SEJARAH Isu Tanah Di Sabah Dan Sarawak DR NIK

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

01.

0 PENGENALAN

Sebelum pemerintahan keluarga Brooke di tanah Melayu. Sarawak ditadbir oleh Kesultanan Brunei pada

kurun ke-16. Pada 1827, Pengeran Mahkota dilantik memerintah Sarawak oleh Sultan Brunei.

Pemerintahan keluarga Brooke bermula pada tahun 1841 hingga 1941 iaitu ketika Pendudukan Jepun.

James Brooke memerintah selama 1841-1868, Charles Brooke 1868-1917 dan Charles Vyner Brooke

memerintah selama 1917-1946.1 Pada 1841 Pangeran Muda Hashim melantik James Brooke sebagai

Gabenor dan Raja di Sarawak, pada 1842 Sultan Brunei mengiktiraf perjanjian antara Pangeran Muda

Hashim dan James Brooke dan akhirnya pada tahun 1846 Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai

Raja yang merdeka. Pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak memperlihatkan perubahan dalam undang-

undang yang dijalankan terutamanya dalam memperkenalkan undang-undang tanah yang melindungi hak

milik tanah pribumi di Sarawak.

Syarikat Berpiagam Borneo Utara British atau dikenali sebagai SBBUB pula mula mentadbir Sabah

pada Ogos 1881 hingga 1945 dan William Hood merupakan Gabenor utara yang pertama. Sultan Brunei

beri konsesi tanah di Sabah kepada wakil Amerika Syarikat iaitu W.L. Moses pada tahun 1862 dengan

tempoh sewaan 10 tahun. Moses tidak berniat untuk memajukan konsesi ini lalu dijual kepada The

American Trading Company yang diketuai oleh William Torrey. Torrey telah datang ke Sabah untuk

memajukan kawasan yang dibelinya dengan menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak

menguntungkan Overback menghadapi masalah modal beliau meminjam wang daripada Syarikat Alfred

dan Edward Dent pada 1877. Gabenor Labuan iaitu W. H. Treacher bersetuju membantu Overbeck

memperbaharui tempoh pajakan daripada Sultan Brunei dengan syarat syarikat yang ditubuhkan diletakkan

di bawah kekuasaan British.

Skop kajian yang akan dibincangkan ialah berkaitan dengan undang-undang tanah yang digubal oleh

Sarawak pada 1841-1946 dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) 1881-1945 sama ada ia

berjaya melindungi hak tanah kaum pribumi Sabah dan Sarawak pada penghujung abad ke-19. Sebelum

keluarga Brooke datang ke Sarawak tiada undang-undang tanah secara bertulis dan hanya mempunyai

1
Ooi Keat Gin, Of Free Trade and Native Interests : The Brookes and the Economic Development of
Sarawak,
1841-1941 ( Kuala Lumpur : Oxford University Press, 1997), 43.

1
undang-undang Tanah Adat Pribumi Sarawak iaitu berkait rapat dengan sistem keturunan dan kekeluargaan

dan tanah adalah hak milik tuhan dan tidak boleh dimiliki secara individu oleh manusia. 2 Selepas

kedatangan Brooke undang-undang tanah Sarawak yang digubal oleh keluarga Brooke terbahagi kepada

empat iaitu Land Order 1920, Land Ordinance 1931, Land Settlement ordinance 1933 dan Land

Classification Ordinance 1948 yang bertujuan untuk melindungi hak tanah pribumi di Sarawak. 3 Manakala

sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British atau SBBUB di Sabah mengamalkan

undang-undang tanah adat iaitu tanah tersebut diwarisi secara turun temurun. Tujuan pewarisan ini adalah

untuk menjaga hak pribumi dalam pengekalan harta dalam institusi keluarga. Undang-undang tanah yang

digubal oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British atau SBBUB terbahagi kepada tujuh jenis

pengistiharan tanah iaitu The Regulation Of land 1881, 1882 1883, 1885, 1889, 1904 dan 1913 yang

kononya bertujuan untuk melindungi hak tanah kaum pribumi Sabah. Secara

keseluruhannya saya menyokong bahawa undang-undang tanah yang digubal oleh keluarga Brooke di

Sarawak sememangnya melindungi hak tanah kaum pribumi di Sarawak manakala undang-undang tanah

yang digubal oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara Britishb atau SBBUB pula tidak berjaya melindungi

hak kaum pribumi di Sabah.

