Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

FAKTOR DAN CARA MENGATASI MASALAH EKONOMI

Ada satu pepatah Inggeris yang menyebut “Money makes the world go round” yang mana
membawa maksud bahawa duit yang menyebabkan dunia ini terus berputar. Dalam erti kata
lain, hanya dengan wang ringgit dan harta kekayaan barulah hidup ini bermakna dan boleh
diteruskan. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa tidak kira di mana seseorang itu berada,
wang amat diperlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Apa yang cuba ditekankan di
sini ialah faktor ekonomi boleh menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu.

Semenjak tahun 2008, harga barang di Malaysia mulai naik satu-persatu disebabkan
oleh kegawatan ekonomi,. Seawal tahun 2008, harga minyak mulai naik diikuti oleh beras,
gula, ikan, minyak masak dan lain-lain lagi. Bukan sahaja harga barang makanan melonjak,
malahan peningkatan kos turut berlaku dalam sektor perkhidmatan dan servis yang lain
seperti pengangkutan dan pendidikan. Rakyat melihat kesan inflasi ini sebagai
ketidakcekapan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara sehingga harga barang
melambung tidak selaras dengan pendapatan rakyat. Sebagai mencari jalan keluar, rakyat
akan menggunakan semua saluran yang ada untuk meluahkan perasaan tidak puas hati
mereka terhadap kerajaan Malaysia tanpa menyedari ianya berpotensi untuk meruntuhkan
negara.

Pembahagian kekayaan negara yang tidak seimbang juga menjadi punca kemarahan
rakyat yang akan membawa kepada kemusnahan negara. Acapkali kedengaran isu mengenai
kronisme, pilih kasih dan penguasaan harta oleh golongan tertentu menjadi bualan di media
elektronik dan alam siber. Bilamana kekayaan negara hanya berlegar kepada golongan
tertentu sahaja sehingga mengakibatkan peluang ekonomi orang lain terjejas, ini akan
mengundang kepada perkara yang tidak diingini. Rakyat akan bertindak untuk menjatuhkan
pemimpin-pemimpin yang dilihat tidak telus di mata mereka. Penyebaran cerita-cerita yang
tidak enak akan berlaku sehingga boleh mengaibkan sesetengah pihak dan memecah-
belahkan masyarakat.

Polisi kerajaan yang membenarkan kemasukan gergasi-gergasi ekonomi dari luar juga
boleh membawa kepada kemusnahan negara jika tidak diawasi dengan baik. Kemasukan
gedung-gedung besar seperti Giant, Tesco, Carrefour dan sebagainya telah menutup dan
merosakkan peluang ekonomi peniaga-peniaga kecil tempatan. Sememangnya melalui
kemasukan syarikat-syarikat ini akan membuka peluang pekerjaan, namun apalah ertinya jika
ianya diambil oleh pendatang asing yang semakin bercambah. Akhirnya rakyat tempatan
akan melukut di tepi gantang. Sudahlah kehilangan peluang perniagaan, kini kehilangan
peluang pekerjaan pula. Justeru itu, kerajaan seharusnya bijak menangani isu ini. Janganlah
ibarat kata pepatah, “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.

Sehubungan itu, adalah penting bagi kerajaan untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang
sedang melanda negara Malaysia pada kadar yang segera. Dikhuatiri faktor ekonomi ini
boleh membawa keruntuhan kepada kehancuran Malaysia jika tidak ditangani dengan bijak.

Mayapada, kemelesetan ekonomi dunia telah memberi impak yang besar kepada
negara dan mendatangkan masalah kepada keluarga. Dari segi konsepsinya, kemelesetan
ekonomi merujuk kepada tekanan kewangan yang dihadapi oleh negara hingga menjejaskan
kehidupan masyarakat sesebuah negara.Kemelesetan ekonomi dunia berlaku pada hari ini
tatkala pasaran eksport negara semakin hilang kompetitif dan hal ini menyebabkan ramai
orang kehilangan pekerjaan hingga mengganggu gugat kesejahteraan keluarga. Menurut
Datuk Seri Najib Tun Razak, kemelesetan ekonomi dunia turut menjejaskan ekonomi
Malaysia dan akibatnya sektor perusahaan dan perkhidmatan mengalami penyusutan
permintaan. Oleh itu, langkah yang proaktif perlu diambil segera bagi meringankan beban
keluarga dalam menghadapi kegawatan ekonomi pada hari ini.

