Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

TAJUK: ANALISIS AMALAN PENGAMBILAN SUMBER MANUSIA BAGI

JAWATAN PERINGKAT PENGURUSAN PERTENGAHAN DAN PERINGKAT


PENGURUSAN BAWAHAN YANG DILAKSANAKAN OLEH SYARIKAT RHB
BANK BERHAD DAN SYARIKAT ARTE ORIGINAL SDN. BHD.

ABSTRAK
1.0 PENGENALAN

Dalam kajian kali ini, pengkaji telah mengkaji mengenai amalan pengambilan sumber
manusia di dua syarikat terpilih yang mempunyai kelainan dan keunikan tersendiri dalam dua
bidang yang berbeza iaitu syarikat RHB Bank Berhad dan syarikat Arte Original Sdn. Bhd.
Pengkaji juga telah mencari iklan penjawatan di peringkat pengurusan pertengahan dan
peringkat pengurusan bawahan bagi kedua-dua syarikat tersebut. Misalnya, pengkaji memilih
jawatan pengurus jualan dan pengurus makanan minuman (F&B) bagi peringkat pengurusan
pertengahan serta jawatan penolong pengurus jualan dan supervisor makanan minuman
(F&B) bagi peringkat pengurusan bawahan di kedua-dua syarikat tersebut.

Syarikat RHB Bank Berhad merupakan penyedia perkhidmatan kewangan serantau yang
multinasional. Syarikat ini mempunyai komitmen untuk memberikan penyelesaian lengkap
kepada pelanggan melalui penawaran segmen yang berbeza dan disokong oleh tenaga kerja
yang kohesif dan terinspirasi serta hubungan baik syarikat yang dibina dengan pihak
berkepentingan.

RHB Bank Berhad merupakan salah satu daripada bank teratas di Malaysia dan dengan
kehadiran yang signifikan di ASEAN, RHB mempunyai kepemimpinan pasaran yang kuat di
Malaysia di seluruh produk dan segmen yang disasarkan. Tenaga kerja dalam syarikat ini
mencapai 14,000 kakitangan bagi semua cawangan dan menerima kedatangan kakitangan
baharu untuk meneruskan legasi kegemilangannya dengan pembukaan pelbagai jawatan
kosong dalam peringkat pengurusan tertentu.

Syarikat Arte Original Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2020 dan sedang dalam usaha
mencari sumber manusia yang sesuai dan mencukupi untuk bersama-sama mengembangkan
syarikat perhotelan ini. Syarikat ini berdiri sama tinggi dengan pesaingnya dengan
pendekatan reka bentuknya yang imajinatif. Reka bentuk Arte Original Sdn. Bhd. menarik
kelihatan ala era kuno Eropah dengan tiang barok emasnya, bumbung berkubah renaisans dan
sudut yang rumit yang menghiasi bahagian dalam bangunan hotel ini.

Hotel ini dibina oleh pencipta siri The Arte dan seperti namanya, memberi penghormatan
kepada inspirasi kreatif pengasasnya, Thomas Chan. Pendekatan terhadap reka bentuk luar
biasa oleh syarikat perhotelan ini juga tercermin dalam persekitaran kerja progresif yang
diamalkan. Sejajar dengan ini, syarikat Arte Orginal Sdn. Bhd. mengalu-alukan individu yang
ingin menjadi sebahagian daripada keluarga bakat segar & dinamik yang sedang berkembang
ini. Setakat ini terdapat 200 orang kakitangan dalam syarikat ini.
Pengurusan sumber manusia merujuk kepada falsafah, polisi, prosedur dan amalan-amalan
yang berkaitan dengan pengurusan pekerja dalam sesebuah organisasi. Pengurusan sumber
manusia melibatkan aktiviti merekrut, memilih, melatih dan membangunkan pekerja-pekerja
organisasi tersebut. Tujuan pengurusan sumber manusia adalah untuk memastikan bahawa
tenaga kerja dimanfaatkan dan digunakan secara cekap dan berkesan dalam menyumbang
untuk mencapai objektif organisasi.

Dalam memastikan sesebuah organisasi dapat menjalankan fungsi pengurusan dengan


berkesan, pengurusan organisasi dibahagikan kepada tiga peringkat. Walau bagaimanapun,
hanya peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan bawahan yang akan
dikaji. Dalam peringkat pengurusan pertengahan, pengurus perlu memiliki kemahiran
konseptual, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran teknikal. Namun, berbanding dengan
pengurus atasan yang bertanggungjawab membuat perancangan untuk keseluruhan
organisasi, kemahiran konseptual tidak ditekankan secara serius memandangkan pengurus
hanya terlibat dalam aktiviti perancangan bagi jabatan masing-masing.

Secara umumnya, peringkat penjawatan yang berlainan yang ditawarkan oleh kedua-dua
syarikat yang dikaji menunjukkan perbezaan dari penghuraian kerja dan spesifikasi kerja.
Sumber manusia adalah penting untuk memastikan sesebuah syarikat mampu mencapai
matlamatnya.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai empat objektif utama berkaitan amalan pengambilan
sumber manusia bagi syarikat RHB Bank berhad dan syarikat Arte Original Sdn. Bhd. bagi
penjawatan kerja di peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan bawahan
seperti berikut:

2.1 Mengkaji sumber iklan bagi penjawatan yang ditawarkan oleh syarikat RHB Bank
Berhad dan syarikat Arte Original Sdn. Bhd.
2.2 Menganalisis maklumat berkaitan spesifikasi kerja yang bersesuaian bagi sesuatu
penjawatan di peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan
bawahan yang ditawarkan oleh syarikat RHB Bank Berhad dan syarikat Arte
Original Sdn. Bhd.
2.3 Menerangkan dokumen yang diperlukan di dalam penghuraian kerja bagi sesuatu
penjawatan yang ditawarkan oleh syarikat RHB Bank Berhad dan syarikat Arte
Original Sdn. Bhd.
2.4 Menjelaskan aspek pemilihan yang diaplikasikan oleh syarikat RHB Bank Berhad
dan syarikat Arte Original Sdn. Bhd.
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
3.1 Amalan Pengambilan Sumber Manusia

