Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

3.

0 LOKASI

3.1 Pekan Menglembu

Peta 1: Peta PekanMenglembu


Sumber: Google Maps (2019), from https://www.google.com.my
Pekan Menglembu terletak di selatan bandar raya Ipoh, Perak, Malaysia. Tempat yang
berhampiran dengan Pekan Menglembu ialah Bandar Ipoh, Bandar Batu Gajah, Kampung
Pulai, Papan dan Lahat. Menglembu terkenal dengan pengeluaran kacang tanah jenama
tangan yang diproses oleh sebuah kilang di pekan ini. Selain itu, Bukit Kledang yang terdapat
di barat Menglembu juga merupakan tempat rekreasi yang terkenal. Penduduk di Menglembu
adalah terdiri daripada majoriti kaum Cina. Dialek Cina Kantonis adalah bahasa pengantar
orang-orang Cina di sini dan terdapat kumpulan dialek Cina yang lain seperti Hakka,
Hokkien dan Teochew. Kini, Menglembu telah berada di bawah pentadbiran Majlis
Bandaraya Ipoh atau Dewan Bandaraya Ipoh. Pekan Menglembu terletak 5.3 km daripada
bandaraya ipoh iaitu menghala ke arah Barat Daya .Perjalanan menggunakan perkhidmatan
awam sama ada bas atau teksi menggunakan masa lebih kurang 15 minit dalam keadaan
lancar. Dari segi kedudukan mengikut GPS koordinat Pekan Menglembu pada
4° 34′ 0″ N, 101° 3′ 0″ E

You might also like