2.0 POLISI UNDANG-UNDANG TANAH YANG DIPERKENALKAN OLEH

KELUARGA BROOKE DI SARAWAK.

2.1 POLISI TANAH SEMASA PEMERINTAHAN JAMES BROOKE (1841-1868)

Pentadbiran James Brooke di Sarawak bermula pada tahun 1841- 1868. Pada 24 September 1841 James

Brooke dilantik oleh Raja Muda Hashim sebagai residen Sarawak dan pada 1 Ogos 1841 beliau dilantik

secara rasmi oleh gabenor Sarawak. 4 James Brooke telah mencipta konsep legal pluralism yang

2
Nik Haslinda Binti Nik Hussain, "Tanah hak adat negeri: Satu kajian terhadap Reformasi Tanah di Sarawak, sekitar
tahun 1841-1941 dan 1946-1956," Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, 26 (2007): 106.
3
A.F Porter, Land Administration In Sarawak (Kuching: Land and Survey Department, 1967), 52.
4
Nik Haslinda Binti Nik Hussain, "Tanah hak adat negeri: Satu kajian terhadap Reformasi Tanah di Sarawak, sekitar
tahun 1841-1941 dan 1946-1956," Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, 26 (2007): 108.

2
dikategorikan kepada dua jenis sistem pemegangan tanah iaitu pertama berasaskan undang-undang adat

pribumi yang mengekalkan guna tanah tradisional dan sistem perkebunan di kalangan pribumi dan jenis

kedua ialah digubal dan diperundangkan tanah persendirian yang dimiliki dan menyokong mengkomersial

pertanian.5 Beliau juga memperkenalkan beberapa polisi tanah di Sarawak bagi melindungi hak pribumi

antaranya ialah menggubal undang-undang tanah 1863 dan mencipta konsep legal pluralism. Keadaan

Sarawak pada ketika itu memperlihatkan banyak imigran-imigran luar seperti China ataupun India datang

ke Sarawak sama ada menjadi tenaga buruh atau ingin mengusahakan ekonomi di Sarawak. Semasa

pemerintahan James Brooke beliau telah mengubal undang-undang tanah 1863 yang menekankan bahawa

penduduk pribumi tidak boleh menuntut hak milik tanah yang tidak bertuan kerana ia telah menjadi hak

milik negeri. Selain itu penduduk pribumi perlu mendapatkan kebenaran dari kerajaan untuk membuka

tanah. Pengubalan ini memberi kebaikan kepada penduduk pribumi agar tidak melakukan apa-apa

keputusan sesuka hati kerana khuatir tanah mereka akan ditipu oleh imigran luar. James Brooke

memerintah Sarawak mengikut kaedah paternalism atau dikenali sebagai kaedah kebapaan yang berasaskan

kepada sikap saling percaya mempercayai dan sayang menyanyangi antara pemerintah dengan yang

diperintah.6 James Brooke meninggal dunia pada 11 Jun 1868 di England dan Charles Johnson Brooke telah

dilantik sebagai Raja Putih II Sarawak pada 3 Ogos 1868.

2.2 POLISI TANAH SEMASA PEMERINTAHAN CHARLES JOHNSON BROOKE

(1868-1917).

Pada zaman pemerintahan beliau ini mewujudkan polisi pajakan tanah dan hak milik tanah bersyarat.

Polisi yang beliau wujudkan ini menyebabkan imigran luar seperti Eropah dan China berminat untuk

melabur di Sarawak. Kuantiti tanah yang dipajakkan kepada pelabur luar adalah tidak melebihi kuantiti

tanah yang diperuntukkan kepada kaum pribumi di Sarawak. Tujuan beliau menarik minat pelabur luar

masuk melabur di Sarawak adalah untuk memperoleh keuntungan untuk Sarawak. Beliau juga

memperkenalkan undang-undang Fruit Tree Order 1899 yang mengiktirafkan adat resam kaum Iban

5
Ibid.,
6
Nik Haslinda Binti Nik Hussain, "Tanah hak adat negeri: Satu kajian terhadap Reformasi Tanah di Sarawak, sekitar
tahun 1841-1941 dan 1946-1956," Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, 26 (2007): 104.