Pengambilan pekerja untuk bekerja dalam sesebuah organisasi merupakan fungsi


yang amat penting untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia dan
menjadi teras kepada perkembangan positif sesebuah organisasi tersebut. Tanpa
strategi pengambilan dan pemilihan yang baik, organisasi akan mengalami beberapa
kesan negatif. Amalan pengambilan dan pemilihan pekerja akan memberi kesan ke
atas prestasi organisasi secara keseluruhannya. Menurut Gatewood dan Feild (1994)
serta Scholarios, Lockyer dan Johnson (2003), amalan pengambilan sumber manusia
ialah proses mengumpul dan menilai maklumat mengenai individu dalam proses
menawarkan pekerjaan. Amalan pengambilan sumber manusia merupakan fungsi
yang amat penting untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa
strategi pengambilan dan pemilihan yang baik, organisasi akan mengalami beberapa
kesan negatif. Huselid (1994) serta Stewart dan Knowles (2000) menegaskan bahawa
amalan pengambilan sumber manusia akan memberi kesan ke atas prestasi organisasi
secara keseluruhannya. Proses pengambilan sumber manusia ialah merekrut,
pemilihan, penawaran kerja dan induksi. Proses merekrut bermaksud mengambil staf
baharu untuk menambah jumlah anggota pekerja dalam sesebuah organisasi sama ada
dari sumber dalaman dan luaran (Samiran Hadi Subroto: 1993). Pemilihan ialah
proses menilai dan memilih calon yang paling layak untuk mengisi kekosongan
jawatan. Selain itu, penawaran kerja bermaksud tawaran kerja yang akan dibuat
kepada calon yang layak setelah pemilihan dibuat melalui surat rasmi atau panggilan
telefon manakala proses induksi merupakan satu program orientasi untuk memberi
pendedahan awal kepada pekerja baru supaya mereka dapat memahami dan
menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja baharu dalam organisasi (Shanthi
Subramaniam: 2008). Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa aspek yang perlu
ditekankan dalam amalan pengambilan sumber manusia iaitu sumber iklan,
penghuraian kerja dan spesifikasi kerja seiring dengan objektif kajian pengkaji.
Sumber iklan pekerjaan adalah medium pengumuman mengenai kedudukan pekerjaan
terbuka. Huraian kerja bermaksud pernyataan bertulis tentang kandungan apa-apa
pekerjaan tertentu dan berasal dari analisis pekerjaan itu (Barry Cushway: 2008).
Spesifikasi kerja bermaksud satu dokumen termasuk kelayakan minimum yang boleh
diterima oleh sesebuah syarikat bahawa seseorang individu perlu menjalankan
pekerjaan yang spesifik (Meng-Shan Tsai: 2018).

3.2 Peringkat Pengurusan

George R Terry (1953) mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses sistematik


yang merangkumi perancangan, pengorganisasian, kawalan dan pendorongan.
Peringkat pengurusan terbahagi kepada tiga iaitu kedudukan mengikut hierarki kuasa
atau pangkat dalam sesebuah syarikat. Dalam kajian ini pengkaji akan menganalisis
peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat pengurusan bawahan sahaja.
Menurut Aizzat Mohd. Nasurdin (2006), peringkat pengurusan atau peringkat
organisasi di mana pengurus ditempatkan dalam sesebuah jabatan merupakan penentu
yang penting bagi pekerjaan seseorang pengurus. Peringkat pengurusan pertengahan
terdiri daripada Pengurus Cawangan, Pengurus Pemasaran, Pengurus Sumber
Manusia, Pengurus Kewangan dan Pengurus manakala peringkat pengurusan
bawahan pula terdiri daripada Penolong Pengurus, Penyelia dan Leader yang
bertanggungjawab melaksanakan perancangan dan aktiviti yang telah ditetapkan
(Wan Ruzainizan B. Wan Mat Rusoff: 2020).

Dalam kajian ini, pengkaji telah mendapatkan iklan-iklan jawatan kosong yang
ditawarkan oleh syarikat RHB Bank Berhad dan syarikat Arte Original Sdn. Bhd.
melalui suatu aplikasi pencarian jawatan kosong yang dinamakan JobStreet. JobStreet
adalah syarikat pemenang anugerah yang memberikan pengalaman mencari pekerjaan
yang mudah dan variasi di seluruh Asia. Syarikat ini mempunyai 20 tahun
pengalaman.

3.3 Latar Belakang Syarikat yang Dikaji

Pengkaji akan menjalankan kajian terhadap dua buah syarikat iaitu:

3.3.1 Syarikat RHB Bank Berhad

Syarikat RHB Bank Berhad merupakan sebuah anak syarikat milik penuh RHB
Capital. RHB Bank Berhad adalah hasil daripada tiga penggabungan iaitu
penggabungan dengan Kwong Yik Bank Berhad, Sime Bank Berhad dan Bank Utama
(Malaysia) Berhad pada tahun 1997, 1999 dan 2003. RHB Bank merupakan bank
ketiga terbesar di Malaysia, dengan 14000 orang kakitangan. RHB Banking Group
adalah kumpulan perkhidmatan kewangan bersepadu sepenuhnya keempat terbesar di
Malaysia. Syarikat ini mengamalkan masa kerja pejabat dari jam 9 pagi hingga jam 5
petang bagi semua kakitangan dan sistem penggajian bulanan mengikut peringkat
pengurusan dan pangkat kakitangan.

3.3.2 Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

Syarikat Arte Original Sdn. Bhd. Syarikat ini terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.
Syarikat ini merupakan syarikat perhotelan yang diasaskan pada tahun 2020 oleh
Thomas Chan melalui inspirasi kreatifnya. Beliau membina sebuah syarikat
perhotelan yang sangat penuh dengan keistimewaan seperti tiang barok emas,
bumbung berkubah renaissance dan sudut kompleks yang menghiasi bahagian dalam
hotel tersebut. Walaupun baru sahaja diasaskan, syarikat ini telah berkembang maju
dan mempunyai lebih kurang 200 orang pekerja yang bersama-sama berusaha
mencapai matlamat syarikatnya. Syarikat ini mengamalkan budaya kerja secara syif
kerana memerlukan tenaga kerja yang beroperasi 24 jam di bahagian meja penyambut
tetamu dan keselamatan. Sistem penggajiannya pula dipengaruhi oleh peringkat
pengurusan, pangkat dan juga masa bekerja kakitangan iaitu mengikut syif.

3.4 Resume

Resume merupakan suatu medium bagi sesebuah syarikat mendapatkan maklumat


mengenai individu yang dinyatakan dalam resume berkaitan dengan kepentingan dan
keperluan majikan. Tujuan utama sesebuah resume dibuat bukanlah untuk
mendapatkan pekerjaan tetapi untuk membuatkan individu tersebut layak untuk
ditemuduga (Mawardi Yunus: 2016). Dengan adanya resume, majikan akan lebih
mudah membuat perbandingan dan pemilihan antara calon-calon yang memohon
untuk jawatan yang sama.
4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian atau tatacara mendapatkan
maklumat bagi mencapai matlamat atau objektif yang telah ditetapkan pada peringkat awal
kajian. Kaedah kajian ditetapkan sebagai segala langkah atau prosedur untuk mencapai segala
objektif yang mana aktiviti kajiannya sudah tentu dijalankan mengikut kaedah sains (Ahmad
Mahdzan Ayob (1992:44)).

Bagi pelaksanaan kajian ini, pengkaji akan memastikan teknik- teknik kajian yang adalah
lebih teratur dan teliti dalam semua aspek. Secara umumnya, kajian ini menggunakan data
sekunder sahaja untuk mencapai semua objektif kajian.

