Laporan Mumtaz 2016

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH RENDAH ARAB JAIM JELATANG

JALAN SUTERA 11, TAMAN SUTERA


78000 ALOR GAJAH MELAKA

LAPORAN PROGRAM
CEMERLANG UPSR DAN MUMTAZ LAGI 2016

TARIKH : 31 MEI – 1 JUN 2016


MADA : 8.00 – 10.00 MALAM
TEMPAT : MALACCA TROPICAL FRUIT FARM (MTFF), SUNGAI UDANG MELAKA
ANJURAN : PANITIA AKADEMIK DAN PANITIA DINIYYAH SRA JAIM JELATANG
AKTIVITI : BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR DAN SIA

Panitia Akademik bersama Panitia Diniyyah telah berjaya menganjurkan


Program Cemerlang UPSR dan Mumtaz Lagi bagi tahun 2016. Program ini dirancang
khas untuk murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan besar
iaitu UPSR dan SIA menjelang September dan Oktober. Program ini merupakan satu
dorongan besar kepada murid-murid untuk memperoleh kecemerlangan dalam UPSR
dan SIA. Diharapkan dengan adanya program seumpama ini akan menyuntik semangat
dan keazaman dalam diri murid untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh untuk
kejayaan mereka.

OBJEKTIF
1. Memantapkan pengetahuan sedia ada peserta semasa di dalam kelas dan aktiviti
luar kelas.
2. Memupuk pemikiran kreatif dan kritis berdasarkan maklumat yang telah diperolehi
daripada tenaga pengajar luar.
3. Meningkatkan produktiviti dan jumlah calon untuk mendapat 6A dalam UPSR
dan melahirkan murid yang cemerlang dalam SIA dengan mendapat MUMTAZ
dalam semua subjek.
4. Mengharapkan agar tiada pelajar yang gagal dalam UPSR mahupun SIA akan
datang nanti.
5. Memberi pendedahan awal kepada murid mengenai bentuk-bentuk soalan terkini
dan cara menjawab soalan dengan bijak dan betul.

MAKLUMAT PROGRAM

Program ini dihadiri oleh murid-murid Tahun 5 dan tahun 6 iaitu seramai 44 orang.
Sebanyak 12 slot telah dilaksanakan mengikut subjek mata pelajaran SIA dan UPSR. Untuk
peperiksaan SIA sebanyak 6 subjek iaitu Al-Quran, Sirah, Akhlak, Feqah, Tauhid dan Bahasa
Artab Tinggi. Bagi peperiksaan UPSR, 4 slot untuk mata pelajaran UPSR iaitu Bahasa Melayu,
bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, berbaki 2 slot adalah untuk slot Motivasi.

Para penceramah juga ialah daripada kalangan guru-guru pakar dalam mata pelajaran
masing-masing. Mereka memberi pendedahan tentang teknik untuk menjawab setiap soalan
yang berkaitan dengan SIA atau UPSR. Selain itu, penceramah juga memberikan latih tubi dan
soalan-soalan peperiksaan format sebenar kepada murid untuk dijawab semasa bengkel
dijalankan.

Selain didedahkan dengan bentuk-bentuk soalan sebenar, murid-murid juga


didedahkan dengan cabaran dan kaedah yang tepat untuk mengatasi masalah
pembelajaran dalam usaha menghadapi peperiksaan sebenar kelak.

Pada akhir majlis, guru besar Pn. Khadijah binti Md. Noor dalam ucapannya
menyeru kepada murid-murid supaya terus berusaha tanpa mengenal erti putus asa
dalam usaha mencapai kejayaan dalam UPSR dan SIA. Segala aktiviti bertujuan
kecemerlangan UPSR dan SIA akan disokong sepenuhnya oleh pihak sekolah demi
membangunkan prestasi, sahsiah diri dan disiplin murid-murid ke peringkat lebih tinggi.
Program ini berakhir pada hari Rabu 1 Jun 2016 pada pukul 2.30 petang.

Disediakan oelh,

(NURRAZIMAH BINTI MOHD YAMAN)


Setiausaha Kecemerlangan UPSR

You might also like