3
bahawa mana-mana kaum Dayak berpindah dari sungai atau daerah tidak boleh menuntut, jual atau

memindahkan ke atas tanah tersebut hal ini kerana mereka telah hilang hak ke atas tanah tersebut sekiranya

mereka berpindah.7 Undang-undang ini bertujuan untuk memastikan mereka menjaga tanah itu sebaik

mungkin agar tanah itu terus menjadi hak mereka. Charles Johnson Brooke berpegang pada slogan "Aman,

kebahagiaan dan memberi kepuasan kepada pribumi". Melalui slogan ini kita dapat lihat bahawa beliau

seorang yang menitikberatkan kepuasan penduduk pribumi agar hidup dalam keadaan aman dan yang

penting tidak menindas atau mengambil hak kaum pribumi di Sarawak untuk tujuan kepentingan diri

sendiri.

2.3 POLISI TANAH SEMASA PEMERINTAHAN CHARLES VYNER BROOKE

(1917-1946).

Keluarga Brooke memperkenalkan undang-undang tanah seperti Land Order 1920 iaitu mewujudkan

satu kategori tanah yang dipanggil pegangan pribumi di mana kaum pribumi dibenarkan untuk

mendudukinya tanpa sebarang bayaran untuk menanam tanaman di tanah tersebut selain itu akta ini juga

melindungi tanah dari diceroboh oleh pengusaha Cina untuk kegiatan pertanian. 8 Keadaan pada masa itu

banyak imigran dari Cina datang ke Sarawak untuk menjalankan perusahaan oleh itu keluarga Brooke

bimbang akan ketibaan imigran ini lalu mengubal undang-undang tanah untuk lindungi hak kaum pribumi

di Sarawak. Polisi undang-undang tanah seterusnya ialah Land Ordinance 1931 memberi pengiktirafan ke

atas tanah pegangan pribumi di mana pajakan 99 tahun boleh dikeluarkan untuk tanah seluas tiga ekar tanpa

bayaran hal ini terkandung dalam Seksyen 90.9 Ordinan ini juga membenarkan perisytiharan tanah untuk

Kampung Melayu dan rumah-rumah golongan pribumi, dan mereka juga boleh menduduki tanah secara

individu menurut hak adat. Contohnya jika tanah hak adat bumiputera dimiliki oleh kaum Iban, hak

tersebut dinikmati oleh kaum tersebut secara keseluruhannya dan mana-mana ahli yang meninggalkan

kaum tersebut untuk tinggal di tempat lain, haknya boleh diambil alih oleh ahli bumiputera lain daripada

7
Ooi Keat Gin, Of Free Trade and Native Interests : The Brookes and the Economic Development of
Sarawak,
1841-1941 ( Kuala Lumpur : Oxford University Press, 1997), 92.
8
Ibid., 43.

9
A.F Porter, Land Administration In Sarawak (Kuching: Land and Survey Department, 1967), 57.

4
kaum tersebut. Tanah hak adat bumiputera boleh diwarisi dan dijadikan sebagai hadiah oleh tuan punya

kepada warisnya. Akan tetapi, urus niaga ke atas tanah hak adat bumiputera dengan cara perjanjian jual-beli

tidak dibenarkan.

Seterusnya ialah memperkenalkan Land Settlement Ordinance 1933 iaitu memberikan perlindungan hak

tanah pribumi iaitu pemilikan tanah hanya boleh dilakukan secara warisan dan juga memberi pengiktirafan

ke atas tanah hak adat pribumi.10 Seksyen 66 memperuntukkan hak adat pribumi akan diiktiraf ke atas tanah

yang ditanam dengan syarat mempunyai pokok buah-buahan berjumlah 20 batang pokok atau lebih bagi

setiap ekar, tanah yang diduduki secara berterusan atau telah ditanam atau didirikan struktur bangunan

dalam tiga tahun, tapak perkuburan atau hak laluan. Jika kaum Pribumi di Sarawak menepati syarat diatas

maka tanah pribumi akan diiktiraf oleh kerajaan. Selain itu undang-undang Land Classification Ordinance

1948 juga diperkenalkan sebagai penambahan kepada Land Ordinance 1931 dan Land Settlement

