Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Berikan justifikasi anda, sejauhmanakah seorang guru mengaplikasikan perkembangan

fizikal dalam bilik darjah

Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yangterdapat di sekolah.
Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asasiaitu papan hitam, papan
kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untukguru dan murid, almari, yang di
hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, danbahan bantuan mengajar serta
peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaandan kebersihan. Susunan meja dan
kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknyamemberi kemudahan kepada murid-murid
mengadakan aktiviti pembelajaranberpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.

Penggunaan ruang

Guru tidak mempunyai kawalan terhadap saiz sesuatu bilik darjah, namun guru boleh
menggunakan ruang yang ada dengan sebaik mungkin. Penggunaan ruang fizikal yang
cermat menjadikan perbezaan ketara dalam tingkahlaku bilik.

Terdapat beberapa perkara membantu guru mendapatkan penggunaan ruang bilik


darjah yang baik iaitu:

(a) menggunakan susunan bilik darjah yang konsisten dengan pengajaran dan aktiviti
yang dijalankan. Guru seharusnya memikirkan mengenai jenis aktiviti pengajaran
yang digunakan dalam bilik darjah dan mengorganisasikan tempat duduk, bahan-bahan dan
peralatan yang sesuai digunakan oleh pelajar.

(b) memastikan laluan lintas bilik darjah tidak sesak. Laluan lintas bilik darjah yang
sesak meliputi kawasan kerja berkumpulan, pintu bilik darjah, rak buku, meja pelajar dan
juga meja guru. Bilik darjah yang ideal seharusnya tidak sesak, mempunyai ruang dan
mudah untuk mendapatkan pelajar.

(c) memastikan semua pelajar mudah untuk dilihat dan dipantau. Susunan tempat
duduk pelajar seharusnya mudah untuk dipantau oleh guru khususnya semasa
berlangsungan proses pengajaran. Guru boleh memastikan pelajar tidak hilangfokus dan
melakukan kerja lain semasa proses P&P jika susunan tempat duduk mudah dilihat. Jika
guru tidak boleh melihat semua pelajarnya, adalah sukar untuk guru mengenalpasti
pelajar yang memerlukan perhatian dan pertolongan semasa proses P&P.

(d) memastikan pelajar mudah untuk melihat penyampaian pengajaran guru. Kedudukan
papan tulis dan posisi guru penting semasa menjalankan proses P&P. Jika pelajar tidak
dapat melihat penyampaian guru dengan jelas, maka perhatian pelajar akan tergangu dan
penerimaan ilmu juga terganggu.
(e) penggunaan ruang perabot dan alatan tersusun dengan teratur. Susunan perabot
dan alatan seperti meja guru, meja pelajar, kabinet dan sudut bacaan NILAM mampu
mempengaruhi emosi pelajar. Kekemasan dan keceriaan kelas memberikan perasaan
senang dan bersedia pelajar untuk menerima pengajaran.

(f) mempunyai papan buletin untuk mempamerkan hasil tugasan dan bahan P&P.
Papan buletin menyediakan kawasan untuk mempamerkan karya dan tugasan
pelajar, bahan pengajaran, item perhiasan, peraturan kelas ataupun sekolah, jadual
waktu, jam dan pelbagai lagi.

Susunan Tempat Duduk

Penggunaan ruang paling banyak sekali dalam bilik darjah ialah susunan tempat duduk
pelajar. Guru seharusnya memastikan semua pelajar boleh memandang kepada kawasan
pengajaran keseluruhan kumpulan (whole-group instruction) tanpa memerlukan pelajar
bergerak daripada tempat duduk mereka. Tempat duduk disusun agar semua pelajar boleh
melihat pengajaran yang dipersembahkan oleh guru. Sebenarnya susunan tempat duduk
boleh berubah-rubah mengikut kesesuaian kaedah pengajaran dan aktiviti yang digunakan
oleh guru.

Susunan tempat duduk yang efektif membenarkan guru untuk berinteraksi dengan
lebih dekat kepada semua pelajarnya. Susunan tempat duduk mestilah dirancang agar guru
mudah untuk mendekati pelajarnya tanpa menganggu pelajar lain. Selain itu, tempat duduk
pelajar seharusnya mengelak posisi muka pelajar daripada menghadap punca penumpuan
pelajar terganggu seperti tingkap dan pintu.

You might also like