Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teks Ucapan Wakil Pelajar Sempena Malam Menggapai Harapan 2016

Yang berusaha, Pn. Naemah bt Ramli, Pengetua SMK Sri Kota,

Yang berbahagia, ……………………………………………………………………

….……………………………………………………………………………………

….……………………………………………………………………………………

….……………………………………………………………………………………

….……………………………………………………………………………………

En. Desmond Morgan John, Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Maznah bt Mohd Mahaiyuddin, Penolong Kanan HEM,

Pn. Wan Niyati bt Wan Abdul Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum,

En. Lim Chin Oo, Penolong Kanan Petang,

Guru-guru Kanan,

Guru-guru,

Pengawas-pengawas sekolah,

dan rakan-rakan pelajar sekalian,

Assalamualaikum W.B.T dan salam SEMESTA.

Kami sebagai wakil pelajar tingkatan 5 SEMESTA amat bersyukur ke hadrat ilahi, kita
berjaya menganjurkan majlis makan malam pada kali ini. Terima kasih kepada tuan
pengetua, Pn. Naemah bt Ramli, tetamu-tetamu yang kami hormati, dan guru-guru
sekalian yang sudi meluangkan waktu bersama-sama kami dalam majlis ini. Dan
jutaan terima kasih kepada semua guru tingkatan 5 yang bertungkus lumus bersama-
sama kami dari awal hingga kemuncak program pada malam ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,


Pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak sekolah kepada kami sejak awal

1
tahun ini dan yang paling terbaru ialah Program Kepong SPM dan Bengkel Menggilap
Permata di Kompleks Rakan Muda Larut Matang, Kamunting. Dan program
kemuncak ialah pada malam ini iaitu Malam Menggapai Harapan. Kami amat
berterima kasih kepada pihak sekolah, dan kepada semua guru tingkatan 5 yang
banyak membantu kami, dan yang paling banyak meningkatkan dan mengekalkan
momentum semangat kami untuk terus menempuh peperiksaan SPM lebih kurang
dua minggu sahaja lagi. TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH CIKGU.

Cikgu,

Kami tidak tahu, dan cikgu-cikgu yang memberi tahu, memahamkan kami, menunjuk
ajar tanpa jemu. Cikgu, kami amat menghargai jasamu. Kami berjanji akan lakukan
yang terbaik demi masa depan kami, demi ibu bapa kami, dan demi sekolah yang
amat kami sayangi.

Kami tahu, cikgu-cikgu banyak menahan sabar akan kerenah kami. Kami banyak-
banyak minta maaf, cikgu. Kami tahu, kesabaran cikgu menahan rasa marah,
sedikitpun tiada rasa kebencian… cikgu-cikgu tetap ikhlas mengajar dan mendidik
kami.

Terima kasih sekali lagi kepada guru-guru kami.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian, terima kasih.

You might also like