Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SURAT PERJANJIAN PERKONGSIAN

Perjanjian ini dibuat pada 19 Januari 2020 di Kota Bharu, Kelantan diantara Wan Ruslan
Bin Wan Salleh, No. K/P :731211035051 yang beralamat di Lot 548, Taman Anjaria, Jalan
Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan (yang selepas ini disebut sebagai PIHAK
PERTAMA) bagi pihak dan Wan Saidi Bin Wan Hussin, No. K/P :710704035495 yang
beralamat di Lorong Masjid Baung, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu,
Kelantan (yang selepas ini disebut sebagai PIHAK KEDUA)bagi satu pihak yang lain. Yang
mana PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA bersetuju menjalankan PERNIAGAAN di atas
nama syarikat WAN RUSLAN CONSTRUCTION yang telah didaftarkan di Suruhanjaya
Syarikat Malaysia No. KT 0154047-V yang beralamat di Lot 548, Taman Anjaria, Jalan
Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan (disebut selepas ini sebagai
PERNIAGAAN). PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA telah bersetuju menjalankan
PERNIAGAAN sepertimana dalam perjanjian seperti berikut ;
1. PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA bersetuju untuk mengeluarkan modal dengan
nisbah saham 70% PIHAK PERTAMA dan 30% PIHAK KEDUA untuk
PERNIAGAAN.

2. PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA bersetuju bahawa segala keuntungan dan
kerugian PERNIAGAAN akan dibahagikan mengikut nisbah saham modal yang
dikeluarkan dalam PERNIAGAAN.

3. PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA bersetuju bahawa PIHAK PERTAMA adalah
pengurus PERNIAGAAN manakala PIHAK KEDUA adalah pembantu pengurus.

4. PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA bersetuju bahawa sebarang dokumen


berkaitan PERNIAGAAN boleh ditandatangani oleh mana-mana sama ada PIHAK
PERTAMA atau PIHAK KEDUA dengan syarat maksud dan isi kandungan dokumen
difahami dan dipersetujui bersama.

5. PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA bersetuju sekiranya berlaku perpecahan


perkongsian (salah seorang keluar dari PERNIAGAAN / salah seorang meninggal
dunia) atau berlaku penutupan PERNIAGAAN, maka segala keuntungan atau
kerugian akan dibahagikan mengikut nisbah saham modal yang dikeluarkan dalam
PERNIAGAAN.

6. PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA bersetuju bahawa perjanjian ini terikat
kepada waris, pengusaha, pentadbir harta pusaka atau waris kedua-dua belah pihak.

Ditandatangani oleh PIHAK PERTAMA ]


Nama ] Wan Ruslan Bin Wan Salleh
No. K/P ] 731211035051

Ditandatangani oleh PIHAK KEDUA ]


Nama ] Wan Saidi Bin Wan Hussin
No. K/P ] 710704035495

Disaksikan oleh (SAKSI 1) ]


Nama ] MOHD SHAIFUL AMRI B. SAIFUDDIN
No. K/P ] 840516-02-6095

Disaksikan oleh (SAKSI 2) ]


Nama ] NURAZNIDA BINTI AZIZ
No. K/P ] 850711-03-5922

You might also like