Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Pendahuluan

Ancaman jenayah cinta siber merupakan masalah pandemik yang tersebar luas dalam
kalangan pengguna media sosial di Malaysia. Pemalsuan identiti profil menerusi saluran media
sosial oleh penjenayah bagi menjalinkan hubungan cinta kepada pengguna semakin sukar
dibendung. Jenayah melalui laman siber meningkat dengan mendadak dan amat membimbangkan
terutama dalam kalangan wanita professional.Biasanya mereka yang mendambakan cinta tetapi
sibuk bekerja sehingga kurang waktu untuk bergaul yang membuatnya merasa kesepian. Salah
satu bentuk jenayah siber yang meningkat di Malaysia adalah jenayah cinta siber. Whitty dan
Buchanan (2015) mentakrifkan jenayah cinta siber sebagai satu situasi di mana penjenayah
berpura-pura menjalinkan hubungan cinta, pemalsuan profil akaun laman sosial dan penciptaan
identiti baru dengan niat memperdaya mangsa . Faktor utama golongan wanita profesional di
Malaysia yang terlibat dalam penipuan cinta siber adalah kerana ketagihan dalam melayari laman
sosial. Kajian Shazli et al (2011) melibatkan 47 wanita Melayu berpendidikan tinggi mendapati
bahawa 68 peratus daripada mereka kerap mengamalkan aktiviti bersembang dalam talian.
Dapatan kajian juga mendapati bahawa responden mempunyai masalah kebosanan (38.8 %);
ketagihan internet (36.2%); kesunyian (34.0%) dan kemurungan (17.0%). Menurut Lawson dan
Leck (2006) kesunyian dan kemurungan merupakan pemangkin seseorang terlibat dalam
percintaan laman siber. Semakin tinggi kesunyian dan kemurungan, maka semakin kerap
melibatkan diri dalam perhubungan laman siber.

Penggunaan media dalam kalangan wanita profesional juga disebabkan mereka berasa
sunyi, malu, tekanan dan sebagainya menyebabkan mereka lebih kerap menggunakan internet
untuk mendapatkan hiburan dan sebagai cara pintas untuk melepaskan diri daripada kesunyian dan
kemurungan. Love Scam boleh bermula akibat mangsa mempamerkan profil di laman sosial
seperti gambar profil, status pendidikan, status pekerjaan, status kemewahan dan kegembiraan diri
mangsa bagi menjalinkan hubungan cinta siber. Kecanggihan teknologi dan kelajuan jaringan
internet telah mendorong perhubungan cinta siber yang telah menjadi satu fenomena atau trend
bagi golongan profesional termasuk di Malaysia. Manakala terdapat banyak laman sesawang
menyediakan perkhidmatan untuk mencari jodoh di dalam talian (online) merupakan pemangkin
kepada pelaku Love Scam. Ancaman jenayah Penipuan Pencintaan (Love Scam) merupakan
jenayah siber atau komersil yang mensasarkan wanita terutamanya wanita profesional hingga
mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada mangsa dan negara. Kajian ini meneroka faktor
keterlibatan mangsa dan strategi komunikasi yang digunakan oleh scammer dalam proses
penipuan. Love scammers beraksi melakukan penipuan dengan berbagai cara untuk mendapatkan
sejumlah wang yang banyak dari mangsanya yang pada awalnya tidak menyedarinya kerana
percaya telah mendapatkan cinta dan perhatiannya . Pertukaran antara wang dengan cinta atau
perhatian dianggap cukup setara. Fenomena ini menunjukkan implikasi dari on line relation yang
berujung pada cyber crime. Malaysia juga tidak terlepas daripada salah satu destinasi atau
pangkalan sindiket jenayah siber. Sindiket penipuan percintaan melalui laman siber terutama
membabitkan warga negara Afrika merugikan jutaan ringgit Malaysia. Pendedahan isu penipuan
cinta siber adalah amat penting dalam memberi gambaran sebenar penipuan cinta siber yang
diceritakan oleh pengalaman peribadi mangsa yang perlu dikongsi bersama masyarakat setempat
berkaitan faktor terlibat dengan love scammer, modus operandi pelaku dan langkah-langkah
menangani isu jenayah cinta siber terutama dalam kalangan wanita professional dan berkerjaya.