Usaha Mengatasi Krisis Ekonomi Negara dan Global

Krisis kewangan global yang secara langsung memberi kesan kepada kelembapan ekonomi
dunia hari ini bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi dunia berada pada tahap sederhana
iaitu sekitar 3.7 peratus pada akhir tahun ini dan dijangka pulih mulai akhir 2009 pada sekitar
2.2 peratus.

Situasi tersebut sudah pastinya menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat


memandangkan Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempiasnya. Kesannya kepada
ekonomi negara akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban daripada beberapa
segi antaranya, kadar inflasi yang tinggi, kenaikan harga barang, penutupan kilang dan
pemberhentian pekerja yang akan meningkatkan kadar pengangguran.
Beberapa langkah yg perlu diambil oleh kerajaan dalam menanggani masalah ini. Dalam
usaha memerangi inflasi dan menstabilkan harga, langkah-langkah yang diambil oleh
kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan
pentadbiran.

Melalui langkah fiskal dan kewangan, kerajaan mengambil langkah mengawal cukai bagi
barangan tertentu termasuk makanan. Sementara melalui langkah kewangan pula, kerajaan
akan mengamalkan dasar kewangan yang berdisiplin bagi memastikan kadar inflasi stabil.

Melalui langkah-langkah pentadbiran pula, kerajaan mengambil beberapa pendekatan,


antaranya, menggalakkan persaingan, memperbaiki sistem pengangkutan dan meningkatkan
kapisiti pengeluaran makanan.

Kerajaan akan terus menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk
menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari
segi harga produk. Begitu juga dengan sistem pengangkutan yang akan terus diperbaiki dari
semasa ke semasa bagi memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap
dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha
mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti
pengeluaran.

Untuk meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan pula, kerajaan melalui agensi-agensinya


seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia
(LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan
diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.

Menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan ekonomi
negara, kos sara hidup dan taraf hidup orang berpendapatan rendah, kerajaan telah
melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan
kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah
positif untuk membantu membendung inflasi.

Objektif utama kempen ialah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah
sehingga mencapai tahap sifar seperti yang dihasratkan oleh YA.B. Perdana Menteri.
Kempen ini diasaskan kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat supaya
membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna supaya membeli barang buatan
Malaysia, mengelakkan pembelian tidak dirancang, membeli hanya barangan yang benar-
benar diperlukan, menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung,
mengurangkan pembelian menggunakan kad kredit, elakkan amalan mencatut (profiteering)
oleh para peniaga dan menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.

Langkah perdana untuk meringankan beban keluarga dalam menghadapi kemelesetan


ekonomi adalah dengan mengamalkan amalan berjimat cermat. Hal ini demikian, kerana
berjimat cermat dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga.
Justeru, kita hendaklah membeli barang yang diperlukan sahaja dan mengurangkan
pembelian barangan mewah. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, hampir 47 peratus rakyat
Malaysia berbelanja melebihi kemampuan mereka dan hal ini sangat membimbangkan. Oleh
itu, sikap biar papa asalkan bergaya yang menjadi amalan segelintir rakyat di negara ini perlu
ditangani segera. Sekiranya, amalan berjimat cermat berjaya disemai dan menjadi amalan
rakyat Malaysia, nescaya beban keluarga dapat diringankan sekali gus mampu menghadapi
tsunami kemelesetan ekonomi dunia.

Kerajaan harus mengambil langkah mengurangkan harga barang keperluan seperti petrol dan
beras selaras dengan pengurangan harga komoditi dunia. Subsidi diesel akan terus diberikan
kepada golongan tertentu seperti nelayan kerana bertujuan mengurangkan kos operasi mereka
dan secara tidak langsung harga ikan di pasar-pasar. Harga lantai petrol akan ditetapkan dan
penjimatan yang kerajaan dapat hasil dari pengurangan subsidi akan disalurkan kepada
rakyat. Contohnya pakej rangsangan RM7 bilion yang telah diumumkan kerana penjimatan
dari kejatuhan harga minyak.

