Kertas Kerja Kelab Robotik Syamil

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TUGASAN 1 B: PENGHASILAN KERTAS KERJA

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN “KELAB E-BOT”

SEBAGAI AKTIVITI KOKURIKULUM

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO


IBRAHIM

27200 KUALA LIPIS,

PAHANG.

Disediakan oleh:

Muhammad Syamil Bin Hoary @ Khairi


Kandungan

1.0 Pengenalan
2.0 Nama Persatuan
3.0 Objektif
4.0 Misi dan Visi
5.0 Logo
6.0 Moto
7.0 Sasaran
8.0 Senarai JawatanKuasa
9.0 Kewangan
10.0 Aktiviti Tahunan
11.0 Kesimpulan
12.0 Lampiran
1.0 PENGENALAN

Tujuan utama kelab E-Bot ini ditubuhkan ialah untuk melahirkan murid yang lebih
kreatif dan inovatif didalam dunia sains dan teknologi. Penubuhan kelab E-Bot di
sekolah secara jelasnya mampu menghasilkan pelajar yang berdaya saing,
berketerampilan serta berkemahiran tinggi di dalam bidang sains & teknologi. Di zaman
yang serba pantas ini, skil yang terpenting yang mampu menjamin masa depan pelajar
ialah kebolehan untuk berfikir secara kreatif. Untuk membolehkan pelajar mendapat
pekerjaan yang baik, lebih-lebih lagi pekerjaan berteraskan kepada teknologi, mereka
mestilah mempunyai skil bekerja secara berkumpulan, mampu berdikari di dalam
menyelesaikan permasalahan dan juga mampu memahami sesebuah sistem yang
kompleks. Oleh kerana itu, amat penting untuk pelajar diperkenal kankepada
asas-asas teknologi masa hadapan dan didedahkan dengan sedikit-sebanyak
kemahiran yang membolehkan mereka menyesuaikan diri untuk bekerja di
dalam suasana teknologi moden. Aktiviti utama untuk kelab ini ialah membina robot.
Pembinaan robot adalah satu kaedah berinteraktif yang membolehkan pelajar
mempelopori skil-skil baru selain memberi mereka peluang untuk mencuba pelbagai
kaedah penyelesaian bagi satu-satu permasalahan yang diberikan. Proses
pembelajaran yang menyeronokkan ini mampu meningkatkan kreativiti dan motivasi diri
pelajar serta mengurangkan tekanan mereka.

2.0 NAMA PERSATUAN

Kelab E-Bot Sekolah Kebangsaan Dato Ibrahim. Nama ini diambil sempena
gabungan perkataan eletronik dan robot. Perkataan eletronik itu mewakili bidang
kejuruteraan yang banyak melibatkan eletronik. Manakala, perkataan robot sendiri itu
mewakili teras persatuan ini. Gabungan 2 perkataan ini membuatkan nama persatuan
ini lebih unik dan istimewa.

3.0 OBJEKTIF

Objektif persatuan ini ialah untuk melahirkan murid yang lebih kreatif serta inovatif
didalam dunia kejuruteraan. Selain itu, penubuhan persatuan ini juga dapat mencungkil
bakat dan minat murid terhadap bidang kejuteraan dan robotik ini. Jadi melalui
penubuhan ini, murid dapat menunjukkan bakat dan minat mereka dalam membina
robot mahupun memprogramkan robot. Selain itu juga, kelab E-Bot ini juga akan cuba
untuk menghantar beberapa buah pasukan untuk menyertai pertandingan berkumpulan
dan secara tidak langsung akan memupuk semangat kerjasam diantara ahli kumpulan.

5.0 MISI DAN VISI

Visi persatuan ini adalah Kearah kokurikulum berkualiti menjana insan kreatif dan
inovasi. Manakala untuk misi pula ialah yang pertama, memberi peluang 100% kepada
murid dalam meneroka bidang robotik. Misi yang kedua pula ialah melestarikan sistem
kokurikulum yang berkualiti dalam memperkembangkan potensi individu. Misi yang
terakhir ialah menjana insan terdidik melalui kreativiti dan inovasi.

