Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Teori Z - William Ouchi

TEORI Z

Mudahnya, Teori Z merupakan satu falsafah yang terhasil daripada gabungan antara Pentadbiran
Jepun dan juga Pentadbiran Amerika Syarikat yang ketengahkan oleh Dr. William Ouchi yang dikenali
sebagai gaya "Pengurusan Jepun" yang dipopularkan semasa ledakan ekonomi Asia pada 1800-an.

Skop teori ini adalah luas dan meliputi sebuah organisasi yang besar dan kompleks tetapi pada masa
ini hanya akan kaitkan idea teori ini terhadap pentadbiran organisasi. Pendekatan yang ingin dibawa
oleh Teori Z ialah memastikan setiap anggota dalam sesebuah organisasi tersebut berada dalam
keadaan yang selamat. Keselamatan merupakan satu perkara yang perlu dipandang berat.
Keselamatan mestilah sentiasa dipantau dan dikekalkan dalam tempoh masa yang panjang. Selain
daripada itu, teori ini juga mementingkan permuafakatan ataupun musyuawarah dalam menggapai
sesuatu suara di mana ini amat penting dalam membentuk perpaduan dalam kalangan ahli
organisasi. Dengan cara ini setiap ahli organisasi mempunyai hak dan juga bahagian dalam
menentukan arah tuju organisasi berkenaan dan kuasa pemerintahan tidak terkumpul di atas bahu
seseorang individu atau pihak yang tertentu sahaja.
           
Selain daripada itu, di dalam Teori Z mementingkan penilaian jangka panjang dan bukannya jangka
pendek ke atas ahli-ahlinya. Penilaian ini adalah di atas kualiti yang diperlihatkan oleh ahli-ahli yang
berkenaan. Ini amat bersesuaian dalam mewujudkan suasana bekerja yang selesa, kondusif dan
tidak menekan. Sesebuah organisasi akan bergerak dengan baik sekiranya dapat memahami dan
menggunakan teori Z dengan baik dan berkesan.

Teori Z mementingkan pentadbiran kemanusiaan. Bila Teori Z sampai ke Amerika ianya digabungkan
antara falsafah pendekatan Jepun dengan budaya Amerika. Walaupun Teori Z menitikberatkan
budaya berkerja secara kumpulan tetapi ianya masih mengekalkan eleman-eleman birokrasi seperti
haraki kedudukan berasakan jawatan yang dipegang,kuasa yang berasakan kepada tugas-tugas
yang diberi,penilaian hasil kerja dan tugas-tugas yang dikaitkan dengan kepakaran.
           
Dengan pengekalan sistem hiraki dalam sesebuah organisasi, pemimpin akan tetap dihormati dan
dipatuhi segala arahan yang berkaian dengan kebaikan dan kepentingan organisasi. Secara
keseluruhannya, Teori Z merupakan sebuah teori yang berasaskan idea pemikiran atau perbincangan
dua hala antara pihak pengurusan dan juga ahli-ahli bawahan di mana semua buah fikiran dan
saranan di ambil kira. Selain daripada itu, teori ini mementingkan semangan kerjasama antara semua
yang berhubung di dalam sesebuah organisasi. Apabila sesebuah organisasi tersebut mampu
bergerak seiring dan sentiasa mengembleng tenaga, segala wawasan dan impian organisasi pasti
akan mudah untuk dicapai dan direalisasikan.
Teori Z ini lebih menekankan gaya kepimpinan dan pengurusan Jepun. Andaian teori ini adalah :

·         Menganggap pekerjaan adalah untuk   seumur hidup.


    §  Kesetiaan kuat antara pekerja atau pengurus.
    §  Kenaikan pangkat yang perlahan.
    §  Pengurusan kerja yang sederhana untuk mengelakkan      kebosanan.
    §  Pekerja dianggap sebagai keluarga dalam sesebuah pengurusan
Teori Z telah membangunkan kesetiaan pekerja kepada organisasi melalui “ mindset “ pekerjaan
seumur hidupnya itu.

Di Jepun sendiri Teori Z bermula dengan sebuah kisah perusahaan yang sedang merudum,
kemudian ada seorang pengurus muda menaikkan syarikat dengan merapatkan hubungan pekerja
dan majikan.

Perbezaan Perusahaan Jepun Dan Amerika

Perusahaan Jepun (Timur)

·         Mementingkan kesetiaan pekerja antara syarikat.


·         Menyediakan pekerjaan seumur hidup bagi meningkatkan kesetiaan pekerja.
·         Memberi tumpuan kebajikan pekerja di dalam dan luar kerja kebanyakannya di syarikat-syarikat
besar di Jepun.
·         Susah naik pangkat, bekerja dari bawah walau mempunyai kelulusan yang tinggi

Perusahaan Amerika (Barat)

·         Pencapaian manusia akan lebih tinggi jika wujud elemen ganjaran yang diukur dalam bentuk fizikal
dan lahiriah.
·         Pihak pengurusan harus menyediakan prasarana yang baik dan mencukupi, menjaga keselamatan
pekerja dan memberi ganjaran dalam bentuk bonus, kenaikan pangkat dan kuasa.
·         Tidak menekankan aspek sosio budaya dan agama. Kesannya masih ada pekerja barat masih
melakukan tunjuk perasaan walaupun tuntutan dari segi fizikal dan lahiriah mereka sudah dipenuhi.
·         Bekerja mengikut kelulusan. Cepat naik pangkat.

Kelebihan Dan Kekurangan Teori Z

Kelebihan

·         Tidak membezakan pekerja atasan dan biasa kerana pekerja mempunyai kepentingan dalam
organisasi
·         Memberi manfaat kepada organisasi dan pekerja

Kekurangan

·         Sifat organisasi yang membangun secara sederhana memerlukan usaha lebih jika mengalami
masalah.

·         Pekerja memerlukan jangka masa lama untuk kenaikan pangkat

You might also like