Kuiz

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pendidikan Jasmani Suaian & Kesihatan 

Murid Berkeperluan Khas

Kuiz. (20 markah)

 Jawab semua soalan.

1. Jelaskan  Definisi dan Konsep Pendidikan Jasmani Suaian dan Pendidikan Kesihatan
Murid Berkeperluan Khas (MBK).

                                                                                                                                                    
           ( 4 Markah)

Definisi:

Pendidikan Jasmani suaian didefinisikan sebagai pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang


diajar berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubahsuai berdasarkan kekangan
dan batasan pelajar yang mengikutinya.

Konsep:

Pendidikan Jasmani disesuaikan daripada aktiviti PendidikanJasmani tradisional, bertujuan


untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program
Pendidikan Jasmani dengan selamat dan berjaya serta mencapai kepuasan diri.

Faktor utama yang perlu diambil kira dalam melaksanakan PendidikanJasmani suaian ialah
potensi dan keupayaan individu untuk melakukan aktiviti tersebut.

Pendidikan Kesihatan  Murid Berkeperluan Khas (MBK):

Murid MBK perlu dididik tentang Pendidikan Kesihatan supaya mereka boleh menjadikan
amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan mereka. Amalan gaya hidup sihat membolehkan
mereka menjalani hidup dengan lebih berkualiti dari aspek:
 Penerimaan positif masyarakat terhadap golongan OKU
 Badan yang sihat akan membuahkan emosi yang stabil
 Amalan gaya hidup yang sihat akan menjadi budaya dalam hidup mereka
 Membolehkan mereka berdikari dalam menjaga kesihatan diri

2.  Huraikan mengapa Pendidikan Jasmani  Suaian penting untuk Murid-murid Berkeperluan
Khas (MBK.) 

                                                                                                                               (4Markah)     
  Pendidikan Jasmani  Suaian penting untuk Murid-murid Berkeperluan Khas
(MBK.) kerana :

a) perkembangan, keseimbangan, diskriminasi dan integrasi deria dan fungsi deria-motor.


b) Perkembangan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor
c) Perkembangan kemahiran kawalan objek
d) Perkembangan bermain, kesenggangan, rekreasi, sukan dan kemahiran kecergasan
fizikal
e) Perkembangan kecergasan untuk kehidupan seharian dan kesihatan
f) Menghalang dan menguruskan keadaan kesihatan diri
g) Perkembangan kemahiran pergerakan untuk hidup berdikari.

                                                                                                   
3. Bagaimana Pendidikan Jasmani Suaian dapat dilaksanakan semasa aktiviti jasmani 
murid-muridBerkeperluan Khas(MBK).

                                                                                         (2Markah)

Pelaksanaan ke arah penyesuaian pendidikan jasmani suaian ini mungkin diperlukan


mengikut kebolehan, keperluan dan di tahap mana ia bersesuaian dengan persekitaran
yang melibatkan aktiviti fizikal. Di bawah disenaraikan faktor-faktor yang perlu diambil kira
dalam membina penyesuaian kepada kanak-kanak kurang upaya ini.

Antara factor yang boleh di ambil kira ialah Menggunakan semua pancaindera, gunakan
analisis tugasan, ubah suai bahan, tempat dan masa penglibatan, ubah suai peraturan dan
peralatan dan sebagainya

4. Bagi menjamin keselamatan murid berkeperluan  khas di sekolah, jelaskan dua peraturan
bagi setiap 

    lokasi berikut:

i. Bilik darjah –
Memastikan bilik-bilik yang selamat dan kondusif untuk pendidikan dan pembelajaran bagi
melahirkan pelajar yang sihat dan cemerlang.
Peraturan:
a. Murid dikehendaki mematuhi semua tatacara yang dirangka pada setiap bilik darjah
dan bilik-bilik khas oleh guru yang berkenaan.
b. Murid dilarang membawa peralatan merbahaya dan tajam ke sekolah tanpa
kebenaran guru.
c. Guru menyediakan jadual bertugas agar bilik darjah kelihatan bersih dan selamat

ii. Kantin
Peraturan:
a. Pelajar dikehendaki beratur dengan teratur semasa membeli makanan.
b. Makan di tempat yang di sediakan di kantin dan buang sampah ke dalam tong
sampah yang di sediakan.
c. Pengusaha kantin seharusnya menyediakan makanan yang sihat untuk otak dan
tubuh badan dan elakkan makanan bergizi renda seperti keropok dan sebagainya
iii. Tandas

Peraturan:
a. Pelajar di larang mengotorkan tandas dengan sampah atau sebagainya
b. Pelajar dan warga sekolah di larang merokok di Kawasan tandas
c. Pelajar di larang membazir air dan sumber seperti tisu yang ada di tandas

iv. Persekitaran sekolah


Peraturan:
a. Menyenaraikan tempat-tempat yang bahaya dan melabelkan tempat-tempat yang
bahaya tersebut agar mudah dikesan oleh warga sekolah
b. Murid dilarang untuk pergi tempat-tempat berbahaya di Kawasan sekolah untuk
keselamatan
c. Semua orang luar wajib berdaftar ke pegawal keselamatan dan mendapat kebenaran
pentadbir sebelum masuk kesekolah untuk elakkan perkara tidak di ingini
(8 Markah)
5. Apakah yang anda faham tentang Rawatan Bantu Mula yang Bersesuaian untuk Murid
Berkeperluan Khas?

 Untuk menstabilkan keadaan mangsa bagi mengurangkan kesakitan.


 Untuk mengelakkan keadaan mangsa semakin serius atau bertambah teruk.
 Menyelamatkan nyawa.
 Membuat pesakit berasa selesa.
 Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
                                                                                                                                                    
              

Contoh Rawatan Bantu mula:

Rawatan luka kecil

 Cuci luka dengan air bersih.
 Bersihkan luka dengan antiseptik.
 Tutup luka dengan plaster berubat.

                                                                            (2Markah)

  JUMLAH Markah 20 markah

You might also like