s249374 Roland Anthony - Jawapan (Topik 2) GMGA 3023

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

GMGA 3023 Pentadbiran Awam Korporat s249374 Roland Anthony

Disediakan Oleh : Roland Anthony No.Matriks : s249374

Kumpulan : JA202 – PJJ UUM KK

Berdasarkan Topik 2, setiap pelajar dikehendaki membincangkan secara ringkas


hubungannya dengan sistem pemerintahan dan petadbiran pada masa kini di Malaysia.

(Tugasan ini hendaklah dihantar sebelum atau pada Pertemuan ke-4. )

Jawapan sekitar 150 patah perkataan.

➢ Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja


Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara. Perlembagaan Persekutuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat
sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem
Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran).
➢ Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi
berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan ini Negeri-
negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep
penubuhan Negara Malaysia.
➢ Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing seperti
kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah
tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia untuk di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Terdapat
beberapa perkara yang diletakkan di bawah kuasa negeri-negeri dan setiap negeri
tersebut diberikan hak untuk mentadbir perkara-perkara tersebut.
➢ Sebagai sebuah negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen, sistem
pilihanraya merupakan satu saluran bagi rakyat untuk bersama-sama menunaikan
tanggungjawab dalam menentukan hala tuju pemerintahan negara.
➢ Ketertinggian Perlembagaan adalah merupakan antara elemen terpenting dalam memacu
hala tuju bagi sesebuah negara termasuklah negara kita Malaysia. Konsep ketertinggian
perlembagaan telah menjamin kestabilan politik Malaysia hampir 60 tahun. Namun begitu,
dengan sikap penting diri, buta sejarah dan tiada rasa kebertanggungjawapan, beberapa
insiden yang berkaitan dengan peruntukan-peruntukan perlembagaan mula menjadi
mainan isu politik, dan ia menjejaskan kestabilan politik semasa Malaysia. Sebagai
contoh, anggapan bahawa ‘Malaysia Baharu’ yang dilaungkan seolah-olah proses
rekonstruksi negara sangat didambakan, walhal, pasca Mei 2018 adalah sebahagian
daripada proses demokrasi yang tidak pernah Malaysia gagal menguruskannya.
➢ Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, diperuntukan oleh Perlembagaan
Institusi Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis
Raja-raja yang mana Raja-raja Melayu telah diberi kuasa untuk memelihara keistimewaan
dan adat istiadat orang Melayu dan pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri-
negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Page 1|2
GMGA 3023 Pentadbiran Awam Korporat s249374 Roland Anthony

➢ Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan
Tentera Malaysia. Baginda menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan bertindak
mengikut nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua
Negeri dan menjalankan tugas bertindak mengikut nasihat Menteri Besar masing-masing.

Page 2|2

You might also like