Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tajuk kajian PENGGUNAAN TEKNIK PENTAKSIRAN FORMATIF DALAM

SUBJEK KAJIAN BAHASA MELAYU DARJAH SATU : KAJIAN


KES
Penyelidik SUZANA ABD. MUTALIB , JAMIL AHMAD
Institusi Kementerian Pelajaran Malaysua , Universiti Kebangsaan Malaysia
Objektif kajian mengenal pasti amalan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dalam
mengaplikasikan teknik pentaksiran formatif yang digunakan semasa
proses P&P. P
Soalan kajian Bagaimanakah teknik pentaksiran formatif digunakan ketika proses
P&P subjek Bahasa Melayu
Metodologi kajian Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif dan dijalankan dengan
kaedah kajian kes. Dua teknik pengumpulan data digunakan iaitu
pemerhatian secara nonparticipant dan temu bual. Alat kajian yang
digunakan ialah borang matrik.

Dapatan kajian Hasil kajian yang diperolehi pengkaji mendapati bahawa peserta
kajian mengguna pakai pelbagai teknik pentaksiran untuk
meningkatkan pembelajaran murid di samping memastikan murid
mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Dapatan juga
menjelaskan bahawa peserta kajian menggunakan pelbagai teknik
kerana tujuan yang pelbagai dan fungsi setiap teknik pula saling
melengkapi antara satu sama lain. Penggunaan pelbagai teknik
pentaksiran adalah penting untuk memastikan maklumat pentaksiran
yang diperolehi membolehkan guru membuat keputusan secara tepat
berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kemahiran dicapai oleh murid.
Penggunaan pelbagai teknik pentaksiran juga penting dalam
memastikan perkara yang diukur mempunyai kesahan konstruk yang
tinggi.
Kesimpulan kajian Kesimpulannya, kajian ini membuktikan kepada guru-guru Bahasa
Melayu bahawa pentaksiran formatif bukanlah sesuatu yang sukar dan
asing malahan mudah dilaksanakan dengan menggunakan teknik-
teknik yang biasa. Signifikan kajian secara khusus dapat memberikan
gambaran sebenar bagaimana teknik-teknik pentaksiran formatif
dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ia juga dapat menimbulkan
keyakinan dalam kalangan guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan memperbaiki amalan mereka supaya lebih
menepati konsep pentaksiran formatif. Kajian ini sekaligus
mengesahkan pandangan pakar bahawa penggunaan pelbagai teknik
berkesan mampu meningkatkan pembelajaran murid.
Kekuatan

Kekurangan

JURNAL PENYELIDIKAN KAJIAN KES 1


JURNAL PENYELIDIKAN KAJIAN KES 2
Tajuk kajian PELAKSANAAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA
DAN MENULIS DALAM BAHASA MELAYU BAGI MURID
PRASEKOLAH BERMASALAH PENDENGARAN
Penyelidik JAMILA K.A. MOHAMED KUTTY , MOHD HANAFI BIN MOHD
YASIN , MOHD HANAFI BIN MOHD YASIN
Institusi Kementerian Pelajaran Malaysua , Universiti Kebangsaan Malaysia
Objektif kajian 1. Meneroka tanggapan guru terhadap keupayaan belajar murid
prasekolah bermasalah pendengaran.
2. Meneliti jangkaan guru terhadap pencapaian murid dalam
kemahiran membaca dan menulis.
3. Mengenal pasti aktiviti kemahiran membaca dan menulis
Bahasa Melayu yang dilaksanakan bagi murid prasekolah
bermasalah pendengaran.
Soalan kajian 1. Bagaimanakah tanggapan guru terhadap keupayaan belajar
murid prasekolah bermasalah pendengaran?
2. Apakah jangkaan guru terhadap pencapaian murid dalam
kemahiran membaca dan menulis?
3. Apakah aktiviti-aktiviti kemahiran membaca dan menulis
Bahasa Melayu yang dilaksanakan bagi murid prasekolah
bermasalah pendengaran?
Metodologi kajian Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian yang berbentuk kajian kes
kualitatif. Alat kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah temu bual,
pemerhatian dan analisis dokumen.

Dapatan kajian Hasil kajian yang diperolehi pengkaji mendapati bahawa guru
prasekolah memerlukan latihan khusus dalam melaksanakan
pengajaran membaca dan menulis bagi murid bermasalah
pendengaran. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input kepada
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, bagi merancang strategi
peningkatan profesionalisme guru prasekolah pendidikan khas
masalah pendengaran.
Kesimpulan kajian Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa guru prasekolah
memikul tanggungjawab yang besar dalam menyediakan ruang dan
peluang pembelajaran literasi dengan tidak mengetepikan
perkembangan murid dalam domain sosial, emosi dan fizikal.
Kreativiti guru memainkan peranan penting untuk merancang dan
menyediakan peluang tersebut dengan memberi fokus terhadap
literasi secara bersepadu dalam tunjang atau komponen lain. Minat,
sikap positif serta pengetahuan dan kemahiran yang kukuh dalam
aspek perkembangan literasi dan dalam aspek murid bermasalah
pendengaran merupakan pemangkin dalam penyediaan peluang
pembelajaran literasi bagi murid prasekolah bermasalah pendengaran.
Kekuatan
Kekurangan

You might also like