6.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan Dua Belas (12) orang pemain dan termasuk Dua (2) orang pegawai iaitu seorang Pengurus pasukan dan seorang Jurulatih. 6.2 Senarai dan pendaftaraan ini hendaklah disertakan dengan butiran dan maklumat seperti berikut:- i) Nama penuh pemain/pegawai dan no. kad pengenalan (No. IC) ii) Nombor jersi pemain iaitu dari 1 hingga 50 (jersi pertama dan kedua, tidak boleh ditukar sehingga pertandingan selesai). iii) Salinan Kad Pengenalan pemain dan pegawai. 6.3 Borang ini hendaklah disahkan oleh Ketua Eksekutif/Pengurus Besar agensi masing-masing dengan disertakan dengan surat lantikan jawatan, pemain yang terlibat. 6.4 Sebarang pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sehari sebelum pertandingan. 6.5 Senarai dua belas (12) orang pemain hendaklah disahkan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. 6.6 Semua pasukan diminta mengisytiharkan warna jersi, seluar, stokin dan warna jersi penjaga gol yang dipakai semasa menjadi tuan rumah didalam pertandingan ini. Nama pasukan yang disebut dahulu adalah tuan rumah dan yang kedua adalah pelawat. 6.7 Kelayakan pemain sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama satu (1) tahun (12 bulan). 6.8 Bagi pemain Veteran mestilah berumur 45 tahun keatas iaitu lahir pada tahun 1973. 7. CARA & SISTEM PERTANDINGAN 7.1 Kejohanan ini adalah pertandingan di antara pasukan. 7.2 Pasukan Futsal Lelaki Terbuka akan dibahagikan kepada 4 kumpulan dan pasukan-pasukan akan diundi untuk menentukan kedudukan masing-masing. 7.3 Semua perlawanan diperingkat kumpulan akan dijalankan secara liga kumpulan. 7.4 Pertandingan peringkat suku akhir, separuh akhir dan tempat ketiga dan akhir akan dijalankan secara kalah mati. 7.5 Johan dan Naib Johan kumpulan diperingkat liga akan layak ke pusingan seterusnya mengikut format seperti dibawah.