Borang-PK-07 MINIT-MESYUARAT Khas

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/4

MINIT MESYUARAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBANG TELAGA

MINIT MESYUARAT KHAS ASRAMA BIL 3/(2019)

Tarikh : 05 Mei 2019

Masa : 2.15 Petang

Tempat : Pejabat Asrama

Pengerusi : Tuan Haji Wan Azman Bin Wan Idris

Kehadiran(Bilangan) : 10/13

1. Tuan Haji Wan Azman Bin Wan Idris (Pengetua)


2. En. Zakaria bin Yusoff (PkHem)
3. Tuan Haji Che Ismail Bin Ch Leh (PkKO)
4. Pn Nor Asliza Binti Moh Ghazali (GKSS)
5. Pn Sariah Binti Yusoff (GKB)
6. Md. Hanafiah Bin Md. Yunus (SU Asrama)
7. Pn. Noriah Binti Mamat (PSU Asrama)
8. En. Mohd Najman Bin Mohamad
9. Pn Salma Binti Wahab
10. Che Abd Aziz Bin Mat Yaacob

1. PERUTUSAN PENGERUSI
Tuan Pengurusi memberikan kata alu aluan dan memaklumkan tujuan dan sebab-sebab
mesyuarat diadakan secara tergesa-gesa dan sedikit lewat daripada perancangan asal.

2. IMAM DAN BILAL SOLAT TERAWIH


Puan Salma memaklumkan bahawa pelantikan Imam dan bilal Solat terawih tidak dapat
dilakukan terlebih awal kerana para pelajar asrama tidak bersetuju dengan melantik guru
Quran sebagai imam sebaliknya memohon agar pihak asrama melantik imam dari pondok
seperti tahun 2018. Tuan Pengetua mengarahkankan agar pelantikan dibuat dengan kadar
segera.
Tindakan: Penyelia Asrama

3. SOLAT TERAWIH
Mesyuarat memutuskan bahawa Solat terawih diwajibkan kepada semua pelajar asrama.
Semua AJK asrama diwajibkan hadir berbuka puasa bersama pelajar dan menunaikan Solat
Terawih di surau asrama sekurang-kurangya sekali sepanjang bulan Ramadhan.
Tindakan: AJK Asrama

4. KELAS AL-QURAN
Penyelia memaklumkan bahawa yuran kelas Al-Quran belum dijelaskan bagi bulan Mac dan
April kerana pelajar tidak bayar yuran. Jumlah Yuran tertunggak adalah RM2000 iaitu untuk 4
orang guru RM250X4orangX2Bulan. Penyelia diminta menjelaskan Yuran dengan kadar
segera menggunakan sumber yang sewajarnya. Manakala para warden diminta
memaklumkan kepada pelajar untuk membayar yuran Kelas Al-Quran sebanyak rm10 seorang
bagi setiap bulan.
Tindakan: Penyelia dan Warden
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

5. BALIK HUJUNG MINGGU


Pkhem memaklumkan bahawa petender mahukan pelajar untuk masuk kembali ke asrama
pada petang sabtu bagi mengelakkan kerugian.
Tindakan: Penyelia dan Warden
6. MAJLIS BERBUKA PUASA ASRAMA
Menyuarat memutuskan agar majlis buka puasa peringkat asrama diadakan pada 11 Mei 2019
serentak dengan majlis buka puasa Kelab guru SMK Kubang Telaga. Asrama akan
menjemput Dif dif dari PPD dan juga wakil dari PIBG SMK Kubang Telaga.
Tindakan: Penyelia dan Warden
7. BAZAAR RAMADHAN
Mesyuarat memutuskan Van akan ditempah jika ada pelajar yang berminat untuk ke Bazaar
Ramadhan dengan bayaran tambang RM5 Per Kepala. Penyediaan Van adalah mengikut
jantina.
Tindakan: Penyelia dan Warden
8. KELAS PERSEDIAAN
Tiada prep petang. Prep malam diteruskan selepas terawih dan moreh.
Tindakan: Penyelia dan Warden

9. BACAAN ALQURAN
Para pelajar akan membaca dan mengkhatamkan Al-Quran secara berjemaah. Pembahagian
Juzuk akan diuruskan oleh para pemimpin pelajar.
Tindakan: Penyelia dan Warden
10. Hal-hal lain
Pengetua meminta agar 2 buah bas disediakan untuk lawatan ke utara pada bulan 6 nanti.
Pengetua juga memohon agar itenery disediakan.
Tindakan: Penyelia dan Warden

Pkhem meminta agar gril [elajar dikunci bermula jam 11pagi bagi mengelakkan pelajar asrama
ponteng solat zohor secara berjemaah.
Tindakan: Penyelia dan Pengawal Keselamatan

Pn Salma memaklumkan Bilik Prep Pelajar asrama panas walaupun Air-cond telah dipasang
Tindakan: Penyelia

Pengetua memaklumkan ada komplen tentang ketiadaan warden diasrama ketika penjaga
ingin meminta kebenaran membawa balik anak. Mesyuarat memutuskan agar pelajar perlu
diberitahu agar menelefon warden jika berhadapan situasi sedemikian kerana warden mungkin
mempunyai urusan kerja diluar kawasan untuk seketika atau berhadapan kecemasan atau
urusan yang memaksa warden untuk meninggalkan asrama.
Tindakan: Penyelia dan Warden

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 Petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................……… ……...............................……….
(MD HANAFIAH BIN MD YUNUS) ( )
Setiausaha Pengerusi / Ahli Mesyuarat
Asrama SMKKT
Tarikh : (8 Mei 2019) Tarikh :

You might also like