Latar belakang kajian

Untuk penipuan Love Scam yang juga dikenali dengan nama ‘Romance Scam’, suspek mencari
mangsa dengan berkenalan melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram.Mensasarkan
golongan yang dibelenggu kesunyian seperti golongan bujang lanjut usia, janda dan duda, suspek
akan menggunakan kata-kata manis untuk memikat bakal mangsa sehingga wujud perasaan
percaya kepada suspek.Bila tiba masanya, suspek akan memperdaya mangsa dengan menjanjikan
satu barangan bungkusan contohnya barang kemas dari luar negara namun dia menghadapi
masalah untuk membawa masuk barangan itu dengan berhelah ia tersangkut di pihak
kastam.Untuk mendapatkan barang itu, mangsa perlu mendahulukan wang bagi membayar
sejumlah yuran untuk mengeluarkan barang itu daripada simpanan pihak kastam. Tanpa banyak
soal mangsa yang sudah percaya dengan kata-kata manis suspek bersetuju menjelaskan bayaran
dan hanya sedar ditipu hanya bila mendapati barang yang dijanjikan tidak kunjung tiba.Sehingga
awal Oktober 2018, jumlah wang dilaporkan ditipu melalui sindiket ini berjumlah RM80,086, 530.
15 melibatkan 1,398 kes, berbanding hanya RM67,199,064.00 melibatkan 1,774 kes, sepanjang
2017.
Metologi kajian

Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan penerokaan (exploratory) dan kualitatif kes di mana
gambaran holistik dan temu bual mendalam digunakan sebagai teknik pengumpulan data. Negeri
Selangor merupakan negeri teratas dalam kegiatan penipuan cinta siber dimana dipilih untuk lokasi
kajian. Pemilihan responden menggunakan teknik bebola salji (snowball) di mana pengkaji telah
menemu bual dua orang responden yang menjadi mangsa cinta siber dalam daerah X. Pengkaji
juga menemu bual pegawai polis daerah X yang mengendalikan kes mangsa siber dan pegawai
kebajikan masyarakat daerah X bagi mendapatkan maklumat mengenai modus operandi dan
strategi komunikasi sindiket jenayah cinta siber. Daripada aspek protokol kajian yang
dikemukakan, artikel ini menganalisis faktor yang menyebabkan golongan wanita profesional
tertarik menjalinkan hubungan cinta siber dan sejauh mana mereka memahami strategi komunikasi
yang digunakan oleh sindiket Love Scam dalam mengumpan wanita profesional terbabit. Analisis
tematik telah digunakan untuk menginterpretasi data bagi menjawab objektif kajian.

Sorotan literature

Menurut Norazlina et al. (2018), penipuan cinta dalam talian atau love scam merupakan satu
bentuk jenayah komersil iaitu penjenayah menjalinkan hubungan cinta palsu dengan wanita demi
menipu dan mengaut keuntungan daripada mangsa dalam bentuk wang atau seksual. Penggunaan
Facebook merupakan medium paling ketara wanita terjebak dalam kes penipuan cinta siber.
Dapatan kajian Norazlina et al (2018) terhadap 460 responden mendapati 76 peratus pengguna
Facebook adalah wanita. Penggunaan Facebook dan Instagram (68%) merupakan media sosial
yang paling popular terutama dalam kalangan pengguna internet di Malaysia (Noor Afiza, 2017).
Facebook memiliki fungsi yang memungkinkan penggunanya berinteraksi dengan pelbagai cara
seperti chatting, tag foto, blog, game dan kemaskinistatus. Dengan memanfaatkan cara ini
pengguna dapat mengekspresi dan meluahkan keadaan yang sedang terjadi pada dirinya dan ini
merupakan cara pengguna menyalurkan segala emosi, perasaan dan kesenangan yang dirasakan
(Ali & Siti, 2017; Lee, Normah & Ali, 2014)

