Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SJK(T) LADANG MALAKOFF

09300 KUALA KETIL, KEDAH DARUL AMAN.


Tel: Email Sekolah : stldgmalakoff@gmail.com

KERTAS KERJA
PROJEK GALERI ILMU
BIDANG PANITIA
BAHASA MELAYU

Roda Putar
1. PENGENALAN

Persekitaran kawasan sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan


pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang
kondusif. Sudut ilmu yang dirancang adalah bahan rangsangan yang boleh digunakan oleh
pelajar dalam proses pembelajaran mereka.

2. RASIONAL

Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi


agenda dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita
rasa pelangannya yakni guru, kakitangan sekolah, dan para pelajar. Justeru, sebagai tempat
yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam
menarik perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi
keselesaan dan kepuasan hati pengunanya. Keselesaan dan suasana persekitaran yang
mendidik melalui pembinaan mural dan dinding yang menyajikan ilmu pengetahuan akan
terasa lebih mesra.

3. OBJEKTIF
 Menjadikan Galeri ilmu sebagai pusat para pelajar menambah ilmu
pengetahuan dalam matapelajaran Bahasa Melayu.
 Mewujudkan ruang laluan yang lebih ceria.
 Memberbanyakkan bahan bermanfaat
 Memupuk budaya membaca

4. TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh : Bulan Oktober – Disember 2020


Tempat : Sudut sebelah bilik ICT dan bilik guru.

5. AJK KERJA
 Puan .K.Logiswari ( Ketua Panitia Bahasa Melayu &
Guru M/Pelajaran B.Melayu Tahun 2, 3, & 6)
 Pn.S.Verabavani (Guru M/Pelajaran B.Melayu Tahun 4 & 5 )

6. MATLAMAT
 Menjadikan Galeri ilmu tempat kegemaran setiap murid.
 Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pembelajaran di sekitar Galeri
ilmu.
 Memupuk rasa cinta pada bahasa Melayu.

7. KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran projek ialah untuk semua warga SJKT LADANG MALAKOFF,
serta para ibubapa dan pelawat ke sekolah.

8. STRATEGI PELAKSANAAN
 Membincangkan aktiviti dan projek di peringkat AJK induk.
 Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti guru yang tanggungjawab dan
sasaran projek.
 Kertas kerja ditulis dan perancangan yang disusun dilaksanakan.
 Keberkesanan akan dinilai

9. SUMBER KEWANGAN

BIL SUMBER NILAI RM


1 Wang PCG RM 130.00
2 Sumbangan RM 50.00

BIL BAHAN ANGGARAN (RM) SUMBER


1 Plastik Laminate RM 35.00 PCG
2 Playwood RM 30.00 PCG
3 Spin (roda) RM 5.00 PCG
4 Pita pelekat RM 15.00 PCG
5 Pokok Bunga Hiasan RM 30.00 PCG
6 Kertas Warna RM7.50 PCG
7 Kertas Putih A4 RM 7.50 PCG
8 Cat Dinding RM 40.00 Sumbangan
9 Cat Mural RM 10.00 Sumbangan
JUMLAH RM 180.00

10. PENUTUP
Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di
samping kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan
Galeri ilmu berada dalam suasana bersih, ceria dan boleh merangsang kecemerlangan
murid-murid dalam bidang akademik dan sahsiah.

DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK:

LOGISWARI KRISHNAN,
KETUA PANITIA B.MELAYU

DILULUSKAN:

GAMBAR SEBELUM/SEMASA/ SELEPAS


GAMBAR SEBELUM PROJEK

You might also like