Ulasan Jurnal Falsafah m2b

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

JURNAL M2b: Peranan Guru sebagai Agen Sosialisasi dalam Membentuk Perpaduan Kaum

di Sekolah oleh Yong Hie Hie, Ku Hasnita Ku Samsu, Himmah Adnan, Mohd Daud Awang &
Adlina Ab Halim

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan dalam jurnal di atas, terdapat sekurang-kurangnya
empat peranan guru sebagai agen sosialisasi dalam membentuk perpaduan di sekolah iaitu
guru sebagai penyampai ilmu kenegaraan, guru sebagai penyampai ilmu kebudayaan, guru
sebagai penyampai ilmu perpaduan dan guru sebagai suri teladan kepada pelajar. Pelbagai
kaedah yang berkesan perlu digunakan oleh guru untuk mencetuskan kesedaran pelajar
tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang warganegara dan kepentingan perpaduan
dalam kalangan kaum. Selain itu, pihak berkuasa seperti Kementerian Pendidikan Malaysia
pula perlu mengenal pasti kaedah yang paling efektif dan mengoptimumkan kelebihan guru
sebagai agen sosialisasi di sekolah dalam mencapai matlamat melahirkan bangsa yang
bersatu padu. (102 patah perkataan)

You might also like