Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

PERTUBUHAN ILMUAN MALAYSIA

TUAN HAJI MOHD IZZAIRI BIN YAMIN


Ketua Pegawai Eksekutif
ZeptoExpress
Menara Suezcap 1, Unit D-05-01,
Lorong Kerinchi 2, Gerbang Kerinchi Lestari,
59200 Bangsar South, Kuala Lumpur 28 April 2020 / 5 Ramadhan 1441H

Tuan,

JEMPUTAN KE PROGRAM PENYERAHAN IFTAR TAJAAN RAJA SALMAN 1441H

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Segala puji bagi Allah yang telah memberi kesempatan kepada kita untuk menyambut bulan
Ramadhan Al-Mubarak 1441H. Pihak Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur
berhasrat untuk menyempurnakan agihan pek makanan Iftar Khadimul Haramain Al-Syarifain
(IFTARKHS) 1441H kepada beberapa kelompok sasaran dan telah melantik Pertubuhan Ilmuan
Malaysia (iLMU) serta Pertubuhan iSDC sebagai koordinator rasmi bagi menyelaraskan setiap urusan
agihan ini. IFTARKHS merupakan inisiatif tahunan oleh Raja Salman bin Abdul Aziz Al-Saud
sendiri bagi menaja juadah berbuka puasa di serata dunia Islam. Pejabat Atase Agama telah diberikan
amanah untuk menyempurnakan program ini di Malaysia.

3. Justeru, hasil dari perbincangan bersama dengan pihak Tuan tempoh hari, iLMU dengan
sukacitanya ingin menjemput pihak Tuan untuk mewakili ZeptoExpress sebagai rakan strategik
penghantaran bagi IFTARKHS ini untuk hadir bersama mengiringi TYT Duta Besar Arab Saudi di
Kuala Lumpur dan Atase Agama Arab Saudi menyempurnakan pelepasan pertama penghantaran pek
makanan berbuka puasa. Program pelepasan ini juga bakal menjadi simbolik kepada kerjasama
ZeptoExpress – iLMU – Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi yang akan turut diberi liputan
oleh para rakan media yang hadir.

4. Program ini akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh : 1 Mei 2020 (Jumaat)


Masa : 2.00 – 2.30 petang
Tempat : Pejabat Atase Agama Kedutaan Arab Saudi
110C Jalan U-Thant, 55000 Kuala Lumpur

5. Pihak iLMU ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan jazaakumullaahu khairan kepada
pihak Tuan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan. Kehadiran Tuan pastinya akan lebih
menyempurnakan lagi program ini nanti.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang benar,

DATO’ AHMAD TAJUDDIN BIN IDRIS


Pengerusi
Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU)

PERTUBUHAN ILMUAN MALAYSIA


P4-1, Level P4, Mutiara Anggerik Service Apartment. No. 3, Jalan Tukul Q15/Q, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-5524 0100 Website: www.ilmuanmalaysia.com

You might also like