4.1 Data Sekunder

Data sekunder merupakan data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain iaitu data
terdahulu yang dikumpul untuk tujuan kajian. Data-data tersebut masih lagi sesuai dan
relevan untuk digunakan bagi menjawab persoalan kajian atau dikembangkan kepada
informasi mahupun formulasi yang baru untuk kajian pada masa kini (Sabitha
Marican: 2005). Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan bahan rujukan seperti buku,
internet dan media massa.

4.1.1 Rujukan Kepustakaan

Penelitian kepustakaan merupakan suatu penelitian yang digunakan dalam


mengumpulkan informasi dan data dengan bantuan berbagai macam material
yang ada di perpustakaan seperti dokumen, buku, majalah, kisah-kisah sejarah,
dan sebagainya (Mardalis: 1999).

Pengkaji menggunakan rujukan kepustakaan iaitu menggunakan buku ilmiah


dan jurnal online bagi mendapatkan maklumat seperti definisi bagi istilah-
istilah penting yang digunakan dalam kajian ini. Antara buku ilmiah yang
digunakan ialah Buku Pengajian Perniagaan Semester 2 yang diterbitkan oleh
Local Publications (M) Sdn.Bhd.
4.1.2 Laman Sesawang (Internet)

Norazah & Mohd Amin (2008) menjelaskan maksud laman web ialah satu
halaman yang mempunyai persembahan visual yang menarik dan unik serta
melibatkan grafik latar belakang, logo, saiz tulisan, butang menu dan
kombinasi warna.

Pengkaji turut menggunakan kaedah laman sesawang dalam memperoleh


maklumat terutamanya bagi mendapatkan maklumat berkenaan latar belakang
syarikat yang dikaji. Di mana, pengkaji telah melayari laman web rasmi
syarikat RHB Bank Berhad iaitu https://www.rhbgroup.com/index.html .

4.1.3 Media Sosial

Menurut B.K Lewis (2010), media sosial didefinisikan sebagai label bagi
teknologi digital yang memungkinkan orang untuk berhubungan,
memproduksi dan berbagi isi pesan.

Media sosial juga digunakan oleh pengkaji sebagai medium untuk


mendapatkan maklumat. Maklumat tentang iklan penjawatanan telah diperoleh
daripada media sosial iaitu Job Street. Melalui Job Street, pengkaji telah
mendapatkan iklan yang lengkap untuk dianalisis dalam kajian ini.
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam sesebuah kajian yang dijalankan, penemuan adalah fakta empirikal berdasarkan data
yang dikumpulkan dan tidak hanya bergantung kepada pendapat sama ada pakar atau tidak
(Olivier Serrat, 2018). Hasil utama projek penyelidikan merujuk kepada data yang
dicadangkan, dinyatakan atau ditunjukkan oleh projek tersebut. Ini biasanya merujuk kepada
keseluruhan hasil, bukannya kesimpulan atau cadangan yang diambil.

5.1 Sumber Iklan

Sumber iklan merupakan medium untuk mengumumkan pengiklanan mengenai banyak


perkara termasuk kekosongan jawatan dalam syarikat. Walaupun pengiklanan pekerjaan
berasaskan Internet semakin meningkat (Chapman & Webster, 2003), iklan yang ditempatkan
di surat khabar masih merupakan salah satu alat perekrutan yang paling sering digunakan.
Iklan pekerjaan adalah pengumuman mengenai kedudukan pekerjaan terbuka. Matlamat
utama iklan pekerjaan adalah untuk memberitahu calon-calon pekerjaan mengenai
pembukaan jawatan kosong baharu dan menarik mereka untuk mengisi kekosongan tersebut.
Iklan akan dipersembahkan secara menarik dan mengandungi maklumat penting mengenai
kedudukan pekerjaan, latar belakang syarikat yang menawarkan pekerjaan dan faedah yang
ditawarkan. Majikan menggunakan iklan pekerjaan untuk menghantar isyarat mengenai
kekosongan tersebut untuk mewujudkan sikap yang baik dari pihak pencari kerja, yang
menggunakan isyarat yang diterima untuk menambah pengetahuan mereka tentang pekerjaan
dan majikan dan, paling baik, membentuk niat awal untuk melamar (Rynes et al. 1991)

5.1.1 Analisis Sumber Iklan Pengurusan Pertengahan bagi Syarikat RHB Bank Berhad
dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

Syarikat RHB Bank Berhad dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd. telah mengiklankan
jawatan kosong bagi penjawatan pengurusan pertengahan di sebuah portal pekerjaan iaitu
JobStreet.com. Masing-masing syarikat telah memberi kepercayaan kepada portal pekerjaan
ini untuk mencari calon terbaik yang dapat memegang status jawatan yang ditawarkan.
Syarikat RHB Bank Berhad dan syarikat Arte Original Sdn. Bhd. yang menawarkan jawatan
pada peringkat pengurusan pertengahan telah memasukkan maklumat lengkap mengenai
tajuk jawatan, lokasi, tugasan, kelayakan, latar belakang dan faedah sekiranya terdapat calon
yang ingin memohon pekerjaan yang diiklankan dalam portal pekerjaan ini. JobStreet akan
memastikan semua iklan pekerjaan yang dimuatnaik disertai dengan maklumat yang lengkap
dan tetap.

5.1.2 Analisis Sumber Iklan Pengurusan Bawahan bagi Syarikat RHB Bank Berhad
dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

Syarikat RHB Bank Berhad dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd. telah mengiklankan
jawatan kosong bagi penjawatan pengurusan bawahan di sebuah portal pekerjaan yang sama
iaitu JobStreet.com. Masing-masing syarikat menggunakan portal pekerjaan ini kerana dapat
memudahkan proses pencarian calon yang tepat bagi jawatan yang ditawarkan. Syarikat RHB
Bank Berhad dan syarikat Arte Original Sdn. Bhd. yang menawarkan jawatan pada peringkat
pengurusan bawahan telah memasukkan maklumat lengkap mengenai tajuk jawatan, lokasi,
tugasan, kelayakan, latar belakang dan faedah sekiranya terdapat calon yang ingin memohon
pekerjaan yang diiklankan dalam portal pekerjaan ini. JobStreet akan memastikan semua
iklan pekerjaan yang dimuatnaik dalam laman sesawang mereka disusun dengan baik
mengikut beberapa aspek yang ditetapkan iaitu tajuk jawatan, jenis industri yang diceburi,
nilai gaji yang diingini, dan lokasi jawatan kosong yang ditawarkan.

