Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kali ini Ika nak kongsikan kepada semua ilmu yang telah Ika peroleh daripada seorang

pensyarah AR Ika, Dr Rosli iaitu berkaitan cara penulisan sorota literatur atau literature
review yang terbaik. Untuk makluman semua, sorotan literatur merupakan penulisan
ringkasan aripada kajian-kajian lepas yang berkait dengan kajian tindakan yang kita jalankan.

Penulisan sorotan literatur yang terbaik kajian yang dilaksanakan tidak lebih daripada
sepuluh tahun daripada tempoh kajian yang kita laksanakan. Penulisan sorotan literatur yang
terbaik hendaklah merangkumi enam perkara berikut:

1. Objektif pengkaji lepas


2. Tahun kajian tersebut dijalankan.
3. Di mana kajian tersebut dijalankan.
4. Bilangan responden/subjek kajian yang terlibat.
5. Intervensi kajian yang digunakan.
6. Kesan/hasil kajian tersebut.

Keenam-enam aspek ini akan dikaitkan dengan pemilihan masalah kajian yng hendak dikaji,
responden/subjek kajian serta teknik/kaedah/alat intervesi kajian tersebut (rujuk tajuk
kajian anda). Berikut adalah salah satu contoh penulisan sorotan literatur.

MENINGKATKAH PENGUASAAN KATA SENDI NAMA 'DARI' DAN 'DARIPADA' MURID TAHUN
EMPAT MENGGUNAKAN KAEDAH J-MONO

(...)
Nurul Hannah bt Abdul Awang (2012) dalam kajiannya, Meningkatkan Penguasaan Murid
Tahun Lima Ibnu Khaldun Mengingati Fakta dalam Topik Kegemilangan Melaka
Menggunakan Teknik Permainan ‘Dice Games’ menunjukkan tahap keberkesanan permainan
‘Dice Games’ telah dapat membantu murid mengingati peranan sultan dan pembesar empat
lipatan. Kajian ini telah dijalankan selama empat minggu terhadap lima orang murid Sekolah
Kebangsaan Seberang Takir menggunakan teknik permainan ‘Dice Games’. Beliau telah
menggunakan Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis. Hasil dapatan yang diperoleh
daripada pemerhatian, ujian pra dan pos serta borang selidik menunjukkan peningkatan
berlaku secara menyeluruh selepas perlaksanaan intervensi dijalankan, iaitu 100% subjek
kajian telah dapat menyatakan semula peranan sultan dan pembesar empat lipatan selepas
intervensi dilaksanakan.  Kajian ini jelas menunjukkan bahawa teknik permainan dapat
membantu subjek kajian mengingat fakta yang terdapat dalam sesebuah topik pembelajaran
dengan lebih mudah kerana bersesuaian dengan perkembangan murid sekolah rendah. (...)

Selain itu, pada akhir penulisan sorotan literatur, sebaik-baiknya pengkaji hendak menulis
berkaitan keinginan pengkaji berkaitan rasional dan keinginan pengkaji untuk meneruskan
kajian tersebur. Berikut antara contoh ayat penutup sebelum mengakhiri ayat.

" (...)  Namun, kajian yang sedang pengkaji jalankan masih belum disentuh dengan lebih
mendalam. Oleh hal yang demikian, pengkaji akan melihat dari aspek(...) "

You might also like