Pergerakan Kreatif

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

2.

0 Pergerakan kreatif

Pergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkangerakan-


gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secarakreatif ( meliputi
aktiviti gerak tari ) bertujuan untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah dan
melahirkan perasaan masing-masing ( expressive and functional ) . Dalam aktiviti muzik,
pergerakan kreatif adalah pergerakan di mana kanak-kanak bergerak mengikuti muzik yang
dimainkan. Setiap individu meluahkan perasaan dan persepsi mereka berkenaan muzik yang
didengari.

Fowler(1981) mendefinisikan pendidikan pergerakan sebagai suatu pendekatan dalam


kaedah pengajaran. Kemahiran-kemahiran motor termasuk pergerakan kemahiran asas,
permainan, tarian dan aktiviti lain yang menggunakan proses penemuan dalam pembelajaran.
Dalam konteks ini, pergerakanbermaksud pergerakan tubuh badan iaitu melibatkan motor
kasar dan motor halus manakala kreatif pula bermaksud daya cipta seseorang yang
diilhamkan oleh pengalaman (inspirasi), persekitaran dan imaginasinya. Kadangkala
digabungkan ilhamnya atau diubahsuaikannya untuk menghasilkan sesuatu yang baru.

Sebelum kanak-kanak dapat bergerak sedemikian, perbendaharaan pergerakan perlu


diterokai oleh setiap kanak-kanak. Pergerakan melibatkan tiga elemen iaitu ruangan (atas-
bawah, kiri-kanan, dan depan-belakang), kuasa (berat-ringan, tegang-regang, tajam-licin) dan
masa (cepat-perlahan, panjang-pendek,detik). Apabila kanak-kanak telah mengalami pelbagai
cara pergerakan maka mereka dapat menggunakannya dengan lebih kreatif mengikut muzik

4.0 Elemen-elemen pergerakan kreatif

Terdapat 6 elemen dalam pergerakan kreatif iaitu ruang, masa, bentuk badan, beban,
aliran dan irama.

Dalam elemen ruang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ruang diri dan ruang
am, ataupun kita boleh guna perkataan lain iaitu ruang terus dan ruang tidak terus. Untuk
ruang diri adalah merujukan kepada bahagian yang ada pada sekeliling badan pada seseorang
ataupun kawasan sekeliling yang boleh seseorang sampai pada satu bahagian. Maka dalam
kedua-dua bahagian ruang am dan ruang sendiri mempunyai suatu had iaitu lantai, bumbung
dan dinding.

Di samping itu, kedua-dua jenis ruang mempunyai tiga tahap. Pada keadaan tahap
tengah ialah seseorang sedang berdiri tengak dan apa-apa sahaja bahan yang dekat dengan
aras lantai adalah dikatakan tahap bawah. Manakala apa-apa koordinasi atau pergerakan yang
melibatkan aras tinggi adalah dikatakan pada aras tinggi.

Elemen ruang juga boleh dikatakan koordinasi badan terhadap sesuatu arah contohnya
depan, kiri, kanan dan belakang. Dengan mempunyai pergerakan yang asas ini dapatlah boleh
mewujudkan satu combinasi antara semua pergerakan tersebut menjadi satu pergerakan yang
melibatkan ruang am contohnya, pergerakan dengan berjalan lurus ke depan, berjalan
berbentuk ular atau berjalan berbentuk zigzag.

Untuk elemen kedua adalah badan atau bentuk badan. Elemen ini telah menunjukkan
tentang bentuk gaya boleh dilakukan pada seseorang individu dengan menggunakan seluruh
anggota badannya. Maka dalam elemen badan terdapat dua bahagian mengenainya iaitu
keseluruhan tubuh badan dan bahagian tubuh badan. Untuk keseluruhan tubuh badan adalah
menyatakan bahawa pergerakan yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan
keseluruhan tubuh badan dan gerakan akan berhenti daripada bergerak secara bebas dan
terkawal. Pergerakan yang dilakukan amat berkaitkan dengan pertubuhan seseorang kanak-
kanak pada aspek lokomotor dan bukan lokomotor. Contoh aktivitinya adalah gaya
pergerakan berjalan boleh dijalankan secara bebas atau terkawal. Selain itu pergerakannya
boleh berubah-ubah dengan bergerak berjalan dan berhenti mengikut rangsangan yang
diberikan misalnya, muzik.