Kenrick, McCreath, Govern, King dan Bordin (1990) mendapati wanita lebih cenderung mencari
pasangan yang mempunyai status ekonomi yang tinggi, manakala, penjenayah lelaki pula lazimnya
mencari pasangan yang mempunyai fizikal yang menarik. Sasaran individu untuk dijadikan
mangsa lazimnya dituju kepada seseorang yang hidup kesunyian dan merasakan kehadiran
seseorang dapat mengurangkan kesunyian di hati. Ciri-ciri mangsa berikutnya ialah personaliti
mencari sensasi dengan tujuan mencari sesuatu yang baru dalam hidup (Zuckerman 1994). Selain
itu, personaliti kebersetujuan dan ekstraversi turut mudah mempercayai pujukan penjenayah
(Evans & Revelle 2008). Kesemua personaliti ini memberi kesan kepada kehidupan mangsa dari
aspek sosial dan perhubungan kerana tidak mendapat sokongan sosial apabila menjadi mangsa
jenayah cinta siber (Ross & Smith 2011). Rozmi (2011)

Faktor Kajian

i. Kesunyian (loneliness)

Ramai wanita professional dan yang bekerjaya pernah menjadi mangsa atau hampir pernah
menjadi mangsa adalah mereka yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan yang erat,
terutamanya hubungan intim. Kebanyakan mangsa adalah individu yang telah bercerai, tidak
bahagia dengan pasangan atau hidup berseorangan yang menyebabkan mereka hidup dalam
kesunyian pada kebanyakan masa (Azianura et al., 2018: 61). Hati yang kesunyian atau ‘lonely
hearts’ sering digunakan dalam menerangkan individu yang mencari cinta. Kajian ini juga
mendapati bahawa kesunyian adalah berkait rapat dengan kecenderungan untuk membina
keintiman dan hubungan yang kuat di mana kecenderungan untuk melihat diri individu itu yang
sebenar adalah lebih jelas ditunjukkan secara atas talian. Penyertaan individu dalam perhubungan
secara atas talian juga dipercayai dapat mengurangkan kesunyian mereka (Lawson & Leck 2006).
Sindiket penipuan percintaan melalui laman siber terutama membabitkan warga negara Afrika
merugikan jutaan ringgit Malaysia (Khadijah Al-Azmi et al. 2016). Di Malaysia, majoriti penipu
adalah dari kalangan warga Nigeria, Afrika. Kebanyakan daripada mereka datang ke Malaysia
sebagai pelajar antarabangsa (Rege 2009).

Ciri-ciri personaliti individu yang sering berasa sunyi, memerlukan teman dan mengalami tekanan
perasaan atau murung merupakan ciri-ciri personaliti berisiko unruk menjadi mangsa cinta siber.
Dalam hal ini terdapat dua bentuk pola maklum balas telah dikenalpasti. Pola yang pertama ialah
informan yang mempunyai tiga ciri-ciri seperti sering berasa sunyi, memerlukan teman dan
mengalami tekanan perasaan atau murung. Keduanya, ialah pola maklum balas informan yang
tidak memerlukan teman hidup dan tidak cenderung untuk mengalami rasa sunyi walaupun sering
mengisi masa lapang dengan melayari media sosial.
Kesunyian adalah faktor utama yang menyebabkan seseorang individu mencari perhatian di dunia
maya. Menerusi media sosial, didapati wanita lebih mudah menjadi mangsa jenayah cinta siber.
Berdasarkan temu bual bersama dengan informan sekunder dua iaitu Penolong Pengarah Digital
Forensik, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, beliau menjelaskan bahawa:

“Mangsa bagi kes kebanyakan scam terdiri golongan yang semi-profesional ataupun professional.
Contoh semi: pekerja yang sebagai penolong pentadbir, technician. Bagi professional ianya guru
ataupun doktor. Target background check ataupun risikian melalui media sosial Twitter, Ig,
Facebook. Kebanyakan scammers adalah berasal dari benua afrika tapi tak pasti negara mana.
Bekerja dari kumpulan yang giat secara aktif sebagai scamer bukan sahaja di Malaysia tapi di
rantau asia. Scammer masa kini adalah structured organise, dan bersiap sedia untuk scam secara
profesional. Bukan sahaja di Malaysia tetapi di Rantau Asia. Mereka ada menyediakan alatan,
tempat, profile yang boleh menipu mangsa, template soalan dan boleh menipu mangsa. Saya
pernah buat satu kes berkaitan scammers, mereka tak pernah fasih dan faham Malaysia. Kita guna
bahasa perantara adalah BM. Dan mereka guna google translate. Guna emel BM, bahasa Inggeris
yang tidak begitu natural. Kita tengok ejaan dan bahasa adalah google translate bila perhatikan
emel…”

Topik berkomunikasi antara mangsa dengan penjenayah yang mana penjenayah berusaha
mendalami serta memahami rutin harian informan setiap kali mesej diberikan. Hal ini
menyebabkan wujud satu perasaan yang akrab antara penjenayah dengan mangsa. Di samping itu,
peranan penjenayah sebagai rakan akrab turut terserlah dengan adanya kata-kata berbentuk sifat
prihatin dengan tujuan memberi semangat kepada informan.

ii. Ekstraversi (extraversion)

Dalam hal ini, individu-individu berpersonaliti kebersetujuan dan ekstraversi mudah terpedaya
disebabkan keyakinan dan hubungan emosi yang telah terjalin antara mangsa dan penjenayah
semasa fasa grooming (Azianura et al., 2018: 63). Selain kesan kewangan dan psikologi, mangsa
jenayah cinta siber ini turut mengalami kesan dari segi aspek sosial dan perhubungan (Ross &
Smith 2011). Scammer juga mempamerkan gambar studio yang berkualiti tinggi untuk
mendapatkan senario yang terbaik sehingga mampu memukau dan meluluhkan hati seseorang
melalui laman sosial (Rege 2009).

Layanan manis seperti komunikasi yang berkesan, janji kemewahan selepas hidup bersama, ambil
berat tentang mangsa sehingga mangsa terpukau dengan love scammer sehingga bertindak
menjalin cinta di laman siber (Khadijah Al-Azmi et al., 2016). Mangsa jenayah boleh terdiri
daripada pelbagai jantina, bangsa, umur atau etnik. Pemangsaan boleh berlaku pada individu,
keluarga, kumpulan atau komuniti. Impak jenayah ke atas mangsa individu adalah berbeza dari
segi pelbagai faktor tetapi kemungkinan besar bahawa pemangsaan jenayah mempunyai akibat
yang signifikan, juga mempunyai akibat dari segi psikologi, fizikal, kewangan dan sosial.

Hasil kajian dan perbincangan

i. Profil Responden dan Informan

Kajian ini melibatkan lima orang responden yang menjadi mangsa Love Scam yang
diperoleh melalui informan utama iaitu pegawai polis. Kesemua responden ini dirujuk berdasarkan
kes bagi menjawab persoalan pertama dan kedua yang dikemukakan dalam kajian ini. Kajian ini
juga turut melibatkan tiga informan yang mempunyai latar belakang pendidikan kerja sosial bagi
menjawab persoalan ketiga kajian ini. Maklumat latar belakang responden (mangsa love scam)
pula diperoleh daripada pegawai polis yang bertugas di JSJK Ibu Pejabat Polis Johor. Purata umur
mangsa yang terjebak dalam jenayah komersial ini adalah di antara 33 hingga 36 tahun. Status
perkahwinan keseluruhan responden yang dipilih adalah bujang (belum mendirikan rumah
tangga). Manakala dari aspek kerjaya pula, kesemua responden mempunyai kerjaya di peringkat
profesional iaitu responden Pertama bekerja sebagai seorang guru, responden kedua sebagai
seorang pegawai tadbir, responden ketiga bekerja sebagai doktor, responden keempat sebagai ahli
perniagaan dan responden kelima sebagai pensyarah. Dari segi taraf pendidikan pula, kesemua
responden mempunyai latar pendidikan yang berbeza iaitu memiliki diploma hingga ijazah doktor
falsafah.