5.1.3 Analisis Perbandingan Sumber Iklan

Sumber iklan bagi iklan jawatan kosong di peringkat pengurusan pertengahan dan peringkat
pengurusan bawahan bagi kedua-kedua syarikat adalah sama iaitu daripada sumber portal
pekerjaan yang telah diasaskan oleh Mark Chang Mun Kee. Beliau berpendapat untuk
menyediakan platform automatik untuk menyesuaikan majikan dengan pencari kerja dengan
tepat. JobStreet.com adalah portal pekerjaan yang ditubuhkan pada tahun 1997. Ditubuhkan
di Malaysia, kini merupakan syarikat pekerjaan dalam talian terbesar di Asia Tenggara,
menurut Forbes. Ia kini melayani sekitar 80000 pelanggan korporat dan 11 juta pencari kerja.
Portal pekerjaan ini mempunyai banyak kebaikan termasuklah membantu syarikat
mendapatkan pekerja yang mempunyai kelayakan purata gaji yang sesuai, menyatakan
faedah yang syarikat tawarkan, menyatakan lokasi kekosongan jawatan yang ditawarkan,
memberi gambaran keseluruhan mengenai syarikat yang menawarkan jawatan kosong dan
suasana pekerjaan tersebut. Ramai syarikat yang menggunakan aplikasi JobStreet untuk
mencari calon yang sesuai untuk menjadi salah seorang kakitangan dalam syarikat masing-
masing. Hal ini dikatakan demikian kerana JobStreet menyediakan lebih banyak kemudahan
dan kelebihan berbanding sumber iklan pekerjaan yang lain.

5.2 Spesifikasi Kerja

Menurut Hasibuan (2010), spesifikasi kerja merupakan huraian syarat-syarat dan kualiti
minimum orang yang boleh diterima agar dapat menjalankan satu jawatan dengan baik dan
kompeten. Secara mudahnya, spesifikasi kerja ini merupakan perincian karakteristik atau
kualifikasi yang diperlukan bagi tenaga kerja yang dipersyaratkan. Spesifikasi kerja
dinamakan juga sebagai kualifikasi personal (personal qualification) iaitu garis besar yang
dapat dibahagi kepada dua. Pertama ialah kualifikasi umum (general qualification), iaitu
kualifikasi minimal yang biasanya diperlukan untuk menempati suatu jawatan tertentu dalam
suatu jabatan tertentu dalam organisasi. Kualifikasi yang kedua adalah kualifikasi spesifik
(spesific qualification), iaitu kualifikasi tambahan yang secara spesifik akan sangat
diperlukan bagi pengisian jawatan dalam jabatan tertentu. Tujuan spesifikasi kerja dinyatakan
adalah untuk memastikan syarat-syarat bagi pekerja yang akan direkrut menjadi jelas. Selain
itu, spesifikasi kerja juga digunakan sebagai dasar untuk pemilihan awal di luar syarikat. Hal
ini bermaksud bahawa sebelum syarikat memilih pekerja dari banyak calon pemohon, jumlah
pemohon akan menurun secara automatik setelah terbaca syarat-syarat yang dinyatakan
dalam spesifikasi kerja. Spesifikasi kerja juga sangat memegang peranan penting sebagai
pemboleh ubah yang menyokong keberhasilan tujuan dari sebuah perusahaan. Penciptaan
spesifikasi kerja bukanlah tugas yang mudah kerana sukar untuk mengklasifikasikan sama
ada suatu keperluan tertentu adalah wajib atau wajar. Walau bagaimanapun, ia membantu
memastikan berdasarkan apa seseorang calon direkrut dan diperiksa untuk melayakkannya
mendapatkan jawatan yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat. Secara umum, spesifikasi
kerja memuatkan hal-hal seperti ciri fizikal misalnya ketinggian, berat badan, dan
penglihatan. Seterusnya, ciri demografi iaitu umur, jantina, pengalaman, pendidikan,
kemahiran, dan kebolehan seseorang calon. Di samping itu, ciri psikologi yang terdiri
daripada keupayaan mental, bakat, tahap pemikiran, dan kewaspadaan. Akhir sekali,
spesifikasi kerja turut mengandungi ciri peribadi seperti sikap, tingkah laku, etika, dan adab.
Spesifikasi kerja bagi setiap syarikat adalah berbeza kerana spesifikasi ini pada dasarnya
dibentuk daripada huraian pekerjaan yang diperlukan oleh setiap syarikat. Misalnya, ada
syarikat yang memerlukan calon yang tinggi, mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, dan
mementingkan jenis jantina. Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa
pengurusan adalah seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain. Spesifikasi kerja yang
akan dinyatakan dalam setiap peringkat pengurusan adalah berbeza kerana menjalankan tugas
yang berlainan. Misalnya, pengurusan pertengahan adalah bertanggungjawab dalam
melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan serta merangka dan
membuat perancangan jangka sederhana berpandukan objektif pengurusan atasan. Mereka
juga menyelia serta menyelaras aktiviti peringkat pengurusan bawahan dan membuat laporan
kepada pengurus atasan.

5.2.1 Analisis Spesifikasi Kerja Pengurusan Pertengahan bagi Syarikat RHB Bank
Berhad dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

A) Syarikat RHB Bank Berhad

Syarikat RHB Berhad yang menawarkan jawatan pada peringkat pengurusan pertengahan
iaitu Pengurus Jualan. Spesifikasi kerja yang dinyatakan oleh syarikat tersebut ialah
memerlukan seseorang calon itu memiliki Ijazah dengan sekurang-kurangnya 3 tahun
pengalaman dalam barisan penjualan produk perbankan (Banca) agar pengurus dapat
membimbing pekerja bawahannya dengan berkesan. Seterusnya, memiliki kedua-dua lesen
PCE dan Ceili. Lesen ini dapat memastikan pengurus dapat menjalankan tugasnya
berpandukan polisi dan undang-undang. Pengetahuan yang relevan mengenai prinsip asas
insurans, produk, dan amalan prosedur Bancassurance juga diperlukan agar tidak berlaku
kesilapan semasa berurusan dengan pelanggan. Di samping itu, keupayaan untuk bekerja
dengan berkesan dalam kumpulan yang pelbagai dan persekitaran pasukan yang sangat
kolaboratif. Hal ini penting untuk memastikan pengurus dapat memimpin pasukan PB Banca
dalam mencapai matlamat syarikat. Spesifikasi kerja seterusnya ialah keupayaan untuk
mengesahkan ketepatan dokumen dan maklumat yang dikemukakan. Hal ini kerana sebarang
dokumen atau maklumat palsu boleh menyebabkan syarikat melanggar polisi yang ditetapkan
oleh kerajaan. Syarikat ini juga memerlukan seseorang calon mempunyai inisiatif dalam
mengatur aktiviti penjualan dan kemampuan untuk melaksanakan rancangan tindakan seperti
yang disahkan agar sasaran syarikat dapat dicapai dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu,
kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang kuat juga perlu ada dalam diri calon untuk
memastikan pekerja dapat mematuhi arahannya. Akhir sekali, calon perlu bersikap positif dan
mempunyai kesediaan untuk belajar.

B) Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

Syarikat yang seterusnya ialah syarikat Arte Original Sdn.Bhd. yang menawarkan jawatan
pada peringkat pengurusan pertengahan iaitu Pengurus Makanan dan Minuman. Spesifikasi
kerja yang dinyatakan oleh syarikat tersebut ialah memerlukan seseorang calon itu memiliki
salah satu sijil iaitu Sijil Profesional, Diploma, Diploma Lanjutan atau Tinggi atau Siswazah
dengan pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang ini. Sijil dalam bidang ini
diperlukan agar seorang pengurus itu dapat mengatur operasi restoran dengan sistematik dan
memastikan kualiti minuman dan makanan adalah yang terbaik seperti yang ditetapkan oleh
syarikat. Pengalaman dalam tempoh yang panjang pula membolehkan seseorang pengurus itu
meningkatkan kecekapan restoran syarikat kerana sudah terbiasa menghadapi pelbagai
halangan dalam mengurus operasi restoran. Hal ini dapat memastikan operasi restoran
sentiasa berjalan dengan lancar keran sebarang halangan dapat diatasi dengan kecekapan
pengurus. Seterusnya, kemahiran yang diperlukan oleh seseorang calon yang ingin memohon
ialah pengurus khusus dalam perkhidmatan makanan, minuman, dan restoran atau yang
setaraf dengannya. Hal ini kerana pengurus yang diperlukan oleh syarikat ini adalah khusus
dalam bahagian makanan dan minuman yang berpengalaman dan berpengetahuan tinggi
untuk menjalankan tanggungjawab dalam bahagian ini kerana restoran yang terbaik adalah
yang dapat menyediakan makanan dan minuman dengan kualiti yang tinggi di samping
memenuhi cita rasa pelanggan. Selain itu, calon haruslah mempunyai kemampuan untuk
berhubung dengan pelanggan kerana komunikasi yang berkesan dapat membentuk hubungan
yang positif dengan pelanggan dan memastikan setiap penerangan untuk persoalan daripada
pelanggan dapat difahami dan diterima dengan baik oleh mereka. Akhir sekali, spesifikasi
kerja yang perlu dipenuhi oleh calon ialah mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah.
Seseorang pengurus yang bijak dalam menyelesaikan masalah dapat bertindak secara rasional
dan objektif. Hal ini membolehkan masalah yang dihadapi oleh restoran syarikat ini dapat
diselesaikan dengan memastikan semua pihak berpuas hati. Secara umumnya, setiap kerja
dalam organisasi haruslah saling berkait dengan visi, misi, dan objektif organisasi untuk
mencapai kejayaan organisasi. Prestasi kejayaan organisasi adalah bergantung kepada
prestasi pekerja. Oleh itu, spesifikasi kerja yang jelas adalah penting untuk dijadikan rujukan
dalam organisasi pada setiap masa.

5.2.2 Analisis Spesifikasi Kerja Pengurusan Bawahan bagi Syarikat RHB Bank Berhad
dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

A) Syarikat RHB Bank Berhad

Bagi syarikat RHB Bank Berhad, spesifikasi kerja syarikat ini adalah Sales Consultant /
Assistant Sales Manager (Perunding Jualan / Penolong Pengurus Jualan) yang merangkumi
tanggungjawab kerja pada bahagian jualan, bahagian khidmat pelanggan, bahagian
pematuhan dan bahagian operasi. Keperluan pekerjaan ini adalah calon mesti memiliki
kelayakan peringkat STPM / Diploma / setaraf atau Ijazah dan mempunyai pengalaman
sekurang-kurangnya 1 tahun bekerja dalam industri kewangan. Calon juga perlu mempunyai
kemahiran menjual dan rundingan yang kuat. Selain itu, calon perlu mempunyai kemahiran
interpersonal yang kuat dan berorientasikan perkhidmatan, menunjukkan inisiatif, ketekunan
dan semangat dalam memberikan hasil dalam kerja. Keupayaan untuk memahami dan
berhubung dengan komuniti setempat dan kemahiran asas komputer juga merupakan
keperluan pekerjaan yang penting.

B) Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

Bagi syarikat Arte Original Sdn. Bhd. pula, spesifikasi kerja syarikat ini adalah Food
Beverage Supervisor (Penyelia Minuman Makanan). Keperluan pekerjaan ini adalah calon
mesti mempunyai kelayakan peringkat menengah tinggi / STPM / ‘A’ Level / Pra-U / Sijil
Profesional dan mempunyai sekurang-kurangnya 4 tahun pengalaman bekerja dalam bidang
berkaitan. Calon perlu berkemahiran dalam perkhidmatan minuman / makanan / restoran atau
yang setaraf dengannya. Calon akan bertindak sebagai penyelia / ketua pasukan untuk
jawatan ini. Tanggungjawab kerja untuk jawatan ini adalah mengawasi semua operasi
restoran untuk memastikan restoran berjalan lancar, melatih dan mengawasi staf restoran,
memastikan kepatuhan terhadap peraturan kesihatan dan keselamatan makanan serta
menyelesaikan keluhan pelanggan.
5.2.3 Analisis Perbandingan Spesifikasi Kerja

5.2.3.1 Pengurusan Pertengahan Syarikat RHB Berhad dan Syarikat Arte Original
Sdn.Bhd.

A) Perbezaan

Spesifikasi kerja yang dinyatakan oleh syarikat RHB Berhad dan syarikat Arte Original
Sdn.Bhd. berbeza dari segi pengalaman bekerja. Syarikat RHB Berhad memerlukan calon
dengan pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam barisan penjualan produk perbankan
(Banca). Manakala, syarikat Arte Original Sdn.Bhd. memerlukan calon dengan pengalaman
sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang makanan, minuman, dan restoran. Perbezaan
pengalaman antara kedua-dua syarikat adalah dari segi tempoh masa di mana syarikat Arte
Orginal Sdn.Bhd memerlukan pengurus yang berpengalaman lebih lama berbanding syarikat
RHB Berhad kerana pengalaman adalah penting untuk memastikan seseorang pengurus itu
cekap dalam melakukan tugas dalam bidang khusus mereka.

Di samping itu, spesifikasi kerja yang dinyatakan oleh syarikat RHB Berhad dan syarikat
Arte Original Sdn.Bhd. turut menunjukkan perbezaan dari segi kemahiran yang diperlukan.
Syarikat RHB Berhad memastikan calon pengurus mempunyai keupayaan untuk
mengesahkan ketepatan dokumen dan maklumat yang dikemukakan dan memiliki kemahiran
kepimpinan dan pengurusan yang kuat. Manakala, syarikat Arte Original Sdn.Bhd
memerlukan pengurus khusus dalam perkhidmatan makanan, minuman, dan restoran atau
yang setaraf dengannya dan mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah.