Manakala untuk bahagian tubuh badan adalah menyatakan tentang pergerakan yang
dilakukan dengan menggunakan mana-mana satu atau kesemua daripada anggota tubuh
badannya untuk membentuk sesuatu atau sejenis bentuk objek. Misalnya, dengan
menggunakan anggota bahagian tangan dan kaki untuk membentuk satu jenis barang iaitu
meja ataupun sejenis haiwan seperti kucing. Pergerakan ini adalah memberi persediaan tubuh
badan untuk menyokong, memindah dan menerima berat badan. Bahagian tubuh badan yang
digunakan perlu dikenal pasti sebelum melakukan sebarang pergerakan mengikut rangsangan
yang diberikan. Contohnya, pergerakan merangkak seperti kucing berjalan, bahagian tubuh
badan yang dikenal pasti adalah tangan, tapak tangan dan lutut.

Elemen seterusnya dalam pergerakan kreatif adalah elemen masa. Elemen masa adalah
saling berhubungan kait dengan kelajuan sama ada cepat atau lambat tentang sesuatu gaya
bentuk pergerakan. Pergerakan ini bukan sahaja mengenai pergerakan semata-mata cepat atau
lambat tetapi juga merangkui proses antara kelajuan lambat hingga cepat. Contohnya seorang
kanak-kanak sedang berimaginasi bahawa dia adalah seorang peninju yang ingin
menggerakkan tangan dengan pantas untuk menumbuk. Manakala seorang kanak-kanak
berimaginasi seperti seekor burung yang sedang ingin mendarat, maka dia akan berasa
bahawa pergerakan tersebut adalah lambat.

Elemen keempat ialah elemen beban atau tekanan. Dalam elemen beban adalah berkaitan
tentang aspet berat dan ringan dalam pergerakan yang dilakukan dan dikawal oleh seseorang
otot-otot anggota tubuh badan. Maka kesan daripada beban ini akan menghasilkan kesan
halus-ringan dan berat-kuat kepada pergerakan yang dilakukan. Contohnya, dalam aspek
berat- kuat, seseorang budan lelaki akan berimaginasi bahawa dia sedang mengangkat berat
maka budak lelaki akan berfikir dan berasa pemberat itu sangat berat dan perlu menggunakan
seluruh kekuatan badannya untuk mengankatnya. Manakala untuk aspek halus-ringan, adalah
seseorang budan akan berimaginasinya yang dia sedang menyelam dalam air, maka dia akan
berasa bahawa badannya adalah sangat ringan semasa dalam keadaan yang menyelam dalam
air.

Elemen kelima adalah elemen aliran. Elemen aliran ini dibahagikan kepada dua jenis iaitu
elemen bebas dan elemen terikat. Elemen bebas adalah merujukan bahawa seseorang budak
yang sedang melakukan pergerakan secara bebas apa-apa sahaja bentuk gaya seperti
melompat di atas udara dan berlari dengan cepat dari suatu tempat ke tempat yang lain.

Pergerakan amat sukar dihentikan dengan serte merta. Manakala untuk aliran terikat adalah
pergerakan yang lambat seperti berjalan kerana pergerakan ini mudah berhenti dan badan
adalah berada dalam keadaan seimbang.

Elemen terakhir ialah elemen irama. Elemen irama sentiasa dapat dihubung kaitkan dengan
elemen masa. Elemen irama bukan semata-mata hanya saling berkait dengan aspek muzik
tetapi ia juga berkaitan dengan bentuk irama lain dalam kehidupan seharian kita. Misalnya,
perkataan juga merupakan atau membentuk sebagai irama untuk melakukan pelbagai jenis
aktiviti berkaitkan dengan lokomotor. Contohnya bermain aktiviti tepuk tangan untuk
demostrasi irama perkataan. Duduk dalam keadaan bulatan, kemudian sebutkan nama
masing-masing sambil menepuk tangan. Selepas orang pertama habis sebut namanya, orang
kedua akan sambung dengan tepuk tangan dengan sebut namanya. Proses langkah ini
dilakukan sehingga habis dalam satu pusingan. Dengan menggunakan aktiviti tepuk tangan
dengan berirama untuk menyebut nama masing-masing dapatlah melatih pada aspek
lokomotor kanak-kanak di samping juga dapat mengikut irama yang betul.

