipengaruhi oleh faktor luaran seperti
rakan sebaya, media massa dan sebagainya.

13
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

7.0 IMPLIKASI ISU TEKANAN EMOSI REMAJA TERHADAP PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Tekanan dapat menjadi pendorong kepada sesuatu tindakan dan pencapaian serta
boleh menimbulkan masalah kesihatan. Tekanan merupakan hasil interaksi antara
peristiwa persekitaran dengan individu.
Antara implikasi tekanan emosi yang pertama ialah remaja itu akan terganggu dan
perasaan risau sentiasa menghantuinya. Remaja itu mengalami ketegangan fikiran dan
tidak dapat membuat keputusan dengan baik. Tekanan juga menyebabkan remaja
berasa seolah-olah otaknya sentiasa letih dan penat berfikir. Tekanan mengubah sikap
mereka daripada seorang yang sabar kepada cepat marah dan sentiasa mengeluh.
Kadang-kadang, mereka juga akan menunjukkan perasaan runsing, kecewa dan mudah
menangis. Tekanan emosi yang tidak terkawal akan menyebabkan perasaan cemas,
sensitif, murung, sukar tidur dan hilang selera makan. Remaja akan hilang fokus apabila
dalam bilik darjah. Mereka sukar untuk menerima apa-apa yang diajar oleh guru. Maka,
mereka akan ketinggalan pembelajaran kerana tidak dapat memberikan tumpuan yang
sepenuhnya dalam bilik darjah.
Selain itu, remaja yang menghadapi tekanan emosi akan menyebabkan masalah
insomnia iaitu masalah ketidakupayaan untuk tidur pada waktu malam. Remaja tersebut
akan mengalami keletihan pada hari berikutnya. Terdapat pelbagai faktor yang
menyumbang kepada insomnia, namun salah satu punca insomnia ialah tekanan.
Apabila remaja menghadapi tekanan emosi, otak mereka akan lebih aktif daripada biasa.
Mereka tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun pada waktu di mana tubun badan
mereka sepatutnya rehat. Apabila mereka kurang rehat, maka ia akan menjadi lesu pada
hari berikutnya. Oleh itu, remaja akan kurang semangat untuk belajar dan hilang minat
untuk mempelajari ilmu yang baru. Secara tidak langsung, pencapaian akademik remaja
akan menurun dan menjadi semakin merosot.
Di samping itu, implikasi yang ketiga ialah remaja akan menunjukkan reaksi
berlebihan terhadap kejadian-kejadian biasa. Apabila seseorang pelajar yang mengalami
tekanan emosi dia akan menunjukkan reaksi-reaksi yang abnormal dan berlebihan.
Contohnya, marah kepada pelajar yang lain dalam kelas jika terlanggarnya. Oleh itu, ini
akan menyebabkan hubungan antara pelajar dalam kelas menjadi longgar. Dengan ini,
interaksi antara pelajar akan kurang. Sebagai contoh, aktiviti berkumpulan tidak dapat
berkesan dengan baik kerena pelajar-pelajar tidak suka berkomunikasi dengan pelajar

14
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

lain. Secara tidak langsung, remaja kurang dapat menimba ilmu dan pengetahuan yang
baru.
Akhirnya, implikasi tekanan emosi remaja yang keempat ialah remaja tidak dapat
menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Hal ini dikatakan demikian kerana,
remaja yang tertekan akan kurang semangat dan kesabaran untuk menyiapkan kerja.
Mereka tidak dapat fokus dengan baik untuk mencari jawapan. Apabila menjumpai
soalan yang susah dan tidak dapat menjawab, mereka akan semakin tertekan dan
semakin cemas. Dengan ini, remaja tidak dapat menyiapkan kerja dalam masa yang
ditetapkan dan akan menyebabkan keputusan dalam peperiksaan merosot kerana tidak
dapat membuat ulang kaji yang baik dan sepenuhnya. Secara tidak langsung,
pencapaian akademik remaja dalam kelas akan menurun. Disebabkan remaja tidak
dapat fokus dengan baik dalam pembelajaran, ini telah mengakibatkan guru susah untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada mereka. Oleh itu, remaja yang menghadapi
masalah tekanan emosi akan menyebabkan pencapaian akademik manjadi semakin
merosot.