Syarikat RHB Berhad dan syarikat Arte Original Sdn.Bhd juga.memiliki perbezaan
spesifikasi kerja dari segi ciri-ciri peribadi seseorang pengurus. Syarikat RHB Berhad
menetapkan seseorang calon perlu mempunyai inisiatif dalam mengatur aktiviti penjualan
dan kemampuan untuk melaksanakan rancangan tindakan seperti yang disahkan dan perlu
bersikap positif serta sentiasa bersedia untuk belajar. Manakala, syarikat Arte Original
Sdn.Bhd. pula menetapkan sebarang ciri peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang calon
iaitu mahir berkomunikasi, peramah dan mesra terutamanya kepada pelanggan restoran.
B) Persamaan

Persamaan yang terdapat dalam spesifikasi kerja yang dinyatakan oleh syarikat RHB Berhad
dan syarikat Arte Original Sdn.Bhd. bagi penjawatan peringkat pengurusan pertengahan ialah
memiliki kemahiran kemanusiaan iaitu kebolehan menjaga hubungan baik dengan semua
pihak. Syarikat RHB Berhad memerlukan pekerja yang mempunyai keupayaan untuk bekerja
dengan berkesan dalam kumpulan yang pelbagai dan persekitaran pasukan yang sangat
kolaboratif. Hal ini menjelaskan pengurus berkebolehan memimpin dan meransang pekerja
melalui kerjasama kumpulan. Syarikat Arte Original Sdn.Bhd. menyatakan calon haruslah
mempunyai kemampuan untuk berhubung dengan pelanggan. Hal ini menjelaskan pengurus
berkeupayaan memahami kelakuan, sikap dan perasaan pelanggan.

Spesifikasi kerja yang dinyatakan oleh syarikat RHB Berhad dan syarikat Arte Original
Sdn.Bhd. bagi penjawatan peringkat pengurusan pertengahan mempunyai persamaan dari
aspek kelayakan akademik minimum iaitu calon yang memiliki tahap pelajaran diploma atau
setaraf dengannya.. Syarikat RHB Berhad memerlukan calon itu memiliki Ijazah dalam
bidang penjualan produk perbankan. Manakala, syarikat Arte Original Sdn.Bhd. memerlukan
calon itu memiliki salah satu sijil iaitu Sijil Profesional, Diploma, Diploma Lanjutan atau
Tinggi atau Siswazah. Kelayakan akademik kedua-dua syarikat ini berbeza kerana setiap
syarikat menjalankan perniagaan dalam bidang berlainan iaitu syarikat RHB Berhad adalah
dalam bidang perbankan manakala syarikat Arte Original Sdn.Bhd adalah dalam bidang
perhotelan.
5.2.3.2 Pengurusan Bawahan Syarikat RHB Bank Berhad dan Syarikat Arte

Original Sdn. Bhd.

Setelah dianalisis perbandingan pengurus bawahan antara syarikat RHB Bank Berhad dan
syarikat Arte Original Sdn. Bhd. terdapat perbezaan dan persamaan dari sumber iklan yang
ditawarkan oleh kedua-dua syarikat tersebut iaitu:

A) Perbezaan

Terdapat perbezaan di antara kedua-dua syarikat yang dikaji dari pelbagai aspek. Perbezaan
yang pertama adalah dari segi identifikasi kerja. Identifikasi kerja syarikat RHB Bank Berhad
adalah ‘Sales Consultant / Assistant Sales Manager’ (Perunding Jualan / Penolong Pengurus
Jualan), manakala identifikasi kerja syarikat Arte Original Sdn. Bhd. pula adalah ‘Food
Beverage Supervisor’ (Penyelia Minuman Makanan). Seterusnya, terdapat perbezaan dari
segi kelayakan. Syarikat RHB Bank Berhad mencari pekerja yang mempunyai kelayakan
peringkat menengah tinggi / STPM / ‘A’ Level / Pra-U / Diploma, Diploma Lanjutan /
Siswazah, Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pascasiswazah, Ijazah Profesional, manakala
syarikat Arte Original Sdn. Bhd. hanya perlu kelayakan peringkat menengah tinggi / STPM /
‘A’ Level / Pra-U / Sijil Profesional. Selain itu, kedua-dua syarikat ini mempunyai perbezaan
dari segi pengalaman bekerja. Bagi syarikat RHB Bank Berhad, pengalaman bekerja haruslah
sekurang-kurangnya 1 tahun manakala syarikat Arte Original Sdn. Bhd. pengalaman bekerja
haruslah sekurang-kurangnya 4 tahun.

B) Persamaan

Persamaan yang terdapat pada kedua-dua syarikat adalah dari segi kemahiran berkomunikasi.
Syarikat RHB Bank Berhad dan syarikat Arte Original Sdn. Bhd. memerlukan calon yang
mahir berkomunikasi. Hal ini kerana jawatan yang diiklankan perlu mahir berkomunikasi
dengan pelanggan serta staf-staf di syarikat. Di samping itu, kedua-dua syarikat memerlukan
individu yang mempunyai kemahiran teknikal. Jawatan yang diiklankan memerlukan
individu yang boleh mengarahkan pekerja bawahan melakukan kerja-kerja yang telah
dibincangkan serta individu yang boleh memantau dan menyelia pekerja bawahan.

5.3 Huraian Kerja

Huraian kerja iaitu dapatan yang pertama dan secara langsung dari proses analisis sesuatu
pekerjaan. Ianya merupakan pernyataan secara ringkas tentang apa yang diharapkan atau
diinginkan oleh seseorang individu jalankan dalam kerjaya di dalam pekerjaannya mahupun
tugas-tugas yang dilaksanakan oleh pemegang jawatan. Menurut Garry Dessler (2010:110),
penghuraian kerja merupakan sesuatu tugas, tanggungjawab, hubungan laporan, kedudukan
kerja, amanah dalam sesuatu pekerjaan serta dapatan dari analisis jabatan. Sedangkan,
menurut Handoko (2008:29), penghuraian kerja merupakan sesuatu pernyataan yang tertulis
untuk menghuraikan fungsi, tugas-tugas, tanggungjawab, kedudukan kerja, dan aspek-aspek
pekerjaan tertentu yang lain. Selain itu, menurut Stone (2011:29) pula, penghuraian kerja
pula ialah dokumen formal organisasi yang berisi ringkasan informasi penting mengenai
sesuatu jabatan untuk memudahkan dalam membezakan satu jabatan dengan jabatan yang
lain dalam suatu organisasi. Huraian kerja tersebut disusun dalam satu format mengikut
struktur sehingga informasi mudah difahami oleh setiap pihak yang berkaitan di dalam
organisasi. Berdasarkan pendapat tokoh di atas, ini dapat disimpulkan bahawa penghuraian
kerja adalah pernyataan yang menerangkan mengenai gambaran sesuatu pekerjaan,
kedudukannya, dan hubungannya dengan jawatan yang lain dalam suatu organisasi. Masih
dalam pendapat Garry Dessler (2010:117), huraian pekerjaan haruslah jelas dan
kandungannya mudah difahami serta menghuraikan hal seperti hubungan tugas dan
tanggungjawab secara nyata dan secara terpisah agar jelas difahami. Rumusan hubungan
hendaklah menunjukkan hubungan antara pejabat dengan orang lain di dalam mahupun di
luar organisasi. Seterusnya, penghuraian kerja haruslah menjadi dasar untuk menetapkan
spesifikasi pekerjaan agar pengisian jabatan berdasarkan yang dikehendaki. Menurut Garry
Dessler (2011:119) dari penghuraian kerja diatas, maka tujuan penghuraian kerja dapat dilihat
sebagai menjamin perniagaan yang teratur dalam konsisten pekerjaan serta keberhasilan atau
kegagalan semua organisasi adalah bergantung pada prinsip adanya jabatan yang benar
dilakukan oleh orang-orang yang sesuai dengan cara yang benar.
5.3.1 Analisis Huraian Kerja Pengurusan Pertengahan bagi Syarikat RHB Bank
Berhad dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