Ordinance 1933.11 Ordinan tersebut memperuntukkan perkara-perkara seperti klasifikasi tanah dan

perlindungan hak Bumiputera. Tujuan utama undang-undang ini diperkenalkan adalah untuk menyekat

pemilikan tanah di dalam tanah kawasan Pribumi oleh bukan Pribumi. Seksyen 3(1) ordinan ini

mengklasifikasikan tanah kepada empat bahagian iaitu merangkumi tanah zon campur, tanah kawasan

pribumi, tanah hutan simpanan dan tanah kawasan pendalaman. Tanah Zon Campuran ialah tanah yang

dimiliki atau disewa kepada imigran luar, tanah kawasan pribumi pula sememang hak milik kaum pribumi

Sarawak, tanah hutan simpanan dikhaskan untuk tanaman hutan dan akhir sekali tanah kawasan

pendalaman ini juga kawasan penduduk Pribumi.12 Maka dengan adanya polisi undang-undang tanah

mengklasifikasi pembahagian tanah ini penduduk pribumi tidak perlu bimbang akan kemasukkan imigran

luar yang cuba berkongsi tanah dengan penduduk pribumi di Sarawak. Dengan ini jelaslah bahawa keluarga

Brooke sememangnya membantu penduduk Pribumi di Sarawak untuk hak tanah mereka dengan

terlaksananya pelbagai undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh keluarga brooke sejak memerintah di

Sarawak. Secara keseluruhannya, masalah berkenaan tanah pribumi jarang sekali berlaku di Sarawak hal ini

demikian kerana majoriti penduduk pribumi puas hati dengan pemerintahan keluarga Brooke yang

10
Ibid., 61.
11
Ibid., 63.
12
Cramb, R.A & Reece, R.H, Development in Sarawak (Australia: Monash University, 1987), 10.

5
mementingkan kaum pribumi dan kaum pribumi juga mengusahakan tanah sendiri tanpa sebarang ganguan

dan menetap di kawasan tersebut.

3.0 POLISI TANAH YANG DIPERKENALKAN OLEH SYARIKAT BERPIAGAM BORNEO UTARA

BRITISH (SBBUB) DI SABAH PADA 1881- 1945.

Sebelum Syarikat Berpiagam Borneo Utara British atau dikenali sebagai SBBUB datang ke Sabah

mengamalkan undang-undang tanah adat iaitu tanah tersebut diwarisi secara turun temurun. Tujuan

pemwarisan ini adalah untuk menjaga hak pribumi dalam pengekalan harta dalam institusi keluarga. Suku

kaum Dusun secara tradisinya sememangnya mengamalkan undang-undang warisan adat tanah sebelum

kedatangan SBBUB lagi. Peraturan pembahagian tanah kaum Dusun terserah kepada suku mengikut cara

dan kepercayaan masing-masing. Pembahagian asas melibatkan anak laki, anak perempuan dan balu dalam

sesebuah keluarga yang ditinggalkan ketuanya.13

Pada tahun 1881 Syarikat Berpiagam Borneo Utara British atau dikenali sebagai SBBUB mula

memerintah Sabah dan melaksanakan sistem peraturan tanah yang dibahagi kepada tujuh jenis peraturan

tanah yang dikenali sebagai The Land Regulation Of North Borneo 1881, 1882, 1883, 1885, 1889 1904 dan

1913. Dasar pengistiharan peraturan tanah yang diperkenalkan oleh SBBUB ini dikatakan bertujuan untuk

melindungi hak milik tanah pribumi dan mengiktiraf hak milik tanah kaum Dusun di Sabah. Tetapi

hakikatnya pada permulaan pihak SBBUB sememangnya memelihara hak milik tanah kaum pribumi di

Sabah dan akhirnya disebabkan pihak SBBUB terlalu memetingkan keuntungan menyebabkan janji pihak

SBBUB kepada kaum pribumi terkubur. Dasar pengistiharan peraturan tanah ini dilaksanakan oleh gabenor

Sabah pertama iaitu William H. Treacher. Pribumi yang dimaksudkan di Sabah ialah pribumi asal yang

lahir dan menetap di Sabah seperti Dusun, Murut, Bajau , Ilanun, Besaya dan orang sungai.