15
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

8.0 KESIMPULAN
Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif
namun jelas berubah melalui peredaran masa. Tingkah laku seseorang juga akan
berubah berlaku secara berterusan mengikut peringkat-peringkat kematangan dan
mengikut keadaan di persekitarannya.
Selain itu, tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas
daripada ketidakupayaan seseorang menangani masalah yang sedang dihadapi.
Sekiranya tekanan ini tidak ditangani maka akan memudaratkan individu tersebut baik
daripada aspek fizikal, mental, emosi mahupun aktiviti sosial mereka. Remaja mestilah
bijak mengawal emosi, hidup berdisiplin serta menghormati peraturan dan undang-
undang agama dan Negara.
Kesimpulannya, untuk memastikan kesinambungan pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak, persekitaran yang positif amat penting untuk melahirkan
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Maka, guru haruslah sentiasa bersedia
dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang
ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu
kelancaran pengajaran dan pembelajaran.

16
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

9.0 RUJUKAN
Ahmad Ali Karim. (2020). Masalah Pengawalan Emosi Dalam Kalangan Remaja.
Dicapaikan pada 24 Oktober 2020 daripada
https://ahmadalikarim.com/2020/06/24/masalah-pengawalan-emosi-dalam-kalangan-
remaja/
Azizi Yahaya. (2010). Teori-Teori Perkembangan. Dicapaikan pada 24 Oktober 2020
daripada https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-
teori_Perkembangan
Dr. Madagascar. (2013). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Kanak-
Kanak. Dicapaikan pada 24 Oktober 2020 daripada
http://drmadagascar.blogspot.com/2013/10/faktor-faktor-yang-mempengaruhi.html
Fanera Jeffey. (2013). Konsep Dan Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak. Dicapaikan
pada 24 Oktober 2020 daripada https://www.slideshare.net/fanera91/konsep-dan-
prinsip
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan. (2019). Perkembangan Emosi
Kanak- Kanak. Dicapaikan pada 24 Oktober 2020 daripada
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/2881
Kesihatan & Kesejahteraan. (2017). Kesan Stres Terhadap Mental Dan Fizikal.
Dicapaikan pada 24 Oktober 2020 daripada https://www.aia.com.my/ms/what-
matters/health-wellness/bahaya-stres.html
Mohd Anuar Abdul Rahman & Norshahril Abdul Hamid. (2011). Kesan Persekitaran
Terhadap Pembangunan Emosi Pelajar. Dicapaikan pada 24 Oktober 2020 daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/12175/1/JEPC-2011-1-008.pdf
Naughtygurlz92. (2013). Perkembangan Kanak-Kanak. Dicapaikan pada 24 Oktober
2020 daripada https://www.scribd.com/document/172735488/Assignment-
Perkembangan- Kanak-kanak
Sistem Guru Online. (2014). Perkembangan Kanak-Kanak. Dicapaikan pada 24 Oktober
2020 daripada https://www.sistemguruonline.my/2014/11/perkembangan-kanak-
kanak.html
Siti Sarah Abdullah. (2015). Gangguan Emosi. Dicapaikan pada 24 Oktober 2020
daripada https://www.slideshare.net/sitisarahabdullah/gangguan-emosi-45872253

17
TINA LOW TIAN SIM EDUP 3023 PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Ukhuwahfillah Dua Benus. (2014). Analisis Dua Teori Dalam Perkembangan Kanak-
Kanak. Dicapaikan pada 24 Oktober 2020 daripada
https://www.slideshare.net/ukhuwahfillahduabenua/analisis-dua-teori-dalam-
perkembangan-kanakkanak

10.0 LAMPIRAN

18

You might also like