A) Syarikat RHB Bank Berhad

Syarikat RHB Bank Berhad merupakan syarikat ketiga terbesar di Malaysia. Syarikat ini
telah mengiklankan pengambilan sumber manusia iaitu pengurus peringkat pertengahan
sebagai pengurus jualan yang bekerja sebagai penasihat insurans yang bertempatkan di
Syarikat RHB Bank Berhad Klang, Valley. Pengurus jualan ialah pengurus yang semestinya
mengetahui tentang ciri-ciri dan sifat barang yang dijual, serta rancangan yang ditetapkan,
teknologi dan teknik jualan maju. Pengurus jualan juga berhubung dengan bakal pelanggan
dan mengukuhkan hubungan perniagaan yang sudah terbentuk. Pengurus jualan yang telah
ditawarkan oleh syarikat RHB Bank Berhad ini akan bekerja di sebuah office yang tersedia
dalam syarikat bank tersebut. Salah satu tugas yang telah ditetapkan di dalam sumber iklan
tersebut ialah untuk mengurus dan memimpin pasukan Perkongsian Bancassurance (PB)
dalam mempromosikan pelbagai jenis Insurans Hayat yang ditawarkan oleh Tokio Marine
Life Malaysia Insurance Bhd di bawah PB eksklusif, termasuk Pelan Seluruh Hidup, Pelan
Endowmen, Pelan Perubatan dan Pelan Berkaitan Pelaburan ke pangkalan pelanggan Bank.
Seterusnya, antara syarat utama yang telah diletakkan di dalam iklan tersebut ialah keupayaan
untuk mengesahkan ketepatan dokumen dan maklumat yang dikemukakan dan mempunyai
sifat sebagai ketua yang berdedikasi.

B) Syarikat Arte Original Sdn. Bhd

Syarikat Arte Original Sdn. Bhd ialah syarikat perhotelan yang baru sahaja diasas pada tahun
2020 oleh Thomas Chan. Syarikat ini telah mengiklankan pengambilan sumber manusia
pengurus peringkat pertengahan iaitu sebagai pengurus minuman dan makanan di hotel Arte
Original, Kuala Lumpur. Seorang pengurus minuman dan makanan harus menjadi tuan di
multitasking. Kerja pengurus minuman dan makanan ini bertanggungjawab terhadap semua
aspek operasi yang melibatkan minuman dan makanan di hotel Arte Original. Daya tarik dan
keselamatan terleta pada bahunya. Pengurus minuman dan makanan ini akan bekerja di
restoran syarikat tersebut. Salah satu tugas yang telah ditetapkan dalam iklan tersebut ialah
mereka bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua makanan dan minuman
berkualiti tinggi kepada pelanggan. Antara syarat utama yang telah disenaraikan dalam iklan
tersebut ialah kemahiran yang penting dalam kemampuan untuk berhubung baik dengan
pelanggan.

5.3.2 Analisis Huraian Kerja Pengurusan Bawahan Bagi Syarikat RHB Bank Berhad
dan Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

A) Syarikat RHB Bank Berhad

Perjawatan yang ditawarkan syarikat RHB Bank Berhad ialah penolong pengurus jualan,
mempunyai tanggungjawab secara keseluruhan iaitu mewujudkan dan menyelaraskan semua
strategi jualan, rancangan, kempen dan fungsi. Sebagai penolong pengurus jualan di syarikat
RHB Bank Berhad adalah berperanan untuk mengekalkan hubungan dengan agensi-agensi
pengiklanan, syarikat media dan pengedar. Penolong pengurus jualan bekerja di pejabat
dalam suasana yang berhawa dingin, tidak bising dan dipenuhi dengan bunyi-bunyi peralatan
canggih seperti computer, mesin cetak dan sebagainya. Penolong pengurus jualan di RHB
Bank Berhad akan bekerja dalam sebuah pejabat yang mempunyai kemudahan teknologi
moden yang disediakan oleh syarikat seperti mesin pengesan cap jari dan mesin pengira wang
automatik sesuai dengan jenis syarikat ini iaitu sebuah syarikat perbankan. Sebagai penolong
pengurus jualan di syarikat RHB Bank Berhad, tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan
ialah membangunkan dan melaksanakan strategi jualan keseluruhan bagi produk syarikat,
termasuk harga, dasar pengedar dan program pengiklanan. Tambahan pula, penolong
pengurus jualan beperanan dalam membangunkan pelan tindakan jualan yang jelas dengan
menetapkan objektif, matlamat, jadual dan tugasan untuk melaksanakan dan mencapai
peluang yang disasarkan. Terma dan syarat syarikat RHB Bank Berhad sebagai penolong
pengurus jualan ialah mememerlukan tahap pendidikan minimum Diploma, Ijazah atau
setaraf dalam bidang yang berkaitan jualan dan lima tahun pengalaman bekerja dalam
industri berkaitan perniagaan.

B) Syarikat Arte Original Sdn. Bhd.