William H.Treacher memperkenalkan undang-undang tanah yang pertama pada 28 November 1881 di

Labuan yang dikenali sebagai The Land Regulation Of British North Borneo 1881. Undang-undang ini

13
Saharudin Bin Bakkareng, "Pentadbiran Tanah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Barat Sabah 1881-1941"
(Ijazah Sarjana Sastera mei., Universiti Sains Malaysia, 2004), 81.

6
berkenaan dengan pajakan ke atas lot tanah bandar, sub bandar dan tanah terbiar di bawah keluasan 100

ekar. Pajakan ini berlangsung selama 999 tahun dengan dikenakan bayaran sewa tahunan. Bagi tanah

bandar sewa dikenakan sebanyak $ 120.00 seekar, $48.00 seekar bagi sub bandar dan $ 0,25 sen seekar

bagi tanah terbiar.14 Seterusnya peraturan tanah 1882 diperkenalkan untuk penambahan kepada undang-

undang sebelumnya iaitu peraturan tanah 1881. Undang-undang ini menyatakan bahawa semua bahan

mentah yang terdapat di atas tanah kaum pribumi adalah milik SBBUB. Maka disini dapat lihat bahawa

undang-undang tanah yang diperkenalkan oleh SBBUB tidak mementingkan kaum pribumi malah mereka

dikenakan sewa ke atas tanah yang dimiliki oleh mereka, hasil tanaman yang diusahakan oleh kaum

pribumi turut diambil oleh SBBUB dan nampaknya kaum pribumi hanyalah sebagai hamba untuk

kepentingan SBBUB.

Selain itu SBBUB telah keluarkan pajakan yang lebih besar iaitu 1000 ekar ke atas ditawarkan kepada

bakal penanam yang ingin menjalankan kegiatan ekonomi di Sabah serta perlu membayar sebanyak 1 dollar

per ekar.15 Undang-undang tanah ini dikenali sebagai The Land Regulation North Borneo 1883. Tindakan

SBBUB memperkenalkan undang-undang tanah ini menarik perhatian perlabur luar untuk menjalankan

kegiatan di Sabah dan menyebabkan hak tanah kaum pribumi dirampas oleh pelabur luar untuk kepentingan

SBBUB dan hak kaum pribumi terhadap tanah turut tergugat.

Pengenalan kepada pengistiharan tanah 1889 iaitu Proklamasi III Perlindungan Hak Pribumi

menyatakan bahawa hak milik tanah pribumi diletakkan di bawah kuasa Pegawai Daerah dan jual beli

tanah dengan pelabur-pelabur Eropah perlu mendapat persetujuan Ketua Pribumi.16 Ini adalah perkara yang

termaktub di dalam undang-undang namun selepas desakan daripada pemodal-pemodal China, British

mengambil alih pentadbiran Sabah daripada SBBUB pada 26 Jun 1946. Hal ini jelas menunjukkan undang-

undang untuk melindungi hak pribumi hanya sekadar di atas kertas kerana hasil bumi Sabah terus-menerus

14
Saharudin Bin Bakkareng, "Pentadbiran Tanah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Barat Sabah 1881-1941"
(Ijazah Sarjana Sastera mei., Universiti Sains Malaysia, 2004), 48.
15
Ranjit Singh D.S, The Making of Sabah, 1865-1941: The Dynamics of Indigenous Soceity. (Kuala
Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, 2000), hlm. 146.
16
Sabihah Osman, " The Role Of Governor D. J. Jardine In Improving The Welfare Of The Indigeneous
People Of
Sabah, 1934-1937", Journal of Southeast Asian Studies, vol xx, No. 2 ( 1989).

7
dieksploitasi oleh pemodal Eropah maka akhirnya kaum pribumi ini masih mengamalkan sistem kehidupan

tradisional mereka.

Sikap SBBUB yang berusaha mengkaut keuntungan sebanyak mungkin menyebabkan mereka

menggubal undang-undang tanah 1894 dengan meningkatkan bayaran premium daripada $ 1.00 kepada $

3.00 dan sewa tanah juga meningkat sebanyak $ 0.40 seekar bagi tanah yang ditanam tembakau dan $ 0.10

seekar bagi tanaman lain.17 Maka jelaslah bahawa dengan peningkatan bayaran premium dan harga sewa

tanah meningkat memberi kesan kepada kaum pribumi dan bagi pelabur luar mereka tidak ada masalah

dengan harga yang ditawarkan oleh pihak SBBUB kerana mereka merupakan golongan yang

berkemampuan dan berstatus tinggi. Tapi bagi kaum di pribumi di Sabah mengalami masalah dari segi

kewangan untuk membayar sewa atau wang premium kepada pihak SBBUB.