5.0 Jenis-jenis pergerakan yang ada dalam pergerakan kreatif

5.1 Pergerakan lokomotor

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan


berubah kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor menyokong
perilaku pergerakan yang dirancang dan berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika
pergerakan
lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam
persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor,
gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan lokomotor juga merupakan
dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan
lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak,
guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.

5.2 Pergerakan bukan lokomotor

Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau
juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik dan ia lebih tertumpu kepada
pergerakan bahagian tubuh badan terutama pada sendi buka-tutup dan pusing putar.
Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh
badan tanpa beralih tempat. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan
pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh
pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, berlari
setempat, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan
rakan serta tekan tubi.

5.3 Manipulasi Alatan

Manupulasi alatan ialah aktiviti yang mana mempergunakan alatan dengan cara yang
betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran ini memerlukan penggunaan angota
badan untuk mengawal, megawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi
alatan merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-
kanak. Kemahiran asas manipulasi alatan dapat meningkatkan kordinasi angota badan
contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.

Manipulasi alatan mestilah melibatkan objek seperti pundi kacang, melanton bola
sambil berjalan, berjalan sambil mengimbang bola di kaki, skipping sambil berlari,
menggerakkan reben dan memusingkan gelung dengan tangan.

Ketiga-tiga elemen ini dapat diaplikasikan di dalam pergerakan kreatif. Ini kerana di dalam
pergerakan kreatif ia memerlukan ketiga-tiga pergerakan tersebut untuk melakukan dan
menghasilkan suatu pergerakan yang kreatif. Sebagai contoh, guru melakukan suatu aktiviti
kepada kanak-kanak yang mana aktiviti itu dapat merangsang kanak-kanak menggunakan
keseluruhan tubuh badan mereka untuk bergerak. Antaranya ialah dengan cara memberi
mereka mendengar alunan muzik. Apabila mereka mendengar muzik, minda mereka akan
terangsang dan keghairahan mereka untuk melakukan pergerakan akan timbul tambahan pula
mereka diberi kebebasan oleh guru dalam berkreativiti. Oleh sebab itu, mereka akan
menggunakan ketiga-tiga elemen tersebut untuk melakukan pergerakan seperti menari,
bertepuk tangan, berlari, berjalan dan lain-lain pergerakan lagi. Kesemua pergerakan inilah
yang dipanggil pergerakan kreatif.

6.0 Aktiviti-aktiviti untuk pergerakan kreatif

6.1 Drama

Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut oleh
Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah “pergerakan merupakan salah satu cara
untuk mengungkap perasaan melalui muzik”. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun
kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun
mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh
Dalcroze, bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui
pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanak-
kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat
pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka.

Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri
dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon
dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton.
Mereka mula merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik
yang rancak.Melalui apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan
bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak
dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang
wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui
pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan telah dapat member banyak perangsang dan
peluang kepada kanak-kanak di dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka
kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut telah memudahkan
guru-guru prasekolah untuk mengenalpastiseterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-
kanak tersebut.

6.2 Muzik

Seni kinestetik- Pergerakan kreatif didalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik
iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan
ini menjadikan kanak-kanak berasa senangdan memberi respon secara spontan dalam
melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik,
memainkanperanan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan
secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan
kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi
kognitif, murid mendapatpengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid
Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantupertumbuhan
kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu merekamemahami konsep muzik yang
abstrak.

Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara
berkumpulan memberikesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan
mengamalkannilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam
budayamasyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa.Pengetahuan
dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalammuzik dapat membantu memupuk
elemen jati diri dan patriotisme pada dirimurid.Untuk merealisasikan potensi kurikulum
Pendidikan Muzik KBSRpelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai
pendekatan,strategi dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaranseperti
teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, PembelajaranMasteri, teknik Berfikir Secara
Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar

6.3 Tarian

Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri


terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai
kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang
melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak
dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi
tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan
berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-
kanak. seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia
melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli
atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh.
Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan
pengalaman penari kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan
yang mempunyai unsur-unsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan,
kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain.

You might also like