Tempoh perkenalan yang dicatatkan bagi scammer memperdayakan mangsa mengikut


responden pertama,ketiga dan kelima adalah dua bulan. Responden kedua pula mengambil masa
satu bulan setengah manakala tempoh yang paling singkat pula melibatkan responden keempat
iaitu sebulan. Dari segi jumlah kerugian mengikut responden pula, responden pertama dan
responden ketiga mencatatkan jumlah kerugian sebanyak RM50 ribu, responden keempat
mengalami kerugian sebanyak RM80 ribu dan responden kelima sebanyak RM70 ribu. Responden
ketiga mencatatkan kerugian yang paling rendah iaitu sebanyak RM35 ribu.
Kajian ini telah mengambil seorang pegawai polis sebagai informan 1 (utama) iaitu Sarjan
Ali yang bertugas di JSJK di IPD Daerah disebuah negeri di Johor. Melalui informan 1 ini,
pengkaji memperolehi lima responden yang telah menjadi mangsa Love Scam sebagai fokus utama
bagi menjawab persoalan satu dan dua yang dikemukakan dalam kajian ini. Selain itu, pengkaji
juga turut mendapatkan informan yang mempunyai latar belakang pendidikan kerja sosial bagi
menjawab persoalan ketiga dalam kajian ini. Menurut Khalid (2019), wanita profesional sering
menjadi mangsa disebabkan oleh jadual kerja sibuk seperti doktor, pensyarah, jururawat dan
sebagainya yang menjadikan media sosial sebagai penghubung dunia luar. Golongan ini mudah
menjadi sasaran apabila sering berkongsi kehidupan harian dan kurang kesedaran tentang
keselamatan penggunaan media sosial serta teknik penipuan dalam alam maya.

ii. Permulaan Modus Operandi - Cara perkenalan dan profil mangsa

Taktik yang sering digunakan oleh sindiket ini adalah pemalsuan profil di akaun laman
sosial, misalnya penggunaan gambar palsu yang berupaya menarik perhatian pengguna laman
sosial yang lain. Kebiasaannya, sindiket ini menggunakan profil gambar lelaki British dalam
penyamaran untuk berkenalan. Selain itu, sindiket ini juga memalsukan latar belakang mereka
seperti maklumat pekerjaan, latar belakang dan sejarah diri serta keluarga. Malahan, demi
meyakinkan mangsa, sindiket ini juga akan cuba bertutur dalam bahasa Malaysia untuk
menunjukkan perkaitan diri mereka dengan Malaysia. Tambahan pula, bahasa Malaysia
merupakan bahasa yang ditutur oleh semua penduduk di Malaysia terutama golongan berbangsa
Melayu. Oleh sebab itu, tidak hairanlah, kebanyakan mangsa Love Scam ini terdiri daripada
mereka yang berbangsa Melayu. Facebook merupakan medium laman sosial yang paling popular
berbanding dengan laman sosial lain seperti Twitter, Instagram, Yahoo Messenger dan sebagainya.
Sindiket ini menggunakan platform Facebook sebagai salah satu kaedah untuk memperdayakan
mangsa. Mengikut informan, kebanyakan mangsa berkenalan dengan sindiket melalui akaun
Facebook kerana ia dilihat sebagai satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan mangsa
seperti yang terjadi kepada responden ketiga. Hal ini disebabkan mengikut statistik, rakyat
Malaysia menghabiskan masa selama tiga hingga lima jam sehari secara purata di alam siber
dengan 58 peratus daripada mereka melayari laman sosial menggunakan telefon pintar (Utusan,
2014).
Majoriti mangsa ditipu tentang kewarganegaraan scammer dengan mengaku dirinya
berasal daripada British. Mengikut informan, kebanyakan scammer akan menggunakan
kewarganegaraan British di awal perkenalan disebabkan oleh rakyat Malaysia tidak terlalu
didedahkan dengan kerakyatan British jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti
Amerika. Hal ini kerana, media Malaysia lebih banyak memfokuskan kepada isu-isu berkaitan
Amerika sama ada di dalam perfileman, politik, ekonomi dan sebagainya. Perkara ini secara tidak
langsung membuatkan sindiket ini lebih berhati-hati dalam penyamaran identiti berkaitan
kewarganegaraan. Menurut Ahmad Safwan et al. (2015), mangsa penipuan jenayah cinta siber
disebabkan oleh faktor individu yang mana mangsa sendiri melayari laman web media sosial
seperti Facebook, Twoo, Instagram, Linked-In, Viber yang dapat dikategori sebagai False Victims.