6.0 LOGO

Untuk Kelab E-Bot ini kami telah mencipta sebuah logo yang diletakkan dibahagian
lampiran. Reka bentuk logo ini membawa maksud yang tersendiri. Bagi gambar bumi
yang terdapat pad logo tersebut ialah membawa maksud dunia tanpa sempadan
dengan kehadiran teknologi. Seterusnya, gambar robot tersebut pula membawa
bermaksud teras utama persatuan ini iaitu robotik. Manakala, bentuk bulat pada logo
tersebut adalah bertujuan untuk membuatkan logo tersebut kelihatan lebih menarik.
Seterus pemilihan warna juga memaikan peranan. Kami memlih warna tersebut adalah
kerana ianya kelihatan menarik manakal untuk mewujudkan unsur kontra agar mudah
untuk dilihat dan dibaca. Perkataan “Kreatif dan Inovatif” itu kami ambil daripada objektif
utama kami iaitu melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

7.0 MOTO

E-Bot, penggerak daya minda yang kreatif, dan inovatif. Moto ini diambil daripada
tujuan utama penubuhan kelab E-Bot iaitu untuk melahirkan murid yang lebih kreatif
dan inovatif didalam dunia sains dan teknologi.

8.0 SASARAN

Keahlian persatuan ini adalah mensasarkan murid tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6
yang meminati dunia teknologi dan juga sains. Sasaran persatuan ialah pada murid
tahap 2 adalah kerana aktiviti kokorikulum bermula daripada tahap 2. Tetapi, jika
terdapat sambutan yang menggalakkan, persatuan ini juga akan dibuka kepada murid
tahap 1 sebagai pendedahan awal dan juga sebagai pasukan pelapis untuk
pertandingan yang akan diadakan.

9.0 SENARAI JAWATANKUASA

Penaung: ENCIK AMMAR MUSTHAQIM BIN ABDUL AZIZ

(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato Ibrahim)

Penasihat: Encik MUHAMMAD SYAMIL BIN HOARY@KHAIRI

(Guru Sains dan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Dato Ibrahim)

Penyelaras: Encik NOOR ALIFF ISKANDAR BIN NORAZMI @ CHE

JAWATANKUASA PELAKSANA KELAB E-BOT SEKOLAH KEBANGSAAN DATO

IBRAHIM

Pengerusi : Murid Tahun 5

Naib Pengerusi : Murid Tahun 5

Setiausaha : Murid Tahun 5

Naib Setiausaha : Murid Tahun 5

Bendahari : Murid Tahun 5

Naib Bendahari : Murid Tahun 4

AJK Tahun 6 : Murid Tahun 6

AJK Tahun 5 : Murid Tahun 5

AJK Tahun 4 : Murdi Tahun 4

Setiap jawatankuasa diatas mempunyai tugas-tugas yang tersendiri. Bagi

pengerusi, pengerusi ialah mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab


atas kesempurnaan semua mesyuarat. seterusnya meneliti catatan minit mesyuarat

dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

Akhir sekali menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

masa ke semasa. Manakala naib pengerusi pula akan Membantu pengerusi dalam

menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi mempengurusikan mesyuarat

semasa ketiadaan pengerusi, menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru

Penasihat dari masa ke semasa.

Setiausaha pula bertugas untuk menguruskan hal-hal surat menyurat.

Seterusnya mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/ laporan kegiatan-kegiatan.

Kemudiannya mencatat kehadiran ahli, menyimpan dokumen yang berkaitan dengan

persatuan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari

masa ke semasa sambil dibantu oleh Naib Setiausaha.

Bendari pula menjalankan tugas seperti bertanggungjawab berkenaan semua hal

kewangan Persatuan, membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara

kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. Seterusnya menyediakan

Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. Kemudiannya,

melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli

jawatankuasa. Akhir sekali, menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan

dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. Akhir sekali, juga menjalankan tugas-tugas lain

yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa sambil dibantu oleh Naib

Bendahari.