Manakala undang-undang tanah 1904 yang menyebut mengenai pribumi Sabah adalah dari kalangan

kaum Murut, Iranau, bajau, Dusun, Kedayan, Besaya dan orang sungai yang memiliki tanah secara adat. 18

Undang-undang ini telah menyenaraikan pemilikan tanah milik adat atau pribumi sebagai tambahan

kategori pemilikan yang terdapat dalam perundangan tanah sebelumnya. Pemilikan tersebut hanya melalui

pengesahan daripada ketua masing-masing secara bertulis untuk membuktikan bahawa tanah tersebut telah

diusahakan selama 3 tahun. SBBUB telah menyenaraikan tujuh hak pemilikan pribumi ke atas tanah yang

termaktub dalam perkara 24 iaitu tanah yang ditanam dengan pokok buah-buahan sebanyak 20 pokok atau

lebih bagi setiap ekar, pokok buah-buahan yang terpisah yang dimiliki oleh pemilik dan memagari kawasan

tersebut, tanah pertanian atau yang digunakan untuk penempatan dan tanah simpanan bersama, kawasan

perkuburan dan tempat suci, padang rugut dan pemilik bersetuju menternak beberapa ekor lembu atau kuda

yang mencukupi bilanganya, kawasan padi atau tanah bagi tanaman bijirin yang dikerjakan secara

17
Saharudin Bin Bakkareng, "Pentadbiran Tanah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Barat Sabah1881-1941"
(Ijazah Sarjana Sastera mei., Universiti Sains Malaysia, 2004), 98.

18
Danny Wong Tze Ken, “The Papar Land Protest, 1910-1911”, Journal of Southeast Asian Studies, vol 43,
No. 3
(2012): 422-440. https://www.§ cambridge.org/core/journals/journal-of-southeast-asian-studies/article/the-
papar-land-
protest-191011/CB745C6A3C18CBB3B4C59D8DF6E30FF0/core-reader (diakses November 25,2016).

8
berterusan selama 3 tahun dan kawasan yang menjalan laluan kepada pribumi. 19 Hal ini memperlihatkan

bahawa hak pribumi ke atas pemilikan tanah dalam perundangan SBBUB mula dapat tempat tetapi masih

dalam keadaan yang terhad kerana hanya di kawasan luar bandar dan pihak SBBUB melaksanakan tujuh

hak milik tanah tetapi pelaksanaanya hanya tiga bahagian sahaja iaitu hak tanah pertanian, tanam pokok

buah-buahan dan hak milik tanah perkampungan.

Pada 1913 SBBUB mengeluarkan undang-undang tanah yang lebih merangkumi banyak perkara yang

dikenali sebagai Ladang Ordinace 1913 yang bertujuan untuk menggalakkan pribumi melakukan

penanaman secara ladang untuk mengelakkan penebangan hutan berlaku. Terdapat dua jenis tanah milik

pribumi dalam ordinan ini iaitu tanah milik adat dan tanah pribumi. Tanah milik adat ialah tanah yang

diwarisi secara turun temurun dan tidak dikenakan sewa tetapi pribumi yang tidak memiliki tanah milik

adat terpaksa memohon daripada SBBUB dan jika diluluskan mereka akan peroleh geran tanah pribumi dan

juga perlu membayar sewa tanah. Maka jelaslah bahawa melalui ordinan 1913 kaum pribumi turut

dikenakan sewa tanah di negeri mereka sendiri dan ini tidak jauh beza mereka dengan pelabur luar yang

juga membayar sewa ke atas tanah. Pihak SBBUB hanya mementingkan keuntungan sehingga

mengabaikan hak pribumi di Sabah dan undang-undang tanah yang digubal banyak membebankan kaum

pribumi di Sabah walaupun pihak SBBUB pernah berjanji bahawa mereka akan menjaga kepentingan kaum

pribumi di Sabah namun janji tersebut tidak dilaksanakan dan hanya tipu helah SBBUB untuk mendapatkan

kepercayaan kaum pribumi di Sabah.