Perjawatan yang ditawarkan oleh syarikat Arte Original Sdn. Bhd ialah penyelia minuman
dan makanan (F&B) bagi pengurusan bawahan. Penyelia minuman dan makanan akan
mengawasi semua operasi restoran untuk memastikan aktiviti restoran berjalan lancar.
Sebagai penyelia minuman makanan di syarikat Arte Original Sdn. Bhd. adalah berperanan
untuk melatih dan menyelia semua staf termasuklah staf di bahagian dapur dan kaunter serta
memastikan makanan dan minuman yang disediakan mencapai tahap kualiti yang ditetapkan
oleh syarikat. Penyelia makanan dan minuman juga bertanggungjawab untuk mengurus
sebarang hal berkaitan aduan negatif oleh pelanggan dan memperbaikinya. Jawatan penyelia
makanan dan minuman akan bekerja di restoran dalam suasana yang mempunyai ramai staf
dan pelanggan dengan kesibukan yang disertai kelancaran bagi memenuhi setiap pesanan
pelanggan. Penyelia makanan dan minuman bekerja dengan staf-staf di sebuah restoran yang
penuh dengan aktiviti memotong bahan mentah, memasak, membersih dan melayan karenah
pelanggan. Sebagai penyelia makanan dan minuman di syarikat Arte Original Sdn. Bhd.,
tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan ialah melatih dan mengawasi staf restoran,
memastikan kepatuhan terhadap peraturan kesihatan dan keselamatan makanan yang
disediakan. Terma dan syarat syarikat Arte Original Sdn. Bhd. sebagai penyelia makanan dan
minuman ialah memerlukan sijil peringkat Menengah Tinggi, STPM, 'A', Pra-U, Sijil
Profesional serta mempunyai sekurang-kurangnya empat tahun pengalaman bekerja dalam
bidang yang berkaitan perniagaan.

5.3.3 Analisis Perbandingan Huraian Kerja

5.3.3.1 Pengurusan Pertengahan Syarikat RHB Bank Berhad dan Syarikat Arte
Original Sdn. Bhd.

Setelah di analisis perbandingan pengurus pertengahan antara syarikat RHB Bank Berhad dan
syarikat Arte Original Sdn. Bhd, terdapat perbezaan dan persamaan dari sumber iklan yang
ditawarkan oleh kedua-dua syarikat tersebut iaitu:

A) Perbezaan

Terdapat perbezaan diantara kedua-dua syarikat tersebut dari pelbagai aspek. Antara
perbezaan yang didapati ialah dari aspek tugas dan tanggungjawab. Hal ini disebabkan
syarikat ini adalah dua syarikat yang berbeza iaitu syarikat perbankan dan perhotelan. Ini
akan menampakkan perbezaan yang ketara dari segi tugas dan tanggungjawab yang
ditawarkan. Selain itu, keadaan di tempat kerja juga berbeza kerana keadaan di dalam sebuah
syarikat bank tidak sama akan keadaan di sebuah syarikat hotel. Bank adalah tempat
seseorang individu membuat pinjaman atau menyimpan dan mengeluarkan wang untuk
kegunaan seharian manakala hotel pula adalah tempat seseorang atau sekumpulan individu
untuk bercuti dan menginap di hotel tersebut. Di samping itu, faedah dan ganjaran bagi
kedua-dua syarikat di atas juga berbeza walaupun jawatan yang ditawarkan adalah sama.
Suasana kerja juga turut berbeza, salah satunya kerana lokasi kedua-dua syarikat ini berlainan
dan suasana bank dan hotel sangat berbeza.

B) Persamaan

Antara persamaan yang didapati daripada pelbagai aspek pada kedua-dua syarikat diatas ialah
yang pertama dari aspek tahap kerjaya sebagai pengurus yang berada di peringkat yang sama
iaitu kedua-dua syarikat menginginkan pengurus peringkat pertengahan seperti yang
diiklankan. Seterusnya dari aspek kelayakan. Syarikat RHB Bank Berhad dan syarikat Arte
Original Sdn. Bhd menerima individu yang berada di peringkat kelayakan yang sama iaitu
Diploma. Jenis pekerjaan yang diiklankan juga sama iaitu sebagai pekerja yang bekerja
sepenuh masa dan bukan sebagai pekerja sambilan.

5.3.3.2 Pengurusan Bawahan Syarikat RHB Bank Berhad dan Syarikat Arte Original
Sdn. Bhd.

A) Perbezaan

Penolong pengurus jualan lebih kepada bekerja di pejabat yang mempunyai pelbagai
kemudahan teknologi moden dan pekerjaan lebih kepada berkaitan perniagaan atau
pemasaran serta bekerja di suasana yang tidak bising manakala penyelia minuman makanan
lebih kepada mengawasi semua operasi restoran oleh staf-staf serta bekerja di suasana yang
mempunyai ramai pekerja dan pelanggan.

B) Persamaan

Syarikat RHB Bank Berhad dan syarikat Arte Original SDN.BHD mempunyai persamaan
yang ketara iaitu setiap penjawatan yang ditawarkan memerlukan syarat kelayakan iaitu tahap
pendidikan adalah minimum Diploma atau Ijazah atau setaraf yang berkaitan suatu
perniagaan. Selain itu, kedua-dua syarikat memerlukan pemohon kerja yang mempunyai
sekurang-kurangnya empat hingga lima tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang
berkaitan perniagaan.

6.0 PENUTUP
7.0 RESUME
8.0 SENARAI RUJUKAN
1. Buku: Ahmad Mahdzan Ayob. 1992. Kaedah Penyelidikan Sosio Ekonomi, Edisi
Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 61.
2. Buku: Rohana Yusof. 2004. Penyelidikan Sains Sosial. Bentong, Pahang: PTS
Publications and Distributors.
3. Buku: Sabitha Marican. 2005. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Malaysia: Prentice
Hall/ Pearson Malaysia.
4. Buku: Mardalis. 1999. Metode Penelitian Suatu Pendekatan Proposal. Jakarta: Bumi
Aksara.
5. Buku: Norazah Mohd. Nordin, Mohamed Amin Embi. 2008. Pengintegrasian ICT
dalam Pendidikan, Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Malaysia: Karisma
Publications Sdn. Bhd.
6. Buku: Cangara Hafied. 2002. Pengantar Ilmu Komunikasi. Jakarta: Raja Grafindo
Persada.
7. Buku: Jalaluddin Rakhmat. 2001. Metode Penelitian Komunikasi: Dilengkapi Contoh
Analisis Statistik. Indonesia: Rosda.
8. Buku: Jamudin Idris. 1996. Peranan Akhbar Berbahasa Melayu dalam Memenuhi
Tanggungjawab Sosial di Malaysia. Malaysia: Universiti Malaya.
9. Buku: Peter L. Berger. 1991. The Social Contruction Of Reality: A Treatise in the
Sociology of Knowledge, Issue 10; Issue 99. United States of America: Penguin
Adult.
10. Atas talian: Kamaruddin Mahmood. 2016. Pengenalan Pengurusan Sumber Manusia
http://www.balohpedia.com/2017/03/pengenalan-pengurusan-sumber-manusia.html
(dilayari pada 12 Oktober 2020)
11. Atas talian: RHB Banking Group. 2020. Latar belakang RHB Bank Berhad.
https://www.rhbgroup.com/others/about-us/index.html (dilayari pada 12 Oktober
2020)
12. Atas talian: Saadih Alidrus. 2018. Pengambilan Sumber Manusia.
https://www.slideshare.net/saadiahalidrus/pengajian-perniagaan-stpm-pengambilan-
sumber-manusia (dilayari pada 13 Oktober 2020)

9.0 LAMPIRAN

You might also like