Kerajaan juga perlu mengamalkan bajet mengembang (expansionary) dan bukannya


menguncup demi untuk memasukkan duit ke dalam poket rakyat. Walaupun terpaksa
berbelanja melebihi pendapatan dan menaikkan defisit kepada 4.8 peratus, kerajaan
melakukannya kerana ia terbaik untuk negara dan rakyat. Menteri Kewangan Kedua telahpun
menyatakan 1-2 tahun defisit tinggi tidak menjadi masalah kepada negara. Pada krisis 1997,
defisit kerajaan telah mencapai 5.5 peratus.
Penubuhan Jawatankuasa tangani isu pekerja diberhenti

Kerajaan mengambil langkah awal menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi menghadapi
masalah pemberhentian pekerja oleh majikan di negara ini berikutan krisis ekonomi global.
Dua jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja dan Jawatankuasa Bantuan
Pekerja Yang Diberhentikan.

Menteri Sumber Manusia, berkata Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja akan mengeluarkan


satu garis panduan berhubung pengurusan pemberhentian pekerja dan langkah yang perlu
diambil oleh majikan sewaktu berdepan dengan krisis ekonomi global. Katanya, garis
panduan itu akan disediakan sebelum Disember ini dan selain memantau keadaan ekonomi,
mereka juga akan membantu mencari pekerjaan bagi pekerja yang diberhentikan kerja tanpa
mengira bidang.

Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang Diberhentikan akan berperanan untuk menjaga soal
kebajikan pekerja dan merangka beberapa program bagi melatih semula pekerja yang
diberhantikan. Latihan akan diberikan menerusia Perbadanan Sumber Manusia berhad
(PSMB) dibawah peruntukan RM5 juta dan usaha memohon peruntukan tanmbahan daripada
Kementerian Kewangan sedang diusahakan.

Mempertingkatkan kemahiran pekerja menerusi latihan semula

Kerajaan akan mempertingkatkan kemahiran kira-kira 750,000 pekerja dalam industri kecil
dan sederhana menerusi latihan semula bagi membolehkan industri berkenaan bersaing di
pasaran lebih besar dan berdikari. Datuk Dr S. Subramaniam berkata, latihan semula itu yang
akan diberikan sebelum hujung tahun ini, akan dibiayai oleh Tabung Pembangunan Sumber
Manusia.
Modal keintelektualan mesti diperkukuhkan. Ini bererti segala kepakaran ilmu dan
pengkhususan yang berkaitan pengurusan ekonomi dan kewangan negara harus diperkuatkan
bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan-keputusan yang tepat dan kena pada tempat
serta masanya.

Perlu menambah tahap efisien daripada peringkat paling asas kepada yang lebih canggih.
Dalam konteks ini, Kementerian Kewangan sebagai agensi pusat juga memberikan khidmat
kepada agensi-agensi lain. Oleh itu, jika dapat menyelesaikan sesuatu fail dengan lebih
singkat misalnya, maka tahap efisien ini akan tercapai.

Dalam keadaan dunia yang mencabar hari ini, semua pihak perlu mencerna idea yang lebih
inovatif dan kreatif. Untuk mencapainya, mereka tidak boleh lagi memakai cara lama dalam
persekitaran sekarang.

Tidak boleh lagi melihat kerja-kerja yang dilaksanakan semata-mata kerana peruntukan yang
diberikan telah dibelanjakan 100 peratus. Sebaliknya, harus menilai dan melihatnya
berlandaskan faktor penghasilan kerja.

Perlu memastikan setiap produk dan perkhidmatan yang dihasilkan termasuk dibelanjakan
benar-benar membawa nilai ringgit kepada kerajaan.

*Hindari rasuah dan terus berpegang kepada nilai-nilai integriti.

You might also like