Minit Mesy Kali 2 2017

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SK AMBANGAN HEIGHTS
MINIT MESYUARAT PIBG KALI KEDUA SESI 2017/2018

Tarikh : 16 APRIL 2017


Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama SK Ambangan Heights
Kehadiran :

1. EN. ABDUL LATIF BIN ISMAIL YDP PIBG


2. EN. ISMAIL BIN MAT AINI NAIB YDP PIBG
3. PN. NORAMIZAH BT JUSOH SETIAUSAHA
4. PN. MASHITAH BT ABU SAMAH NAIB SETIAUSAHA
5. PN. SALMAH BT HALIM BENDAHARI
6. PN. SITI ROHANI BT YUSOFF NAIB BENDAHARI
7. EN. ZAKARIAH BIN HARUN EX-OFFICIO
8. EN. ZAINUDDIN BIN HUSSAIN EX-OFFICIO
9. PN. NORIZA BT AZIZ EX-OFFICIO
10. PN. MAZNEE BT OTHMAN EX-OFFICIO
11. EN AHMAD NIZAL BIN DAUD EX-OFFICIO
12. PN.KARTINI BT BAKAR AJK
13. EN. AHMAD ABDULLAH BIN SALLEH AJK
14. EN. NOOR AZLAN BIN HASHIM AJK
15. EN HARIS BIN MUSA AJK

I. UCAPAN PENGERUSI
1. Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al Fatihah.
2. Pengerusi mengadakan sesi suai kenal ahli jawatankuasa yang baru dilantik.
3. Pengerusi memaklumkan di mana fungsi PIBG adalah untuk menyokong segala program
yang dijalankan oleh pihak sekolah dan mengambil pendekatan untuk tidak mengganggu hal
ehwal pentadbiran sekolah. Jika khidmat diperlukan, PIBG sedia membantu supaya program
sekolah dapat berjalan dengan lancar.

II. UCAPAN PENASIHAT


4. Ucapan Wakil Puan Penasihat (En. Zakariah bin Harun) berharap dapat bekerjasama dengan
pihak PIBG SKAH supaya program sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.
5. En Zakariah meminta AJK memahami tugas setiap ahli jawatankuasa
6. Beliau meminta persetujuan untuk mengeluarkan duit yang ditandatangani setiausaha dan
bendahari dan keperluan untuk RM 500 tidak perlu bermesyuarat.
7. En Zakariah mencadangkan agar duit sumbangan buku teks dan duit buku dimasukkan
dalam akaun PIBG sebagai akaun tumpangan dan tidak dibentangkan dalam akaun PIBG.
8. Bagi dana UPSR pula, setiap murid dikenakan kutipan sebanyak RM 200
9. En. Zakariah meminta persetujuan PIBG untuk membantu murid UPSR yang tidak mampu
membayar yuran UPSR kepada pihak sekolah atau diberi kelonggaran secara ansuran.
10. Beliau juga meletakkan kepercayaan kepada pihak PIBG untuk membantu pihak sekolah
dan jika ada masalah sila berjumpa dengan pentadbir sekolah sebelum berjumpa dengan
PPD.
11. En Zakariah juga menyatakan tentang urusan jualan di tepi pagar sekolah dan sentiasa
mengingatkan murid dilarang membeli makanan di luar.
12. Duit hari kantin 2016 masih berbaki RM 3500 untuk kegunaan skrin projector dan
televisyen.
13. En. Zakariah juga menyatakan tentang bumbung rosak dan PPD sudah meluluskan dan
masih menunggu untuk memperbaikinya.

III.MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT


7. YDP menyatakan tiada perbentangan minit dan merujuk kepada perkara berbangkit

IV. PERKARA BERBANGKIT


9. Merujuk kepada para 23, Yang Dipertua memaklumkan bahawa permohonan untuk dibina
bumbung tambahan antara kawasan kantin dan bangunan sekolah telahpun diluluskan tetapi
masih lagi tiada tindakan susulan. Oleh itu, satu surat permohonan susulan perlu dikeluarkan
sekali lagi. Selain daripada itu, kutipan dana juga akan diusahakan sama ada dari pihak
swasta seperti NAZA, PETRONAS dan juga AMBANGAN HEIGHTS.
10. Merujuk kepada para 33, isu keselamatan sekolah perlu diperketatkan dan perlu diwujudkan
‘task force’ untuk memohon pengesahan keselamatan sekolah di atas nama PIBG.

