Pangkat Di Dalam PDRM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Pangkat di dalam PDRM

Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada


2 kategori, iaitu :-

 Kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga


Inspektor General Polis, dan
 Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.

Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai


berpangkat Asisten Superintendan Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai
Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Cif Inspektor
pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan.

Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan
utama, iaitu :-

 Kumpulan Komisioner (ACP - IGP),


 Kumpulan Superintendan (ASP - SUPT) dan
 Kumpulan Inspektor (INSP - C/INSP).

Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat
Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke
pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.

Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

Pegawai-Pegawai Kanan Polis

Inspektor General Polis (IG)


Deputi Inspektor General Polis (DIG)
Komissioner Polis (CP)
Deputi Komisioner Polis (DCP)
Senior  Asisten Komisioner Polis (SAC)
Asisten Komisioner Polis (ACP)

Superintendan Polis (SUPT.)


Deputi Superintendan Polis (DSP)
Asistan Superintendan Polis (ASP)

Cif Inspektor (C/INSP)


Inspektor (INSP)
Inspektor Percubaan (P/I)
Pegawai Rendah Polis

Sub-Inspektor (SI)
Sarjan Mejar (SM)
Sarjan (SJN)
Koperal (KPL)
Lans Koperal (L/KPL)
Konstabel (KONST)
Struktur
PDRM mempunyai 4 susun lapis struktur organisasi, iaitu:-

Peringkat Persekutuan
Dikenali sebagai Ibupejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman (Bukit Aman). Ianya merupakan pusat pentadbiran
PDRM seluruh negara. Di sinilah terletaknya pejabat Ketua Polis Negara dan lain-lain pucuk pimpinan PDRM.   
Peringkat Kontinjen (Negeri)
Dikenali sebagai Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) terdapat 14 Kontinjen yang masing-masing diketuai oleh
Pesuruhjaya Polis bagi Kontinjen Sabah dan Sarawak dan Ketua Polis Negeri bagi lain-lain kontinjen.

Peringkat Daerah
Dikenali sebagai Ibupejabat Polis Daerah (IPD). Terdapat 148 daerah pentadbiran polis di seluruh negara. Setiap
daerah diketuai oleh Ketua Polis Daerah (KPD). Pangkat jawatan KPD bergantung kepada saiz sesuatu daerah
polis.

Peringkat Balai
Dikenali sebagai balai polis. Setiap balai polis diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB)
yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan dan setinggi-tingginya berpangkat Inspektor. Terdapat 837 buah
balai polis di seluruh negara.

You might also like