19
Saharudin Bin Bakkareng, "Pentadbiran Tanah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Barat Sabah 1881-1941"
(Ijazah Sarjana Sastera mei., Universiti Sains Malaysia, 2004), 93.

9
4.0 KESIMPULAN

Bermulanya pentadbiran keluarga Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British

(SBBUB) di Sabah sememangnya tidak dinafikan tujuan mereka menggubal undang-undang tanah adalah

untuk melindungi tanah hak penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak. Namun bergitu pemerintahan

keluarga Brooke di Sarawak lebih kepada berjaya melindungi hak tanah kaum pribumi di Sarawak kerana

kaum pribumi menerima cara pemerintahan dan tiada undang-undang yang digubal yang membebakan

penduduk pribumi. Manakala di Sabah tidak berjaya melindungi hak tanah kaum pribumi di Sabah dan

lebih kepada kepentingan SBBUB untuk mengkaut keuntungan hal ini demikian kerana walaupun SBBUB

memperkenalkan The Land Regulation Of North Borneo atau dikenali sebagai undang-undang tanah

kepada penduduk pribumi di Sabah yang banyak mengubah cara pentadbiran atau polisi tanah di Sabah.

Hak milik kaum pribumi atas tanah tidak dilindungi malah mereka perlu membayar wang premium dan

wang sewa ke atas tanah yang dikejarkan dan mereka tiada beza dengan pelabur luar. Selain itu masih

terdapat kelemahan SBBUB yang dilihat untuk kepentingan mereka sendiri dan bukan untuk kebaikan

penduduk pribumi. Hal ini disedari oleh kaum Dusun yang menganggap sikap SBBUB yang acuh tak acuh

dalam menyelesaikan masalah isu tanah dalam kalangan kaum Dusun dan mereka berasakan bahawa

SBBUB telah menceroboh di kawasan tanah mereka dengan mengambil tanah secara paksa bagi tujuan

penanaman getah dan pembinaan landasan kereta api.20

5.0 BIBLIOGRAFI

Cramb, R.A & Reece, R.H. Development in Sarawak. Australia: Monash University, 1987.

Cleary, M.C. Indigenous Trade and European Intervention in North-West Borneo 1860-1930. United State:

University of Plymouth, 1996.

20
Tregonning, K. G, Under Chartered Company Rule North Borneo 1881-1946 ( Singapore: University of
Malaya
Press, 1965), 83.

10
Danny Wong Tze Ken. “The Papar Land Protest, 1910-1911”, Journal of Southeast Asian 

Studies, vol 43, No. 3 (2012): 422-440. https://www.§ cambridge.org/core/journals/ journal-of-southeast-

asian-studies/article/the-papar-land-protest-191011/CB745C6A3C18CBB3B4C59D8DF6E30FF0/core-

reader (diakses November 25,2016).

Nik Haslinda Binti Nik Hussain."Tanah Hak Adat Negeri: Satu Kajian Terhadap Reformasi Tanah di

Sarawak, (1841-1941) dan (1946-1956)", Jurnal Persatuan Muzium Malaysia, No. 26 (2007).

Ooi Keat Gin. Of Free Trade and Native Interests : The Brookes and the Economic Development of

Sarawak 1841-1941. Kuala Lumpur : Oxford University Press, 1997.

Porter, A.F. Land Administration in Sarawak. Kuching: Land and Survey Department, 1967.

Ranjit Singh, D.S. The Making of Sabah 1865-1941: The Dynamics of Indigenous Soceity. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya, 2000.

Sabihah Osman. " The Role Of Governor D. J. Jardine In Improving The Welfare Of The Indigeneous

People Of Sabah, 1934-1937", Journal of Southeast Asian Studies, vol xx, No. 2 ( 1989).

Saharudin Bin Bakkareng. "Pentadbiran Tanah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British di Barat Sabah

1881-1941." Ijazah Sarjana Sastera mei., Universiti Sains Malaysia, 2004.

Tregonning, K. G. Under Chartered Company Rule North Borneo 1881-1946. Singapore: University of

Malaya Press, 1965.

11
12

You might also like