Perkongsian maklumat peribadi seperti profil media sosial, nombor telefon peribadi dan
pejabat, nombor akaun bukti transaksi dan alamat kediaman serta latar belakang diri memudahkan
penjenayah menggunakan data-data tersebut untuk merancang sindiket yang berasaskan modus
operandi pengiriman barang. Daripada aspek cara berkenalan dan taktik pendedahan identiti diri
adalah berasal daripada kurang literasi tentang penggunaan ICT dan panggilan telefon daripada
penjenayah (Zulkufli Ismail & Azmi Aziz, 2019). Kesedaran tentang kerahsiaan identiti, asal,
pekerjaan dan kewujudan profil yang mampu menimbulkan kecekapan kesangsian terhadap
penipuan cinta siber perlu diwar-warkan secara komprehensif kepada rakyat Malaysia. Menurut
Coluccia et al. (2020), epidemologi pula menunjukkan bahawa 88.6 peratus mangsa jenayah cinta
siber mendapati mereka mempunyai kesedaran tentang penipuan dalam laman maya, 63 peratus
adalah pengguna Facebook dan 29 peratus tidak pasti keterlibatan dengan jenayah cinta siber
tersebut. Penjenayah juga akan menggunakan serangan psikologi kepada mangsa dengan perasaan
terkejut, marah, menyalahkan diri sendiri dan mereka-reka pelbagai masalah peribadi yang baru
untuk terus menerus memanipulasi mangsa untuk melabur dalam perancangan masa depan.

iii. Tempoh Perkenalan

Tempoh perkenalan dalam cinta siber ini diambil kira bermula daripada awal perkenalan di laman
sosial sehingga mangsa sedar dirinya telah ditipu dan mangsa mengalami kerugian. Kebiasaannya,
semakin lama tempoh perkenalan akan menyebabkan mangsa mengalami kerugian yang lebih
tinggi. Pada keseluruhannya, perkenalan di antara responden dan scammer tidak lebih daripada
dua bulan. Sepanjang tempoh perkenalan di antara scammer dan responden, scammer akan cuba
sedaya upaya untuk memanipulasi keadaan sehingga scammer berjaya mengaut keuntungan
daripada responden. Tempoh masa yang sering digunakan oleh sindiket untuk membuat
permintaan yang pertama selalunya setelah sebulan tempoh perkenalan di laman siber dan telah
berjaya mendapat kepercayaan daripada individu yang disasarkan. Scammer akan mengaburi mata
mangsa dengan menjanjikan pelbagai helah seperti kata-kata manis dan juga barangan mewah
sehingga scammer berjaya memanipulasikan individu yang disasarkan. Tempoh perhubungan
akan berakhir apabila mangsa itu sendiri sedar bahawa dirinya telah dimanipulasikan oleh
scammer sehingga dirinya mengalami kerugian. Kerugian yang dimaksudkan adalah mangsa telah
mengeluarkan sejumlah wang pembayaran untuk mendapatkan bungkusan (parcel) yang
dijanjikan. Malangnya bungkusan yang dijanjikan cuma alat untuk memanipulasikan mangsa
sahaja.