Ahli JawatanKuasa (AJK) pula menggalas tugas untuk membantu menjalankan

tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. Seterusnya,


mempengerusikan biro sekiranya dilantik. Akhir sekali, menjalankan tugas-tugas lain

yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

Pemilihan Jawatankuasa ini adalah diatas beberapa sebab. Contohnya, seperti

yang dapat dilihat diatas, murid Tahun 6 tidak diberi jawatan Pengerusi dan hanya

memegang 2 jawatan sahaja kerana ini adalah untuk memberi peluang untuk murid

Tahun 6 untuk fokus bagi menghadapi peperiksaan. Jika murid Tahun 6 ini diberikan

jawatan penting maka kemungkinan mereka tidak dapat fokus untuk peperiksaan

kerana sibuk menguruskan persatuan. Seterusnya, dapat dilihat terdapat beberapa

orang murid Tahun 4 memegang beberapa jawatan. Ini adalah bertujuan untuk

memberikan pengalaman untuk menjadi pemimpin. Tujuan wujudnya pula AJK untuk

setiap Tahun pula ialah untuk memudahkan guru penasihat untuk menyampaikan

maklumat pada setiap ahli persatuan. Pertama sekali, guru penasihat akan

menyampaikan apa-apa maklumat yang berkait dengan dengan pasatuan kepada AJK

setiap Tahun, selepas itu, AJK untuk setiap Tahun pula akan menyampaikan maklumat

tersebut kepada ahli persatuan untuk Tahun masing-masing.

10.0 KEWANGAN

Untuk sumber kewangan persatuan, ianya akan ditentukan semasa Mesyuarat

Agung yang akan diadakan nanti. Tetapi apa yang telah dirancang, ahli akan membayar

sebanyak RM2.00 bagi setiap ahli dan RM10 bagi guru yang penasihat bagi setiap

bulan jika dipersetujui oleh semua pihak. Manakala, untuk membeli 5 set baru robotik

Lego NXT Brainstorm bagi permulaan persatuan ini pula menelankan kos sebanyak

RM1000.00 untuk setiap set Bersama perisian untuk memprogramkan robot tersebut.

Untuk kos ini, Guru Penasihat mencadangkan untuk memberi sedikit sumbangan.
Selain itu juga, Guru Penasihat juga akan cuba untuk mencari beberapa orang penaja

yang sudi untuk menaja persatuan ini.

11.0 AKTIVITI TAHUNAN

Kelab E-Bot telah membuat sebuah jadual perancangan bagi aktiviti yang bakal

dijalankan sepanjang tahun agar pejalanan aktivit persatuan akan teratur dan tersusun.

Jadual dibawah merupakan jadual perancangan aktiviti tahuna bagi Kelab E-Bot

Sekolah Kebangsaan Dato Ibrahim.

Bil. Aktiviti Tarikh


1. Pendaftaran ahli persatuan 20 Januari 2021
2. Mesyuarat Agong (Undian & pemilihan Jawatankuasa) 27 Januari 2021
3. Perjumpaan Mingguan (Pengenalan Kepada Kelab 17 Februari

Robotik) 2021
4. Ceramah Mengenai Robotik Oleh Pelajar Universiti 31 Mac 2021
5. Bengkel Pemasangan Kit Robotik 1 21 April 2021
6. Bengkel Pemasangan Kit Robotik 2 26 May 2021
7. Bengkel Memprogramkan Robot 1 14 Julai 2021
8. Bengkel Memprogramkan Robot 2 28 Julai 2021
9. Bengkel Memprogramkan Robot 3 11 Ogos 2021
10 Lawatan Pesta Sains di Pusat Sains Negara 14 Ogos 2021

.
11 Pertandingan Robotik di peringkat sekolah (Minggu ICT) 28 Ogos 2021

.
12 Pertandingan National Robotic Competition (NRC) 22 September

. 2021

12.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, penubuhan Kelab E-Bot ini merupakan satu asset yang bernilai

kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya menaikkan nama baik

sekolah melalui setiap aktiviti mahupun pertandingan yang akan disertai. Selain itu juga,

kemahiran dan disiplin yang diterapkan dalam Kelab E-Bot juga mampu melahirkan

kelompok masyarakat berkemahiran tinggi didalam bidang teknologi dan sains. Justeru,

adalah sangat diharapkan kertas kerja ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada

pihak sekolah. Semoga perkara yang baik ini tidak akan disia-siakan oleh kita semua.

Sekian, terima kasih.

12.0 LAMPIRAN
Logo Kelab E-Bot Sekolah Kebangsaan Dato Ibrahim

You might also like