V. LAPORAN KEWANGAN
12. Puan Salmah membentangkan penyata kewangan yang terkini (Lampiran).
13. YDP menyentuh tentang dana wakaf dan bersetuju tentang kematian waris diberi RM 200
untuk waris yang meninggal.
14. Program tersebut telah dipersetujui dan telah diluluskan peruntukan sumbangan oleh PIBG
sekolah.

Bil Perkara Peruntukan


1 Mesyuarat Agung PIBG RM 3,130
2 Merentas Desa RM 500
3 Kejohanan Sukan Padang&Balapan RM 4,000
4 Sambutan Hari guru RM 500
5 Sambutan Hari Raya RM 1,000
6 Sambutan Hari Anugerah Cemerlang RM 4,000
7 Sambutan Bulan Kemerdekaan RM 200
8 Program Gotong Royong/Anti Zika RM 1,200
9 Perkhemahan bersepadu unit beruniform RM 2,500
JUMLAH RM 13,700

Bil Perkara Peruntukan


1 Murid yang mendapat 6A RM 100
2 Murid yang mendapat 5A RM 50
3 Penerima Anugerah Kokurikulum RM 50
4 Waris yang menjadi jurulatih Plag (RM 10)
5 Anugerah Khas Padddle Pop RM 50
6 Anugerah Kokurikulum (Negeri) RM 200 & Sijil
7 Anugerah Kokurikulum (Daerah) RM 20
8 Anugerah PASR (Pendidikan Khas) RM 50

VI. PROGRAM SEKOLAH


15. Program dan aktiviti sekolah seperti bola jaring, bola sepak dan olahraga sedang dijalankan.
16. Peruntukan kewangan dan aktiviti sekolah yang meningkat dan memerlukan dana PIBG.
16. Larian merentas desa melibatkan semua murid kecuali Tahun 1 dan 2
17. Kejohanan Balapan dan Padang diadakan pada 27 April 2017 dengan anggaran RM 7141.00
melibatkan makan, minum,cenderahati, hamper dan medal.
18. Sambutan Hari Guru diadakan pada 16 Mei 2017.
19. Perkhemahan peringkat sekolah melibatkan murid SK Ambangan Heights akan berlangsung
di sekolah sahaja.
20. En. Abdul Latif mencadangkan pihak sekolah agar memohon dewan serbaguna untuk
mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang pada awal November.
21. En. Ismail mencadangkan agar memohon dewan untuk sekolah dengan mengadakan
program bersama menteri dengan kehadiran ibu-bapa dan guru.
22. En Zainuddin mencadangkan agar mengadakan satu program gotong royong perdana
bersama waris,guru dan murid.

VII. HAL HAL LAIN


23. Puan Noriza bt Abd Aziz menyatakan mengenai keselamatan murid-murid pada waktu
petang dan meminta pemantauan dari pihak PIBG
24. Puan Maznee bt Othman menyatakan tentang program Pendidikan Khas yang mempunyai
50 orang murid yang bermasalah pembelajaran dan ada penilaian PASR dilaksanakan untuk
murid pendidikan khas.
25. Puan Kartini menyatakan tentang ada waris yang masih menunggu anak sehingga rehat dan
memohon pihak PIBG untuk memantau.
26. Puan Siti Rohani menyatakan ada murid yang mengambil duit dan makanan kawan semasa
rehat dan mencadangkan agar mengadakan program sahsiah sekolah.
27. En. Nizal mencadangkan surat dana wakaf diedarkan sebelum bulan Ramadhan.
28. En. Abdul Latif menyatakan tentang peniaga di luar kawasan sekolah untuk membuat surat
kepada MPSP.
29. En. Ismail pula mencadangkan agar barang-barang jualan di koperasi sekolah mencukupi
dan menjemput agar pihak koperasi sekolah menghadiri mesyuarat.
30. Cadangan Juru Audit waris (1) Tuan Haji Mohd Fazir bin Yahaya dan Shaharil Bin Aziz (2)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.50 petang

Disediakan Oleh,

…........................................
NORAMIZAH BT JUSOH
SETIAUSAHA PIBG
SK AMBANGAN HEIGHTS

You might also like