7.0 KESIMPULAN

Isu jenayah penipuan cinta siber terhadap wanita di Malaysia perlu diberikan perhatian oleh
semua pihak kerana kes yang dilaporkanmasih lagi meningkat setiap tahunwalaupun langkah-
langkah telah diambil oleh pihak berkuasa dan kerajaan. Penjelasan Teori Aktualisasi Kendiri
daripada Abraham Maslow, Teori Segi Tiga oleh Robert Stenberg dan Teori Perkembangan
Psikososial oleh Erik Erikson merupakan sudut pandang yang boleh dirujukdalam memahami
fenomena ini.Punca-punca yang telah dikenalpasti berdasarkan kajian-kajian lepas seperti
kesunyian, personaliti, tiada kefahaman sertakesedaran mengenai keselamatan penggunaan
internet dan juga sifat tamak perlu dijadikan sandaran kepada pihak berwajib untuk menggubal
dasar seterusnyamenjalankan program-program pencegahan dan intervensi yang
berkesan.Program-program pencegahan yang telah dijalankan oleh kerajaan dalam memupuk
kesedaran di kalangan pengguna internet terhadap risiko jenayah penipuan cinta siber perlu
diperkukuhkan dengan memperbanyakkanlagi kempen melalui kerjasama strategik dengan pihak
NGO, sekolah, institusi pengajian tinggidan pihak-pihak yang berkepentingan. Pengetahuan
mengenai undang-undang siber dan jenayah siber juga perlu terus diterapkan kepada kumpulan
pesara, wanita bekerjaya, pelajar sekolah menengah, pelajar institusipengajian tinggi serta
kolej memandangkan merekamerupakan golongan yang sangat terdedah kepada risiko jenayah
rentas sempadan ini.Taktik-taktik baharu digunakan oleh penjenayah perlu dikemaskini dalam
setiap kempen yang dijalankan agar semuapihakmengambil maklum dan tiadalagi wanita
menjadi mangsa jenayah jelek tersebut. Kegiatan sindiket jenayah yang sangat licikini juga
perlu dibendung dengan penggubalan undang-undang siber yang lebih ketat dan penguatkuasaan
yang lebih efisyen agar penjenayah tidak berpeluang terlepas daripada kesalahan yang telah
mereka lakukan. Kerjasama dengan negara-negara lain dalam membenteras kegiatan ini juga
dilihat sangat signifikankerana perkongsian maklumat dapat dibuat dengan pantas seterusnya
menutup rapat peluangpenjenayah untuk mengembangkan kegiatan jenayah mereka yang
telah menyebabkan kerugian material dan psikologi ramai mangsa-mangsa terlibat.Program-
program bersifat intervensi psikososial juga perlu diterokai dan diaplikasikan kepada
semua mangsa jenayah agar kesejahteraan mangsa yang mengalami trauma selepas menghadapi
insiden berkenaan dapat diperbaiki. Program ini jugabaik untuk memastikan mangsa tidak
terjebaksemulake dalam jenayahtersebut danmerekadapatkembali menjalani hidup seperti sedia
kala. Kisah dan pengalaman berkenaan juga bolehdijadikan iktibar kepada semua pengguna
internet supaya lebih berhati-hatipada masa hadapan

Rujukan

Azianura Hani Shaari., Yeap Yoke Peng & Mohammad Rahim Kamaluddin. (2018). Jenayah Cinta
Siber. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ross, S., & Smith, R. (2011). Risk factors for advance fee fraud victimisation. Trends and Issues
in Crime and Criminal Justice, 420,1-6.

Rozmi Ismail. (2011). Psikologi sosial. Bangi: Penerbit UKM.

Rege, A. (2009). What’s love got to do with it? Exploring online dating scams and identity fraud.
International Journal of Cyber Criminology, 3(2), 494–512.

Pinquart, M. (2003). Loneliness in married, widowed, divorced, and never-married older


adults. Journal of Social and personal relationships, 20(1), 31-53.

Khadijah, Al-Azmi & Mohammad Rahim Kamaluddin. (2016). Love scam: Modus operandi
jenayah siber ke atas wanita profesional. Dalam International Social Development Conference
2016 Conference Proceedings. Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial,
Universiti Utara Malaysia. pp. 162-171. ISBN 978-967-0876-91-7

You might also like